Bab 19

Romance Completed 15840

BAB 19

Gadis bermata bundar itu membisu. Terkenangkan peristiwa petang itu membuatkan hatinya terusik. Namun semuanya disembunyikan. Dia tidak mahu Farisy meneka apa yg sebenarnya berlaku. “Hari tu saya sakit tekak, tak boleh keluar suara. Telinga kurang dengar sebab selesema. Sebab tu guna sign language.”

Farisy terdiam mendengar penjelasan Melia. Masih lagi terkejut dengan apa yang terjadi. Namun dirinya masih lagi gagah untuk bertentang mata dengan Melia, seketika cuma, Melia melarikan pandangannya, kembali pada nota di tangan. “Yang awak sibuk sangat pasal cerita tempohari tu kenapa?” Tutur Melia antara dengar atau tidak.

“Saya tak sibuk pun pasal cerita tu. Cuma cerita tu la yang buatkan saya yakin awak pelajar istimewa kat kampus ni. Sebab tu saya berani untuk… er… untuk…”

“Untuk apa? Berani untuk kata saya ni pekak, bisu? Begitu?” Nada geram berbaur dalam kata “ kata Melia yang memintas suara Farisy.

“Bukan macam tu. Saya berani untuk meluahkan isi hati saya.”

Dari pemerhatiannya, Melia sudah dapat meneka bahawa Farisy adalah pelajar tahun satu. Melia memerhatikan kad pelajar Farisy dengan teliti bagi memastikan telahannya benar. “Awak junior saya. Masuk sini lepas SPM kan? Saya dah tahun akhir, masuk sini pun lepas setahun result STPM. Cuba awak congak berapa jarak umur kita?”

“Memang saya dah tau jarak umur kita ajak jauh. Tapi semua tu bukan penghalang dalam kebahagiaan.”

“Maaf, saya rasa awak salah orang. Bukan saya untuk awak ajak berbicara pasal cinta.” Melia mula rasa rimas. Dia terus bangun dan berlalu meninggalkan Farisy. Kisah lalu membuatkan dia serik untuk membuka hatinya kepada lelaki. Memang dia mengaku, tidak semua lelaki sama. Dia perlukan masa untuk bersendiri. Untuk mengubati luka di hati. Usia juga menjadi alasan utama bagi Melia menolak pelawaan Farisy.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience