Bab 24

Romance Completed 15840

BAB 24

‘NAK kawan ngan awak, boleh?’. Melia meletakkan kembali nota kecil tersebut di atas meja. Nota kecil bersebelahan dengan nota yang baru diletakkan pula diambil. ‘Harap awak sudi terima pasu ni… juga hati saya.’ Matanya menjeling ke arah nota kecil yang berderetan di atas mejanya. Genap dua minggu sejak kiriman pertama, berderet empat belas biji pasu kecil di rak berhampiran dengan meja.

Hari ini hari yang ke enam belas. Sejak semalam Melia menanti, namun sehingga petang itu, kiriman tidak lagi muncul. Melia mendengus. Tula, sape suruh hantar tiap-tiap hari, kan aku dah rindu. Hantar la lagi, last pun takpe, janji kenalkan diri, senang nak ucap terima kasih. Melia bangkit mendapatkan pasu-pasu kecil yang berderetan. Diambil pasu yang terakhir, merenungnya dengan teliti. Sapelah yang bagi, alamat sama tapi tak pernah kenal pulak.

“Kak Melia, ada orang nak jumpe.” Melia mengangkat muka, merenung wajah rakan serumahnya itu. Sepertinya mahu diabaikan saja orang yang cuba mengganggu proses penyiasatannya. “Guess what… dia bawak pasu.”

Kata-kata itu membuatkan Melia tersentak, apa yang diharapkan seringkali berlaku. Mungkin juga yang datang itu pengirim misteri yang dicari-cari. Atau hanya orang suruhan yang menurut perintah. Perasaan ingin tahu yang menebal mendorong Melia untuk bertemu dengan tetamu tersebut.

“Assalammualaikum Melia.” Wajah Farisy yang tenang di muka pintu membuatkan Melia terkedu. Farisy menghulur pasu kecil ke arahnya. “For you.” Melia menyambut pasu tersebut bersama senyuman di bibir. “Saya tahu awak suka pasu.” Sedikit terkejut dengan frasa yang dituturkan Farisy.

“Macam mana awak tau semua ni? Alamat saya? Dan tau yang saya sukakan pasu?” Farisy tersengih membiarkan soalan itu tanpa jawapan.

Senyuman mekar sebelum Farisy berdehem. “Apa kata kita cerita kat luar. Tak manis kalau saya lama-lama kat sini.” Farisy mengimbas kawasan sekeliling. “Lagipun kaki saya dah lenguh. Bukannya nak ajak duduk, apatah lagi nak bagi air.”

Melia tersenyum, malu juga dengan kata-kata sinis dari Farisy. “Awak tunggu saya bersiap.” Langkah Melia yang diarahkan ke bilik terhenti seketika. Dia berpaling kembali merenung wajah Farisy. “Janji yer, pi tempat ramai orang.” Farisy hanya mengangguk, Melia meneruskan langkahnya. Dia pasti Farisy takkan lakukan apa yang tidak patut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience