Lima tahun berlalu kisah Damia dan Iffadh tidak banyak yang berubah, cuma yang berubah hanyalah ketiadaan Nek Timah yang telah pulang ke negeri abadi selepas setahun Iffadh dan Damia melayari kehidupan berumahtangga.
Hari ini, Damia berjalan menyusuri pantai di sebuah resort persendirian di Terengganu. Dia bukanlah membawa diri, bukan juga merajuk, cuma sekadar ingin menenangkan fikiran dan mahu berehat merawat emosi sendiri yang tidak mampu dia kongsi rasa hatinya dengan orang lain. Tak mungkin ada yang memahami, melainkan Dia.
Hatinya lapang seluas lautan yang terbentang di depan matanya. Sesekali apabila ombak menghempas pantai, menyentuh kakinya yang tidak beralas, fikirannya tenang dengan alunan irama sang ombak yang menyapa halwa telinganya. Angin petang yang menyapa kulit wajahnya, dan tudungnya yang ikut menari mengikut irama sang angin, menambahkan rasa indah di dalam hatinya. Dia mendepakan tangan, menutup mata, menikmati rasa indah yang mendamaikan.
---
Wanita yang sedang mendepakan tangan, menikmati angin petang dan ombak yang menghempas pantai itu menarik perhatiannya. Seperti berada di dalam dunia sendiri, lirik senyuman wanita itu sungguh mendamaikan walau sekadar dari pandangan sisi.
Sudah seminggu dia di sini, mengambil peluang bercuti sebelum mula sibuk dengan urusan di pejabat. Perniagaan warisan keluarga harus diteruskan memandangkan dia adalah pewaris lelaki tunggal. Walau sejauh mana dia membawa diri, dia tahu dia harus kembali dan hari itu tiba juga.
'Damia..'
Nama itu hanya diseru di dalam hatinya, dia seolah terpaku saat melihat susuk wanita itu berpaling meninggalkan pantai. Hari juga sudah lewat petang, sudah pasti wanita yang mempesonakan itu mahu pulang.
Dia tersedar apabila ada anak-anak kecil berlari dan terlanggar dia yang masih mematung memandang bayang 'Damia' yang sudah mula menghilang. Lalu cepat-cepat dia beristighfar.. Sudah lima tahun berlalu namun 'dia' masih sahaja kekal di tempat itu, di dalam hatinya.
Telefon bimbit di kocek seluarnya dikeluarkan lalu dia mula menekan satu nombor yang sudah lama tidak dihubungi. Hanya dua kali deringan, suara di sebelah sana kedengaran.
"Assalamualaikum..siapa tu?"
Dia tersenyum, cukup dengan mendengar suara sahaja, dah buat senyumannya mekar.
"Waalaikumussalam..Hai, Mia."
Dia menjawab salam Damia. Ya, dia menghubungi Damia. Hubungan mereka masih kekal sebagai sahabat namun di dalam hatinya, Damia masih mengisi tempat teristimewa itu.
"Riz, is that you? Ya Allah..couldn't believe you call me."
Suara Damia kedengaran teruja dan sebak. Mungkin kerana sudah terlalu lama dia tidak menghubungi Damia terus tanpa melalui Iffadh. Ya, dia tidak pernah lupa Damia ialah isteri Iffadh, namun dia masih kekal menjaga hubungan persahabatan mereka, lalu dia simpan Damia jauh di sudut hatinya supaya tiada siapa sedar, Damia ialah wanita yang masih dia cintai dan rasa itu masih kekal menyepikan diri di dasar hati.
"Yes, doctor. I'm here in Malaysia dan I rasa I demam tau sebab perubahan cuaca maybe. Can I see you, Doctor Damia?"
"Eleh! Mengadalah you ni. I tengah cuti, okay. Jangan kacau."
Terdengar suara tawa Damia di hujung bicaranya. Masih seperti dulu.
"So, apa mimpi you call I? Selalu you call Abang Fadh je?"
Hariz menghela nafas. Dia sedar, hukumnya berdosa mencintai isteri orang apatah lagi isteri sahabatnya sendiri. Dia tahu Damia percaya dia sudah melupakan Damia, dan kerana itu Damia sudi bercakap dengannya.
"Sekarang Fadh dah tukar profession ke? Kalau dia boleh tolong I sembuh, I call dia lah."
Hariz hanya berseloroh, masih mahu memancing Damia. Dia yakin yang dia nampak di pantai sebentar tadi adalah Damia, walaupun sudah sikit berubah penampilannya, dia masih ingat wajah itu yang membuatkan dia jatuh cinta buat pertama kali.
Damia ketawa bersahaja. Dia tahu Damia bahagia. Itu hakikat yang sudah dia terima sejak menerima jawapan istikharah Damia lebih lima tahun yang lalu.
"No la. Riz, I'll call you later. I nak mandi tadi I main pasir pantai. See you nanti lepas I habis cuti ya. You makan je paracetamol ikut prescription dekat label, have a good rest and you'll be fine. One more thing, jangan stress."
Lagi-lagi tawa Damia kedengaran. Dia hanya diam mengangguk-angguk seperti Damia sedang melihatnya. Dia mahu membalas, namun dia tidak mahu Damia mengubah rancangannya kerana dia. Setelah salam Damia dijawab, dia kembali ke bilik. Dia mahu menghubungi Iffadh, bukan mahu masuk campur, hanya sekadar merisik khabar.
---
Usai menunaikan hak yang Maha Esa, Iffadh melihat telefon bimbitnya yang berbunyi tadi. Ada dua panggilan yang tidak dijawab daripada nombor yang tidak dikenali. Memikirkan ianya penting kerana dua kali dihubungi daripada nombor yang sama, dan mungkin juga petunjuk untuk menemui isterinya, tanpa berfikir dia terus menghubungi nombor tersebut. Isterinya tidak melarikan diri, Damia cuma memohon waktu untuk bersendiri. Dia tahu, salahnya juga kurang memberi perhatian kepada isterinya itu kerana perhatiannya lebih kepada Imani, Marissa dan Syazwani. Ya, atas dasar memegang amanah Allahyarham Syazwan, dia seolah lupa amanah Allah padanya, iaitu mengutamakan isteri. Selama ini, dia sangkakan Damia baik-baik sahaja, sehinggalah beberapa hari lepas, dia menerima nota yang memaklumkan Damia ingin bercuti bersendirian yang mana tidak dinyatakan berapa lama tempoh dan di mana tempatnya. Tiada seorang daripada ahli keluarganya tahu, kerana Damia bukanlah seorang isteri yang akan mengadu masalah dalaman mereka kepada orang luar. Dia sememangnya bertuah punya isteri solehah sebaik Damia. Dan kerana itu, dia redhakan ruang masa dan jarak yang dipinta Damia. Menyesal juga sudah tidak berguna kerana dia sendiri yang tidak sensitif dengan perasaan isteri sendiri. Semua salahnya, yang dia harapkan Damia akan lekas kembali dan dia dapat menebus segala masa bersama yang dia abaikan. Ketika dia bercerita kepada mamanya, dia juga disindir seolah mempunyai isteri dua lagaknya. Namun, hubungannya dengan Marissa hanya sekadar ibu bapa kepada seorang anak perempuan atau lebih tepat, dua anak perempuan kerana Syazwani juga menggelarkan dirinya papa.
"Hello, what's up bro!"
Hariz. Ya, dia tahu itu Hariz sejak daripada perkataan pertama.
"Riz, Assalamualaikum bro. Bila kau balik sini?"
Dia teruja, ya..sahabat lamanya yang membawa diri sebab hubungan antara dia dan Damia, walaupun dinafikan sekerasnya oleh Hariz, dia tahu hati lelaki itu kerana dia juga seorang lelaki.
"Waalaikumussalam, Fadh! Hahaha kau kenal aku rupanya."
Hariz ketawa, kerana teruja atau lebih kepada menutup debar di dada yang menggila, hanya dia yang rasa. Dia mahu bertanya tentang Damia, namun dia perlukan perbualan yang berkaitan. Merangka hala tuju perbualan mereka, dia akhirnya mendapat idea memberi soalan perangkap.
"Eh, Fadh..kau pun ada kat Perhentian ke apa ni? Sini maksud kau tu macam kau tahu aku kat mana?"
"Oh kau kat Perhentian ke? I thought KL la Riz. Mana datangnya Perhentian, sekolah belum cuti, aku pun tak cutilah."
Iffadh ketawa di hujung bicaranya. Hariz menghela nafas, mengumpul kekuatan. Susah rupanya mahu menjadi orang yang mengambil tahu urusan rumah tangga orang lain.
"Is Damia with you in KL? I think I saw her tapi aku tak sure. Mungkin pelanduk dua serupa?"
Diam. Tawa Iffadh mati. Hariz juga turut diam menanti balasan Iffadh.
"She is currently on her vacation, aku tak tahu kat mana dan sampai bila."
Nada suara Iffadh berubah. Hariz mati kata. Jeda.
Hariz berdehem, mengusir kekok antara mereka. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk tidak campur tangan urusan sahabatnya. Dia akan kekal 'jauh' seperti sejak lima tahun lepas kerana dia hanya masa lalu Damia. Dia tidak mahu menjadi penangguk di air yang keruh kerana dia bukanlah orang seperti itu.
Setelah memberikan maklumat tentang resort yang menjadi tempat persinggahannya, dia menamatkan panggilan Iffadh. Sebagai seorang sahabat, dia sudah membantu menjernihkan keadaan. Terpulang pada Iffadh untuk bertindak dan dia harapkan Iffadh dapat memujuk Damia kembali, walaupun dia tidak tahu pucuk pangkal permasalahan mereka. Jangan Iffadh masih kekal slow macam dulu sudahlah.
Tenang. Itu yang dia dapat rasakan. Dia yakin keputusannya betul dengan memberi maklumat tentang keberadaan Damia di sini. Semoga baik sahaja hubungan Iffadh dan Damia, kerana dia yakin mereka memang ditakdirkan bersama.
Hai semua, maaf delay lama gila. ok, yang ni specia chapter buat yang merindui dan akan ada 1 lagi chapter utk epilog. Kita taknak Encik Lara terus lara dah hahaha.
Share this novel