Sudah sebulan sejak dia pulang ke tanah air. Dan sebulan jugalah dia melawat Damia daripada jauh. Apa yang dia lihat, Damia sudah ada pengganti. Hariz, anak Tan Sri Mazlan, juga teman sepermainannya kerana ibu bapa mereka bersahabat. Dia nampak Damia tertawa bahagia. Sedangkan dia dirundung duka sejak ditinggalkan Damia tanpa pesan. Dua tahun sudah berlalu namun rasa itu masih ada tanpa berkurang sedikit pun.
"Kau nak tunggu sampai bila lagi, Fadh? Cukuplah kau lara je bertahun-tahun."
Ketika dia sedang bersantai di balkoni rumah keluarganya melihat bintang di langit, adiknya Irsyad datang menegur.
"Apa kau merepek ni Syad?"
Iffadh masih mahu mengelak. Kalau boleh, perasaannya biarlah dia simpan sendiri memandangkan Damia tampak bahagia walau tanpanya.
"Mama risaukan kau. Mia tu pun masih single. Semua orang tahulah, dia tunggu kau."
Irsyad masih tidak berputus asa. Ikutkan hati dia, mahu sahaja dia minta mamanya pinangkan Damia. Iffadh ni entahlah kenapa terlalu lambat bertindak.
"Dia dah ada orang lain. Hariz..anak Uncle Lan."
Akhirnya Iffadh bersuara setelah jeda seketika di antara mereka. Mug berisi kopi panas yang dibawa Irsyad disisip sedikit. Kopi o kegemaran dia dan Damia. Terlalu banyak kenangan yang tak mungkin dapat dia padamkan.
"Alah..kau tanyalah Mia tu. Mana tahu berkawan je. Kalau dia betul dengan Riz sekarang, bolehlah kau move on. Kau tak kasihankan mama ke?"
Berkerut kening Iffadh bila Irsyad mula menggunakan nama mamanya.
"Dah apa kena mengena dengan mama?"
Irsyad menahan tawa. Dia sengaja mahu mengusik abangnya yang tak habis-habis lara sendiri akibat salah sendiri. Rasakan Iffadh!
"Mama nak menantulah. Nak teman. Kau ni pun..lambatlah. Padanlah Mia lari."
"Kalau mama nak menantu, kaulah cari bini. Yad pun ada, apesal aku pula?"
Irsyad mengekek ketawa melihat wajah kelat Iffadh. Bukan dia tak tahu abangnya itu alergik bila disebut perihal menantu mama. Namun, sesekali memang kena ingatkan juga, supaya dia tak lupa dan terus lara.
"Sebab mama kata dia nak Mia jadi menantu dia. Kau tak kisah ke kalau aku atau Yad yang kahwin dengan Mia?"
Iffadh hanya diam, tidak membalas pertanyaan Irsyad. Iya, andai dia terus pasrah..adakah Damia akan menjadi milik orang lain? Dia akhirnya sedar yang dia tidak perlu terlalu mengikut hatinya. Salah sendiri, akibat terlalu mahu menjaga hati Marissa, dia dan Damia yang sengsara. Marissa juga sudah ada kehidupan sendiri, nampak bahagia bersama anak-anaknya dan Imani juga, memilih untuk tinggal bersama Marissa. Dia bersyukur Allah kurniakan kekuatan buat Marissa.
"Esok kau pergi jumpa Mia. Mama dengan Aunty Syirah dah ada plan. Nanti mama text kau nama restoren tu..Dah siap booking. Kau jangan tak pergi pula. Melepas nanti..putih mata kau."
Irsyad menepuk bahu Iffadh. Mahu sahaja dia menjawab, tapi dia memilih untuk diam sahaja. Andai Damia jodohnya, pasti mereka bersama dan dia, mahu berusaha sebelum redha supaya dia tidak menyesal andai tak buat apa-apa.
---
"Adik, esok adik pergi tempat yang mama text adik tadi ye. Jumpa seseorang yang adik rindu."
Datin Seri Basyirah bersuara ketika makan malam keluarga. Hampir tersedak Damia. Siapa pula yang dia rindu ni? Hariz? Mengarut sahaja mamanya. Baru minggu lepas jumpa Hariz yang meninggalkan pesanan jangan rindu dia sebab outstation seminggu. Ah! Adalah tu komplot dengan mama.
"Sejak bila mama komplot dengan Hariz ni?"
Datin Seri Basyirah dan Datuk Seri Burhan saling memandang antara satu sama lain. Betulkah apa yang mereka rancang? Hariz..ya, mereka lupa tentang itu. Damia yang sedang berkawan dengan Hariz.
"Makan, dik..esok je adik jumpa jawapan puzzle dalam kepala adik tu."
Akhirnya Datuk Seri Burhan mengambil jalan selamat, menamatkan tanda tanya Damia. Sehingga habis makan malam, tiada lagi pertanyaan tentang teka-teki Damia.
"Abang, saya terlupa betul tentang Hariz masa menerima cadangan Syimah tu. Betul ke apa yang saya buat ni?"
Datuk Seri Burhan menutup buku yang dibacanya. Sebelum tidur, biasanya dia akan meluangkan masa sebentar, membaca untuk menambahkan pengetahuannya samaada tentang ilmu agama ataupun isu semasa.
"Jodoh itu kan rahsia Allah. Walau sepuluh Iffadh yang datang dan Allah takdirkan Hariz jodoh adik, itulah takdirnya. Begitu juga sebaliknya. Kita hanya merancang, namun perancangan Allah itulah yang terbaik untuk hambaNya. Awak janganlah fikir sangat. Kita serahkan pada Allah."
Datin Seri Basyirah mengangguk. Lega sikit rasa hatinya. Sebagai seorang ibu, dia sentiasa mendoakan kebahagiaan anaknya. Walaupun Damia bukan anak kandungnya, namun dia yang membesarkan anak gadis itu. Kasih sayangnya pada Damia sama seperti anak-anaknya yang lain. Kerana itulah dia mahu membantu Damia mencari bahagia yang sekian lama hilang.
---
Setelah memarkirkan keretanya, Damia tersenyum sendiri. Macam-macam pesanan mamanya serupa dia nak pergi blind date sahaja..Sampaikan warna pakaiannya pun, mama yang aturkan. Warna biru lembut, warna yang sudah lama dia tinggalkan..Warna yang mengingatkan dia pada Iffadh. Ah! Susah betul dia nak padamkan Iffadh daripada ingatannya, dan yang paling penting, sangat kuat melekat dalam hatinya.
'Ting!'
Bunyi mesej mengejutkannya. Mama. Dia tersenyum sendiri melihat mesej mamanya.
'Adik dah sampai ke tu? Nanti balik jangan marah mama ye, plankan blind date ni.'
Ada sahaja mama.
'Mana boleh adik nak marah mama, adik sayang mama lagi adalah.'
Sent!
Dia terus keluar daripada kereta dan menuju ke arah restoren yang mamanya aturkan tempat pertemuan dia dengan orang yang dia rindui, kata mamanya. Senyumannya tidak dapat disembunyikan mengenangkan betapa manisnya sikap mama kesayangannya itu.
Setelah memaklumkan tentang kehadirannya kepada penyambut tetamu, dia dibawa ke sebuah meja yang menempatkan seorang lelaki, berbaju biru muda dan membelakanginya. Ah! sedondon. Mama ni saja tau.
Ketika dia sampai di meja itu, dan mengambil tempat, lelaki di hadapannya terus bangun dan terpaku. Dia juga seakan kaku di tempatnya. Benar dia rindu. Tapi, kenapa mama tak berterus terang. Dia ingin pulang, namun Iffadh menghalang.
"Mia, please..let's discuss."
Permintaan yang tak pernah dia bayangkan. Okay, mungkin dia pernah mengharap. Tapi bukan sekarang. Hatinya berbunga membayangkan Hariz tapi..ah, dia buntu! Apakah yang patut dia rasa sekarang? Gembira bertemu Iffadh atau rasa bersalah terhadap Hariz? Dia tahu Hariz sukakan dia dan dia juga mula selesa dengan Hariz, namun takdir apakah yang bakal tercipta? Kenapakah Iffadh muncul di saat dia mula membuka ruang kepada Hariz?
"Dua tahun..Mia dah lupakan semuanya."
Dia mahu bangun, namun dia tidak mahu berdrama di tempat awan. Bukan seorang Damia yang suka menjadi perhatian umum. Dia mahu pergi, namun biarlah secara baik.
"Mia, please bagi abang peluang jelaskan semua.."
"Let's eat and I will go. Or else.."
Keras suara Damia walaupun perlahan..Iffadh tak pernah melihat sisi Damia yang ini..Keras hati..Dan akhirnya Iffadh bersetuju. Sekurangnya dia dapat melihat wajah kesayangannya ini lebih lama. Wajah bujur sirih yang bersih, keningnya tidak terlalu lebat, dengan alis mata yang terbentuk cantik. Hidungnya mancung dan bibirnya yang comel pelengkap wajah penyejuk hatinya. Damia memang cantik.
Suasana sepi menemani makan malam mereka atau lebih kepada blind date yang diaturkan tanpa persetujuannya. Marah? Damia memang marah. Tapi bukan pada Iffadh yang mengharap, bukan pada mamanya dan Aunty Syimah yang mengaturkan..namun marah pada diri sendiri yang masih mengharapkan Iffadh dan dalam masa yang sama serba salah terhadap Hariz, walaupun apa yang berlaku sekarang, diluar pengetahuan Hariz.
Damia meletakkan sudu, tanda dia sudah selesai makan..meneguk air sekali. Dan kemudian, pelayan restoren menghidangkan manisan sebagai pelengkap hidangan. Makanan malam ini, sedap..Semua kesukaannya. Namun, makan bersama orang yang sudah hilang sekian lama, meresahkannya.
"Abang cuma nak tanya Mia, andai Mia dah pilih Hariz, abang akan move on. Abang cuma perlu tahu hati Mia, supaya abang tak menyesal andai tak berbuat apa-apa. Andai tiada jodoh antara kita, abang redha.."
"Andai..andai..stop it! Mia dah siap makan, thank you for the dinner."
Damia terus bangun, tanpa memberi jawapan yang Iffadh mahukan..Iffadh tahu Damia marah. Memang patut Damia marah..Dua tahun dia biarkan Damia dengan tanda tanya, apalah sangat kena marah hari ini. Walaupun matlamatnya tak tercapai, dia tersenyum sendiri mengenangkan sikap comel Damia yang sudah tahu menunjukkan perasaan. Kalau dulu, semua okay sahaja..senyum sahaja..namun Damia sekarang, sudah berubah.
Damia menyembamkan wajahnya di stereng kereta. Dia menangis semahunya. Kenapa baru sekarang Iffadh muncul dan menagih harapan darinya? Hatinya berbelah bahagi. Dia mahukan Iffadh namun dia takut andai semua ini hanya sementara..dan Hariz, rasa bersalah mula menjalar di hatinya mengenangkan ketulusan hati Hariz.
Share this novel