Bab 31

Romance Completed 15840

BAB 31

PERJALANAN yang ditempuh oleh berdua beradik itu lancar tanpa sebarang halangan. Fadhil menjalankan tanggungjawab yang diamanahkah, membawa Farisy pulang ke rumah sewa dengan selamat. Kali ini perjalanan mereka mengambil masa yang lama kerana Fadhil beria-ria mahu menemukan Farisy dengan Alia Maisarah, jodoh yang ditentukan keluarga.

Farisy memandang ke arah Fadhil, sedikit kagum melihat ketabahan Fadhil menempuhi halangan hidup, mungkin tidaklah sebesar mana. Luka di hati boleh dirawat sehingga sembuh, parutnya tetap ada. Tapi bagi Farisy berbaloi juga jika mendapat seorang suri seperti Alia. Bagi Farisy, Alia bukannya seorang perampas, Alia adalah seorang anak yang taat pada kedua orang tua. Farisy yakin Alia tidak mengetahui cerita tentang hati yang berlaku dalam hidup Fadhil.

Kereta diberhentikan, inersia membuatkan badan Farisy terdorong sedikit. Lantaran itu segala imbasan memori terlayar di minda serta-merta hilang. Farisy menjengah ke luar tingkap, bagi memastikan lokasinya. Dia tidak mengambil masa yang lama untuk meneliti, Farisy sedah mengetahui yang kini mereka berada di stesen minyak berhampiran dengan rumah sewanya.

Kelisa biru yang diberhentikan berhampiran menarik minatnya. Dia pasti bahawa dia mengenali isi perut kereta itu. Seorang gadis bertudung biru muda keluar dari kelisa biru tersebut bersama dompet di tangan menuju ke kaunter. Senyuman terukir di bibir, walaupun tak bertemu secara langsung, itupun sudah cukup untuk memadam rindu yang terpendam.

Langkah Melia terhenti, dia mengamati wajah lelaki yang sedang merenung ke arahnya. Betulkah dia? Atau pelanduk dua serupa? Melia masih tidak bergerak, berdiri kaku seolah semua ototnya kekejangan. Pertemuan yang tidak dirancang membuatkan perasaan Melia berbaur. Rindu, marah, geram, sayang semuanya laksana rojak. Terasa ingin sekali bersama pemuda itu, biarpun untuk kali terakhir.

Fadhil terpaku dan masih merenung wajah gadis bertudung biru muda. Bagaikan tidak percaya tubuh yang dibaluti dengan kemeja t lengan panjang biru gelap dan seluar panjang hitam berada di hadapannya. Keayuan wajah itu tidak luntur, sama seperti dulu. Namun keadaan semasa menjarakkan hubungan di antara mereka kini.

Tiada apa-apa bicara. Tiada berbalas khabar. Mereka meneruskan langkah masing-masing melepasi antara satu sama lain sambil berbalas senyuman tanpa mengetahui apa maksud yang tersirat di sebaliknya. Mereka gagal memahami diri mereka sendiri, perasaan sayang masih tersemat di dada. Perasaan yang sepatutnya dilepaskan pergi, terbit kembali dengan pertemuan tanpa direncanakan itu.

“Bang Ngah. Perasan tak pempuan tudung biru yang senyum pada Bang Ngah tadi?” Farisy menepuk bahu Fadhil yang sedang menghalakan muncung pam ke lubang tangki kereta.

Fadhil mengangguk, acuh tak acuh. Tidak mahu adiknya menyentuh soal itu lagi. “Kenapa dengan dia?”

“Dia tu la yang orang selalu cerita tu.”

Fadhil terpana, persamaan peribadi yang disangkakan pelanduk dua serupa meleset. Individu yang diceritakan Farisy adalah individu yang pernah dilukai olehnya. Fadhil merenung wajah adiknya yang berseri itu sedalamnya. “Iye ke? Lawa gak. Sape namanya?” Sengaja Fadhil mengutarakan soalan bagi mengelakkan Farisy menyesaki sesuatu.

“Arissya Melia.” Jawapan ringkas itu membuatkan jiwa Fadhil bertambah libang-libu. Dia tak melarang untuk Farisy mendekati Melia, tapi apa perasaan Melia jika dia mengetahui Farisy mempunyai hubungan biologikal dengan insan yang pernah melukakan hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience