Bab 16

Romance Completed 15840

BAB 16

Akhirnya tamat juga kelas yang terakhir untuk hari itu. Lantas Farisy meluru keluar menuju kantin. Mencari senyuman yang selama ini dirindui, tidak terhapus rindunya walaupun bayangan bibir merah terukir senyuman itu sering terlayar di mata. Melilau Farisy mencari wajah tersebut. Kehampaan mula bertandang, kelibat yang dicari entah ke mana menghilang.

Dengan kehampaan, Farisy berjalan perlahan menuju perpustakaan. Sekadar menghabiskan masa yang tersisa. Jika pulang ke kolej kediaman pastinya akan merebahkan badan di atas katil bertilam empuk lalu mengundang mata untuk terpejam akhirnya sudah hilang dari dunia nyata. Lebih baik ke perpustakaan, dapat juga mengulang kaji atau membuat rujukan.

Rak buku ditinggalkan setelah memperoleh buku yang dihajati. Dia mahukan privacy, kerana itulah dia memilih partition untuk seorang di bahagian hujung berhampiran tingkap. Matanya terarah pada sepasang pelajar di luar perpustakaan. Arissya Melia? Farisy pasti tidak tersilap pandang. Arissya Melia sedang bersama seorang jejaka tinggi lampai. Farisy tidak dapat menangkap apa yang dibincangkan oleh mereka. Dari apa yang dimati, Melia seolah tidak berpuas hati.

Farisy masih lagi memerhatikan tindak tanduk pasangan itu. Tidak tertanam pun niat di hati untuk mencampuri urusan hidup seseorang. Tetapi kerana Melia berada di situ membuatkan dia berasa tertarik untuk mengetahui adegan seterusnya.

Mulut mereka seolah tidak bergerak, hanya tangan yang bergerak seolah-olah sedang berinteraksi menggunakan bahasa isyarat. Bisu ke? Pekak ke? Aiseh… takpelah, bukan hina pun bercinta dengan gadis pekak atau bisu. Dan dia pasti cinta yang akan dihulurkan benar-benar ikhlas bukan atas dasar simpati.

Wajah jejaka itu masih lagi bersahaja. Melia pula menunduk. Tiada lagi gaya interaksi antara mereka. Jejaka itu menyentuh bahu Melia lalu mula menggerakkan tangan setelah Melia memandangnya. Ah sudah, sah la diorang ni pelajar istimewa kat sini. Farisy menggaru kepala yang tak gatal. Mampukah aku untuk menahan sabar bercinta dengan Melia yang cacat. Adegan itu berakhir apabila jejaka itu meninggalkan Melia begitu saja, manakala Melia pula terduduk di bahu jalan. Mungkin sedang mengalirkan air mata. Kurang ajar punya jantan, takde hati perut, kau buat Melia aku sedih yer.

Buku-buku ditinggalkan terdampar di atas meja bersama nota tertulis ‘Akan Kembali’ supaya tiada yang datang mengganggu tempatnya. Masa ni la peluang untuk membuktikan bahawa dialah hero sejati. Menyelamatkan gadis-gadis dari jantan-jantan keparat. Farisy tersenyum lebar, peluang untuk mendekati Melia pada hari itu takkan dilepaskan. Senyuman di bibir kian surut, Melia yang dilihat sebentar tadi sedang duduk di bahu jalan telah tiada. Alahai kemana la hilang buah hati pengarang jantung aku ni. Farisy kembali masuk ke perpustakaan dengan senyuman kelat. Akulah jantan yang tewas, tewas untuk merapati gadis impian. Kenapalah perlu ada hari sebegini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience