EL 16: Takdir Perpisahan

Drama Completed 20201

Suasana di tanah perkuburan itu mengimbau kenangan lalu ketika dia kehilangan tempat bergantung suatu masa dahulu. Semuanya seperti layar perak gerak perlahan..Dia yang menemani Marissa di dalam kereta di luar tanah perkuburan itu, hanya mampu memujuk untuk menyalurkan sedikit kekuatan buat insan yang kehilangan. Damia sendiri masih terkejut, Syazwan pergi tanpa sebarang pesan. Ketika Iffadh menghampiri kereta, Marissa terus membuka pintu tempat duduk belakang lalu meluru kepada Iffadh..dia menangis hiba di dada Iffadh..Damia terpaku, tidak mampu menghalang. Iffadh juga kelihatan terkejut. Dan akhirnya datang ayah dan ibu Marissa meleraikan pelukan dan membawa Marissa kembali ke dalam kereta.

"Maaf, Fadh..Icha masih terkejut."

Sayu suara Encik Hasnol ketika menyoroti pandangan mata ke arah isterinya yang memapah Marissa. Iffadh sekadar mengangguk..Pandangannya dihalakan kepada Damia yang kekal diam tidak jauh daripada tempat dia berdiri, seolah masih terpaku dengan kejadian sebentar tadi. Dia dihimpit rasa bersalah.

Baru sahaja mahu membuka lembaran baru bersama Damia, namun takdir Allah menguji mereka dengan kehilangan Syazwan secara mengejut, lalu Iffadh memilih untuk menghormati keadaan semasa yang menimpa keluarga bekas isterinya.

Di saat Marissa dibawa masuk ke dalam kereta kembali, Iffadh menghampiri Damia, mahu memohon secebis pengertian.

"Mia.."

Damia yang sudah mula melangkah diseru. Damia menarik nafas dalam, lalu dihela perlahan..Dia mengumpul kekuatan. Di saat dia berpaling kepada Iffadh, sebuah senyuman dihadiahkan.

"It's okay, Mia faham.."

Tanpa menunggu balasan Iffadh, dia terus mengatur langkah masuk ke dalam kereta mahu menemani Marissa. Dia tahu, pengertiannya sekarang sangat penting biat Iffadh. Walaupun kata cinta tidak dilafazkan lagi padanya, dia yakin Iffadh juga punya rasa yang sama sepertinya. Dia faham, ya..dia perlu faham keadaan sekarang yang menuntut mereka memahami kehilangan Marissa.

---

"Mia, posting nanti macam mana? Mama kalau boleh nak Mia duduk dekat dengan Mama.."

Permintaan mamanya beberapa hari lepas menghimpit dia untuk rasa bersalah. Mana mungkin dia mampu jelaskan kepada mamanya kalau dia mahu terus kekal di sini dekat dengan Iffadh. Mamanya sendiri tidak tahu tentang hubungannya yang masih belum rasmi dengan Iffadh. Ya, tiada siapa yang tahu rahsia hati mereka berdua.

"Mia! Mengelamun je kerja kau kan?"

Sergahan Asfa mematikan lamunannya. Diurut dadanya tanda terkejut.

"As! Kau ni kan..kalau aku sakit jantung dah k.o tau!"

Spontan Damia menampar lengan Asfa. Meringis kesakitan gadis itu dek pedih penangan tangan Damia.

"Dah kau tu, aku panggil daripada tadi tak menyahut. Memanglah. Entah ke bulan dah agaknya."

Asfa cebik bibir. Damia ketawa lepas. Asfa memang penghibur di saat dia dilanda kekusutan.

Setelah tawanya reda, Asfa masih kekal begitu. Damia juga ikut mencebik..Asfa terus menjelingnya tanda masih merajuk. Dan akhirnya Damia duduk di sisi Asfa. Kepala direbahkan ke bahu Asfa. Asfa masih kekal begitu. Sekadar mahu mengusik Damia, sahabat suka dukanya selama ini.

"As, mama aku nak aku balik KL, tapi aku nak stay sini. Kau pun tahu kan."

Asfa hampir melompat, Damia dah biasa dengan situasi itu. Damia membalas renungan Asfa, yang dia tahu Asfa tengah tak setuju dengan sikapnya yang masih bertolak ansur dan tidak mementingkan diri sendiri.

"Mia, kau kena cakap dekat Iffadh tu..sudah-sudahlah jadi 'slow and steady' dia tu. Marissa tu pun satu, kau kena sedarkan dia..Iffadh tu ex husband dia je."

Damia cebik bibir lagi. Susahnya menjadi seorang Damia yang tinggi sifat empati. Dia tidak sampai hati mengejutkan Marissa daripada 'lena' yang panjang.

"Ha..termenung lagi. Apa alasan terindah kau kali ni?"

Asfa terus mendesak Damia, dia tahu sahabatnya itu tidak sampai hati mahu 'merampas' Iffadh yang menjadi tempat bergantung Marissa sekarang.

"As..aku cuma takut Marissa tu terbawa emosi. Lagi pun, kandungan dia kan masih baru. Kau pun tahu.."

Damia menunduk. Dia buntu. Antara harapan mamanya dan masa depannya..Dia tidak tahu mahu memilih jalan yang mana.

"Tapi, Mia..kau kena terus-terang. Posting dah tak lama tau. Kau nak ke pergi macam tu je tanpa leraikan belenggu rasa kau dan Iffadh tu? Sampai bila kau nak fikir fasal orang, Mia? At least..kau terus-terang dengan mama kau, aku yakin dia nak kau bahagia dengan pilihan hidup kau."

Damia hampir menangis..dia sendiri tak tahu bagaimana harus dia beritahu kepada mamanya kerana Iffadh dan dia masih belum memeterai hubungan mereka secara rasmi.

"As..kau pun tahu kan, antara aku dan Iffadh, still no confession."

Damia mengeluh perlahan..Namun Asfa sebaliknya. Dengusannya kedengaran kasar. Dia benar-benar tidak faham dengan sikap terlalu membiarkan sahabatnya yang seorang ini.

"Mia..kau kalau aku kata kau tak cerdik mesti kau marah kan?"

"As..."

Makin meleret suara Damia, makin tajam jelingan Asfa.

---

"Fadh, sampai bila Fadh nak biar Icha tu anggap Fadh suami dia? Fadh tak boleh terus macam ni..Dia perlu sedar, suami dia dah tak ada."

Pagi itu, akhirnya Nek Limah meluahkan kerisauannya. Marissa perlu dibantu. Namun dia juga serba salah tentang keadaan Marissa. Marissa seolah nampak Syazwan dalam diri Iffadh. Apabila dia ingat Iffadh bukan Syazwan, dia akan tidak sedarkan diri, dan itu merisikokan kandungannya..Itu yang membuatkan seluruh keluarganya risau.

"Nek, Fadh dah cuba explain pada dia..tapi nenek pun tengok apa jadi hari tu kan?"

Iffadh yang sudah terbang melayang semangatnya menjawab dengan nada mendatar sahaja. Hilang sudah seri wajahnya selepas mendapat pesanan mesej daripada Damia pagi tadi tentang perpindahan Damia.

Nek Limah menggeleng kepala tanda kesal. Bukan dia tak kenal cucu yang dibela sejak kecil, dan tentang Damia..dia sebenarnya tidak mahu masuk campur, namun dia tahu dia harus membantu apa yang termampu. Dia tahu, Iffadh tengah ingatkan Damia sekarang.

"Tapi Fadh, dia kena terima hakikat. Sampai bila Fadh dengan Mia nak bersatu kalau masing-masing fikir fasal orang lain. Nenek bukan tak tau apa dah jadi, nenek kenal sangat kamu berdua, membesar depan mata nenek."

Keluhan Iffadh kedengaran berat, seberat lara di hatinya kini.

"Fadh tak ada peluang tu, nek..Mia pun dah buat keputusan. Kalau benar, dia pemilik tulang rusuk kiri Fadh, pasti kami akan bersatu juga, nek."

"Kamu ni redha ke pasrah, Fadh? Tanya hati kamu tu..Jawapannya hanya pada kamu.."

Nek Limah terus sahaja berlalu meninggalkan Iffadh yang termangu sendirian. Ya, dia pasrah..dia tidak ikhlas dengan pemergian Damia..namun dia masih mengharapkan jodoh berdua, tanpa usaha. Layakkah dia..memiliki Damia sebagai suri hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience