EL: Yatim Piatu Yang Dibela

Drama Completed 20201

Damia yang tak berhenti menangis menggusarkan Bonda Kamsiah.

"Mia, bonda tahu bukan mudah jadi anak yatim piatu tanpa waris lain seusia Mia. Bonda faham. Tapi, Mia kena kuatkan hati. Arwah ibu dan ayah Mia pasti mahukan yang terbaik untuk Mia. Tabah ye, nak."

Lembut pengetua Rumah Anak-Anak Yatim Baitul Rahmah ini memujuk Damia.

Damia mengangguk. Masih bersisa tangisannya. Lalu Bonda Kamsiah memeluknya, memujuk dan memberi semangat.

Sudah dua bulan Damia tinggal di Baitul Rahmah, namun menjelang senja Damia akan menangis seperti ini. Dia trauma kerana dia bersendirian di waktu begini menerima perkhabaran kematian ayahnya akibat kemalangan jalan raya.

Malam ini ada tetamu yang akan makan bersama mereka. Sudah dimaklumkan oleh Bonda Kamsiah. Teman-teman sebilik Damia juga ada bercerita sesama sendiri yang mereka sungguh gembira apabila keluarga itu datang meluangkan masa bersama mereka.

Usai makan malam, Damia hanya duduk sahaja di bahagian belakang dewan makan, tanpa menyertai rakan-rakannya yang lain mendengar cerita santai daripada seorang lelaki yang Damia rasakan adalah bapa daripada keluarga itu.

"Adik tak join?"

Satu suara menegurnya. Damia menggeleng seraya tersenyum hambar.

"Arwah ayah Mia selalu cerita macam tu kat Mia.."

Ada getar dalam suaranya. Dia menunduk mengawal sebaik mungkin agar air matanya tidak lagi tumpah. Kata Bonda Kamsiah, dia kena redha ketentuan Allah. Allah uji sebab Allah sayang, dia..insan yang terpilih. Dapat dirasakan tubuh yang tadi berada di hadapannya kini rapat di bahu kirinya.

"Mia nak ikut Kak Nisha? Kalau Mia nak nanti Kak Nisha boleh minta mama dengan papa cakap dengan bonda."

Damia angkat wajahnya lalu dipalingkan ke kiri..dia merenung Danisha di sebelahnya cuba memproses maklumat yang diperolehi otaknya sebentar tadi.

"Pergi mana?"

Damia bertanya polos. Danisha, seorang gadis remaja yang berusia 16 tahun, sebaya dengan Iffadh. Gadia yang dia baru sahaja kenal, tak sampai sehari pun.

"Tinggal dengan Kak Nisha, Abang Dan, mama, papa. Nak?"

Bersinar mata Danisha penuh mengharapan. Damia hanya diam, semuanya terlalu mengejut. Memang dia tau keluarga angkat dibenarkan, namun dia masih terkejut.

"Mia.."

Danisha menyeru nama Damia setelah gadis itu hanya berdiam diri untuk beberapa ketika. Entah mengapa, sekali pandang dia dah jatuh sayang pada Damia. Dia rasa sunyi sejak abangnya Danial sibuk dengan kuliah, kalau ada Damia bersama di rumahnya pasti seronok. Itu yang terlintas di fikirannya ketika bercakap dengan Damia tadi.

"Ha?"

Damia yang mengelamun terperanjat diseru. Dia memandang Danisha dan kemudian mengangguk.

"Kak Nisha rasa Mia boleh ke tinggal dengan Kak Nisha?"

"Great!"

Danisha hampir melompat teruja.

"I'll be back!"

Dia terus berlari menghampiri mamanya dan Bonda Kamsiah. Damia dapat melihat mereka berbicara kemudian memandang ke arahnya, tersenyum. Dia membalas senyuman itu. Dia rindukan arwah ayahnya dan arwah ibunya..juga Iffadh.

"Mia, jom ikut bonda."

Damia tidak sedar bila wanita berjubah biru itu berada di hadapannya. Tangannya disentuh lembut. Sentuhan penuh keibuan Bonda Kamsiah membuatkan dia rasa disayangi.

---

Kali pertama melangkah masuk ke rumah milik Datuk Seri Burhan dan Datin Seri Basyirah, Damia seakan bermimpi. Daripada pondok buruk ke istana indah..dia seakan masih tidur dibuai mimpi indah. Terpegun.

"Mia, jom Kak Nisha tunjukkan bilik Mia."

Pegangan tangan Danisha yang menarik dia menuju ke tangga rumah menyedarkan bahawa dia tidak bermimpi. Ini realiti.

Dia hanya menurut langkah kaki Danisha yang nampak sangat teruja. Mereka berhenti di sebuah bilik yang ada tertulis nama "DAMIA" di hadapannya. Pintu dikuak dan sekali lagi Damia terpegun. Biliknya bagaikan cerita puteri di alam fantasi. Bilik bertemakan merah jambu dan putih.

"B..betul ke ni bilik Mia?"

Tersekat suaranya bertanya Danisha. Dia seolah tak percaya. Melihat anggukan Danisha, matanya berkaca..Masih ada yang menyayangi yatim piatu sepertinya.

"Kenapa Mia nangis? Mia tak suka? Kita boleh tukar. Kak Nisha ingat Mia akan suka, Kak Nisha minta papa dan mama buatkan bilik kita sama."

Danisha merasa gusar lalu bertanya terus apabila melihat mata Damia berkaca-kaca. Dia risau jika Damia tidak menyukai pilihannya. Ah! Dia sepatunya tanya Damia dahulu sebelum sediakan bilik untuk adiknya ini. Ya, kini Damia dah jadi adik Danisha..Itu yang paling dia suka.

"Eh! Bukan Kak Nisha..Mia suka cuma Mia tak percaya Mia akan ada bilik secantik ini. Thank you Kak Nisha sebab bagi Mia rasa semua ni."

Damia menggeleng kepala. Dia menyumpah diri sendiri kerana dah buat Danisha rasa serba salah. Padahal dia cuma terharu.

"Glad you like it! Jom tengok bilik Kak Nisha nak?"

Damia mengangguk lalu Danisha menarik tangannya. Yang sebenarnya, tidaklah jauh hanya bersebelahan sahaja. Dan seperti kata Danisha, memang sama. Cuma tanda nama yang berlainan di hadapan pintu masuk sahaja membezakan. Beribu kesyukuran Damia panjatkan pada Tuhan sekalian alam kerana memberikan dia sinar kebahagiaan begini.

"Sini rupanya. Kakak, bagilah adik tu rehat dulu, sekejap lagi makanan dah siap mama panggil ya."

Datin Seri Basyirah muncul di muka pintu bilik Danisha sambil tersenyum manis. Kakak dan adik? Damia keliru. Dia tidak pernah mempunyai adik beradik yang lain dan kini dia mempunyai keluarga.

"Kakak..adik?"

Terkeluar juga perkataan yang bermain difikirannya. Matanya memandang Datin Seri Basyirah dan Danisha bersilih ganti.

Danisha mengangguk lalu memandang Datin Seri Basyirah yang kemudiannya mengambil tempat di sebelah Damia.

Tangan Damia diramas lembut dan kemudian dia bersuara.

"Sebenaranya, selepas kami setuju nak jadikan Mia anak angkat kami, mama dan papa dah setuju nak panggil Mia 'adik' dan Nisha 'kakak.' Mia okay?"

Matanya merenung ke dalam anak mata Damia penuh kasih. Dia juga seperti Danisha, sudah jatuh kasih pada anak yatim piatu itu sejak kali pertama mereka bersua. Kebanyakan penghuni di Baitul Rahmah milik kakaknya itu, adalah anak-anak yatim dan asnaf yang masih mempunyai waris, dan Damia adalah satu-satunya anak yatim piatu sebatang kara. Itulah sebabnya mereka mahu menjadikan Damia anak mereka.

Damia hanya mengangguk. Dia terlalu terkejut. Semuanya berlaku dengan pantas. Dia kehilangan ibu kemudian ayah, sebatang kara, dan kini dia mempunyai sebuah keluarga lengkap. Nikmat kasih sayang Allah itu buat Damia bersyukur berjuta kali. Lantas dia terus memeluk mamanya. Ya, dia mempunyai mama sekarang namun, arwah ibunya tidak pernah dia lupakan.

"Terima kasih mama!"

Datin Seri Basyirah membalas pelukan Damia dan mencium kasih ubun-ubun anaknya itu.

"Sama-sama adik. Dah takmau nangis lagi, nanti sembap mata anak mama. Adik rehat dulu, nanti papa dengan abang balik, makanan dah siap kita dinner sama-sama dan lepas tu boleh jemaah maghrib dan mengaji."

Damia mengangguk. Danisha juga tersenyum. Akhirnya dia mempunyai seorang adik yang sudah lama dia impikan. 'Terima kasih, Allah.' Hatinya berbisik ketika melihat Damia beredar daripada biliknya dengan mamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience