Bab 8

Romance Completed 15840

BAB 8

Menghitung detik demi deti disatukan dengan tunang misterinya, Danniel bertambah gundah, entah kenapa lewat ini terasa hatinya telah terisi dengan kehadiran seseorang, jatuh cintakah aku? tanyanya pada diri sendiri. Hanya tinggal lagi dua minggu.. hurmm cepat sungguh masa berlalu, karakternya juga telah berubah tidak lagi berjalan lagak seperti wanita, suaranya juga sudah tidak seperti golongan lembut itu lagi. Dia memang telah menjadi seorang lelaki semua sebab bantuan mama dan papanya. Thanks mama dan papa.

Erry saya dah jatuh cinta dengan awak, awak memang berbeza dari yang lain, awak tak hipokrit.. bisik hatinya.

Erry kenapalah kita dipertemukan selepas aku bertunang, dia mengeluh, Mungkin takdir kita hanya sebagai kawan.

Erry saya cintakan awak.. kalaulah boleh saya melafazkan ini pada awak..

*********

Uhuk…uhuk…!! dia tersedak-sedak, habis air sirap limau yang di minumnya tersembur mengenai Naila sahabatnya.

“Adeyyss sorry, sorry…” sempat dia memohon maaf pada Naila, dia masih mengusap dadanya, sapalah yang sebut-sebut nama aku ni, kacau betullah.. Erry Natasya merengus.

“Adui Erry habis basah baju aku, jomlah balik kalau macam ni..” ajak Naila, tak selesa berkeadaan begitu, rasa melekit badannya tika itu, karang tak pasal-pasal kena hurung dengan semut aku ni.. sempat lagi dia mengarut.

“Sorry Naila aku tak boleh nak tahan tadi tu yang tesembur kat kau..”

“Jomlah kita balik..” pantas tangannya menggamit pelayan kedai makan itu, hajat hati ingin menghabiskan masa bersama Naila teman baiknya sebelum dia menamatkan zaman solonya tapi…..apa nak buat.

***********

“Erry, ada benda saya nak bagi tau awak… yelah hari ni kan last awak kerja kat company saya kan?” Danny memulakan bicara mengisi ruang senyap antara mereka.

“hurmm…hari ahad ni jemputlah datang ke rumah saya, saya punya majlis perkahwinan hari tu,” Danny memberitahu berat…wajah gadis yang mula mencuri hatinya dipandang.

“Hah..! majlis perkahwinan kau?” masih selesa beraku engkau seperti dahulu.

“Yup..” pendek dia menjawab.

“samalah kita, aku sebenarnya baru nak jemput kau ke majlis perkahwinan aku ahad ni, tapi kad jemputan dah habis stock so aku jemput guna mulut jelah..” Erry memberitahu.

Mereka berpandangan sesama sendiri, kebetulan apakah ini? Entahlah….

“Erry mungkin ini pertemuan kita yang terakhir, saya ada sesuatu nak bagi tau awak, saya tau benda ni memang tak patut, tapi saya perlu luahkan agar saya tak terkilan”

“hurmm apa dia?”

“saya cintakan awak”

“what…!!” terkejut beruk dia, rasanya, beruk pun takkan terkejut macam dia.. aku mimpi ke apa..

“saya cintakan awak Erry..” luah Danny ikhlas..

“Danny thanks, sebab cintakan aku, aku pun sama macam kau sebenarnya tapi sekarang semua tu tak pentingkan? kita pun bakal ada kehidupan sendiri, bagi aku perasaam aku sekarang tak penting, yang penting sekarang adalah menunaikan harapan, hasrat keluarga aku.” panjang lebar dia membalas, memang dia juga punya perasaan pada lelaki dihadapannya, dia pun tak sedar bila perasaan itu wujud tapi baginya sekarang semua tu tak perlu lagi, dia bakal jadi milik orang.

Danny di hadapannya tertunduk, sama sepertinya berserah pada permainan takdir, dan malam itulah pertemuan terakhir mereka, selepas itu tiada lagi lagi mesej atau panggilan daripada lelaki itu…

“sah..” ungkapan itu memecahkan lamunannya kini.

Ah sempat lagi aku mengelamun ingatkan pasal hari tu, dia mengeluh perlahan.

“Natasya duduk elok-elok sikit, kejap lagi Zul nak sarungkan cincin majlis membatalkan air sembahyang” mak andam berbisik perlahan di telinganya menegur lakunya.

Dia perasan dari ekor matanya ada sesusuk tubuh berbaju melayu hijau pucuk pisang melangkah mendekatinya, tapi hanya seketika, sebelum langkah kaki susuk tubuh itu terhenti tidak jauh darinya.

“Eh Zul yang tercegat tu kenapa? cepatlah sarungkan cincin pada Sya ni buat membatalkan air sembahyang” terdengar suara mak andam becok menegur.

Pantas Erry Natasya mendongakkan wajahnya tak sabar melihat siapakah gerangan suaminya itu. Pandangan mata mereka berlaga, mereka terkaku seketika.

“kau…!” jeritnya

“Awak…!” Danniel terkejut teramat sangat…

“Erry apa kau kau ni? panggillah sopan sikit, dia tu suami kamu…” Puan Mazni menegur. Erry Natasya dah tak peduli lagi apa kata orang, terus dia bangun menerpa ke arah Danniel, dipeluknya tubuh lelaki itu dan Danniel pula membalasnya lambat-lambat masih di awangan.

“lah… nampaknya pengantin kita ni macam dah tak sabar-sabar,” terdengar suara-suara sumbang mengusik.

Danniel memimpin tubuh Erry Natasya dan didudukkan di birai katil, sebentuk cincin di sarungkan di jari manis kemudian dia tunduk mengucup ubun-ubun isterinya dan Erry membalas dengan mengucup tangannya.

Kenapalah aku tak perasan si Sya ni Erry, kalaulah aku tau tak adalah aku merana begini, bisik hatinya.

Aduiii Danny rupanya si Zul…buang karan je aku kecewa ingat kami takda jodoh.

Alhamdulillah syukur atas nikmat takdirMu tuhan ku…

“aku cintakan kau Danny” dia berbisik lembut pada telinga lelaki itu dan lelaki itu pula tersenyum lebar mendengarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience