EL 11: Orang Asing

Drama Completed 20201

Lewat petang itu, kenderaan mewah milik Datuk Seri Burhan dilihat memasuki perkarangan rumah peninggalan arwah ayah dan ibu Damia.

"Assalamualaikum.."

Iffadh yang sedang menyapu daun kering di halaman rumah Nek Limah segera menegur Datuk Seri Burhan dan Datin Seri Basyirah.

"Wa'alaikumussalam.."

Tangan Iffadh yang dihulur segera disambut Datuk Seri Burhan. Iffadh menunduk menyalami tangan kedua orang tua Damia itu.

"Papa dengan mama datang berdua je ke? Nisha cakap dia nak ikut?"

Datin Seri Basyirah hanya tertawa kecil.

"Kalau ikutkan Nisha dengan Dan tu memanglah, tapi masing-masing dah ada komitmen kerja, keluarga lagi..kalau tunggu diaorang lambatlah mama dapat jumpa anak bongsu mama."

Kini, giliran Datuk Seri Burhan pula tertawa. Iffadh juga turut sama ketawa. Bahagia dia melihat Damia disayangi. Itu sudah mencukupi. Kerana hatinya tak mampu untuk mencintai Damia buat masa sekarang.

"Eh, jomlah mama, papa. Masuk..Jap lagi Fadh panggil Mia balik. Tadi suruh dia rehat kat rumah nenek je, bukan apa sorang-sorang dia demam tu kasihan pula nak tinggalkan."

Iffadh mempelawa ibu bapa Damia masuk ke rumah Damia. Kalau ikutkan, dia sekadar jiran sahaja tapi lagaknya dah serupa tuan rumah, yang mengundang senyum nakal Datin Seri Basyirah.

"Ha, yelah..Thanks Fadh susah-sudah tengokkan Mia..lega hati mama. Tapi lebih lega kalau Fadh dengan Mia memang berjodoh. Kan, bang?"

Datuk Seri Burhan ketawa bersahaja. Makin muda dia rasakan, isterinya sungguh bahagia sejak ada Damia dalam keluarga mereka. Mungkin berkat menyayangi anak yatim piatu.

Mendengar harapan yang diutarakan Datin Seri Basyirah, sudah cukup buat dirinya semakin terjerat. Panggilan mama dan papa juga, dia turutkan setelah Datin Seri Basyirah beriya mahukan panggilan itu ditukar daripada aunty dan uncle seperti sebelum ini. Kini, mampukah dia berpatah balik menyatakan niat sebenarnya? Dan adakah dengan berkasar menunjukkan rasa benci pada Damia, membuatkan gadis itu akan menjauhinya dan mematahkan semua harapan keluarga mereka? Pengecutkah dia mahu Damia yang menolak sedangkan hakikat sebenarnya dia yang tidak memberi ruang?

"Mama..papa..!"

Lamunannya terhenti apabila mendengar suara Damia dan terlihat gadis itu sudah selamat melekat dengan mama dan papanya.

"Adik okay la..kenapa susah-susah papa tinggalkan kerja papa, adik demam biasa je ma.."

Damia merengek manja..Tak pernah Iffadh nampak Damia yang sebegini..Dia agak terpesona..Damia yang dia kenali sejak kecil, anak yang matang dan berdikari. Mungkin kasih sayang keluarga barunya buat Damia manja begini.

"Mama risaulah dik..adik tu bukan mama tak kenal. Selalu paksa diri jadi kuat. Ni, papa dan mama akan teman adik one week..abang, Kak Azra, kakak and Abang Akim pun akan datang sini weekend nanti."

"Seriuslah ma? Adik dah sihat dah macam ni!"

Nada suara teruja Damia memecahkan tawa Iffadh yang ralit sejak tadi memandang Damia. Sedar semua mata beralih kepadanya, Iffadh mengawal riaknya.

"Ermm sorry..mama..papa..actually first time Fadh tengok Mia manja begini."

Kata-kata Iffadh menjengkelkan Damia..dan kenapa nak bermama papa dengan mak bapak orang. Renungan Iffadh dibalas jelingan tajam.

"Thanks tolong kemas depan rumah saya."

Nada suara dan riak wajah Damia yang mencuka mengundang teguran Datin Seri Basyirah.

"Adik.."

Tersedar kerisauan yang terlukis diwajah mama dan papanya segera Damia kawal riak 'benci'nya pada Iffadh.

"Thanks Abang Fadh tolong Mia hari ini."

Wajahnya dimaniskan. Iffadh tersenyum mengangguk sebelum meminta diri untuk pulang.

---

"Adik, mama nak tanya sikit, tapi adik jangan marah ya?"

Malam itu, ketika Datin Seri Basyirah menemani Damia tidur, akhirnya dia menyuarakan juga apa yang terbuku di hatinya ketika melihat layanan Damia kepada Iffadh petang tadi.

"Mama belum tanya lagi dah warning adik tau."

Damia tayang muka cemberut, berusaha menyingkirkan debaran halus yang mula menyapa.

Datin Seri Basyirah hanya tertawa bersahaja melihat muncung anak gadisnya.

"Okaylah, kalau adik nak marah pun takpe, tapi mama tetap nak tanya. Kenapa mama tengok adik berkasar dengan Iffadh? Adik tak
suka dia? Mama je ke yang push adik, untuk terima dia? Adik jangan pendam, mama nak adik bahagia."

Damia menghela nafas lega setelah mendengar soalan-soalan bertali arus mamanya.

"Ma.."

Damia capai tangan mamanya, diramas perlahan mahu mendapatkan sedikit kekuatan..Kalau boleh, kata-kata yang bakal diluahkan ini, biarlah seperti menarik benang di dalam tepung. Dia tidak mahu mamanya terasa dan dalam masa yang sama dia juga mahu tenang sahaja.

Jodoh harapan keluarganya benar-benar memberi tekanan pada dirinya apabila Iffadh hanya sekadar menjaga hati keluarga mereka.

"Adik belum bersedia..jadi, adik rasa biarlah adik fokus dengan kerjaya adik dulu. Sampai masa, ada jodoh..adalah."

Damia tersenyum. Dia lega..lega dapat meluahkan dan lega melihat senyuman balasan mamanya. Wajah mamanya juga tenang dan Damia berharap selapang hati mamanya menerima keputusannya.

---

Sejak kejadian Damia demam, Iffadh juga hanya berlagak biasa. Tidak lagi dengan sengaja menyakiti hati Damia. Dia sendiri berasa lega kerana Damia semakin menjauhinya. Jika terpaksa berjumpa, mereka hanya berlagak biasa seperti tidak pernah rapat sebelum ini.

Walaupun dia sendiri tertanya apa yang mengubah keputusan kedua orang tua Damia, namun dia tidak mahu bertanya kerana dia sendiri bersyukur tidak perlu lagi bermuka-muka seolah dia menerima harapan keluarga mereka. Cuma, kekecewaan yang terlukis di wajah Nek Limah sahaja yang menggusarkan hatinya. Pujukannya sejak sebulan lalu, masih belum berhasil.

"Nek, Fadh rasa nak carikan pengasuh untuk Imani, tak adalah susahkan nenek kan. Makin lasak budak tu, kasihan pula Fadh tengok nenek letih melayan karenah dia."

Hari ini, dia cuba memancing neneknya lagi. Dia tahu, andai nama Imani disebut, pasti Nek Limah akan melayaninya.

"Ikut kamulah, Fadh. Imani tu anak kamu."

Iffadh mengeluh kecil. Nek Limah masih lagi merajuk. Imani yang sedang bermain di tanah dipandang. Dia tersenyum melihat keletah anaknya. Imani yang ralit melukis di tanah menggunakan ranting kayu, mengingatkannya pada Damia. Ah! Damia lagi. Mengingati sebaris nama gadis itu, dia jadi rindu. Mereka seperti orang asing yang tidak pernah berkenalan sebelum ini. Sepatutnya dia gembira. Namun, entah mengapa dia rasa kosong. Sunyi tanpa kehadiran Damia.

"Papa, cantik tak Imani tulis?"

Iffadh akhirnya tersedar daripada lamunannya apabila bahunya digoncang Imani. Tulisan di atas tanah yang menunjukkan nama Imani love Iffadh berjaya mengukirkan segaris senyuman di bibir Iffadh.

"Wah, my clever girl. Teacher ajar Imani tulis macam ni? Dah besar anak papa, pandai tulis nama. Tapi kenapa love, bukan binti? Kan Imani Binti Iffadh?"

Iffadh mengusap kepala anak kecilnya yang bijak. Dia teruja, langsung tidak menyangka Imani pandai menulis dengan jelas dan kemas tersusun.

"Bukan teacher, tapi ibu ajar. Ibu kata Imani kena sayang papa, sebab papa marah kalau ibu nak sayang papa."

Jawapan polos anaknya mematikan senyuman Iffadh. Pedih hatinya tiba-tiba apatah lagi pandangannya bertemu dengan neneknya yang sedari tadi memerhati.

"Iye, Imani. Papa Imani memang marah kalau ibu nak sayang dia, sebab tu sekarang ibu pun dak lari, dah taknak sayang papa."

Suara Nek Limah yang memerlinya pedih sekali di peluput telinganya. Dia tidak tahu mahu beriaksi yang bagaimana. Soalan yang akhirnya menjerat dirinya. Imani, anak kecil yang masih polos, mana mungkin dia faham urusan orang dewasa.

"Ibu tak larilah, oyang. Tu..ibu."

Serentak dengan itu dia berpaling, dapat dilihat susuk Damia berjalan ke arah Nek Limah seraya melambai Imani.

"Imani..meh sini makan ni. Ibu ada beli donut yang Imani nak hari tu. Ingat tak?"

Imani yang ceria berlari ke arah pangkin di bawah pokok kundang, tempat Nek Limah duduk melipat kain baju sebentar tadi. Dia pula tidak tahu mahu menuju ke mana. Nak ke pangkin, Damia hanya mengajak Imani. Mungkin pada Damia, dia seperti halimunan sahaja. Suara gelak tawa dan gurauan nenek, Damia dan Imani sedikit mengganggunya. Cepat betul mood Nek Limah berubah. Dan dia, terasa seperti orang asing di kalangan mereka kini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience