"Mia, posting nanti kau nak balik KL ke?"
Syawal yang sedang saing berjogging bersama Damia dan Asfa tiba-tiba bersuara. Ini juga aktiviti wajib mereka apabila mempunyai masa senggang. Sedar tak sedar, hampir dua tahun sudah berlalu sejak dia kembali ke kampung halamannya dan itu bermakna tempoh latihannya juga sudah hampir tamat.
"Mama dengan papa aku harap macam tu. Aku masih berfikir. Kau?"
Tuala kecil di bahunya dibawa mengelap wajahnya yang basah dengan peluh. Asfa di sebelahnya pula hanya diam masih meneruskan lariannya.
"Aku ikut As. Mana dia pergi akan ku kejar cintanya."
Asfa terus berhenti mengejut. Mukanya merah menahan malu. Damia pula sudah pecah tawanya. Syawal pula masih kekal begitu. Riak bersahaja. Mereka mengambil tempat di tepi tasik taman rekreasi tempat mereka beriadah pagi ini mahu melepaskan lelah setelah berlari dua kali mengelilingi tasik.
"Korang ni diam-diam main cinta kan."
Damia yang masih bersisa tawanya kembali mengusik Asfa yang hanya terdiam segan. Kalau tidak, dialah yang paling tidak betah diam, sekadar menjadi pendengar. Bukan Asfa namanya. Namun, pengakuan cinta Syawal buat dia terdiam kelu.
"Mana ada la, Mia.."
Asfa masih mahu mengelak. Syawal ni terus mengaku begini, tak ada pula dia nak bagi hint ke apa pada Asfa sekalipun nak kongsikan berita gembira.
"Tak baik tau you tak nak mengaku.."
Syawal dengan muka mengada-ngada mula mencebik pura-pura merajuk. Lagilah Asfa geram. Mahu sahaja diketam batu anak orang ni. Damia pula sudah merah mukanya kerana ketawa bersungguh-sungguh sehingga terbit air mata.
"You ni kan.."
Asfa ketap bibir menahan geram dengan perangai Syawal. Sudahlah dia masih terkejut dengan Syawal yang tiba-tiba meluahkan perasaan sejak sebulan lepas, kemudian hari ini terus sahaja mengaku pada Damia tentang hubungan mereka.
"Euwww..I.. you.. eh korang? Apasal aku tak perasan eh?"
Damia masih mahu mengusik..Sebetulnya dia memang perasan hubungan intim antara dua sahabatnya itu, namun dia tetap sahaja mahu dikhabarkan secara rasmi oleh tuan badan..Kerana itu, dia tidak pernah bertanya dan dia sangat mengagumi Syawal dan Asfa yang kekal profesional dalam perkerjaan mereka walaupun mereka bercinta.
"Habis tu, takkan aku nak panggil abang. Umur sebaya je, aku lagi tua lima bulan adalah. Lainlah kau, crush senior..Bolehlah panggil Abang Fadh."
Asfa membalas geram dan tanpa dia sedar, wajah Damia berubah. Ya, crush itu masih kekal walaupun dia cuba move on sejak lebih setahun lepas. Iffadh masih kekal dalam carta hatinya sejak lebih sepuluh tahun yang sudah berlalu. Dia..tidak pernah move on.
Menyedari perubahan wajah Damia, Syawal menyiku Asfa, menyedarkan kekasihnya tentang lantangnya seorang Asfa yang membangkitkan sebuah nama yang sudah lama dia cuba kuburkan agar terus bersemadi dalam lubuk hatinya yang terdalam.
"Err..Mia, aku minta maaf..aku salah cakap."
Damia hanya tersenyum. Membayangkan sebaris nama Iffadh, hatinya memang sakit. Sejak hubungannya dan Marissa kembali jernih, Iffadh seolah langsung tidak mempedulikannya. Dia yang membawa diri mengharapkan Iffadh memujuk, namun masih tak nampak usaha Iffadh..Bak kata Asfa, Iffadh loading terlalu lama..Dan dia sendiri terus diam sahaja kerana segan mahu menjadi perigi cari timba.
"Takde apalah As..aku happy tau korang together, nanti jangan lupa wedding korang aku nak jadi bridesmaid eh. Kau jangan nak hire orang lain."
Damia mengusir jauh ingatannya kepada Iffadh. Amaran yang diberikan kepada Asfa disambut tawa Syawal. Asfa yang masih dibalut rasa bersalah terus sahaja memeluk Damia. Hatinya sebak kerana sejak dia mengenali Damia, dia tahu hati gadis itu tidak pernah mempunyai penghuni lain, selain Iffadh yang pending sangat tu.
Dalam sebak, dia mendesis geram. Mahu sahaja dia masuk campur, namun setiap kali itu Syawal akan menghalang sehingga dia pernah terfikir Syawal menyimpan perasaan terhadap Damia. Namun, yang berlaku sebaliknya pula. Dan kata Syawal, jalan hidup mereka, biar mereka yang putuskan. Andai benar jodoh mereka, jauh mana terpisah pasti akan bersama kembali.
---
"Fadh, doktor cantik sebelah rumah kau apa khabar? Dah lama tak dengar kau merungut nak dijodohkan, tapi kau nampak macam ayam berak kapur je lately."
Ashraf yang sedang menikmati mee goreng mamak di kantin sekolah itu memulakan bicara setelah hampir sepuluh minit Iffadh diam. Tadi bukan main ajak stay back konon ada kerja nak siapkan sekali mengelamun sahaja kerjanya.
"Entah..okaylah kot. Nenek aku cakap dia nak pindah. Lagi pun dah lama aku tak jumpa dia."
Iffadh yang daripada tadi diam, mendatar sahaja nadanya membalas pertanyaan Ashraf, teman sekerjanya merangkap teman rapatnya.
"Seriuslah weh duduk sebelah rumah tak jumpa? Kalau aku lah.."
Ashraf tidak jadi meneruskan kata-katanya apabila Iffadh mengangkat muka dengan renungan yang tajam.
"Kalau kau apa..?"
Iffadh jungkit keningnya. Bibir disungging senyum. Namun, hanya seketika. Cepat benar dia berubah kembali kepada asal.
"Tak semua orang faham la Acap.."
Iffadh kembali menunduk, seraya suaranya mendatar perlahan seolah mengeluh. Dia hanya menguis bihun goreng yang masih berbaki. Seleranya pergi bersama berita Damia bakal berpindah. Dia sendiri dapat rasakan Damia menjauhkan diri daripadanya. Masakan tidak, sangkanya Damia terus lupakan Imani selepas dia berbaik dengan Marissa, namun lain jadinya. Damia hanya mengelak daripadanya seorang. Dengan nenek, Imani dan Marissa..selalu sahaja Damia jumpa. Cerita tentang Damia juga banyak dia tahu daripada Marissa dan Nek Limah sahaja. Sejak Marissa memberitahunya Damia akan pulang berkerja ke Kuala Lumpur dua minggu lepas dan disahkan oleh neneknya, hatinya memang tidak tenang. Dia mahu menghalang namun, dia masih ragu tentang rasa hatinya. Dan yang lebih utama, adakah Damia juga berkongsi rasa yang sama. Dia tidak mahu mengulangi kegagalan dalam perhubungan sekali lagi.
"Aku memang tak faham, Fadh sebab kau tak pernah cerita. Kalau kau kata kau taknak dia, macam dulu kau tolak mentah-mentah sebab kau serik, masa tu aku fahamlah..Tapi sekarang semuanya dah elok kan, Icha pun dah okay, kau pun dah move on dengan Icha. So, apa pula masalah kau tak boleh nak confess dekat dia? Kata gentle, bro. Lepas tu kau muka macam mati bini pula. Lagi la aku tak faham."
Tempelak Ashraf buat Iffadh terkedu. Kalau Ashraf tak faham, dia juga tak faham dengan diri sendiri. Dia belum cuba, cuma andaian sendiri..tapi dia masih sangsi. Sudah lebih setahun berlalu dan akhirnya dia sedar, dia sedang membuang masa. Hari ini, akhirnya dia memutuskan untuk bertanya Damia sendiri tentang soal hati dan perasaan. Dia sudah nekad. Andai bertepuk sebelah tangan, dia akan move on lagi dan andai benar Damia jodohnya, alhamdulillah.
---
Damia sedang berkemas untuk pulang ketika telefonnya berbunyi tanda notifikasi pesanan mesej daripada aplikasi whatsapp. Melihat sebaris nama, debaran halus menyapa hatinya. Sudah lebih setahun pemilik nama itu tidak menyapanya, di telefon mahupun di luar. Kalau terserempak pun, sekadar berbalas senyuman sahaja. Belum baca lagi isinya, debaran hatinya kian memuncak. Dia memejam mata seketika mengumpul semangat. Dan akhirnya dia membaca sebaris ayat yang membuatkan dia hampir menjerit.
'Assalamualaikum. Mia, abang nak jumpa Mia. We need to talk. Please give me a chance.'
Damia mahu menangis..Dia teruja dan dalam masa yang sama dia tertanya-tanya apakah yang Iffadh mahukan. Adakah cinta mereka bakal berputik dan kembang mekar dan terus subur ataupun akan terus layu begitu sahaja? Dia geleng kepala laju-laju kerana sempat berfikiran negetif tentang perkara yang dia tidak mahu bayangkan.
"Eh, Doktor Damia kenapa geleng kepala?"
Sara, jururawat yang baru sahaja memulakan syifnya hari ini, perasan dengan kelakuan Damia.
"Eh, tak de apa Kak Sara..Mia cuma mengantuk je."
Damia memberi alasan lalu segera menyilangkan beg di bahunya.
"Mia balik dulu ye, Kak Sara."
Damia segera beredar setelah pamitan. Fikirnya lebih baik segera beredar sebelum lebih banyak soalan Sara yang boleh tahan sifat penyiasat dalam dirinya itu.
Sepanjang pemanduannya kembali ke rumah, dia hanya melayan lagu yang dimainkan di radio. Kena pula dengan situasinya sekarang, agaknya dj radio juga dalam mood hati berbunga.
Share this novel