Bab 14

Romance Completed 15840

BAB 14

“Kiera, thanks for being such a good friend! ,” aku memeluk erat Kiera. Teman sejatiku. Rupanya Kieralah yang telah menyedarkan aku dan dialah yang merancang semuanya agar aku melihat sendiri kejujuran Izat. “Hani,kau belajarlah elok-elok. Kalau kau nak lupakan segala yang telah berlaku di sini aku doakan semoga kau akan pulang dengan Hani yang baru tapi janganlah kau lupakan aku,” pesan Kiera dengan titisan air mata. Kamal, teman lelaki Hani yang juga rakan baik Faizul hanya tersenyum memandangku. Ingin sahaja aku bertanyakan tentang Faizul tapi aku tidak mahu pertanyaanku itu disalah tafsirkan dan biarlah aku kembara dengan hati yang tenang.

“Hani, ni surat dari Faizul,”sekeping surat dihulurkan kepadaku sebelum aku melangkah meninggalkan Kiera dan bakal tunangnya itu.

Assalamualaikum Hani,

Maaf Faizul tak dapat hantar Hani. Faizul sekarang sedang sibuk menguruskan syarikat ayah. Faizul tahu segala yang telah berlaku dalam hidup Hani. Semoga Hani tabah. Faizul sayangkan Hani sejak dulu lagi namun, mungkin sayang itu tidak lebih sebagai seorang sahabat. Tak lama lagi Faizul akan mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihan ibu Faizul. Pasti Hani kenal gadis itu, Liyana, anak kepada pak cik Hasrul. Di sini Faizul sertakan kad perkahwinan Faizul meskipun Faizul tahu Hani tidak mungkin dapat menghadirkan diri. Sekian sahaja dari rakanmu Faizul. Selamat belajar ya.

Aku tersenyum selepas membaca surat itu. Cukup tangisan ku! Aku berbahagia dengan pilihan yang di buat Faizul namun aku kesal dengan layananku terhadapnya sebelum ini. Liyana, ya aku kenal gadis itu. Cukup baik dan padan dengan Faizul. Semoga kau berbahagia Faizul. Dan aku akan terus melangkah menjalani kehidupanku yang akan datang dan melupakan segala kenangan pahit yang pernah terjadi dalam hidupku. Hani Fariza pasti akan berjaya biar seribu dugaan melanda!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience