Bab 4

Romance Completed 15840

BAB 4

“what…! bertunang umi? umi jangan main-main boleh tak? Erry tak gemar begini…” Erry Natasya terkejut dengan berita yang tak di sangka-sangka, Aduiii umi buat lawak antarabangsa ke ni? takkan nak gantikan tempat pakcik Din Beramboi kot.

“Takda maknanya umi nak main-main..Erry tak nampak ke muka umi yang serius ni?” Kata Puan Mazni sambil menghalakan jari telunjuknya ke wajahnya sendiri.

“No…! Erry tak nak bertunang, no never, kalau umi rasa umi tak nak tengok muka Erry lagi kat rumah ni, umi setujulah dengan pinangan tu” dia mengugut akhirnya, apa jalan yang dia ada? pilihan yang mungkin akan membuatkan uminya kecewa, tapi hatinya lagi terluka, hidup diatur walaupun usia menginjak suku abad.

“Erry kenapa cakap dengan umi begitu?” tersentak dia bila terdengar suara garau milik ayahnya tiba-tiba menegur lakunya.

“tapi ayah…

“Tak ada tapi-tapinya, Erry, ayah dengan umi tak minta banyak, tolonglah setuju dengan pertunangan tu, itu jea, ayah dengan umi tak harap Erry balas segala yang pernah kami beri, tapi kali ini tolonglah…”

Aduiii ni yang aku lemah ni kalau ayah dah mula berdrama tak berbayar ni… hei kalau terima aku gak yang merana jiwa raga.

“oklah Erry ikut jelah kehendak umi dan ayah..” putusnya akhirnya.

“Alhamdulillah..next week hari jumaat majlis pertunangan tu..” berseri wajah Puan Mazni memberitahu.

“what….!! next week? terus pandangannya gelap… toing-toing pengsan terkejut… cepatnya

“Erry…!!” serentak Puan Mazni dan Tuan Asyraf menjerit terkejut

***********

Sudah hampir 3 minggu majlis pertunangannya berlalu, Danniel kini telah meninggalkan dunia fesyen yang selama ini diceburinya, kini dia telah bergelar pengarah urusan Pena Mutiara Sdn Bhd, sebuah syarikat penerbitan majalah dan komik. Namun begitu belum sesekali pun dia pernah bersua dengan tunangnya, bukan dia tidak teringin untuk bersua dengan tunang misterinya tetapi mamanya yang tak benarkan sebab kata mama biarlah segalanya menjadi misteri dan biar waktu pernikahan nanti berjumpa lagi bagus.

“Encik Danny kita ada tetamu,” lamunannya pecah, Sumayyah setiausahanya sedang berdiri di muka pintu.

“siapa?” dia bertanya

Kartunis pinjaman dari syarikat Happy..”

“hurm…suruh dia masuk..”

Sesusuk tubuh dilihat melangkah santai memasuki biliknya, dengan lolipop di mulut, jeans lusuh yang telah koyak di hujung kakinya, beserta topi yang di pakai terbalik membuat mata Danniel sakit memandangnya. Aduii lelaki ke perempuan ni? hatinya tertanya-tanya, sekali tengok macam lelaki, dua kali tengok macam perempuan, adui khunsa ke apa…dia keliru

Erry Natasya memandang wajah dihadapannya, apahal? tak pernah nampak orang ke apa? macam pernah nampak je lelaki tu… hurmm… la….. encik sotong kurita yang pernah aku nak terlanggar hari tu… fikirannya pantas teringat pada peristiwa yang pernah berlaku hari tu.

“Yo mat lembut, amacam? kau dah pandai melintas jalan ke? selamba dia bertanya.

Sumayyah telah liur, mak ai beraninya dia panggil bos macam tu, macam sengaja nak kena pecat je perempuan ni..

“Hah er..err… awak yang perempuan yang hari tu ya? baru dia teringat, patutlah rasa macam pernah tengok je tadi.

“Yup…anyway aku Erry dari Happy Sdn Bhd..kau?”

“saya Danny, selamat bekerjasama,” dia menhulurkan tangan untuk bersalam tapi salamnya terbiar sepi tanpa disambut oleh gadis itu dan akhirnya dia termalu sendiri.

Mereka berbincang tentang hal-hal yang berkaitan, sesekali berselang dengan gelak tawa, entah kenapa wujud rasa senang bila berbicara dengan gadis itu, sebab gadis itu terlalu polos langsung tak hipokrit seperti mereka yang lain yang pernah ditemuinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience