Setelah menerima mesej daripada Hariz tentang maklumat keberadaan Damia, Iffadh segera membuat tempahan tiket kapal terbang ke Kuala Terengganu. Untung sahaja hari ni hari Jumaat, maka dia ada masa dua hari untuk membawa pulang isteri kesayangannya. Mungkin takdir merestuinya.
Dia tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan pada pukul 10.30 pagi lalu menaiki teksi yang ditempah awal sebelum bertolak pagi tadi, ke Jeti Kuala Besut, Terengganu. Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam. Masa yang berlalu dirasakan sangat perlahan. Hatinya berdebar-debar seakan kali pertama mahu melamar Damia, sedangkan sudah lima tahun mereka hidup bersama.
"Encik, dah sampai."
Segala bayangannya tentang Damia menghilang dek teguran pemandu teksi itu. Dia melihat keluar tingkap kenderaan, ya dia sudah sampai ke Jeti Kuala Besut. Setelah membayar harga tambang, dia terus bergegas ke kaunter tiket feri kerana dia tidak mahu membazirkan masa walau seminit.
---
Selepas makan tengah hari, Damia memilih untuk bersantai di tepian pantai. Walaupun cuaca agak panas, namun dia tidak peduli. Jiwanya terasa tenang apabila kakinya memijak pasir pantai di selang seli dengan sapaan air laut di kakinya yang tidak beralas.
"I just arrived, and no available rooms at the moment. If you don't mind.. may I stay with you?"
Suara itu.. suara suaminya. Berbisik rapat di telinganya. Bau itu.. ya itu bau yang dia rindui. Bau yang 'jauh' menyebabkan tidurnya tidak lena. Damia mengusir rasa, menggeleng perlahan. Terukkah keadaannya sampai tahap berhalusinasi, mendengar suara namun bau? Adakah dia terlalu merindui Iffadh namun dia masih 'merajuk' dan merajuk dengan siapa? Hubungan mereka baik-baik sahaja walaupun dia terasa diabaikan namun ah! Adakah dia terlalu keanak - anakkan, membawa diri namun tidak betah menahan rindu.
"Sayang....."
Suara dalam itu menyeru perlahan. Damia berpaling spontan dan serentak dengan itu, matanya membulat sempurna.
"Abang?"
Ya, dia bukan mimpi! Tak mungkin mimpi di tengah panas terik begini. Suaminya kini dihadapan matanya. Melihat Damia yang masih kaku, Iffadh mencuba sekali lagi walaupun dadanya berdebar hebat. Sejujurnya dia takut, dia takut Damia mengamuk, yang lebih buruk lagi Damia menjauhkan diri.
"Bilik penuh..and.."
Buk! Dia mati kata apabila tubuh Damia merempuh tubuhnya. Terasa tangan wanita itu melingkar di belakang badannya, wajah wanita itu disembamkan di dadanya, hampir terlepas beg pakaian yang dipegangnya.
"I miss you. Thank you for coming."
Suara Damia tersekat dengan sedu-sedan. Selama lima tahun berkahwin, dia tidak pernah tahu Damia semanja ini. Dadanya terasa basah dengan air mata Damia. Selama ini Damia tak pernah menunjukkan sisi kesedihan, Damia hanya okay, isteri yang selalu bertolak ansur dan memahami. Dan kerana itu, dia terlepas pandang kesunyian Damia apabila dia terlalu sibuk menjaga amanah orang lain.
Dagunya ditompangkan di kepala isterinya.
"I miss you too, sayang. Thank you for not avoiding me."
Seketika, Damia melepaskan pelukan. Damia tarik wajah cemberut.
"Kenapa sampai seminggu baru abang jumpa Mia?"
Tadi beriya menangis, ini dah mula bersoal jawab. Nak jawab sebab nak bagi Damia ruang masa yang dipinta di dalam nota yang ditinggalkan, adakah masih relevan dengan matanya dihidangkan wajah cemberut isteri yang merah menahan rasa?
"I just give you time..yang sayang minta.."
Terlalu perlahan, hampir tidak kedengaran..dia tidak yakin. Entah mengapa dia merasakan perubahan emosi isterinya mendadak sekali.
"Bilik dah penuh kan, abang tidur jelah bawah pokok sana."
Damia mula mengorak langkah berura mahu meninggalkan Iffadh, namun Iffadh lebih pantas meraih tubuh isterinya lalu dipeluk erat.
"Abang minta maaf, sayang.. untuk semua rasa yang tak membahagiakan sayang selama sayang bersama abang. Abang banyak khilaf, abang lupa sayang isteri yang abang minta daripada Allah, bila dah dapat abang abaikan sebab abang ingat sayang okay. Tapi abang silap, sayang makhluk kompleks yang penuh rasa. I'm truly sorry for..everything."
Pelukan ditubuhnya terasa erat. Tiada ruang lagi yang memisahkan. Lama mereka begitu, detak jantung Iffadh mendamaikan jiwa rajuk Damia. Matanya mula layu. Dia melepaskan pelukan.
"Mia mengantuk, nak nap sekejap. Kalau abang taknak tidur bawah pokok, jomlah."
Walaupun wajah Damia beriak biasa dan suaranya bernada datar sahaja, Iffadh seperti mahu melompat. Satu 'batu besar' telah berjaya ditolak.
Laju langkah Damia meninggalkan Iffadh di belakang. Doktor kan memang laju jalannya, tapi jangan lupa, cikgu juga tak kalah berjalan laju mengejar masa kelas yang bersilih ganti. Setelah menyaingi langkah Damia, bahu isterinya itu diraih. Dan dia berbisik perlahan.
"Thank you, sayang sebab tak biarkan abang tidur bawah pokok."
Hampir sahaja Damia tergelak, namun dia tidak mahu terlalu menujukkan perasaannya sekarang. Cukuplah dengan terlepas laku mengaku dia rindu tadi. Dia mahu jual mahal, mahu Iffadh usaha lebih. Tapi tak mungkin dia mahu membiarkan suami kesayangannya tidur di bawah pokok. Membayangkan sahaja dah buat dia mengulum senyum.
---
Malam ini tidur Damia lena sekali. Ingatkan bila jauh daripada suami sebab perlukan ruang bersendiri boleh tenangkan fikiran, dapat tidur lena. Rupanya, celah ketiak suami juga tempatnya. Segala rasa rindu terlunas sudah.
Pagi ini mereka berjalan menyusuri pantai. Segala rasa sudah dilepaskan. Walaupun Damia merasa tidak puas berbulan madu 5.0 yang dikira dengan usia perkahwinan mereka hanya sehari, namun janji Iffadh yang akan membawanya kembali ke sini untuk berbulan madu 5.1 pada cuti persekolahan nanti, sudah cukup mengubati rajuknya. Dah kahwin dengan cikgu sekolah, nak bercuti lama-lama, kenalah tunggu musim cuti sekolah kan. Lengan Iffadh tak lepas dipeluk Damia. Dia bersyukur akhirnya jawapan yang dicari sudah ditemui. Hidupnya bahagia bila bersama Iffadh.
Dari jauh, Iffadh nampak sahabatnya. Satu mesej di terima.
"Aku happy tengok kau dan Mia bahagia, Fadh. Terima kasih sebab kau jadi suami yang membahagiakan isteri kau. Doakan aku temui bahagia aku juga, Fadh."
Iffadh membalas.
"Thanks, bro. Dia akan hadir pada waktu yang tepat. Aku selalu doakan kau."
Iffadh kembali menyimpan telefonnya. Damia yang ralit dengan laut menyedari apabila lengan Iffadh bergesel dengan tubuhnya ketika telefon sudah selamat di kocek seluarnya.
"Siapa tu bang? Isteri kat sebelah dok mesej-mesej lagi."
Iffadh tergelak dengan suara rajuk yang dibuat-buat Damia.
"Hariz, sayang."
Jawapan Iffadh buat Damia tersenyum kecil. Membayangkan raut wajah tampan gaya seorang lelaki maskulin, dia pernah merasa bersalah kerana telah menjadi pematah hati lelaki itu.
"He called me.."
Damia berjeda dan melihat Iffadh simpul senyum, terus sahaja otak bijak Damia dapat meneka.
"Abang jumpa dia tak?"
Damia tidak mahu marah dan merajuk lagi. Cukuplah Allah dah kirimkan suaminya ke sini dan hubungan mereka kembali jernih, itu sudah memadai. Dia tidak mahu terus berdrama lagi kerana dia hanya mahu menikmati bahagia bersama Iffadh. Iffadh tidak membalas, cukuplah sekadar bahasa tubuhnya memjawap pertanyaan Damia. Dari kejauhan, dia nampak susuk Hariz meninggalkan pantai itu. Iffadh memeluk bahu Damia rapat meluangkan masa berdua bersama sebelum mereka pulang ke Kuala Lumpur tengah hari nanti.
Dalam doa Iffadh, semoga jodoh mereka kekal dan juga Hariz sahabat yang berhati mulia menemui jodoh yang baik-baik untuknya. Sesungguhnya Iffadh berterima kasih kepada Hariz yang telah menyatukan kembali dia dan Damia.
TAMAT.
finally kisah Iffadh dan Damia anda happy ending. Enjoy guys. Maaf atas segala kekurangan.
Share this novel