Bab 15

Romance Completed 15840

BAB 15

MISTERIUSNYA HATI

ARISSYA MELIA, bila terpandangkan senyuman manis yang diukir bibir merah semulajadi itu membuatkan hatinya seakan mencair. Cukup sopan gerak gerinya, tudung yang dipakai biasanya dikemaskan hingga menutupi separuh dada. Farisy hanya merenung gadis itu dari jauh, bagaikan merenung bintang, tidak kesampaian untuk digapai. Matanya masih lagi terarah pada pintu, walaupun sudah lama kelibat gadis yang melalui kaki lima kelasnya menghilang.

Pertemuan pertama mereka adalah semasa Minggu Ta’aruf sedang berlangsung. Di mana gadis sedikit berisi itu menjadi Jawatankuasa Ta’aruf. Manakala Farisy Firman adalah pelajar tahun satu yang baru mendaftar di kampus itu. Pertama kali terpandangkan wajah lembut itu membuatkan jantung Farisy berdebar, terasa seolah-olah Melia itu jodohnya. Terbayang dia akan duduk bersebelahan dengan Melia di hari persandingannya kelak. Terasa manisnya saat–saat membesarkan anak bersama.

Farisy Firman tersenyum, hatinya girang kerana sudah sekian lama kelibat itu tidak bertandang secara realiti. Dalam minggu-minggu terakhir semester itu dia tercari-cari wajah kesayangan yang selalu bertamu dalam fantasi fikiran melalui angan-angan juga mimpi. Begitu bodohkah aku, mengharapkan kasih darinya. Kepalanya digelengkan, cinta tidak mengenal batas usia. Senyuman sumbing terukir di bibir. Aku dah jatuh cinta ke? Ish jauh benor angan-angan. Belajar satu sem pun belum abeh lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience