Bab 6

Romance Completed 15840

BAB 6

Sumayyah terpana melihat tingkah bosnya hari ini, adeyyla pertama kali aku rasa Encik Danny ni kacak, dia mengurut dada beristighfar, nasib baik aku dah kahwin kalau tak, hey tak tau nak cakap apa-apa dah…

Masuk-masuk sahaja pagi tadi dia terus menuju ke bilik bosnya, kemas apa yang patut dan sediakan minuman kegemaran bosnya. Namun kerjanya terhenti tatkala hidungnya terhidu haruman yang selalu dipakai oleh bosnya, dan apabila dia menoleh alangkah terkejutnya dia melihat atur langkah lelaki itu tidak seperti selalu, teratur, terserlah karisma sebagai seorang pemimpin. Hampir seketika dia menjadi seperti patung tegak… sehinggalah lelaki itu berdehem mematikan terus lamunannya.

“apasal awak pandang saya macam tu su? Danniel bertanya.

Pantas dia menggelengkan kepalanya “bos nampak lainlah hari ni” memang betul-betul lain.

Dan lelaki itu hanya tersenyum sebagai jawapan kepada persoalannya, teserlah kedua lesung pipit milik lelaki itu, Aduii sangat kacak.. hatinya berdetup lagi.. oitt ingat sikit kat suami kau… hati kecilnya mengingatkan akan status dirinya.

“Err…. saya keluar dululah En Danny..” baik aku keluar dulu sebelum perasaan aku melalut lebih jauh.

Danniel hanya menggeleng-gelengkan kepalanya melihat tingkah Sumayyah… hai macam-macamlah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience