EL 21: Dilema

Drama Completed 20201

"Kenapa Fadh cakap macam tu kat Mia?"

Marissa memulakan perbualan bertanya setelah perjalan mereka sunyi beberapa ketika. Baby dan Imani juga sudah tidur. Letih agaknya. Dia yang sepatutnya ikut kereta mama tadi, tiba-tiba dah masuk dalam kereta Iffadh kerana kejadian sakit menyakiti hati masing-masing antara Damia dan Iffadh.

"Cakap apa?"

Iffadh masih keras memandu, berlagak tenang padahal hati bagai nak pecah. Bukan dia tak kenal Iffadh, bukan dia buta nak menilai. Dia nampak cinta di mata Iffadh dan Damia, namun masing-masing ego.

"Come on, Fadh..you know what I mean.."

Suara Marissa berubah nada..dia bukan sabar orangnya. Tambah pula orang yang cerdik macam Iffadh yang buat-buat bodoh. Lagilah terbang terus sabarnya.

"Dah itu pilihan dia. Fadh dah cuba untuk pujuk tapi dia lari.."

Belum habis ayatnya, dah kena sembur.

"Kejarlah! Tu pun nak ajar ke?"

Suara Marissa naik satu oktaf. Melihat bayinya bergerak, dia menepuk perlahan anaknya. Menyesal pula tinggikan suara, mujur sahaja tak terbangun terus Syazwani. Iya, Syazwani amanah yang ditinggalkan Syazwan. Wajahnya persih arwah suaminya itu.

Tergelak terus Iffadh melihat tingkah Marissa. Tahu pula gelabah bila anak terkejut dek suara petirnya tiba-tiba. Marissa ketap bibir menahan geram melihat tawa Iffadh yang mengejeknya.

"Icha tak habis lagi, ye. Jangan suka sangat."

Perlahan namun keras suara Marissa. Lagilah Iffadh mahu ketawa. Tergeleng-geleng kepalanya.

Marissa dan Iffadh, walaupun pernah mempunyai sejarah hitam sebagai suami isteri, kini mereka rapat bagaikan adik beradik. Hubungan mereka tidak lebih daripada mama dan papa kepada Imani. Tiada hubungan hati, namun mereka saling memahami dan menyokong antara satu sama lain.

---

"Riz, jauh termenung.."

Petang itu, Hariz balik awal daripada pejabat. Kejadian di hari pertunangannya, sentiasa berlegar di fikirannya. Dia tidak boleh berhenti berfikir tentang apa yang dia dengar. Terasa bahunya disentuh lembut tangan bondanya, Puan Sri Faridah. Dia menoleh membalas senyuman bondanya yang menyapa pandangan matanya.

"Bonda rasa, betul ke apa yang Riz buat?"

Puan Sri Faridah mengerutkan keningnya. Apa yang Hariz dah buat sampai termenung panjang. Dia tidak faham. Namun, dia pasti ada sesuatu yang mengganggu anaknya lelaki tunggalnya ini.

"Apa yang Riz dah buat? Bonda tak faham.."

Lembut. Itulah perwatakan bonda Hariz. Kalau marah pun macam memujuk, inikan pula sedang menadah telinga mendengar keluhan anaknya.

"Riz bertunang dengan Damia.."

Makin bertambah kerutan Puan Sri Faridah. Kalau tadi kening, di dah melarat ke dahi. Makin dibiar, tak fasal jadi kerutan kekal seterusnya menjadi kedutan penuaan di wajah cantik bonda.

"Apa yang tak betulnya, Riz? Eh! bonda tak fahamlah..Cuba cakap terang-terang?"

Ada riak risau di wajahnya. Nadanya juga berubah..melihat wajah sugul anak lelakinya, lagilah bertambah galau hati seorang ibu.

"Mia..dia tak cintakan Riz.."

Perlahan. Ada getar di hujung bicaranya.

Puan Sri Faridah menghela nafas lega. Itu je yang buat muka macam mati bini. Ingatkan apalah.

"Cintakan boleh dipupuk, Riz..lepas nikah nanti, inshaaAllah cinta itu akan tumbuh dengan sendiri..cinta lepas nikah kan lebih baik."

Bonda tersenyum memujuk anak bujangnya. Inikah yang dipanggil dugaan bertunang? Hati berbolak-balik tentang keputusan yang sudah dibuat.

"Tapi bonda, cinta Mia untuk Iffadh..bonda kenal kan Iffadh? Anak aunty Syimah dengan uncle Im?"

Mata Hariz tepat memandang wajah bondanya. Jelas riak terkejut di wajah Puan Sri Faridah.

"How come..macam mana Riz tau? Bila? Bonda tak faham..kenapa aunty Syirah takde cakap apa-apa dengan bonda masa bonda merisik Mia?"

Berterabur soalan bonda..dah macam tergagap pun ada punya terkejut. Kalau bonda dah macam ni, macam mana Hariz nak bertenang tak termenung memikirkan hal yang satu ni?

"Riz tak tahu, bonda..Fadh kata dia anggap Mia macam adik dia je, tapi cara dia pandang Mia, cara Mia pandang dia..tambah dengan frust yang dorang nak sorok tu..Riz nampak benda tu. Apa patut Riz buat, bonda? Riz buntu..Riz sayang Mia, tapi.."

Ada getar dalam suaranya. Sarat dadanya dengan rasa yang satu. Dia sayangkan Damia, dia juga sayangkan Iffadh. Bukan sehari dua mereka bersahabat. Namun, kenapakah jalan takdirnya begini?

"Tapi apa, Riz? Riz bincang elok-elok dengan Mia. Mungkin itu kisah silam mereka. Kalau tak, takkan Mia setuju kan?"

Puan Sri Faridah masih positif. Dia mahu memujuk anaknya.

"Riz lamar dia dalam keadaan dia tengah kecewa..Riz tak pernah tanya apa yang dia nak, bonda..Daripada awal memang Riz usaha untuk rapat dengan dia. Bonda pun tahu, first time Riz tengok dia masa majlis aqiqah Amanda, Riz dah jatuh suka..Dengan wajah beku dia, sifat lone ranger dia, Riz cuba masuk dalam dunia dia, Riz plan macam-macam kebetulan untuk kenal dia."

Hariz tersenyum sendiri mengenangkan bibit awal perkenalan dia dengan Damia. Kemudian dia menyambung bicara, bondanya masih kekal menjadi pendengar yang setia.

"Dia berubah lepas tu, jadi ceria..banyak cakap, banyak ketawa..sampaikan aunty Syirah pernah wish thank you sebab Riz dah bawa balik Damia yang dulu katanya, tapi masa tu Riz tak faham. Riz tak tahu apa yang dia lalui sampai buat dia jadi macam diri dia yang sebelum ni. Riz tak pernah tanya sebab pada Riz, masa silam dia hak dia. Mungkin masa malam Riz lamar dia, dia tengah frust dengan Iffadh dan terus terima Riz. Sebab masa tu, untuk kali pertama dia cakap nak jumpa Riz. Sebelum ni, Riz je yang selalu menempel kat dia."

Tawanya kedengaran sumbang. Mata Puan Sri Faridah sudah mula berkaca. Bila anaknya terluka begini, hatinya juga pedih. Hariz meraup wajahnya. Ringan sikit dadanya apabila berkongsi cerita dengan bondanya. Walaupun masih belum ada penyelesaian tentang masalah yang membelenggu hatinya, sekurang-kurangnya kepalanya semakin ringan.

---

Diam tak diam hanya tinggal sebulan sahaja lagi majlis pernikahan antara Hariz dan Damia yang bakal berlangsung. Segala persiapan berjalan seperti yang dirancang. Untung sahaja ada wedding planner, tidaklah Damia pening memikirkan segala tema bagai. Cuma, gubungannya dengan Hariz sedikit renggang. Kalau dulu, setiap masa Hariz text dia, walaupun sekadar wish morning. Namun sekarang, hanya panggilan telefon sahaja dan mereka bercakap tentang urusan penting sahaja.

"Ada apa Mia nak jumpa Riz?"

Hariz yang baru melabuhkan punggung dihadapan Damia di coffee house tempat 'dating' pertama mereka, kelihatan lelah. Masih tersarung baju kerja walaupun sudah 8 malam.

"Terkejut Mia! Salam pun dah takde ye Encik Tunang?"

Damia urut dada dan cuba bergurau mahu mengendurkan sedikit ketegangan di wajah Hariz.

"Assalamualaikum Cik Tunang. Apa khabar, ye ada apa nak jumpa saya?"

Senyuman dihadiahkan buat Damia. Hariz mahu melayan Damia walau hatinya masih dalam dilema sama ada meneruskan hubungan mereka ataupun tidak. Melihat keadaan Damia sekarang, keputusan yang bakal dibuat lebih mendorong kepada positif.

"Kak Nisha kata kena isi form online untuk nikah, tapi semua tu Mia tak buat lagi. Lepas tu kursus kahwin pon Mia tak pergi lagi. Riz dah ada sijil kursus kahwin ke?"

Hariz yang leka memandang wajah Damia, seakan berada dalam dunia sendiri. Langsung dia tak dapat tangkap apa yang sedang Damia bincangkan.

"Riz.."

Dia tersedar apabila Damia memetik jari di depan wajahnya. Dia terperanjat dan kemudian ketawa kecil melihat wajah cemberut Damia. Seketika kemudian, dia tersenyum dan melontarkan sebuah soalan yang tidak pernah terjangkau dek akal Damia.

"Mia, ikhlas ke terima Riz sebab diri Riz? Atau sebab Mia nak lupakan Iffadh? Please jujur..Riz perlu tahu, sebelum kita pergi lebih jauh.."

Suara tenang Hariz mengundang air mata di wajah Damia. Soalan yang dia tak pernah jangka akan ditanya Hariz.

'Apakah sebenarnya yang Kau nak tunjuk, Ya Allah?'

Damia kelu, hanya suara hatinya sahaja yang berbicara memohon pertolongan yang Maha Esa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience