Bab 32

Romance Completed 15840

BAB 32

ARISSYA MELIA, insan itu kini berada di hadapan Fadhil. Pertemuan empat mata pada malam itu direncanakan oleh Fadhil bagi menerangkan hal yang sebenar. Fadhil tidak mahu Farisy turut terheret dalam pertemuan ini, kerana itu dia menghantar Farisy terlebih dahulu. Biarlah perempuan itu menghambur marah atau memukul badannya, dia tak peduli. Dia harus memberitakan segalanya walaupun pahit. Namun gadis itu menyepikan diri, berpeluk tubuh berdiri di tepi tebing membiarkan bayu mengerbangkan tudungnya.

Tubuh itu masih mendiamkan diri, membelakangkan Fadhil yang sedang mengatur ayat untuk memulakan bicara. Fadhil mula menghampiri, walaupun masih tiada ilham untuk berkata-kata. Fadhil berhenti dan berdiri bersebelahan dengan gadis yang pernah menganyam kenangan bersama.

Pandangan mata mereka bertentang, aliran jernih jelas kelihatan pada pori-pori pipi Melia. Fadhil menyeka aliran itu, segalanya berlaku dengan spontan. Fadhil terleka sebelum sedar yang dia tidak harus bertindak sedemikian. Tangan Fadhil yang terhenti ditepis oleh Melia dengan lembut. “Im tau, Lia rasa macam nak tumbuk-tumbuk je Im.” Suara Melia bergetar kerana tangisnya masih belum reda. “Tapi ada satu rasa yang menghalang. Rasa sayang Lia pada Im.”

“Im, minta maaf.” Terluncur bicara itu tanpa dikawal oleh Fadhil Imran. Dia tahu barisan kata itu adalah dialog paling bodoh. “Im tak seharusnya hantar wakil masa tu. Tapi Im tak kuat untuk menidakkan rasa yang sudah lama bercambah. Hati Im pasti akan berbalik pada Lia kalau Im yang jumpa Lia masa tu.”

Melia menghembuskan nafas panjangnya. “Lia faham. Dan Lia tak sepatutnya mengungkit kembali rasa itu.”

“Setiap orang punya hak. Im tak melarang.” Deretan lampu-lampu jalan yang menjauh bagaikan bintang yang menjadi halwa mata. Fadhil mengukir senyuman tanpa berpaling. “Im berharap kita boleh berkawan. Im pasti Alia tidak melarang.”

“Alia? Tunang Im ke?” Melia dapat mengagak walaupun nama itu asing baginya.

“Yer, Alia Maisarah.” Fadhil merenung wajah Melia kembali. “Kami bertunang atas pilihan keluarga. Bukan Im sengaja nak ting…”

Melia terus bersuara suapaya menghalang Fadhil mengungkit kisah yang begitu payah untuk diabaikan. Kisah yang boleh menjeruk rasa dan mengambil masa yang lama untuk mententeramkan hati. “Terima kasih pelawaan Im tu. InsyaAllah kita boleh jadi kawan sejati. Kalau takde apa-apa lagi saya nak balik ni.”

Fadhil seakan faham dengan perasaan Melia. “Harap-harap macam tu la.” Jam tangan direnung, agak lewat pada kala itu. Tak manis hanya mereka berdua sahaja di kawasan yang gelap, sunyi dan terpencil. Boleh mendatangkan fitnah. “Terima kasih kerana memahami keadaan Im.”

Masing-masing mendapatkan kereta lalu membuka pintu kereta serentak. Fadhil memerhatikan Melia yang sedang meloloskan diri. “Sebelum terlupa, Im nak bagitau…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience