Dua tahun berlalu...
Hari ini, sama seperti hari-hari sebelumnya. Gadis yang diintip seakan tidak punya rasa di hati apabila bersendirian. Sejak enam bulan yang lepas, inilah kerjanya selepas habis waktu pejabat. Dia seperti orang yang angau, mahu mengejar kasihnya seorang gadis yang bernama Damia. Ada masanya, dia muncul di hadapan Damia secara kebetulan yang dirancang.
"Eh, hi Doktor Damia! What a surprise seeing you here?"
Hariz berpura-pura terkejut ketika melihat Damia berjalan-jalan bersendirian di dalam gedung membeli belah itu. Peluang, kalau bukan kita yang cipta, tak mungkin datang bergolek. Tambahan pula berkaitan dengan gadis beku seperti Damia.
"Err hi Mr Hariz."
Damia berusaha memaniskan wajahnya. Itulah yang dia buat selama dua tahun ini untuk menutup luka di hatinya. Luka yang tidak pernah sembuh kerana penawarnya terus menghilang tanpa khabar. Mengikut cerita mamanya, Iffadh sambung belajar selepas ditinggalkan. Ditinggalkan? Macam tak kena pula..Iffadh yang lambat bertindak. Dan mungkin juga salahnya..Entahlah.
"Buat apa sini?"
Gadis yang mengenakan seluar denim biru gelap dipadankan dengan kemeja polos rona biru lembut berlengan panjang, dengan gaya rambut separas melepasi bahu dilepas bebas itu berjaya mencuri perhatiannya sejak kali pertama bersua muka di majlis aqiqah anak buahnya enam bulan lalu.
"Cari jodoh?"
Damia cuba berlagak bersahaja. Dia tahu Hariz memandangnya sebagai seorang wanita yang istimewa. Namun, hatinya masih belum terbuka untuk mempunyai hubungan yang rapat dengan mana-mana lelaki, walaupun antara dia dan Iffadh masih tergantung sepi. Kata kakaknya Danisha, Hariz adalah lelaki yang baik, tidak salah jika dia membuka hati untuk mengenali hati budi lelaki itu namun, ada satu rasa yang menghalang, sesuatu yang belum selesai.
"Pandai doktor bergurau kan?"
Walaupun agak terkejut dengan gurauan Damia, Hariz senang hati melayan. Jarang sekali dia dapat berborak dengan Damia yang sentiasa mengelak. Peluang dah di depan mata, apa salahnya dia bergandingan dengan Damia hari ini. Damia yang tertawa lucu, menghadiahkan satu pemandangan indah buat Hariz. Limited edition sangat tawa lepas doktor comel di hadapannya ini. Dan tidak semena-mena, tubuh Damia terdorong ke hadapan, lalu hampir menyembah lantai. Mujur sahaja tangan kekarnya pantas bertindak, Damia selamat berada dalam pelukannya. Damia yang masih terkejut, cepat-cepat melepaskan diri. Malu! Habis merah wajahnya menahan rasa.
"Maaf cik, anak saya ni berlari tak tengok kiri kanan dah..Cik tak pape ke?"
Dalam kejanggalan yang tiba-tiba berlaku antara Damia dan Hariz, muncul seorang wanita memohon maaf. Anak kecil yang melanggar Damia hanya menunduk, mungkin takut dimarahi ibunya.
"Saya okay, puan..Its okay."
Damia tersenyum, kasihan melihat wajah serba salah wanita itu dan wajah muram anak kecil yang melanggarnya.
"Hey, adik. Kakak okay..don't worry ya. Tak sengaja kan? Kakak maafkan."
Damia cuma mahu memujuk anak kecil itu. Akhirnya, anak kecil itu tersenyum dan mengangguk. Hariz yang memerhati tersenyum. Cair lagi. Entah berapa kali jatuh cinta pun tak tahu dah.
"Er..Damia, kalau you tak kisah, I nak ajak you coffee ke..."
Hariz mengambil peluang untuk mengajak Damia setelah anak kecil itu dan ibunya beredar.
"Sure! I accept sebab Mr Hariz call me by my name."
Damia terus menjawab tanpa berfikir lagi. Biarlah dia buka peluang untuk Hariz. Benar kata kakaknya, lebih baik buka peluang kepada sesuatu matlamat yang jelas, daripada mengharapkan pada yang tidak pasti.
Hariz tersenyum senang..akhirnya Damia mahu duduk berdua dengannya.
"Okay, I'm glad you're accepted my invitation, but a bit dissapointed.."
Hariz cuba memancing perhatian Damia ketika mereka berjalan seiring ke coffee house yang berada di dalam pusat membeli belah.
"Why?"
Damia memandang Hariz yang berada di sisi kanannya dengan kening yang berkerut. Dah terima perlawaan minum bersama pun masih kecewa. Pelik betul lelaki ini.
"Hariz..Just call me Hariz or Riz."
Wajah tenang Hariz mengundang senyum Damia. Makin demand lelaki ini. Apa-apalah, jangan disuruh panggil abang sudahlah. Ah! Merepek pula si Damia ni. Terus sahaja dia mengutuk diri sendiri. Mujur sahaja dia tak terlepas lakunya. Lagi pun, ini kali pertama mereka berdating tanpa dirancang.
---
"Hai, ma.."
Damia terus sahaja memeluk mamanya selepas salam dijawab.
"Bertuahnya anak, masam-masam peluk mama. Adik mandi dulu, nanti mama panaskan lauk dinner, okay?"
Seperti biasa, tipikal ibu-ibu asal nampak muka anak memang disuruh makan. Tak kisahlah anak masih kecil atau dah jadi remaja purba, sama sahaja layanannya.
"Ma, adik dah makan tadi. Dengan kawan."
"Kawan? Laki ke perempuan, dik? Mama ingat adik lone ranger je ukur jalan dalam mall tadi macam biasa.."
"Hariz, ma.
Datin Seri Basyirah mengawal senyumnya. Walaupun dia teruja, dia menyimpan rasa itu sebaiknya. Damia ni di luar jangkaan, elok mahu bercerita terus sahaja dia berahsia.
"Anak Tan Sri Mazlan?"
Damia sekadar mengangguk. Masih terlalu awal untuk dia bercerita lebih lanjut. Cukuplah mamanya tahu dia sedang berkawan dengan Hariz, anak kenalan keluarganya.
"Baru lagi ke adik dengan Hariz?"
Seperti biasa, Datin Seri Basyirah mahu menggali lebih dalam, namun Damia semestinya bijak mengelak.
"Ma..today is our first day. Takde apalah mama. Adik cuma nak mama tahu je dengan siapa adik makan..Mama jangan pasang harapan jauh sangat ye."
Datin Seri Basyirah hanya mengangkat bahu tanda no komen. Namun, jauh di sudut hatinya, dia berdoa semoga anaknya Damia menemui kebahagiaan selayaknya. Damia tertawa melihat kelakuan mamanya dan segera memanjat tangga terus ke biliknya. Kalau lagi lama dia menghadap mama, mahu bertambah dan meleretlah soalan mamanya nanti. Lalu, dia fikir lebih baik sahaja dia terus menyelamatkan diri daripada disoal-siasat.
---
Usai mandi dan menunaikan kewajipan terhadap yang Maha Esa, dia menghenyakkan tubuh di tilam empuknya.
"Oh! indahnya nikmat dapat berbaring setelah seharian berjalan."
Damia bermonolog sendiri. Kemudian dia tersenyum mengenangkan sikap Hariz yang tidak pernah putus asa. Dan sebab itu juga dia mula membuka ruang untuk berkawan dengan Hariz. Sejak berpindah semula ke rumah mamanya, dia tiada kawan lain selain rakan sekerja. Kawan yang sama belajar dengannya dahulu, sudah lama membawa haluan masing-masing. Asfa dan Syawal yang dah beranak satu, tinggal jauh di pantai timur. Hospital di bandaraya ini pula, sibuknya bukan main, tak sempat langsung Damia mencipta hubungan luar waktu kerja dengan rakan sekerjanya. Semua orang jenis touch and go sahaja datang kerja.
"Thanks, Mia sudi dinner dengan I."
Hariz yang tidak lekang dengan ucapan terima kasih mengundang tawa Damia.
"Riz, okay lah I pun takde kawan, so fair lah kan."
Damia membalas sekadar berbasa basi. Dia yang sedang menikmati ayam goreng pedas di sebuah restoren makan segera, kembali fokus mengunyah ayam yang rangup itu. Alang-alang Hariz ajak dinner, terus dia pilih restoren kegemarannya..Walaupun Hariz nampak macam agak janggal, dia tak peduli. Biarlah Hariz biasa dengannya jika mahu berkawan dengan Damia kan.
"Thank you is never enough, Mia. You pun tahu dah lama tau I nak berkenalan dengan lebih rapat dengan you."
Hampir tercekik tulang ayam Damia dibuatnya. Terbatuk-batuk dia menahan perit di dada..Apalah masalah Hariz ni, makan je lah diam-diam. Namun, Damia tidak marahkan Hariz kerana dia sendiri sedar sikap bekunya terhadap Hariz sejak enam bulan lepas ketika kali pertama mereka bertemu di majlis aqiqah anak saudara Hariz, di rumah keluarga Hariz. Pertemuan pertama yang dirancang keluarga kedua belah pihak dan membuka hati Hariz untuk lebih mengenali Damia.
"Sorry, Mia..I didn't mean.."
Damia sekadar mengangkat sebelah tangannya mahu menghentikan tindakan Hariz yang cemas serupa nak menerkamnya. Setelah kembali mengatur nafas, Damia tersenyum.
"Let's be friend, Hariz."
Hariz mengangguk. Dia tahu, dia harus slow and steady bila dengan gadis seperti Damia. Dia akan berusaha memenangi hati Damia. Bermula dengan berkawan kemudian berkahwin. Itu tidak mustahil.
Share this novel