Bab 1

Romance Completed 15840

BAB 1

DALAM DIAM KAU MILIKI HATIKU

Huh…… Mengantuknya mata… sudah beberapa kali dia menahan kuap, sampai berair biji matanya, mana taknya hampir 48 jam dia tak melelapkan matanya, semuanya hanya kerana dateline dah nak hampir..Aduyyy kan best kalau aku dapat tidur lepas ni….

Tak boleh tidak.. aku kena lelapkan mata ni juga, hatinya berbicara membuat keputusan, jam loceng di capainya, hurmm.. sekarang pukul 2.15 am, ok aku lelap 30 minit , jap lagi 2.45 aku bangun.. Erry Natasya membuat keputusan, bertugas sebagai kartunis sebuah syarikat penerbitan membuatkan kadang-kadang 24 jam tidak cukup baginya terutamanya kalau menjelang pertengahan dan akhir bulan.. Hai apa nak buat aku yang memilih hidup begini walau berkali-kali umi dan ayah membantah.

Letak je kepalanya atas bantal, lenanya terus bertandang, alangkah nikmatnya tidur itu sehingga jam loceng yang menjerit meminta perhatian terpadam dengan sendirinya, dia betul-betul diulit lena.. tidur mati gamaknya.

************

Danniel Zulaikha menyanyi-nyanyi kecil sambil sesekali tangannya membetulkan kedutan-kedutan yang terdapat pada baju-baju yang bergantungan di butiknya. Kerjaya dalam dunia wanita menyebabkan perwatakannya agak sedikit lembut. Dia memang cerewet, matanya akan terasa sakit jika melihat insan-insan di sekelilingnya tak tahu menghargai fesyen.

Kerjanya sedikit terhenti bila tiba-tiba pembantunya Nivel memanggil.

“boss call from your mum”

“Hello mama, assalamualaikumu..”salam diberi setelah ganggang bertukar tangan.

“Waalaikumussalam, hah Danny apa khabar? ni mama nak tanya ni, bila Danny nak masuk office? papa dah bising kata Danny tak masuk-masuk office lagi, Danny tak kesian ke kat papa? dia dah tua nak rehat..” bertalu suara yang keluar dari mulut Datin Nirmala macam bertih goreng lagaknya.

Danniel menelan liur, adeyyss macam mana ni, memang dahulu dia ada berjanji hendak menggantikan tempat papanya, tapi itu hanya sekadar untuk menyedapkan hati kedua orang tuanya, tak sangka pula mereka kini menuntut janjinya.. aduh terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata mak gak yang susah… auww dia menepuk dahinya.

“Err… mama boleh tak bagi Danny masa? Danny mintak seminggu je mama, nanti next week Danny promise Danny masuk office” lembut suaranya memohon ehsan mamanya.

“No, mama tak setuju, Danny bukan boleh percaya sangat, next week nanti jadi next 2 week lepas tu jadi sebulan…. no way.. mama nak esok juga Danny masuk office, takda excuse dah..” keras Datin Nirmala memberi arahan.

“tapi… mama…”

“No tapi-tapi, apalah sangat dengan butik Danny tu? Danny tau tak butik tu kerja orang perempuan, tak sesuai untuk Danny, awak tu kan lelaki” memang dari dahulu dia tak pernah bersetuju dengan minat anak lelakinya itu tapi apa boleh buat untuk menghalangnya, dan sekarang memang dia kena bertegas.

“yelah.. yelah… mama” lemah dia menjawab, mengalah akhirnya

Datin Nirmala tersenyum di hujung talian, lega kali ini Danniel mengikut kehendaknya.

***********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience