Bab 12

Romance Completed 15840

BAB 12

Hubungan aku dan Faizul ternyata serius dan kami telah telah bercinta selama lebih setahun dan mama tahu mengenai percintaan kami begitu juga Kak husna namun jauh di sudut hatiku aku masih keliru tentang perasaanku. Ternyata kekeliruanku itu semakin mendalam saat Faizul datang ke rumah untuk melamarku. Tanpa kebenaran dan persetujuan dariku, papa terlebih dulu menyetujui lamaran itu dan aku buntu tentang apa yang akan berlaku.

“Zul, Hani rasa terlalu awal untuk kita terus berkahwin. Kenapa tidak kita bertunang dulu?,” pujukku. Sebenarnya aku kaget dengan keputusan faizul untuk menikahi secara tiba-tiba tanpa berbincang dahulu dengan diriku.

“Perlukah bertunang? Saya tak nak awak di rampas,” Dirampas? Aku langsung tidak mengerti kata-kata yang diluahkan Faizul itu.

“Hani,tolonglah jangan teruskan pernikahan tu. Izat sayangkan Hani.Izat akan pinang Hani,”rupanya deringan telefon yang diterima malam itu adalah panggilan yang langsung tidak diharapkan. Aku hanya berdiam diri sebelum mematikan talian tanpa sepatah kata ku ucapkan pada Izat. Kenapa harus aku mempercayai jejaka itu. Mustahil untuk aku menerimanya kembali tapi kenapa seakan masih ada ruang di hatiku buat Izat,cinta pertamaku. Ah! Sukarnya melupakan dia.

“Kiera, aku nak keluar. Malam ni kau tak payah tunggu aku la k,” pesanku sebelum melangkah keluar dari rumah yang ku sewa bersama rakan sekerjaku, Kiera. Kiera tersenyum memandangku. Gadis itu sudah biasa dengan kebiasaan baru ku yang gemar keluar tidak seperti sebelumnya aku lebih gemar duduk di rumah sambil melayari internet atau menonton drama. Meskipun Kiera membantah persahabatan baruku bersama Izat, namun dia tetap menghormati privasiku.

“Hani,malam ni kita tengok wayang nak tak?,” soal Izat. Aku mengangguk tanda setuju. Hatiku begitu gembira tatkala bersama Izat. Tambahan pula, aku sendiri sudah memutuskan hubunganku dengan Faizul. Ah!Lelaki itu tidak memahami hatiku. Izat sentiasa bersamaku disaat susah dan senang. Fify? Fify dan Izat kini hidup berjauhan kerana Fify sibuk dengan kerjaya modelnya. Kerana itulah Izat sering bersamaku. Tapi bagiku kami hanya bersahabat. Cukup hanya bersahabat. Meskipun Izat sering melafazkan kata cinta buatku.

“Izat, Hani bukan tak nak terima Izat tapi kan Izat dah ada Fify,” jelasku saat Izat melamarku menjadi suri hatinya. “Hani tahukan macam mana hubungan Izat dan Fify,” Izat terus memujukku untuk menerimanya dan hati wanitaku akhirnya terpengaruh jua dengan pujukan itu. Segalanya telah ku lupakan. Mama,papa apatah lagi Fify. Kerana ku tahu semua yang terjadi adalah salah Fify sendiri yang terlalu asyik dengan kerjayanya. Izat juga ingin aku membina keluarga bersamaku kerana Fify sememangnya tidak mahu mempunyai anak demi menjaga potongan badan modelnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience