EL 12: Bertemu Dia

Drama Completed 20201

"Doktor Damia, Doktor Mugen minta check patient bed 23 baru transfer tadi. Recurrent misscarriage."

Syif pagi itu, ketika dia meneliti fail pesakit, jururawat yang bertanda nama Julia menyampaikan pesan ketuanya. Dia segera mengambil fail pesakit katil bernombor 23. Marissa Binti Hasnol. Sebaris nama yang tiba-tiba memberi kesan di hatinya.

"Kak, recurrent misscarriage ni..patient ni selalu admit sini ke atau baru first time?"

Teragak-agak dia mahu bertanya. Julia juga memandangnya pelik. Menyedari soalan yang sepatutnya ditujukan kepada pesakit, Damia sedar sendiri. Entah mengapa, mahu berdepan dengan Marissa dia rasa gugup. Padahal soal peribadi Marissa dan Iffadh tidak ada kena mengena dengan kerjanya sekarang.

"Sorry, kak. I thought I know her."

Damia tayang muka comelnya. Julia terus sahaja ketawa.

"Everyone here knows her, doctor."

Julia yang kembali menaip di komputer dipandang. Eh biar betul! Takkan Julia juga kenal Marissa? Kalau ikutkan perbezaan umur mereka bukannya dekat sangat. Menyedari Damia yang masih di situ, Julia kembali menoleh.

"Ya Allah doktor, kenapa muka macam tu?"

Damia mengawal air mukanya. Sungguh dia memang tak mampu menyembunyikan kegusaran di hatinya.

"Dia selalu admit, setahun ada dua ke tiga kali sejak beberapa tahun yang lepas. Doktor boleh check dia dulu, dia positif orangnya walaupun diduga begitu. Masih belum ada rezeki."

Julia kembali menyambung kerjanya setelah tiada balasan daripada Damia. Entahlah dia empati atau apa, namun sumpah dia seram sejuk nak berdepan dengan Marissa sekarang.

Dan akhirnya, dia di hadapan Marissa dengan berbekalkan semangat dan selepas dia mengingati pesan arwah ibunya, kerjaya sebagai seorang doktor itu mulia, dapat membantu orang sakit.

"Assalamualaikum, Puan Marissa..Saya Doktor Damia, nak check puan sikit ya."

Lembut Damia menegur. Walaupun dia perasan dengan perubahan wajah Marissa yang terkejut ketika dia memperkenalkan diri tadi, dia masih mengekalkan profesionalisme dalam tugasnya. Setelah selesai mengambil segala maklumat yang diperlukan, Damia akhirnya meminta diri.

"Mungkin ini balasan Allah pada Kak Icha, Mia.."

Lirih Marissa bersuara ketika Damia berpaling mahu ke kaunter jururawat. Terhenti langkah kakinya. Dalam keadaan sekarang, dia tidak tahu harus memilih mahu meneruskan perjalanannya atau berpaling memujuk Marissa yang sudah mula menangis. Dan akhirnya, dia memilih pilihan kedua atas sifat empatinya.

"Akak..akak rest dulu, nanti akak dah tenang kita borak ye. Mia taknak ganggu akak."

Marissa hanya mengangguk dengan wajah yang basah. Tangan Damia dipegang. Damia sedikit tersentak namun masih dalam kawalan. Mujur sahaja tiada pesakit lain berdekatan katil Marissa sekarang.

---

"Mia, apa cer tadi?"

Waktu makan tengah hari itu, Asfa dengan muka kepohnya bertanya kepada Damia yang sedang menyuap makanan ke mulutnya.

"Apa cer apanya kau ni, As?"

Damia dah hampir tersedak makanannya melihat muka kepoh Doktor Asfa, rakan yang dia kenali sejak berkerja di hospital ini. Mereka sama-sama doktor pelatih di wad antenatal.

"Weh, share lah. Aku dengar akak-akak SN bergosip tadi."

Seorang lagi, Syawal. Gayanya kalau bergosip mengalahkan perempuan. Tak sesuai langsung dengan perwatakannya yang macho dan berbadan sasa itu.

"Mia!"

Damia tersedar. Sempat lagi dia berangan tentang Syawal yang akhirnya buat dia segan sendiri.

"Eh korang ni kan...aku tak tahu lah dan aku tak ambil tahu hal orang okay."

Damia membalikkan matanya ke atas tanda dia malas melayan. Dua sahabatnya itu masing-masing fokus memandangnya.

"Mia...kau ni..."

Mendengar suara meleret Asfa, terus sahaja Damia memintas.

"Makan, As..Wal..Kita tak banyak masa okay."

Mendengar nada mendatar Damia, sempat lagi Asfa mengomel sendiri.

"Kededut.."

Lalu terus menyuap makanan ke mulutnya. Begitu juga Syawal, makan tanpa bersuara lagi.

"Sebenarnya dia ex-wife jiran sebelah rumah aku, dan dia satu sekolah dengan aku. Itu je lah. Dia nangis tadi, sebab dia rindu anak dia la kot aku rasa."

Setelah menghabiskan suapannya yang terakhir, Damia akhirnya berkongsi cerita dengan dua sahabatnya. Rakan sekerja yang pada mulanya dikenali kerana ditugaskan ke wad yang sama, dan akhirnya menjadi sahabatnya yang dapat berkongsi cerita tentang kehidupan.

"Mak Imani ke weh?"

Soal Asfa lengkap dengan mata yang membulat. Tak drama tak sah lah kalau dah namanya Doktor Asfa Laila.

"As..kau ni.."

Meleret suara Damia yang ditekankan sedikit, risau pula kalau ahli keluarga Marissa tiba-tiba ada di kafe hospital ni. Dia pula entah kenapa ringan pula mulut melayan kepoh Asfa.

"Kau tolonglah dia jumpa Imani, Mia.."

Syawal yang sedari tadi sibuk mengunyah cendolnya memberi cadangan. Damia pula seperti biasa, hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Aku malas masuk campur, lagi pun aku dengan bapa Imani tu tak ngam. Kang tak fasal aku pula yang salah."

Menyedari dua sahabatnya itu memandang dengan penuh tanda tanya, Damia mengangkat keningnya tanda 'apa?'

Damia melirik jam di telefon pintarnya, sudah menghampiri waktu zohor.

"Eh, korang jomlah. Dah nak masuk waktu ni."

Damia segera bangun mahu meninggalkan dua sahabatnya itu.

"Mia nak lari lagi lah tu.."

Omelan Asfa sempat ditangkap peluput telinga Damia, dan segera dia memintas.

"Astaghfirullahalazim, Asfa Laila.. Aku ni nak menyahut seruan Ilahi ni."

Syawal pula terus menghambur tawa melihat muka cemberut Asfa. Begitulah dua sahabat penyeri hidupnya, sama gila sama ceria.

---

Sudah dua minggu sejak Marissa keluar daripada hospital, dan hari ini dia mendapat panggilan Marissa untuk bertemu. Memikirkan permintaan Marissa buat dia tidak senang hati. Perlukah dia melibatkan diri andai Marissa mahu dia menjadi orang tengah untuk bertemu Imani? Ah! Bertambah keliru lagi dirasakan.

Ting! Bunyi nada tanda ada satu mesej melalui aplikasi whatsapp masuk di telefon pintarnya.

'Kalau Mia okay Kak Icha datang rumah Mia je.'

Matanya dipejam saat dia membaca mesej daripada Marissa. Gila ke apa dia nak benarkan Marissa datang? Buatnya terserempak Iffadh ke, mahu meletus perang dunia nanti. Tak sanggup Damia mahu membayangkan.

'Kita jumpa kat rumah akak pun tak apa, akak send location.'

Lima belas minit kemudian, suzuki swift berwarna merah milik Damia sudah berada di hadapan sebuah rumah teres dua tingkat. Dan tidak mengambil masa yang lama pemiliknya seorang lelaki keluar menjemput Damia masuk ke rumahnya.

"Assalamualaikum, Encik Syazwan."

Damia menyapa suami Marissa yang menjemputnya di pagar rumah mereka.

"Waalaikumussalam, doktor. Masuklah..Marissa ada kat dalam."

Ramah Syazwan menyambut tetamu mereka. Pada persepsi pertama Damia, Syazwan adalah seorang suami yang sangat sayangkan Marissa. Dia nampak keikhlasan Syazwan melalui layanan lelaki itu terhadap Marissa.

"Eh, Encik Syazwan tak perlulah panggil saya doktor, kita kat luar hospital ni."

Damia sekadar berbasa-basi, dan sejujurnya dia memang terasa tidak perlu memanggilnya begitu di luar hospital.

"Kalau macam tu, Mia boleh panggil Abang Wan je lah."

Suara Marissa yang muncul di muka pintu, menyampuk perbualan mereka, menerbitkan senyum di bibir Damia. Walaupun pada mulanya dia berat hati, setelah sampai di sini, dia terasa senang sahaja. Tiada lagi gundah memikirkan perkara di luar jangkauan akalnya.

"Kak Icha apa khabar?"

Damia segera menyalami tangan Marissa, dan tanpa dijangka, Marissa menarik dia ke dalam pelukan. Lama mereka begitu, seolah melepaskan rindu dendam yang lama terbuku.

"Maafkan Kak Icha, atas segalanya."

Hati Damia dimamah sebak, tidak mampu dia tahan perasaannya..Seolah sebuah bongkah batu besar diangkat daripada bahunya, dia terasa sangat lega. Segala perasaan tidak enak terhadap Marissa selama ini, sudah diangkat pergi.

Hari itu mereka hanya bercerita tentang kehidupan masing-masing..Walaupun langsung tidak pernah rapat dan mempunyai sejarah hubungan yang tidak baik, semuanya seolah tidak pernah berlaku. Akhirnya dia tahu, sejak bercerai dengan Iffadh, Marissa akhirnya menemui kebahagiaan bersama Syazwan. Walaupun mereka belum dikurniakan rezeki anak dan diuji dengan ujian yang berat, tapi mereka tetap positif dan menerima ketentuan Ilahi.

"Akak bukan langsung tak ingat pada Imani, akak ada tengok dia tapi daripada jauh je Mia. Sebab.. akak dah tinggalkan dia dulu."

Suara Marissa kedengaran sangat dalam kerana cuba mengawal sebak yang bersarang di hatinya akibat dihantui rasa bersalah yang teramat sangat sejak sekian lama..Damia dapat merasakan keikhlasan Marissa. Kalau dulu, dia rasakan Marissa ibu yang kejam, kini segala persepsinya sama sekali sudah berubah.

"Mia akan usahakan akak dapat jumpa Imani. She is a very clever girl, kak."

Damia dapat melihat ada sinar di mata Marissa.

"Terima kasih, Mia."

Tangan Damia diraih sambil dia mengucapkan syukur di atas silaturrahim yang terbina kini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience