"Assalamualaikum.."
Marissa yang sedang ligat menyediakan juadah tengah hari itu tersenyum bahagia mendengar suara si jantung hati. Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, Imani akan bermalam di rumahnya secara bergilir seminggu sekali. Suaminya Syazwan juga ternyata menyayangi Imani, dan disenangi Iffadh. Hubungannya dengan keluarga Iffadh dan ibu bapanya juga semakin baik.
"Waalaikumussalam.."
Kedengaran suara Syazwan menyambut anak gadisnya itu.
"Come to daddy, sayang!"
Syazwan terus merangkul tubuh kecil Imani dan didukung masuk ke dalam rumah.
Huluran tangan Iffadh disambut, hubungan mereka juga baik. Bagi Iffadh, Syazwan adalah lelaki yang baik, menerima Marissa seadanya dan dia juga yang menyelamatkan Marissa daripada terus melalui jalan gelap dek terlalu mengikut hawa nafsu.
"Fadh, kau makan sinilah sekali. Icha dah masak tu."
Pelawa Syazwan seraya mengambil beg Imani. Dia sendiri berterima kasih, kerana tolak-ansur Iffadh, dapat dia merasai kasih sayang seorang anak dan keluarga. Dia yang membesar di rumah anak-anak yatim yang tidak tahu asal usulnya bersyukur dengan setiap nikmat kebahagiaan berkeluarga yang dikurniakan padanya saat ini.
"Langkah kananlah aku ni..alhamdulillah."
Seloroh Iffadh dan kemudian mengambil tempat di ruang tamu kediaman dua tingkat itu. Kini, dia sudah anggap Marissa dan Syazwan sebahagian daripada keluarganya. Dia sudah move on. Benarlah kata Damia, andai dia redha, dia akan tenang. Memikirkan Damia, dia mengeluh sendiri. Sejak Imani rapat dengan Marissa, dia sudah lama tidak bertemu dengan Damia. Kereta Damia juga jarang sekali kelihatan. Kata neneknya, Damia selalu bermalam di rumah sewa kawan sekerjanya berdekatan hospital dan bila hari cuti Damia akan pulang ke Kuala Lumpur.
"Penat sangat gayanya kau ni Fadh? Siap mengeluh lagi.."
Syazwan mengambil tempat di sebelah Iffadh seraya menghulurkan console permainan video play station.
"Eh yeke aku mengeluh?"
Iffadh berseloroh berusaha menyorokkan kekacauan fikirannya. Dia kemudiannya mula memilih permainan video yang akan dimainkan bersama Syazwan. Sejak kali pertama bertemu muka, Iffadh sudah selesa bersahabat dengan Syazwan. Dan kerana Syazwan jugalah, dia sudah tidak 'benci' pada Marissa. Dia sudah redha dengan semua yang berlaku, dan dia yakin pasti ada hikmahnya. Dan hikmah yang dia selalu harapkan, Damia akan menerimanya cuba sejak kebelakangan ini, dia sedar Damia mungkin sudah 'melepaskan tangan' mereka sejak Imani kembali mendapat kasih sayang Marissa.
"Dah mengeluh lepas tu mengelamun. Kau okay ke tak sebenarnya ni, Fadh?"
Ada riak risau di wajah Syazwan. Bagi Iffadh, Syazwan memang lelaki yang baik. Sentiasa peka keadaan sekeliling dan mengambil berat tentang orang yang rapat dengannya.
"Okay.. okay.. aku okay je ni."
Iffadh menepuk peha sahabatnya di sebelah.
"Fadh, kenapa tak ajak nenek dengan Mia sekali? Mia cuti kan hari ni?"
Marissa yang baru tiba daripada dapur dengan menatang dulang berisi air dan diikuti Imani yang menatang sepiring kek, menegur Iffadh.
"Hah? Oh nenek ada hal tadi, Mia pula Fadh tak tahu..dah lama tak nampak dia."
Iffadh berterus terang walaupun pahit. Syazwan memandang Marissa, seperti ada sesuatu yang tidak kena. Sangkaan mereka, apabila Imani ke sini, Iffadh dan Damia akan mempunyai lebih masa bersama untuk mengenali hati budi masing-masing, rupanya sebaliknya pula yang berlaku, Iffadh dan Damia semakin renggang.
---
"Mia..aku dah lama tak dengar pasal anak kau."
Asfa tak pernah bosan nak mengorek cerita Damia tentang Iffadh yang sebenarnya..dia punya bunga mesti Imani dahulu.
"Dia dah jumpa mak dia, so dia selalu la gilir-gilir tinggal dengan mak dia."
Damia menjawab bersahaja. Hari ini mereka keluar bersama memandangkan hari cuti mereka sama. Syawal pula sudah tentulah berasa cemburu kerana dia ditinggalkan ketika dua sahabatnya menghabiskan masa bersama.
"Oh..eloklah dia dah tinggal dengan mak dia, so kau dengan bapak dia boleh dating tapi dah kenapa kau kat sini?"
Damia memandang Asfa pelik. Bukan main gaya dia macam kritikal sangat berfikir siap berkerut dahi.
"Takde maknanya pun As..weh jomlah makan ais krim."
Damia malas mahu melayan Asfa bercerita tentang Iffadh, apatah lagi melayan perasaan. Sebab itu dia mahu keluar mengambil angin bersama Asfa pada hari cutinya hari ini. Cuti sehari, tak dapatlah dia pulang ke rumah mama dan papanya. Dia yang tidak mahu Asfa bertanya lebih lanjut lagi, segera menarik lengan gadis itu menuju ke kiosk ais krim di pusat membeli belah itu.
"Ice cream is always be my best therapy!"
Suara Damia diceriakan. Walaupun pada hakikatnya, kehidupannya tanpa Imani dan Iffadh terasa sunyi. Kata nenek, Imani gembira bertemu dengan Marissa. Mereka sekeluarga berterima kasih padanya yang banyak berjasa dalam menjadi penyambung silaturrahim yang hampir terputus. Namun, apabila menyedari dia dan keluarga Iffadh sekadar mempunyai hubungan luar kulit, dia mula menjauhkan diri. Mungkin sudah tiba masanya untuk dia sendiri move on daripada menyimpan perasaan kepada Iffadh sejak sepuluh tahun lepas.
"Mia..aku tahu kau sebenarnya stress kan?"
Asfa yang mengambil tempat berhadapan Damia yang sedang asyik menikmati ais krim itu dipandang. Dia tahu, Damia menyimpan rasa yang terpendam, yang tidak diluahkan..Sebagai sahabat, dia kenal Damia orang yang bagaimana.
Damia membalas pandangan Asfa. Matanya berkaca.
"I hate you, As!"
Bibir dicebikkan. Dia hampir menangis.
"But I love you, Mia..Kau tahu aku ada kan, kau jangan pendam sendiri."
Asfa bersuara perlahan. Mahu memujuk Damia.
"Aku nak move on, As..dia tak pandang aku pun. So..aku rasa ini yang terbaik."
Damia akhirnya meluahkan rasa hatinya.
"Itu yang kau fikir. Kau pernah ke tanya dia? Lagi pun ex wife dia kan dan ada family baru..tak mungkin diorang boleh bersama lagi la, Mia. Kadang-kadang kalau lelaki ni jenis 'pending,' jenis slow...lambat nak 'loading', kau lah yang kena take a first step."
Damia tergelak akhirnya. Bukan main lepas lagi berkata-kata kalau dah namanya Asfa Laila..Mesti tengah tersedak teruk Iffadh yang 'pending', slow dan 'loading' tu. Terhibur Damia apabila Asfa memberi gelaran seperti itu kepada Iffadh.
"Ermm dulu kan aku pernah cerita family kitorang nak jodohkan kitorang dan dia menentang keras..so aku pon dah tahu dah jawapan tu."
Damia akhirnya bersuara selepas seketika melepaskan tawa.
"Inilah masalah kau, Mia..itu dulu..masa dia tengah lara teruk kan. Sekarang ni aku rasa dia dah move on dengan ex wife dia tu. Kalau tak cuba tak tahu, Mia. Istilah perigi cari timba tu zaman sekarang dah tak boleh pakai tau. Kalau pakai lagi mulalah nanti kau complained gemuk makan ais krim hari-hari."
Membulat mata Damia mendengar hujah Asfa.
"Kau kan As, kalau tak kenakan aku memang tak sah kan?"
Asfa sekadar senyum. Sekurangnya bila Damia mahu berperang mulut dengannya, dia tahulah Damia masih boleh bertahan dengan tekanan yang dihadapi.
"Aku sayang kau, Mia..Aku nak tengok kau bahagia. Dan aku tahu, cinta kau masih pada dia sejak dulu tak pernah berubah."
Damia senyum kelat mendengar nasihat sahabatnya..Apa yang dikatakan Asfa semuanya benar cuma dia, tak yakin yang Iffadh juga berkongsi rasa yang sama dengannya. Dia tidak mahu terus kecewa. Mengenangkan Iffadh pernah 'membencinya' ketika mereka hampir dijodohkan dahulu, dia sepatutnya dapat mengagak yang dia cuma bertepuk sebelah tangan.
"Kau doalah aku boleh bahagia walaupun bukan dengan dia."
Kali ini, Damia ikhlas..Senyumannya ikhlas dan rasa berat di hatinya tadi seakan diangkat pergi. Segalanya lapang..Dan andai benar jodoh mereka, dia yakin Allah akan ikat hati mereka kembali. Asfa yang memandangnya turut tersenyum seraya mengangguk.
"Always, Mia.."
"Thanks, As.."
Dan mereka kembali ketawa dalam sebak. Apabila berbicara soal hati, tak kira di mana mereka berada..pasti akan terselit babak air mata samaada gembira ataupun sedih. Itulah Damia dan Asfa Laila. Dua sahabat yang saling memahami dan sentiasa menyokong antara satu sama lain.
Share this novel