EL 22: Istikharah Cinta

Drama Completed 20201

Seminggu yang lepas, kerana tidak mampu memberikan jawapan yang pasti, Hariz meninggalkan Damia dengan satu pesan.

"Kalau you tak yakin dengan keputusan you, macam mana kita nak teruskan, Mia. You buatlah istikharah agar apa-apa keputusan you tak akan menyesal. I akan tunggu jawapan you, sama ada positif atau negatif tentang hubungan kita, I akan terima dengan redha. Assalamualaikum."

Usai menitipkan pesan, Hariz segera berlalu meninggalkan Damia termanggu sendirian. Wajahnya yang menunduk sedari tadi, terasa basah dengan air mata. Adakah dia kecewa? Dia keliru dengan rasa hatinya. Kenapa dia rasa sakit? Sedangkan dia sudah tekad memilih Hariz, namun mengapa dia tak mampu jujur dengan Hariz apabila diminta untuk berterus terang? Damia sama sekali tidak menyalahkan Hariz, ini tentang masa depan mereka.

"Mama, papa, adik nak balik kampung kejap la. Boleh ke?"

Malam itu, selepas makan malam Damia menyuarakan hasratnya. Sudah seminggu dia seolah tiada semangat. Dia seperti dirinya yang dulu, sebelum bertemu Hariz. Datin Seri Basyirah sudah maklum tentang apa yang berlaku dalam hubungan Damia dan Hariz, berkat cerita bakal besannya. Mereka sebagai orang tua hanya mampu menasihati dan membiarkan anak-anak membuat keputusan sendiri.

"Adik cuti berapa lama?"

Datuk Seri Burhan bertanya lembut. Datin Seri Basyirah hanya diam.

"Dua hari je, pa."

Damia menjawab pendek.

"Baliklah adik, papa izinkan. Mama?"

Datuk Seri Burhan memandang isterinya memohon persetujuan. Mama Damia hanya mengangguk seraya tersenyum. Dia tahu apa yang Damia mahu cari di sana..Jadi, dia izinkan dan redhakan setiap apa yang bakal berlaku.

Seusai mengemas meja makan, Damia pamit ke bilik mahu mengemas apa yang patut. Esoknya selepas subuh dia sudah mahu bertolak. Perjalanannya tidaklah jauh, namun Damia mahu memanfaatkan setiap masa yang berharga di rumah arwah kedua ibubapanya.

Sudah seminggu dia tidak bertemu Hariz dan juga menerima sebarang berita tentang Hariz. Selesai istikharah yang dipesan Hariz, dia masih belum menemui jawapan. Namun hatinya seminggu ini tiada lagi gundah memikirkan tentang meneruskan pernikahan mereka atau pun tidak. Yang dia tahu, kampung halamannya seolah-olah memanggilnya pulang. Dia juga rindukan arwah ayah dan arwah ibunya.

---

Selesai meletakkan bagasinya, Damia mula membersihkan rumah. Tidak banyak yang dia perlu buat, hanya sekadar mengalihkan kain yang menutupi perabot di dalam rumah. Jika dilihat pada keadaan rumah, dia tahu ada yang menjaganya. Halaman rumah juga bersih tidak seperti rumah yang ditinggalkan.

"Assalamualaikum, Mia.."

Itu suara Nek Limah. Mesti mamalah ni yang dah awal-awal beritahu Nek Limah.

"Wa'alaikumussalam, nek."

Damia menguak pintu daripada dalam, terus sahaja tubuhnya dipeluk. Damia rasa sebak. Rindu dia tiba-tiba terbang. Inikah yang memanggil dia pulang?

"Lama ke Mia cuti?"

Nek Limah bertanya sambil tangannya lincah memasak lauk kegemaran Damia. Sudah puas ditolak, namun dia tetap sahaja mahu memasak untuk Damia. Akhirnya Damia hanya menurut sahaja, walaupun hatinya sedang berdebar hebat andai kelibat Iffadh tiba-tiba muncul entah dia mana dia mahu menyorok.

"Esok Mia balik dah, nek.."

Dia masih memandang ke pintu dapur sesekali sehingga mengundang tawa Nek Limah. Damia yang perasan ditertawakan sekadar senyum kambing menayang sebaris giginya yang cantik.

"Tak usahlah kamu risau, Fadh tu kalau tak gelap mana dia jumpa jalan balik rumah nenek ni ha."

Damia cebik bibir. Mahu menafikan tebakan Nek Limah, namun dia lupa siapa Nek Limah sebenarnya, dah kenal dia sejak bayi lagi.

"Tak adalah nek..Mia.."

"Assalamualaikum.."

Suara yang sangat dikenali itu memberi salam. Kata Nek Limah, Iffadh takkan balik. Ni siapa pula ni? Dah keras Damia di kerusi meja makan Nek Limah. Dia memang tak tahu harus buat apa sekarang. Perlu pura-pura pengsankah?

"Eh, Mia..bila sampai?"

Iffadh sekadar berbasa basi, wajah Damia pun dia tak pandang. Mungkin menegur Damia sebagai syarat meraikan tetamu, dan mungkin juga menghormati nenek.

"Baru lagi.."

Damia juga hanya sekadar menjawab soalan.

Iffadh yang melintasi Damia, dipandang dengan ekor matanya sahaja..Sumpah tak berani angkat muka.

"Ha, Fadh. Kamu kata tak balik hari ni?"

Nek Limah yang sedar kejanggalan yang berlaku tiba-tiba bersuara memecahkan kesunyian di dapurnya.

"Fadh tertinggal baju, tukar baju ni terus geraklah, nek.."

Iffadh terus berlalu ke biliknya, dan keluar beberapa minit selepas itu tanpa menegur Damia. Hanya ucapan selamat tinggal diucapkan khas buat neneknya.

"Fadh gerak dulu, nek. Assalamualaikum."

Salam Iffadh, Damia jawab dalam hati. Hatinya yang sekarang berkerja keras mengepam darah. 'Mama! tolong...'

Nek Limah sekadar geleng kepala. Masing-masing degil. Dia tertawa sendiri..Namun apabila menyedari hakikat yang satu, Damia tunangan orang lain, dia mengeluh..dan keluhannya menarik perhatian Damia. Damia yang sedang memotong kacang panjang, segera bangun menghampiri Nek Limah yang sedang mengacau gulai lemak daging salai kegemaran Damia.

"Nenek ok ke? Biar Mia sambung kacau kuah ni."

Tawaran Damia Nek Limah balas dengan senyuman hambar.

"Nenek okay je lah Mia. Mia ni darah tengah manis, datang sini sorang-sorang, persiapan semua macam mana? Lagi tiga minggu kan?"

Giliran Damia pula tersenyum hambar. Dia bersandar di table top dapur Nek Limah sambil menongkat tangan di belakang. Nak memanjat untuk duduk, mahu kena hambat nanti. Dapur mama bolehlah.

"Entahlah, nek. Persiapan bab baju pelamin semua tu mama dengan aunty Fari yang uruskan. Tapi bab borang..kursus kahwin, takde satu pun lagi yang mula. Eh nenek, biar Mia goreng sayur ni ya."

Tersedar pandangan Nek Limah yang berubah, Damia segera merubah topik perbualan..Kenapalah ringan sangat mulutnya bercerita. Dia sumpah dirinya sendiri.

---

Petang itu, selepas waktu asar Damia bergerak ke rumah baru arwah ayah dan ibunya. Ketika sampai di perkarangan masjid, hatinya mula rasa pilu. Kerinduan yang tak mungkin terubat adalah rindu pada yang telah tiada. 'Ayah..Ibu..Mia datang.' Hatinya berbisik mengawal kerinduan yang semakin membuak. Berjalan menyusuri tanah perkuburan, Damia sedar hidup ini hanyalah sementara. Keinsafan serta merta tumbuh di hatinya. Ketika hampir sampai di tempat yang dituju, susuk seorang lelaki menyapa pandangannya. Dia menghampiri lelaki yang membelakanginya, dan dapat dia dengar dengan jelas setiap butir 'perbualan' lelaki itu dengan penghuni 'rumah' di situ.

"Pakcik, Fadh minta maaf sebab tak mampu tunaikan janji Fadh untuk sambung amanah pakcik. Mia akan jadi hak orang lain, dan Fadh dah redha dengan takdir kami. Fadh sayang dia, daripada dulu macam adik Fadh sendiri.."

Iffadh terdiam..seolah mengawal sebak yang bersarang. Damia mencebik..adik.. adik..tahulah!

"Entah bila perasaan Fadh berubah..Fadh dah mula sayang dia lebih daripada adik Fadh, namun takdir kami..mungkin sekadar adik dan abang."

Damia tersentak..Ada getar suara di akhir bicara Iffadh dengan arwah ayahnya. Perlahan, Damia mula melangkah menjauhi Iffadh, mahu memberi ruang kepada lelaki itu berbual dengan arwah ayahnya. Ketika kaki di bawa berjalan, dia akhirnya duduk di sebuah kerusi di perkarangan masjid itu. Duduk menekur lantai. Entah apa yang harus dia rasakan. Inikah jawapan kepada istikharahnya yang dia masih tertanya-tanya petunjuknya?

"Assalamualaikum.."

Tegur satu suara. Pak Andak rupanya, lama Damia tak tengok Pak Andak. Damia menjawab salam sambil tersenyum.

"Ya Allah, Mia! Betullah Mia kan? Dah dewasa kamu. Pak Andak daripada tadi perhati."

"Ye Pak Andak, Mia lah ni. Pak Andak sihat?"

Pak Andak, jirannya..setahu dia, semasa dia tinggal sekejap di sini dua tahun lalu, langsung dia tak terserempak dengan Pak Andak. Mungkin juga dia terlalu sibuk berkerja, sampai jiran pun tak perasan. Entahlah nak menyalahkan diri sendiri ke apa.

"Alhamdulillah, sihat cara orang tua lah, Mia. Ni kamu nak 'jumpa' ayah dengan ibu kamu ya?"

Damia mengangguk. Matanya panas. Pak Andak sahabat arwah ayahnya. Melihat Pak Andak sekarang, dia tahu jika masih hidup arwah ayahnya juga pasti sudah mempunyai beberapa helai rambut putih seperti Pak Andak.

"Fadh hari-hari 'jumpa' arwah ayah dengan ibu kamu. Sampai bersih 'rumah' diorang, Pak Andak tak perlu nak bersihkan dah sejak dia ada."

"Sejak bila?"

Jelas riak terkejut dan juga suaranya naik satu oktaf. Pak Andak juga ikut terkejut memandang Damia. Damia pejam mata menyedari ketelanjurannya.

"Maaf Pak Andak..Mia cuma terkejut.."

Suara Damia kembali mengendur. Pak Andak sekadar mengangguk dan tersenyum. Walaupun dia tidak memahami situasi sekarang, dia dapat menebak Damia dan Iffadh tidak berhubung sejak sekian lama.

"Sejak dia balik sini semula..sebelum dia ke luar negara itu hari, dia memang ada pesan pada Pak Andak..tapi kalau dia tak pesan pun, ye lah..memang kerja Pak Andak bersihkan kubur ni."

Pak Andak tersenyum kepada Damia. Damia juga membalas senyuman Pak Andak. Ikhlas.

"Terima kasih, Pak Andak."

Ujar Damia perlahan, sebelum Pak Andak meminta diri untuk meneruskan kerjanya.

Damia tidak tahu berapa lama dia termenung, namun ketika dia angkat wajahnya, dia nampak Iffadh di depan matanya. Iffadh tersenyum... dan Damia rasa tenang. Keresahannya selama ini terus terbang.

"Mia nak 'jumpa' ayah dengan ibu, nanti Mia jumpa abang."

Damia terus berlalu, meninggalkan Iffadh yang termanggu sendirian bagai disampuk kaku dan bisu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience