EL 24: Takdir Cinta

Drama Completed 20201

"Bonda nak gerak pukul berapa?"

Pagi ini Hariz yang baru balik dari berlari menegur bondanya yang sedang memasak sarapan di dapur. Sebiji kuih karipap yang baru siap digoreng, diambil sebiji lalu digigit. Kembung pipinya menahan panas. Sudah jadi kebiasaan Puan Sri Faridah untuk memasak sarapan buat keluarganya sendiri di hari minggu, walaupun mempunyai pembantu rumah.

"Bertuah punya budak. Dah cuci tangan ke belum ni?"

Tindakan refleks Puan Sri Faridah, menepuk perlahan lengan anak lelakinya.

Hariz terkekek ketawa melihat muka marah bondanya. Tiba-tiba terasa dia masih dianggap anak kecil apabila dimarah sebegitu. Memang ibu bapa selalu pandang anak mereka masih kecil, walaupun sudah berkeluarga kan. Sayangnya ibu bapa tiada tandingan.

"Halallah bonda.."

Hariz segera berlari keluar daripada ruang dapur rumah agam itu sebelum menerima habuan lain. Sempat dia dengar bondanya berdecit menahan geram dengan kelakuannya.

Usai membersihkan diri, dia turun ke ruang makan untuk menyertai keluarganya bersarapan, salam diberi lalu dia menarik kerusi duduk dan pembantu rumah segera menuang minuman ke cawannya.

"Terima kasih, kak."

Pembantu itu hanya tersenyum dengan menunduk sedikit kepala tanda hormat lalu berlalu ke dapur.

"Patutnya abang yang kahwin dengan Kak Mia, abang tak rasa janggal ke nak pergi majlis diorang?"

Hazira, adik bongsu Hariz yang masih tidak berpuas hati dengan tindakan abangnya memutuskan pertunangan dengan Damia, justeru menyokong hubungan Damia dan Iffadh, tidak pernah jemu memprovok abang kesayangannya.

"Jodoh, dik..jodoh."

Hariz meneruskan suapannya setelah menjawab dengan selamba..Dia sendiri sudah move on..manakan mampu dia sebagai hamba menentang takdir Allah, takdir cinta milik Damia dan Iffadh.

"Tapi.."

"Makan, Zira."

Hazira terus diam dan makan dengan senyap setelah menerima teguran ayahnya, Tan Sri Mazlan. Bukan dia tak tahu, dah keluar suara lelaki yang paling dia hormati itu, maknanya dia dah temui jalan mati. Tiada lagi kompromi.

Sebal rasa hatinya apabila mengesan tawa halus yang mengejek daripada makhluk di depannya ini. Dia sendiri pelik dengan Hariz, yang seolah menerima bulat-bulat semua yang berlaku.

---

Hariz dan keluarganya tiba di majlis perkahwinan Iffadh dan Damia, ketika pengantin sedang diarak masuk ke dewan. Sama cantik, sama padan. Bagai pinang dibelah dua. Bagaikan merpati dua sejoli. Entah apa lagi perumpamaan yang dia dengar, semuanya pujian tetamu yang terpegun melihat pasangan itu. Ya, dia gembira dan dalam masa yang sama, ada rasa sedikit cemburu. Dia hanya manusia biasa, wanita yang pernah dia cintai kini isteri orang..Dia tahu hukumnya berdosa mencintai isteri orang dan dia sedang berusaha melupakan Damia sebagai seorang wanita yang pernah dia cintai.

"Riz, makanlah. Ditenung je pengantin tu, tak kenyang. Usikan daripada bondanya dia balas dengan tawa canggung. Dia tahu, bondanya mahu dia sedar, Damia kini isteri orang. Takdir cinta Damia adalah Iffadh, bukannya dia. Itulah jodoh, dah bertunang dengan orang lain, nikahnya dengan orang lain. Tiada daya upaya manusia sebagai hamba Allah, melawan takdirNya. Hariz sedar hakikat itu, dipandang ke depan, pandangan mereka bertaut..Damia dan Iffadh tersenyum bahagia, dan dia turut bahagia kerana dua insan kesayangannya akhirnya bersatu setelah melalui pelbagai rintangan.

---

Thank you, Riz..sudi datang majlis aku."

Iffadh kini berada di sebelahnya, duduk meneguk air sirap beraroma pandan. Wanginya menggugat selera. Terus rasa dahaga melihat gelas berisi air yang berpeluh.

"Most welcome, bro..mana boleh aku tertinggal keretapi tak datang majlis buddy aku."

Hariz tertawa senang. Iffadh adalah sahabatnya sejak mereka kecil. Walaupun pernah terpisah kerana keluarga Iffah berpindah ke luar negara dan kemudian Iffadh tinggal di kampung, mereka tetap rapat kerana hubungan persahabatan ibu bapa mereka yang dibina, sudah seperti saudara mara sedarah sedaging.

Sejenak melayan perasaan melihat suasana, Iffadh bersuara, walaupun kedengaran canggung.

"Aku akan jaga Mia sebab aku tahu, kalau aku tak jaga dia betul-betul kali ni, takde peluang kedua dah untuk aku."

Hariz ketawa lagi. Begitulah Hariz yang Iffadh kenal sejak dulu, ceria sahaja hidupnya. Seperti tiada masalah.

"You better don't mess with her okay. Aku yakin kau akan jaga jodoh kau yang aku sempat jaga sekejap."

Bersahaja Hariz menuturkan kata dengan tawa yang masih bersisa, hampir tersedak air sirap Iffadh dibuatnya.

"Riz..I'm sorry about that.."

Iffadh masih merasa bersalah. Padahal, tiada siapa yang mampu mempersoalkan takdir jodoh dia dan Damia, nama mereka yang sudah tertulis di Luh Mahfuz.

"Wo..wo.. rileks ah bro! Look, jodoh kau dengan Mia, memang dah Allah tetapkan. Datanglah seribu Hariz pun, tetap Iffadh juga jawapannya untuk istikharah Damia. Okay? Aku doakan kau bahagia."

Hariz menepuk lembut bahu sahabatnya itu. Sungguh, tiada sesal yang bersarang di hatinya. Dia redha menerima ketentuan tuhan. Iffadh mengangguk lega. Akhirnya, beban yang ditanggung hatinya terus sahaja terbang pergi. Sudah lama dia mahu bersemuka dengan Hariz berbicara tentang ini, namun dia tiada peluang itu. Ketika nampak sosok Hariz semasa memasuki dewan tadi, hampir terlepas tangannya yang menggenggam erat tangan Damia, dan sudah tentu disedari Damia yang tanpa nanti menenangkannya. Ini takdir cinta mereka. Ini jodoh mereka, walau sejauh dan selama mana terpisah, bila Allah kata kun fayakun maka jadilah ia.

---

Majlis yang penuh bersejarah itu berakhir dengan jayanya. Yang paling lebar senyuman tidak henti sepanjang majlis, sudah tentulah Nek Limah. Bukan main aktif lagi dia ke sana ke mari. Akhirnya, dapat dia tunaikan sebenar-benarnya amanah kedua arwah ibu dan ayah Damia, yang pernah meminta dia menjaga Damia seandainya mereka pergi dahulu. Walaupun dia pernah kehilangan Damia, dia bersyukur akhirnya sempat dia jadikan Damia cucunya yang sebenarnya sebelum dia menutup mata.

Dua puluh tahun yang lepas..

"Mak Limah, Siti ada benda nak tanya..tapi Mak Limah jangan salah sangka ye.."

Siti dan Harith yang sudah dianggap seperti anak-anaknya, seringkali meluangkan masa bersamanya di bawah pokok kundang ini, di atas pangkin yang dibina Harith. Katanya, mudah buat Nek Limah bersantai petang. Redup di bawah pohon yang rendang.

"Belum tanya lagi, mana la aku tau nak marah kamu ke tak, Ti?"

Mak Limah hanya tertawa berseloroh..begitulah Siti Hana, ibu Damia. Yatim piatu yang berhijrah bersama suaminya Harith dan tinggal di sebelah rumahnya, yang sudah dianggap seperti anak sendiri.

"Takdela..Mak Limah kan anak berjaya, kerja besar..kenapa masih tinggal kat rumah kampung ni?"

Nek Limah melihat wajah Siti seakan serba salah..Dia ketawa lagi, mahu mengusir rasa bersalah Siti. Mungkin pada Siti, dia sepatutnya layak tinggal di rumah yang lebih besar.

"Buat apalah aku nak marah, Ti. Rumah aku ni dah cukup selesa dah, anak aku sorang je Ti. Cucu pun tiga orang je. Aku selesa kat sini, bukan Syimah tak ajak aku tinggal dengan dia, tak mahulah aku. Orang kata hujan salji di negeri orang, biarlah aku berhujan air je..tak sejuk beku nanti."

Lawak Nek Limah buat Siti dan Harith serentak ketawa, namun hanya sementara apabila Siti yang tiba-tiba sayu memandang Damia yang sedang ralit melukis di tanah, menggunakan ranting kayu.

"Entah saya ni sempat ke tak tengok Mia besar, entah sempat ke tak merasa bermenantu, bercucu."

Nek Limah yang sedar mata Siti yang berkaca akhirnya bersuara mahu memujuk. Dia tahu, sakit yang dideritai Siti, sudah sampai ke tahap yang serius..ada keajaiban daripada Allah sahaja yang akan buat Siti sembuh. Itu yang dia dengar.

"Sakit tu bukan syarat untuk mati, Ti. Kau doa selalu moga kau dapat tengok Mia membesar. Entah aku yang lanjut usia ni pergi dulu, Ti."

"Lanjut usia juga tak menjamin untuk pergi dulu Mak Limah.."

Siti tersenyum kelat pada Nek Limah, tangan Nek Limah diraih..memohon satu permintaan.

"Mak Limah, andai umur saya tak panjang, Mak Limah tolong jagakan Mia ya..kami tak ada keluarga. Saya tahu, ayahnya akan sibuk berkerja, saya tak mahu Mia rasa terbiar..saya percayakan Mak Limah. Tolong ya Mak Limah, tolong jagakan Mia andai umur saya tak panjang."

Penuh pengharapan pada suara Siti, yang menyebabkan Mak Limah segera mengangguk dan telah mengikat hatinya dengan satu janji. Harith juga kelihatan menahan sebak, seraya meraih bahu Siti. Kerana itulah, kehilangan Damia satu ketika dahulu memberi kesan dalam hatinya, dan kerana itu jugalah dia seakan memaksa Iffadh untuk menerima Damia. Namun, sudah takdir jodoh Iffadh dan Damia berdua, dia akhirnya boleh menutup mata dengan aman.

'Ti, Mia dah jadi cucu aku yang sebenarnya. Kau tak perlu risau lagi, Mia membesar dengan penuh kasih sayang. Anak kau, ada keluarga yang sayangkan dia..dia bahagia, Ti.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience