Bab 33

Romance Completed 15840

BAB 33

ARISSYA MELIA memandang wajahnya di cermin. Terngiang lagi kata-kata Fadhil sebelum mereka berpisah, bagi Melia itulah kali terakhir mereka berjumpa. Kejutan yang bagi Fadhil hanya satu pernyataan membuatkan Melia berubah fikiran. Sampul surat berwarna putih dikeluarkan dari laci. Kali ini dia nekad untuk melanjutkan pelajaran di seberang laut, ini semua kerana apa yang diberitahu Fadhil.

Melia menghubungi kakaknya di Melbourne, bagi menyatakan keputusan yang telah dibuat. Kakaknya berasa gembira kerana Melia akan tinggal bersama kelak. Setelah meletakkan gagang telefon, Melia mencapai sehelai kertas putih. Dia harus meninggalkan nota bagi mewakili diri untuk meluahkan rasa hati. Melia tahu dia tidak seharusnya menggunakan cara sebegitu, namun kesempatan yang ada membataskan. Juga hatinya tidak begitu kuat untuk berhadapan.

“Farisy Firman,

Saya memohon maaf kerana saya perlu melanjutkan pelajaran ke seberang laut. Awak tak perlu bertanyakan di mana atau apa jua soalan lain kerana saya tidak dapat memberikan jawapan.

Saya mohon maaf kerana tidak dapat bersemuka dengan awak untuk menyatakan hal ini. Kesempatan yang saya ada telah dipenuhi dengan melengkapkan diri untuk ke sana.

Terima kasih kerana sudi membuang masa bersama saya.

Saya harap sangat awak tak bertanyakan apa jua tentang hati. Apa yang di hati saya biarlah menjadi rahsia hati saya.

Arrisya Melia”

Nota bersaiz A5 itu dilipat lalu dimasukkan ke dalam sampul surat putih. Tertera nama dan alamat rumah sewa Farisy pada sampul surat itu. “Im nak bagitau, Farisy Firman tu adik Im.” Bergema suara itu di telinganya, bagaikan sedang menerima secara langsung dari mulut Fadhil. Bukan membenci, juga bukan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Melia takut perhubungan yang dijalinkan bersama Farisy akan menyebabkan pertemuan dengan Fadhil.

Sebolehnya dia tidak mahu berhadapan dengan Fadhil lagi, cukuplah sekadar teman bicara melalui apa jua media asalkan tidak bertemu. Pandangannya beralih pada deretan pasu kecil bersebelahan dengan meja computer, lima belas kesemuanya. Pasu kecil yang melembutkan hatinya untuk meluangkan masa melayani karenah Farisy. Bibirnya mengukir senyum, biarlah apa yang aku rasa ini menjadi rahsia hatiku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience