EL 8: Hati Yang Lara

Drama Completed 20201

Selepas tidurkan Imani, Iffadh teringatkan kata-kata Nek Limah padanya ketika perjalanan pulang ke Kampung Teluk Indah siang tadi. Iya, dia sekarang tinggal bertiga dengan Imani dan Nek Limah di rumah yang penuh kenangan ini.

---

"Fadh, nenek tengok Imani dengan Damia serasi, kan? Apa pendapat Fadh tentang Mia?"

Iffadh yang sedang memandu sekadar tersenyum.

"Nenek kan tahu Mia memang cepat mesra dengan orang, Imani pula dia kan obses dengan doktor. Bila dia tahu Mia doktor mestilah dia suka."

Nek Limah hanya diam sahaja. Melalui cermin pandang belakang, dapat Iffadh lihat Imani sudah ketiduran di dalam kerusi keselamatan kanak-kanaknya.

"Nek..apa sebenarnya yang nenek nak Fadh faham?"

Akhirnya Iffadh mengalah setelah Nek Limah kekal membatu memandang luar tingkap kenderaan yang bergerak membelah lebuh raya itu seakan melayan rajuk.

"Nek.."

Iffadh menyeru sekali lagi. Tak betah dia dibuatnya apabila neneknya hanya diam.

"Nenek nak kamu bahagia macam orang lain, Fadh. Ada peneman hidup."

Sayu suara Nek Limah menyampaikan hasrat hatinya. Sungguh dia sedih melihat kekecewaan Iffadh yang gagal mempertahankan mahligai yang dibina kerana kecurangan Marissa.

"Fadh dah cukup bahagia, nek. Ada nenek, ada Imani. Lagipun Mia dengan Fadh tak sepadanlah nek..Dia doktor lulusan luar negara, muda lagi..single. Fadh pun single, tapi single papalah..tak sesuailah nek."

Iffadh cuba menceriakan suasana dengan gurauan diakhir kata-katanya. Dia serik..masih terasa kesakitan empat tahun yang lepas.

"Manalah sama nenek dengan Imani nak dibandingkan dengan isteri kamu, Fadh."

Nek Limah masih tidak mahu mengalah. Dia yang berada di sebelah Imani menepuk-nepuk bahu cicitnya apabila Imani kelihatan terganggu dan bergerak sedikit. Mungkin perbualan 'panas' antara papanya dan moyangnya sedikit mengganggu tidurnya.

"Nek..Fadh tak sedialah nak bincang hal ni. Nenek bagi Fadh masa ye."

Akhirnya Nek Limah mengalah juga. Benarlah kata Iffadh, mungkin masa yang lebih lama untuk mengubati hatinya yang lara di perlukan. Masih segar lagi dalam ingatannya tentang apa yang berlaku pada Iffadh empat tahun lepas. Dia sendiri yang menyaksikan kekecewaan cucu lelaki kesayangannya. Setiap malam, dia akan bangun untuk melihat Iffadh yang akan menangis sambil mengalunkan ayat-ayat suci Al-Qur'an. Pada Iffadh, itulah satu- satunya cara untuk dia terus bertahan waras. Cinta dan kepercayaannya dibunuh kejam oleh Marissa.

---

iffadh meraup wajahnya dan beristighfar. Hatinya masih terluka. Segala apa yang berlaku masih segar dalam ingatannya. Marissa..wanita yang pernah dia cintai dulu, wanita yang melahirkan zuriatnya..dia tidak tahu apakah Marissa juga cintakannya atau hanya sekadar merasa perasaan ingin memiliki.

Lima tahun yang lepas, ketika mereka bercuti di Johor Bahru..Marissa mula berubah. Percutian yang dia ingin batalkan kerana risaukan keadaan isterinya namun Marissa tetap berkeras mahu teruskan.

"Fadh..kalau Icha cakap ni Fadh jangan marah ya."

Ketika mereka bersantai dalam bilik hotel yang menghadap Laut China Selatan itu tiba-tiba bersuara.

"Icha nak cakap apa?"

Iffadh menyisip sedikit kopi yang dibeli di kedai kopi terkenal di bandaraya ini seusai mereka makan malam tadi.

"Icha..erm..Icha.."

Marissa yang gugup menarik nafas dalam sebelum menyambung kata-katanya.

"Icha taknak anak ni."

Iffadh terkejut, gelas minumannya digenggam erat hampir sahaja menumpahkan isinya yang masih tinggal lebih separuh.

"Apa Icha cakap ni?"

Suara Iffadh keras. Bergerak rahangnya menahan amarah.

"Icha tak bersedia..kita ada setahun lagi nak habis, kalau Icha teruskan dengan kandungan ni nanti Icha tertinggal..Fadh faham kan? Icha.."

Belum habis luahan hati Marissa, Iffadh sudah memotong. Tidak sanggup dia mahu mendengar segalanya. Anaknya, zuriatnya yang baru sahaja wujud di dalam rahim isterinya namun tidak diingini oleh seorang ibu. Ibu kandung.

"Astaghfirullahal'azim Marissa.."

Iffadh meraup wajahnya kesal. Dia benar-benar kecewa dengan Marissa. Tidak disangka Marissa berniat mahu 'membuang' anak sendiri.

"Icha masuk rehat dulu, esok kita bincang."

Itu yang Iffadh putuskan setelah dia berusaha mengawal perasaannya. Nafas dihela berat setelah Marissa berlalu masuk meninggalkan dia sendiri di balkoni hotel itu. Sepanjang malam dia tidak dapat tidur memikirkan solusi terbaik untuk dia, Marissa dan anak yang bakal lahir.

---

Pagi itu, ketika Marissa bangun daripada tidur, dia berjanji akan melayan isterinya dengan lebih baik. Atas persetujuan mereka bersama, Marissa menangguhkan pengajiannya selama setahun. Sepanjang tempoh kehamilannya, Marissa dijaga bagai menatang minyak yang penuh oleh Iffadh dan keluarganya. Walaupun ada kalanya emosi Marissa turun naik dan mencabar kesabaran Iffadh, dia masih melayan segala karenah isterinya kerana dia tahu, pengorbanan Marissa mengandungkan zuriatnya juga sudah cukup besar.

Selepas melahirkan seorang bayi perempuan yang comel diberi nama Imani, Marissa membuat keputusan untuk terus menyambung pengajiannya. Iffadh tidak menghalang lagi kerana dia juga tahu kehendak Marissa, walaupun sebolehnya dia mahu Marissa menyambung cuti yang lebih lama untuk menumpukan perhatian kepada anak mereka yang baru lahir.

Maka bermulalah kehidupan Iffadh sebagai ibu dan bapa kepada anak kesayangannya, Imani. Dia memilih untuk berbakti di kampung halaman neneknya kerana mahu menemani Nek Limah yang tinggal bersendirian. Maka, secara tidak langsung tugas menguruskan Imani juga banyak dibantu oleh neneknya. Marissa pula, selepas mula sambung pengajian, sudah sebulan tidak pulang. Hujung minggu sibuk dengan tugasan kuliah katanya. Iffadh yang merindui isterinya membawa Imani untuk bertemu mamanya..Namun, apa yang dia temui benar-benar melumatkan hatinya.

Kekecewaannya terlalu parah untuk diubati. Kepercayaannya tidak dihargai. Tergamak seorang isteri yang baru sahaja melahirkan zuriatnya melakukan perkara terkutuk yang langsung tak terjangkau dek akal fikirannya.

Malam yang memilukan..malam yang menghancurkan sebuah keluarga kecilnya..malam yang dia mahu lupakan..malam yang tidak dipinta. Malam dia menangkap isterinya bersama lelaki lain.

"Ibu, abah, mama, papa, nek.."

Wajah-wajah yang dihormatinya dipandang kasih..Dia tahu mereka terluka.

Iffadh menelan liurnya yang terasa kesat berpasir. Mengambil nafas, menggali semangat..Dia hampir rebah. Satu kenyataan yang amat menyakitkan. Dipandang anak kecilnya Imani yang baru berusia tiga bulan. Pulas tidurnya tanpa menyedari malapetaka yang melanda keluarga mereka.

Di satu sudut, Marissa kelihatan tenang tanpa riak bersalah. Itu lebih meremukkan hatinya. Hancur lumat diperlakukan tanpa belas. Walaupun dia sendiri sudah menjangkakan ini yang akan berlaku, kenyataan ini tetap menyakitkan.

Ibu, mama dan nenek tanpa henti mengesat air mata yang tumpah..Abah dan papa pula hanya diam tanpa bicara. Seolah tersampuk bisu dek terlalu terkejut. Hari ini menyaksikan maruahnya sebagai seorang suami dipijak-pijak. Kasih dan cintanya kepada Marissa seolah langsung tiada harganya..Dia..dibuang secara terang-terangan.

"Fadh minta ampun pada Ibu dan abah atas segala kekurangan Fadh sebagai menantu selama ini."

Tangan Encik Hasnol dan Puan Syamsiah dikucup memohon ampun. Terimbau kenangan ketika dua pasang tangan ini dikucup memohon restu tiga tahun yang lepas. Ya, mereka baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang ketiga, yang Marissa sendiri tidak ingat dan awal pagi ini, Marissa ditangkap dalam keadaan yang sungguh mengaibkan bersama pasangan haramnya. Mujur sahaja ahli keluarganya tiada yang menghidap penyakit berbahaya, risau diserang sakit jantung dan sudah pasti akan lebih memburukkan keadaan.

"Ibu dan abah yang patut minta maaf dengan Fadh sebab kami gagal didik Icha untuk jadi isteri yang tahu menjaga maruahnya."

Mengongoi sedih Puan Syamsiah di dada suaminya..Dia hampir rebah tidak mampu berdiri menyaksikan kecurangan secara terang-terangan anak tunggalnya.

Setelah berbincang dengan pengawai penyiasat dan pihak pejabat agama yang membuat tangkapan khalwat terhadap Marissa dan pasangannya, mereka bersetuju untuk menyelesaikan semuanya pada siang hari nanti.

Iffadh terus sahaja menghidupkan enjin keretanya lalu terus bergerak pulang ke hotel tempat dia menginap diikuti keluarga mertuanya, ibu bapanya, neneknya dan juga Marissa.

"Icha jaga Imani malam ni. Fadh boleh rehat."

Marissa masih dengan riak bersahajanya tanpa rasa bersalah dan kesal dengan apa yang dia dah buat, membontoti Iffadh masuk ke bilik yang didiami Iffadh dan bayi mereka, Imani.

"Tak perlu tiba-tiba nak jadi mak Imani, kau boleh keluar sekarang..Esok aku akan uruskan semua termasuk permohonan pembubaran perkahwinan."

Tegang wajah Iffadh menahan marah. Marissa senyum senget lalu tanpa bantahan terus sahaja keluar daripada bilik itu dan Iffadh yang menahan pedih di hati melorot tubuhnya dibawa duduk memeluk lutut di lantai. Wajahnya disembamkan di lutut yang terlipat. Satu per satu air mata lelakinya tumpah membasahi wajah tampannya..Hatinya hancur berkecai seolah kaca yang terhempas. Cinta dan kepercayaannya dikhianati oleh seorang wanita yang dicintai sepenuh hati.

---

"Iffadh menggenggam bajunya di bahagian dada. Kesakitannya masih sama. Dia..tidak mungkin mempercayai cinta seorang wanita lagi. Ya, dia sudah temui jawapan..Dia tidak akan memberi harapan kepada neneknya. Dia tidak mahu membuka ruang dan peluang. Untuk mencintai seorang wanita sebagai kekasih hati..adalah mustahil..kerana..hatinya sudah mati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience