EL 23: Bukan Pemilik Rusuk Kiri

Drama Completed 20201

"Baik-baik jalan, Mia..kirim salam mama dengan papa Mia ye."

Selepas makan tengah hari bersama Nek Limah, Damia memulakan perjalan menuju ke Kuala Lumpur. Akhirnya, jawapan istikharahnya telah dia temui. Hatinya lapang selapangnya, tiada lagi resah dan gundah yang bersarang.

Pemanduan selama 3 jam itu, sungguh lambat dirasakan..Damia mahu selesaikan semuanya, antara dia dan Hariz. Walaupun rumit, dia tahu sudah tiada cara lain lagi. Salahnya juga buat keputusan dalam keadaan jiwa tengah sakit, akhirnya tanggunglah akibatnya. Walaupun Hariz kata dia redha dengan apa jua keputusan Damia, namun hati seorang Damia tidaklah tegar mahu melukakan hati lelaki sebaik Hariz.

Setelah mengharungi perjalanan yang dirasakan panjang pada hari ini, akhirnya Damia menarik hand brake setelah memarkirkan suzuki swift merah kesayangannya, hadiah pemberian papa dan mama ketika dia tamat belajar.

"Alhamdulillah.."

Dia mengucap syukur ketika membuka cangkuk tali pinggang keledar, lalu membuka pintu kereta.

Dari jauh, dia dah nampak senyuman mamanya menyapa pandangan matanya. Dia membalas senyuman itu. Rindu! Padahal baru dua hari satu malam je kot berpisah dengan mama. Dulu duduk India sana lima tahun, boleh pula. Bawa hati kononnya.

"Ma.."

Damia berlari anak terus memeluk mamanya.

"Ya Allah budak bertuah ni, salam takde, ape pun takde terus diterkamnya mama."

Datin Seri Basyirah menepuk lembut tubuh anak gadisnya yang masih erat memeluknya.

"Adik rindu mama.."

Rengekan Damia mengundang tawa Datin Seri Basyirah. Bukan main manja lagi anaknya yang seorang ni. Dah nak masuk 28 tahun, perangai masih anak-anak lagi, manja..mengada..semua Damialah tu.

"Erm..adik jumpa dah apa yang adik cari seminggu ni?"

Pelukan diregangkan lalu Damia mengecilkan mata seraya memandang mamanya. Senyuman mamanya sahaja dah dapat Damia tangkap apa yang bermain di fikiran mamanya.

"Mama ni..bagilah adik masuk dulu.."

Panjang terus muncung itik Damia, pura-pura merajuk. Pecah terus tawa mamanya.

---

"Riz, thank you sudi jumpa I hari ini. I dah dapat jawapan, apa yang I cari selama ni."

Hariz menarik kerusi coffee house yang menjadi tempat pertemuan atau lebih tepat, bakal menjadi tempat perpisahan mereka pada hari ini. Wajah tenang Hariz menambahkan debar di hati Damia. Ikut perbincangan asal keluarga kedua belah pihak, mereka bakal disatukan dalam masa dua minggu lagi, namun perancangan dan takdir yang Allah tetapkan lebih hebat, dan tiadalah daya hamba melawan.

"No need to thanks me, Mia. I've met your parents masa you balik kampung so yeah.."

Hariz diam seketika mengumpul semangat dan kembali tersenyum..kali ini senyumannya lebih ikhlas..dia redha.

"..I literally knew everything about you and Iffadh."

Damia telan liur. Mengapakah Hariz setenang ini? Sepatutnya dia mengamuk. Damia seolah dah mempermainkan cintanya kot.

"Riz..I sebenarnya, I keliru masa you lamar I. Sumpah..sumpah I takde niat langsung nak main-mainkan benda ni..sampai libatkan family dan lagi dua minggu..about preparation everything..I..I.."

Entah mana terbang semangatnya tadi. Bukan ini yang dia harapkan..Dah puas dia berlatih, dah hafal dialog tapi bila berdepan dengan Hariz dia tiba-tiba gagap begini. Damia menunduk. Setitis air matanya tumpah. Sehelai tisu dihadapannya dipandang dengan pandangan berbalam.

"Take it, wipe your tears..you're a strong girl, you've gone through a lot, Mia..jangan nangis..ini takdir kita, you bukan pemilik rusuk kiri I..

Jeda..

Hariz masih mengumpul semangat, walaupun perit, dia tak boleh lemah..dia harus tenangkan Damia, bukan sama-sama menangis. Dia tahu rasa bersalah Damia padanya terlalu tebal, namun sedikit pun dia tak pernah dan tak akan menyalahkan Damia dan Iffadh..Ini takdirnya..Takdir terindah dalam hidup mereka, walaupun dia hanya mampu mendoaka. kebahagiaan Damia bersama Iffadh.

"..Apa yang korang dah lalui, you and Iffadh should be together..Allah dah kata dia jodoh you, siapa I nak menidakkan."

Ada getar dalam nada Hariz. Lagilah lebat air mata Damia. Oh Hariz, kenapalah kau baik sangat..

Lama mereka diam..Damia dengan melayan air mata, Hariz dengan menenangkan hati sendiri. Walaupun dia sudah tanamkan redha di dalam hati, namun diakui hatinya juga terluka. Bohonglah dia langsung tak terasa sedih, dia juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Rasa ditolak itu lebih menyakitkan apabila diri masih rasa dihargai..Damia masih menjaga hatinya, kan lebih mudah kalau Damia terus sahaja pulangkan cincin dan pergi tanpa menoleh lagi? Namun, mengenali hati budi seorang Damia, dia tahu gadis ini tidak mungkin akan melepaskan tangan begitu sahaja. Semuanya pasti akan diselesaikan dengan baik.

"Riz..I minta maaf..itu je I mampu cakap sekarang..maafkan I..sumpah, I takde niat langsung nak mainkan hati you..I happy selama berkawan dengan you cuma..I..I.."

Air mata Damia makin laju. Sakit dadanya mahu meneruskan kata yang satu itu.

"Salah I juga, Mia..sebab I tak pernah tanya apa yang you rasa..I bawa you masuk dalam dunia I tanpa I fikir tentang perasaan you..I juga, mohon maaf sebab I pentingkan hati I, perasaan I yang ingin memiliki hati you, tanpa I selami hati you..so..kosong-kosong kan?"

Damia akhirnya tersenyum..Ah! Hariz memang pandai memujuk.

"Well, Doctor Damia..I want to be your friend lagi tau, jangan terus sombong dengan I lepas ni."

Hariz mengenyitkan matanya, mahu mengusir rasa sebak yang bertandang. Damia akhirnya tertawa sambil mengelap air mata. Tawa dalam tangisan gitu.

"Sure, Mr. Hariz! Jangan tak kawan I dah tau.."

Begitulah perpisahan mereka sebagai tunangan berakhir. Cincin tanda pula, Damia pulangkan mengikut adat. Walaupun menanggung kerugian persiapan yang telah dibelanjakan, Hariz merasa tenang. Dia bahagia kerana Damia bahagia. Cinta..tak semestinya memiliki. Melihat orang yang dicintai bahagia, itu sudah memadai. Namun, cintanya pada Damia harus cepat dilupuskan, mana mungkin dia boleh terus mencintai bakal isteri orang lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience