Bab 29

Romance Completed 15840

BAB 29

TIDAK sukar untuk mendapatkan bas bas di situ kerana semua yang melaluinya pasti akan menuju ke Johor Bahru City Square. Dengan masa yang tidak mencapai sejam, mereka sudah turun dari bas yang mereka naiki dari Danga Bay. Apa yang perlu dilakukan kini hanya berjalan beberapa meter untuk sampai ke kompleks membeli-belah yang dinamakan City Square. Farisy mengusap kepalanya, terasa sakit bagaikan sesuatu menyucuk. Dia mengetap bibir, memejamkan mata seketika untuk menahan sakit. Berkali-kali juga perlakuan yang sama dibuat, namun rasa sakitnya tidak juga berkurang.

Melia menyedari kelakuan aneh Farisy. Hanya memerhatikan tanpa berbicara. Tangan Farisy dicapai lalu digenggam erat apabila Farisy gagal mengimbangi koordinasi badanya dengan betul. “Farisy, nape dengan awak?”

Kening Farisy berkerut, tangannya tak lepas dari mengusap kepala. “Entah la. Tetiba je sakit kepala. Kita singgah kedai jap. Nak beli Panadol.” Tuturnya bagaikan dengar dengan tidak, tersekat-sekat.

Melia menggelengkan kepala. Membawa Farisy ke kedai yang berhampiran. Terfikir rasionalnya mereka menaiki bas. Tak dapat dibayangkan apa yang akan terjadi jika Farisy tiba-tiba sakit kepala ketika memandu. Melia membuka pintu peti sejuk lutsinar setelah yakin air minuman isotonik 100 plus terdapat di dalamnya.

Setelah selesai berurusniaga, Melia mendapatkan Farisy kembali. Farisy kehairanan, tiada Panadol yang diminta sebaliknya hanya setin air minuman di dalam genggaman Melia. Dibiarkan persoalan minda sepi tanpa jawapan, hanya menurut Melia yang meneruskan perjalanan.

Restoran makanan segera yang menjadi tujuan sudah kelihatan. Melia mendapatkan meja kosong di luar bangunan kompleks itu. Farisy hanya menurut dan terus duduk tanpa bicara. “Awak nak makan apa?” Farisy masih lagi memandang wajah Melia tanpa keinginan untuk menjawab soalan yang ditujukan. Melia menjongketkan kening, sebagai tanda menanti jawapan bagi soalannya.

“Saya ikut awak je.” Farisy mengusap dahi, mungkin sakit kepalanya belum berkurang. “Kita kan sehati sejiwa.” Melia mencebik bibir dan terus berlalu untuk memesan makanan.

Beberapa minit kemudian Melia menghampiri meja bersama dulang yang berisi makanan. “Belum hilang lagi sakit kepala awak?”

“Belum.” Farisy memerhatikan Melia yang duduk bertentangan mengalihkan Big Mac, kentang goreng, Sundae dan gelas minuman dari dulang ke atas meja.

Melia membuka tin muniman isotonik tersebut dan menuang kandungannya ke gelas kertas kosong sehingga separuh penuh. Kemudian air mineral yang baru dibeli pula dituangkan ke gelas yang sama sehingga penuh. Tingkah-lakunya membuatkan Farisy semakin hairan. Melia menghulurkan gelas kertas tersebut kepada Farisy. “Minumlah, mana tau boleh hilang sakit tu.”

Farisy menyuakan gelas itu ke mulutnya. Terasa kurang yakin untuk menelan campuran minuman tersebut. “Tunggu apa lagi? Minum je la, rasanya memang agak pelik.”

Saranan Melia dituruti. Tak lah pelik sangat rasanya. Tak pernah aku minum air macam ni, ubat ke ni? Farisy meletakkan kembali gelas kosong ke atas meja. “Sedap. Dari mana awak belajar petua ni?”

“Sedap ke?” Melia tertawa kecil. Saja la tu nak ambil hati, Melia tersenyum kembali “Dari internet. Tak sehat kalau kita asyik bergantung pada paracetamol.”

“Oh, selalu ke awak buat camni?”

“Saya pun jarang minum, kalau sakit kepala saya lebih suka rendam kaki dalam air suam.”

“Isk. Banyaknya petua dia.” Melia tersipu lantas mengukir senyuman agar perasaan itu berkurangan. Farisy turut tersenyum. Dunia mereka sepi tanpa berbalas bicara ketika itu. Hanya berbalas renungan dan senyuman. Alangkah bahagianya kalau setiap hari aku disambut dengan senyuman begini. Senyuman Farisy kian melebar tatkala melayan halusinasi minda.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience