Bab 7

Romance Completed 15840

BAB 7

Entah apa mimpinya si Danny ajak aku keluar dinner hari ni, kebetulan tak ada benda nak buat jadi aku setujulah.. Dia membelek wajahnya pada cermin, hurm oklah ni, hari ini dia hanya memakai blouse warna merah lembut dipadankan dengan jeans levis, dia hanya memakai sandal, tiada lagi kasut converse yang tersarung di kakinya seperti selalu.

Danny memandang tak berkelip wajah dihadapannya, dia hanya tersedar bila Erry memijak kakinya..

“aduii sakitlah… apa awak ni..” dia memasamkan muka..marah.

“Kau ni kenapa? pandang aku macam tak pernah nampak aku” tu dia bahasa gadis itu masih seperti selalu walaupun dress up telah bertukar.

“Mana ada saya pandang awak..”

“Hah..yelah tu, cepat lah order, kesian kat budak ni menunggu kau order dari tadi…” katanya merujuk kepada seorang pelayan yang dari tadi setia menanti order dari Danniel.

Suasana makan malam mereka dihiasi dengan pelbagai cerita daripada Erry, sesekali Danniel tersipu-sipu menjadi mangsa usikan gadis itu yang sememangnya sentiasa selamba, memang bukan daripada spesis minah cover. Tapi dia senang dengan tingkah itu, baginya masih belum melampau perangai gadis itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience