Bab 11

Romance Completed 15840

BAB 11

Sudah hampir 5 bulan aku berada di tanah airku,Malaysia namun belum sekalipun aku menziarahi orang tuaku. Entah kenapa hari tu, aku tergerak untuk menziarahi ibuku yang pastinya kini begitu merinduiku. Masakan si ibu tidak merindui anak kandungnya yang sudah hampir tiga tahun tidak berjumpa.

Ternyata mama menyambut baik kehadiranku.Begitu juga papa tiriku. Namun rupanya bukan aku sahaja tetamu mama dan papa pada hari itu. “Hani,lama tak jumpa. Sihat ke?,”soal Izat mesra namun Fify tidak langsung menghiraukan kehadiranku di situ. Tidak dapat ku bayangkan andai Fify mengetahui hubungan aku dan Izat. Mujurlah rahsia itu masih disimpan kemas antara aku,mama,Izat dan Kak Husna. Hari itu, aku hanya mampu memandang kemesraan antara Fify dan Izat namun sejak dulu aku sudah berazam untuk melupakan jejaka hipokrit itu. Dan aku yakin perasaan cinta aku terhadap Izat kian pudar dan aku yakin aku mampu menghapuskan segala perasaan lampau.

“Hani,jom la keluar malam ni,” pujuk Faizul. Jejaka itu sememangnya tidak pernah berputus asa dalam menarik perhatianku. Sememangnya aku amat menyenangi kehadiran jejaka itu di sisiku. Mungkin pintu hati akan terbuka?? “Ok..Jumpa kat Secret Recipe k,” ujarku sebelum mematikan talian. Hatiku berbunga untuk keluar bersamanya. Mungkinkah wajah tampan jejaka itu yang mencairkan hatiku?? Ah, mustahil. Hafiz lebih tampan berbanding Faizul namun jejaka itu langsung tidak mendapat tempat di hatiku dek perangainya yang tidak menghormati insan lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience