Bab 3

Romance Completed 15840

BAB 3

Wah bestnya dapat tengok sunset, dia duduk di balkoni rumahnya, dia paling suka melihat matahari pada waktu mahu terbenam, cantik… subhanallah tulah ciptaan yang Maha Agung tiada tandingan.

“Erry…” terdengar namanya disebut, lantas dia menoleh.

“tak boleh ke duduk elok-elok sikit? kamu tu kan anak dara, aduii cubalah jadi macam anak dara orang lain, lemah lembut, sopan santun, lemah gemalai sejuk mata umi menengoknya..” panjang leteran Puan Mazni tentang tingkah anak gadisnya.

“Alah umi, Erry tak mau hipokrit, dah memang dasarnya tingkah Erry kasar, takkan Erry nak pura-pura lemah lembut…hey tak kuasa Erry nak cover-cover ni, tapi kan umi, luar kasar didalam Erry maintai wanita sejati tau..” panjang lebar dia membalas.

“Tengok tu…ni yang umi malas nak cakap dengan Erry, ada-ada je jawapannya, dahlah umi masuk dululah, kamu tu bukannya boleh dilayan, kalau dilayan umi jugak yang makan hati…”

“La umi hati goreng bersambal sedap apa…” ekeke saja jea nak bagi umi bertambah bengang.

“tengok tu…” Puan Mazni sudah memasamkan muka akibat diusik dek anak perempuan tunggalnya itu, hai sabar jelah aku dapat anak yang kuat menyakat macam ni, tapi kalau dia tak ada aku gak yang sunyi dan tercari-cari.

*********

“Mama tak kira, mama nak tunangkan kamu dengan anak kawan lama papa”

Masih terngiang-ngiang kata-kata Datin Nirmala di telinganya, aduii mama dah guna kuasa veto susahlah aku… dia memicit-micit dahinya, padahal kepalanya tak sakit pun.

“Mama Danny tak bersedia lagi, bagilah Danny peluang cari sendiri..” mohonnya lagi.

“tak da, kalau nak tunggu Danny cari sendiri alamat kempunanlah mama dan papa nak jadi atuk dan nenek, Danny tu tahun depan dah 29 tahun, bukannya muda lagi..”

Akhirnya dia hanya diam, aduii.. kahwin bukannya benda main-main, dan sanggup ke wanita tu terima aku yang ala-ala sedikit lembut ni?

************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience