Bab 18

Romance Completed 15840

BAB 18

PAGI itu merupakan pagi yang bersejarah buat Farisy. Tidak pernah dia bangun seawal itu jika tiada kuliah. Jam enam setengah pagi sudah bersiap untuk ke Masjid yang bersebelahan dengan kolej kediamannya. Melilau ke kampus setelah menunaikan solat subuh yang biasanya dilakukan bersendirian di dalam bilik. Berjalan tanpa tujuan bersama PVC case yang digunakan untuk menyimpan nota dan tugasan.

Setibanya di kantin Farisy terpandang pada sudut yang agak sunyi, wajah idaman hati wujud di hadapan mata. Farisy mengerdipkan matanya beberapa kali bagi memastikan wajah itu bukan hanya khayalan. Akhirnya dia yakin, lantas merapati Melia yang sedang bersendirian. Cuba digagahkan hatinya untuk berhadapan dengan Melia buat kali pertama. Bersama dada berdebar dan jantung yang berdegup kencang Farisy meneruskan langkah,

Kini Melia berada hanya beberapa sentimeter saja. Farisy cuba menarik perhatian Melia untuk memandangnya, lalu duduk di sebelah Melia setelah mendapat persetujuan.

Jantungnya masih lagi berdegup kencang. Dia tidak tahu bagaimana untuk memulakan. Agak lama Farisy membisu, memerhatikan Melia yang sedang membelek buku nota.

“Saya sebenarnya ada sesuatu nak cakap ngan awak. Saya sukakan awak.” Ish… beraninya aku, takpelah bukannya dia boleh dengar.

Melia terus menatap buku nota di hadapannya. Tidak mengendahkan langsung kata-kata Farisy. Dengan wajah tanpa perasaan, Melia menulis nota kecil.

“Dah lama saya nak jumpa awak untuk beritahu semua ni. Tapi ada aje halangannya.” Farisy meneruskan kata, dia yakin Melia tidak mendengarinya walaupun jarak mereka begitu rapat. “Saya benar “ benar mahu awak jadi teman saya. Serius. Saya sebenarnya tak berani nak cakap pada awak. Tapi bila saya tau awak tak boleh dengar, tu yang buat saya berani untuk cakap face to face.”

Melia berpaling ke arah Farisy. Seolah-olah dia mendengari apa yang Farisy suarakan. Semua gerakan tangannya terhenti, merenung wajah Farisy sedalamnya. “Siapa kata saya tak boleh dengar?”

Ternganga Farisy dibuatnya. Gadis yang disangkakan bisu, merdu suaranya. Gadis yang disangkakan tidak mendengar, sempurna telinganya. Terbit pula perasaan malu kerana semua luahannya yang disangka tidak didengari dapat diterima dengan jelas oleh Melia. Namun dia bagaikan tak percaya semua itu, dia mahukan kepastian. “Abis tu, hari tu awak dengan lelaki tu? Kenapa guna bahasa isyarat?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience