Bab 2

Romance Completed 15840

BAB 2

Erry Natasya mengerling jam di pergelangan tangannya…

“Damn…! dekat pukul 4 petang dah” matanya hampir terbuntang, hari ini hari terakhir untuk menghantar kerjanya.

Dia membuka mata perlahan.. menggeliatkan tubuhnya seketika, ah… syoknya tidur, dia mengelamun seketika.. tiba-tiba fikirannya teringatkan sesuatu, jam loceng di sisi di capai, huargggghhh… 5 pagi dah, aku terlajak tidur, dia menjerit kecil, bingkas bangun dengan rambut yang masih serabai tak dibetulkan dia terus mengadap meja kerjanya menyiapkan suntingan-suntingan terakhir lukisannya.

Begitulah alkisahnya pagi tadi, konon nak lelap setengah jam, tapi jadi berjam-jam… cit! aku ni dalam keadaan genting begini pun sempat lagi mengelamun, beg sandang converse di capainya artworknya dimasukkan dalam perut beg dengan cermat, topi converse warna putih pink dicapainya terus diletakkan di kepalanya, dia menilik wajahnya seketika di cermin, hurmmm comel gak aku ni.. puji hatinya sendirian.. perasan

Dia keluar dari biliknya, mencapai kunci skuter kesayangannya, ok semua ada, tak ada yang tinggal, lengkap, perfect.. sekali lagi jam dipergelangan di kerling.. ada lagi satu jam sebelum pejabat tutup tapi tak apa tada hal, boleh pecut….

**********

Danniel terkial-kial ingin melintas jalan raya yang sentiasa sibuk dengan kenderaan bertali arus. dahinya sudah dibasahi peluh, hampir 15 minit dia di situ tapi masih tak lepas-lepas melintas jalan, itulah kelemahan dia, takut melintas, tapi kali ini dia nekad…Bismillahirrahmanirrahim..

“hoi…! Lembut nak mati ke?”

“oit mak hang tergolek..” serentak dia melatah, terkejut disergah tiba-tiba.

Erry Natasya memandang tajam wajah mamat lembut dihadapannya, nasib baik aku sempat brek kalau tak dah lama aku dengan si lembut ni arwah, hey tak pasal-pasal esok keluar metro tajuk utama, seorang kartunis arwah kerana bertembung dengan sotong kurita, ops silap mamat lembut…hehe

Daniel terkejut sakan, suka-suka je panggil I lembut, hey mak cili jugak mulut perempuan ni karang… dia membebel dalam hati.

“Dah, ketepilah, yang dok terconggok kat situ lagi kenapa? kau nak kena gilis dengan kereta-kereta tu ke?” dia bertanya bila dilihat lelaki itu masih lagi tak berganjak, wajah merah macam nak menangis.

Danniel pantas menggelengkan kepalanya, cepat langkah di atur untuk berlalu.

“weii lain kali melintas jalan hati-hati…” sempat dia mendengar gadis tadi melaung menasihat untuk kesekian kalinya.

Huh perempuan ke tu…? kasarnya mengalahkan aku je, Danniel mengomel didalam hatinya, fuh.. nasib baik tak kena langgar tadi, kalau tak sure mama meraung gamaknya…dia mengurut dadanya kelegaan, memang tadi sewaktu sebelum melintas dia telah memastikan tiada kenderaan di jalanan tapi entah dari mana boleh pulak muncul gadis itu tadi.

*************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience