Bab 26

Romance Completed 15840

BAB 26

PEPOHON bambu berentak mengikut tiupan angin menjadi halwa mata yang menyamankan saraf optik. Kehijauan dan kedamaian, memang cukup sinonim baginya. Melia merenung pula wajah Farisy yang duduk bersebelahan dengannya. Senyuman diberikan kepada pemuda itu, manja. Rona merah mula menyelimuti wajah Farisy. Melia mengeratkan lagi genggaman tangan mereka. Tanpa berbicara, Melia mengalihkan pandangannya ke arah Selat Tebrau.

Giliran Farisy pula memerhatikan wajah berkulit putih kemerahan. Dia amat menyenangi penerimaan Melia kini. Malah dia berasa amat bahagia berada di sisi Melia dengan layanan Melia seumpama itu. Farisy tersenyum sendiri, terasa sedikit malu kerana belum pernah bersentuhan tangan dengan perempuan seperti itu.

Farisy berdehem membuatkan Melia memusingkan kepala untuk menatap wajahnya. “Kite ada suprise untuk awak.”

Melia mengangkat kening mendengar pernyataan Farisy. “Oh really?” Senyuman manjanya masih lagi melekat di bibir. Merenung wajah Farisy sedalamnya, menanti ketika Farisy untuk meneruskan kata.

Renungan Melia membuatkan dirinya terpana. Hilang kata untuk meneruskan bicara. Tak pernah Melia merenung sebegitu. Jika sebelum ini hanya bersahaja saja, tapi kali ini renungannya bagaikan mengandungi maksud untuk dirungkaikan. Farisy tersenyum setelah kembali ke dunia realiti, menggerakkan bibir untuk memulakan tutur kata. “Jeng… jeng…” Sebuah kotak kecil berikat riben merah disuakan ke arah Melia.

Terkedu Melia seketika. Beberapa detik selepas itu tangannya meraih kotak tersebut denagn lembut. Perlahan riben yang mengikat kotak itu dibuka. Giliran penutup kotak pula dibuka setelah ikatan riben terurai. Sepotong kek tiramisu terletak kemas di dalam kotak tersebut. Melia berasa teruja dengan kejutan itu. Dia memang menggemari kek tersebut dari dulu lagi.

“Suka?”

“Suka sangat, my favorite. Terima kasih.”

“Takkan terima kasih je?” Tangan Melia yang sedang mencubit kek tiramisu terhenti. Muncung bibirnya dihalakan ke pipi Farisy.

Macam tau-tau je. Alamak, malunya. Farisy memejamkan matanya. Seketika kemudian dia merasai sesuatu mengenai pipinya, tapi tidaklah selembut bibir Melia. Dirasakan seolah satu tamparan hinggap di situ, tapi tak lah sekuat mana. Takkanla Melia sanggup menampar aku, tak mungkin. Lantas membuka matanya.

Tiada lagi wajah Melia, yang ada cuma wajah seorang wanita yang amat dikenalinya. “Umi… buat ape kat sini?” Farisy memandang sekeliling, mencari wajah Melia yang sebentar tadi menjadi pemandangan indah di matanya. Gambaran persekitaran indah Teluk Danga juga berubah menjadi halaman rumahnya.

“Eh… kamu pulak yang tanya umi. Patutnya umi yang tanya kamu. Dah senja-senja buat ape kat hammock ni?” Puan Khairiah kehairanan melihat Farisy dalam kebingungan.

“Ambik angin la umi.” Farisy menjawab dalam keadaannya masih lagi mamai. Juga masih tercari-cari Melia walaupun menyedari dia bukan lagi berada di Teluk Danga.

Puan Khairiah tersenyum melihat gelagat anak bujangnya itu, lucu juga. “Yela la tu amik angin. Dah, bangun. Tak elok tido senja-senja ni. Dah solat ke belum?”

“Solat ape umi?” Farisy mengenyeh matanya. Keletihan memandu membuatkan dia tertidur pada petang itu. Ish, mimpi rupanya, kalau betul kan best.

“Ha… tengok, kan da nyanyuk tu… solat asar la sayang.”

Farisy menyeringai. Terasa malu bila umi memanggilnya begitu. “Huh… dah.”

“Dah la tu, asyik berangan je, da nak maghrib ni. Meh masuk.” Puan Khairiah mula melangkah masuk setelah tuturnya berakhir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience