"Cantiknya adik.."
Danisha tersenyum puas, memuji Damia sekaligus memuji dirinya sendiri yang bertanggungjawab menatarias watak utama pada hari ini iaitu Damia, yang bakal menjadi tunangan Hariz.
"Kakak.."
Damia pandang wajah Danisha. Ada kerisauan di wajahnya.
"Why, dear?"
Danisha yang lincah mengemas perkakas soleknya serta merta memberi tumpuan kepada adik bongsunya. Ada riak yang tidak sepatutnya Damia pamirkan pada hari ini. Hatinya tiba-tiba dicuit rasa tidak enak. Dia segera menarik tangan Damia dan sama-sama melabuhkan punggung di birai katil Damia.
Damia hanya diam, Danisha sudah sesak nafas. Janganlah dia kata nak cancel..Pihak lelaki dah on the way!
Tidak betah menunggu Damia yang sudah lebih 5 minit memintal manik di bajunya dengan wajah yang menunduk, Danisha kembali bersuara.
"Adik ada masalah ke?"
"Kakak rasa, betul ke apa yang adik buat?"
Perlahan suara Damia seakan berbisik. Lemah nadanya namun cukup jelas pada pendengaran Danisha. Danisha urut dahi seketika. Dia menarik nafas untuk bertenang. Dia tahu, Damia gugup..dia mahukan adiknya bahagia..tanpa kata-kata, dia hanya menggenggam erat tangan adik kesayangannya. Dia berusaha menyalurkan semangat buat adiknya. Nak dikatakan dipaksa, ceria sahaja wajahnya ketika persiapan dibuat. Mungkin sahaja dia gugup. Danisha berusaha menyedapkan hati sendiri.
Suasana sunyi antara mereka dikejutkan dengan kehadiran Asfa yang sudah lebih setahun tidak bersua. Mak buyong yang jalan terkedek-kedek hari ini, datang jauh dari selatan tanah air kerana mahu meraikan sahabat sebantalnya suatu ketika dahulu.
"Mia...congratulations! I knew you've made it!"
Damia ceria menyambut Asfa dan Danisha menghela nafas lega. Penyelamat di saat dia memerlukan.
"Aku nampak Iffadh tadi, betullah slow dia tu..dua tahun dia ambil masa kan nak propose kau!"
Gaya kepoh Asfa mematikan senyuman Damia..dan juga memendekkan nafas Danisha. Ini bukan penyelamat, ini bala!
"Dia datang?"
Soal Damia dengan wajah keruh..Danisha tak tahu harus beriaksi bagaimana sekarang. Dia urut dadanya yang semakin sesak. Adik..please jangan lemah. Mata Damia yang mula berkaca sudah memberikan jawapan yang pasti kepada Danisha. Telefon Damia yang berbunyi menandakan ada panggilan masuk..dan nama yang tertera adalah Hariz. Semuanya berlaku serentak.
"Yes, Riz.. You ada apa nak cakap dengan I?"
Hariz diam di sebelah sana namun dapat Damia dengar suara keramaian. Nampaknya Hariz juga ada di majlis mereka hari ini.
"Aku dengan Damia, kami tak ada hubungan istimewa, tak lebih sekadar teman sepermainan..Dia dah aku anggap macam adik aku. Congrats, Riz!"
Ya, itu suara Iffadh dan kemudian talian dimatikan di sebelah sana. Damia mengerdipkan matanya sekali dan terasa ada air jernih yang membasahi pipinya.
"As, bakal tunang aku bukan Iffadh, tapi Hariz. Maaf aku dah lama tak contact kau..tak sempat nak story mory."
Damia memberitahu Asfa tentang kenyataan bakal tunangnya. Jelas riak terkejut Asfa dan terus sahaja dia memandang Danisha. Isyarat mata Danisha sudah cukup buat Asfa memeluk tubuh Damia.
"I'm sorry, Mia.."
Damia senyum sambil menghantar isyarat mata pada kakaknya..Lukanya semakin dalam..patutlah Iffadh slow dalam mengambil langkah dalam hubungan mereka, rupanya dia tak lebih daripada seorang adik pada Iffadh. Dia kecewa dan bersyukur dengan keputusannya menerima Hariz dalam hidupnya.
---
Majlis pertunangan antara Damia dan Hariz berjalan lancar. Mengikut perancangan, mereka bakal disatukan dalam tempoh dua bulan sahaja lagi. Itu permintaan keluarga Hariz kerana kakaknya sekeluarga bakal terbang ke Amerika Syarikat untuk menyambung pelajaran di peringkat tertinggi.
"Tahniah, Mia.."
Ucapan tahniah daripada Marissa mengundang rasa pedih di hati Damia. Imani yang dipimpin Marissa terus sahaja meluru memeluk Damia. Sudah dua tahun mereka tidak bersua kerana jarak memisahkan.
"Imani rindu ibu.."
Kerinduan yang diluahkan Imani, membuatkan dada Damia semakin sesak, air matanya tumpah..hatinya lebih terluka memandang Iffadh yang berada bersama Hariz di suatu sudut. Mujur sahaja yang tinggal sekarang cuma rakan terdekat sahaja, tidaklah terlalu menjadi perhatian drama air mata Damia.
"Kau ikhlas ke lepaskan Mia pada aku, Fadh?"
Soalan Hariz membuatkan Iffadh sedikit terkejut. Dia pandang Hariz di sebelahnya, ada senyuman kelat di wajah Hariz.
"Kau merepek apa, Riz? Dia dah jadi tunang kau. Apa pulak lepas, menyesal bagai."
Tawa Iffadh di hujung bicara kedengaran sumbang di telinga Hariz.
"Aku nampak cinta antara korang. Cara kau pandang Mia, cara Mia pandang kau. Kenapa baru hari ini aku tahu, Fadh? Kenapa kau tak bagitahu aku? Kita kawan dah lama, Fadh. Aku kenal kau dari kecil kot."
Suara Hariz kedengaran terkilan. Walaupun perit kata yang dituturkan, namun dia tidak mahu menjadi penghalang kebahagiaan Damia dan Iffadh. Dua-dua dia sayang.
"Riz, kau kena faham konsep jodoh. Lagi pun, bukan aku tak usaha..ada sahaja halangan. Dan aku yakin, Allah dah tetapkan yang terbaik untuk hambaNya. Tentang Mia, aku ikhlas sayangkan dia dan mulai hari ini, aku sayangkan dia macam adik aku..kau jaga adik aku baik-baik, Riz."
Iffadh menepuk bahu Hariz seraya melangkah ke arah Damia yang sedang berborak dengan Marissa dan Imani. Hariz hanya memandang kosong..entahlah..apa yang dia dengar awal tadi dan dengan riak wajah Damia, dia rasa tindakannya meneruskan majlis pertunangan mereka, satu perkara yang tidak betul..ditambah dengan pujukan Iffadh yang langsung tak meredakan galau di hatinya, dia terasa kejam pada dua hati yang saling mencintai namun tidak terluah.
"Congrats, Mia..Abang Fadh doakan Mia bahagia bersama Hariz."
Iffadh mengukir senyuman ikhlas kepada Damia. Damia sekadar menunduk. Hilang terus gelak tawanya bersama Imani tadi. Patut ke dia menjawab terima kasih sambil tersenyum bahagia? Abang Fadh? Dah tak ada 'abang' sahaja lagi macam biasa. Nampaknya membazir sahaja masanya bertahun-tahun menunggu lamaran Iffadh dan Iffadh hanya anggap dia sebagai adik sejak dulu? Damia terasa mahu meletup, namun disabarkan hatinya memandangkan masih ada mata-mata lain yang mencuri pandang ke arah mereka.
"Thanks, nanti lagi dua bulan jangan lupa datang majlis kitorang."
Sebuah senyuman yang lebar dikoyakkan lalu dihadiahkan khas buat Iffadh. Dia tak boleh lemah, dia tak mau kalah. Ketika matanya menikam mata Iffadh, Iffadh segera melarikan pandangan lalu mengajak Imani dan Marissa pulang. Anak kecil Marissa pula sudah berada didukungannya yang diambil daripada Marissa.
Ketika Marissa memeluk Damia mahu mengucapkan selamat tinggal, Damia bersuara mematikan langkah Iffadh.
Kak Icha, Abang Fadh, Imani dengan baby nampak macam perfect family. Mia doakan korang cepat-cepat bersatu..at least Imani dan baby ada papa dengan mama dalam keluarga yang lengkap, tak macam Mia dlu, membesar menumpang kasih orang lain."
Danisha yang kebetulan berada berdekatan segera menguis lengan Damia tanda menegur kata-kata Damia yang menghiris hati Iffadh. Dia tahu Damia sengaja mahu membalas dendam dengan pengakuan Iffadh pada Hariz. Wajah Marissa dah berubah, begitu juga Iffadh, namun Iffadh segera mengawal air mukanya. Saat berpaling membalas 'doa' Damia..Damia sendiri yang semakin terluka.
"Mia doakanlah kalau sudi, assalamualaikum."
Senyuman dan wajah tenang itu benar-benar membunuh hati Damia. Marissa yang masih terkulat-kulat segera mengejar langkah Iffadh apabila kedengaran namanya diseru.
Share this novel