EL 13: Mini Marissa

Drama Completed 20201

"Imani nak jumpa mama?"

Petang itu, ketika menyiapkan Imani selepas mandi, Damia mengambil peluang untuk bertanya Imani tentang mamanya.

"Mama? Ibu tahu Imani ada mama?"

'Ya Allah, bijaknya anak ini.'

Detik hati Damia..Sungguh dia sebak. Melihat wajah sugul Imani. Apakah sebenarnya yang Iffadh dan keluarganya telah memberitahu Imani tentang Marissa, sehingga wajah anak ini bertukar keruh dengan nada suara yang seakan tersekat apabila soal mamanya diutarakan?

"Ibu kenal mama Imani."

Damia tersenyum. Berusaha tersenyum dengan mata yang berkaca. Dia rapuh. Perasaannya sedikit terkesan. Dia juga rindukan arwah ibu dan ayahnya.

"Mama mesti cantik kan? Sebab Imani pernah tengok dalam gambar dekat rumah tokma, tapi papa cakap mama jauh, tak dapat jumpa Imani."

Barulah Damia faham, Imani sedih kerana mamanya jauh. Dan Iffadh sendiri mungkin tidak banyak bercerita tentang Marissa. Entahlah, dia sendiri tidak pasti.

"Ya, sayang. Mama cantik, macam Imani."

Terbit senyuman di bibir comel Imani. Damia juga turut tersenyum. Dalam hatinya sudah nekad, Marissa dan Imani harus dipertemukan. Itu janji hatinya, pada dirinya. Walaupun Iffadh menghalang, dia tetap akan cari jalan.

"Ibu, telefon bunyi.."

Damia tersedar apabila Imani membawa telefonnya. Rupanya dia mengelamun. Mungkin terlalu banyak yang difikirkan.

Iffadh..panjang betul umurnya..baru sahaja terfikir. Melihat nama yang tertera Damia tersenyum sendiri. Lucu dirasakan. Kebetulan apakah ini? Bukan dia seru pun Iffadh.

Deringan kedua, Damia terus menjawab. Kalau tadi dia rasa 'selamat' bila skrin kembali gelap, nampaknya sekarang dia dah tak boleh lagi mengelak. Dia dah kenal Iffadh, tiga kali call kalau tak dapat dihubungi mahu sahaja dia terpacak depan pintu rumah Damia nanti. Seram pula difikirkan sikap Iffadh yang sekarang, lagi elok ketika perang dingin dahulu.

"Yes, Assalamualaikum Sir Iffadh..ada apa call malam-malam ni?"

Damia menjawab dengan penuh tertib..Sengaja ditekankan panggilan 'Sir' apabila Iffadh sering memanggilnya dengan gelaran doktor.

"Waalaikumussalam, Doktor Damia, maaflah dah susahkan Mia..Abang balik rumah, nenek beritahu Imani dah pergi sana. Ingatkan masa dia call minta kebenaran tadi, dia main-main..Serius rupanya anak bertuah abang tu."

Abang? Okay..Damia ikutkan sahaja. Dahulu pun mereka pernah rapat. Jadinya, dia dah tak kisah. Walaupun sebelum ini dia 'merajuk' sekarang dia dah tak kisah..Semuanya kerana keharmonian hubungan kekeluargaan mereka dan tak rugi pun berbaik dengan jiran, itu yang Damia rasakan.

"It's okaylah, papa Imani. Small matter je. At least Mia ada teman. By the way, thank you tau bagi kebenaran Imani bermalam di sini."

Perbualan mereka ditamatkan..Kalau diikutkan, mereka tak ada apa-apa hubungan pun namun, pada pandangan orang luar, mereka dah macam pasangan yang berpisah. Imani pula, setiap kali berpeluang, laju sahaja dia nak bermalam dengan Damia. Sampaikan Asfa dan Syawal pernah memerli Damia, mak anak satu.

---

"Abang Fadh..Mia nak tanyalah.."

Iffadh yang sedang ralit memerhati Imani bermain pasir pantai petang itu, berpaling apabila menyedari pertanyaan Damia.

"Tanya apa, Mia?"

Mata mereka bertembung dan Damia dengan berani membalas pandangan Iffadh. Sejak perang dingin mereka berakhir, Damia lebih senang meluangkan masa bersama Iffadh dan Imani. Hubungan mereka, walaupun tidak serapat ketika mereka masih kecil, namun lebih jernih sejak tiada lagi tekanan daripada keluarga untuk menyatukan mereka.

"Tentang mama Imani..tapi kalau Abang Fadh tak selesa, Mia tak paksa."

Damia sedar, perubahan wajah Iffadh apabila nama Marissa disebut.

"Apa Mia nak tahu?"

Suara Iffadh dingin. Namun dia tidak mengelak tentang persoalan Damia. Pandangannya kembali kepada Imani.

Damia menghela nafas, mengumpul semangat. Kalau tadi, wajah Iffadh dihiasi senyuman, kini wajah itu beku tanpa sebarang riak. Ah! Damia sudah tidak peduli perubahan mood Iffadh sekarang, dia perlu membantu Marissa untuk bertemu empat mata dengan Imani. Itu tekadnya.

"Imani kenal ke mamanya?"

Damia pandang Iffadh mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada perbualan mereka.

"Tak, tapi dia tahu dia ada mama."

Masih dingin. Namun Damia tidak mahu mengalah.

"Abang Fadh tak pernah cuba bawa Imani jumpa mama dia ke?"

Damia masih mencuba menyelami hati Iffadh tentang kisah di sebaliknya.

"Mama dia yang tak mahukan dia.."

Kali ini, suara Iffadh kedengaran sebak..auranya yang dingin tadi bertukar..emosinya terusik membayangkan seorang ibu kandung yang meninggalkan anak kecil.

"Dia rindukan Imani..cuma.."

Mata Iffadh merenung Damia. Mencari kebenaran di balik kata-kata gadis itu..gadis yang mengambil tanggungjawab seorang ibu kepada anaknya untuk memenuhi tangki emosi Imani, tanpa ikatan antara mereka. Kata-kata Damia pula terhenti dek renungan Iffadh yang redup.

"Cuma apa, Mia?"

Kini, semua dinginnya telah mencair..yang tinggal hanya sifat ingin tahu, tentang apa yang Damia cuba sampaikan.

"Dia takut abang tak benarkan dia jumpa Imani.."

Akhirnya! Damia menghela nafas lega kerana berjaya menyelesaikan misinya memberitahu Iffadh tentang kegusaran Marissa.

"Dia boleh je datang melawat anak dia, kalau dia nak..mak bapa dia pun dia dah tinggalkan."

Suara Iffadh lebih tenang, tegang wajahnya juga semakin mengendur. Cuma masih lagi terasa dinginnya. Tapi, Damia mana tahu takut. Dah mula, kenalah teruskan sampai habis, sampai mission accomplished untuk temukan Imani dan mamanya.

"Apa maksud abang?"

Damia menyoal, dan tunak matanya tidak beralih memandang sisi wajah Iffadh.

"Abang selalu je bawa Imani jumpa ibu dengan abah Marissa.."

Membulat mata Damia.. rupanya Iffadh tidak pernah mahu memisahkan Imani dan mamanya namun, apa sebenarnya yang berlaku?

Kali ini, Iffadh senyum segaris. Wajah dinginnya masih begitu, namun sedikit menenangkan hati Damia dengan senyuman yang terlukis di wajahnya.

"Marissa tak pernah balik..lepas dia nikah baru empat tahun lepas."

Suara Iffadh kedengaran sedikit sebak. Damia hanya diam. Dia tahu, Iffadh kecewa. Mungkin Iffadh langsung tidak pernah move on.

"I'm sorry.."

Perlahan suara Damia. Dia juga ikut kecewa. Mungkin dia yang sebenarnya tak pernah move on.

"What for?"

Iffadh memandang Damia kini. Dengan pandangan mata yang redup. Hampir tak tertelan air liur Damia. Detak jantungnya mula menggila..Renungan Iffadh yang dia tidak pernah nampak sebelum ini.

"Ibu...papa...!!!"

Fuh! Penyelamat...

"Hai sayang! Happy?"

Iffadh bangun menyambut Imani ke dalam pelukannya. Damia terus menarik nafas dalam.. dan lega. Dia hampir terlupa bernafas tadi. Iffadh langsung tidak dijangka.

"Mia.."

Iffadh menyeru Damia sekali. Damia yang masih terkejut kelihatan terpinga-pinga.

"Hah?"

Iffadh tersenyum. Kali ini lebih ikhlas pada pandangan Damia. Ah! Baru sahaja mengatur nafas, kini dia mula semula. Damia telan liur, cuba untuk bertenang.

"Kalau Marissa dah bersedia mahu berjumpa Imani, why not abang bagi peluang kan? Dia juga ada hak."

Iffadh terus sahaja meninggalkan Damia yang masih terpinga-pinga. Damia sangka Iffadh akan mengamuk. Dengan wajahnya yang berubah riak dan dingin nadanya setelah nama Marissa disebut, itu yang Damia jangkakan akan berlaku. Namun, lain pula yang berlaku dan dia sangat bersyukur, dia tidak perlu berusaha keras. Tidak sabar rasa hatinya mahu memberitahu perkhabaran gembira ini kepada Marissa.

---

"Mama?"

Marissa hanya mengangguk hiba..Wajahnya basah..Sungguh Imani persis dia. Anak yang dia tinggalkan..anak yang dia mahu 'buang'..anak yang dirasakan penghalang cita-citanya, kini membesar dengan sihat dan sangat cerdik.

"Maafkan mama, sayang."

Imani senyum malu-malu, tangan Marissa diraih dan dicium penuh hormat.

Marissa menangis lagi. Dadanya hebat dipukul sebak. Anak yang dia tidak inginkan dulu kini berada dalam pelukannya.

'Syukur ya Allah di atas kesempatan ini.'

Detak hatinya lalu pandangan matanya dan Damia berlaga, berterima kasih kepada gadis itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience