Perjalanan pulang ke rumah Tan Sri Ayub terasa sunyi. Farhan sesekali melirik ke arah Aina yang sedang memandang keluar tingkap, wajahnya tenang seperti tiada apa-apa yang berlaku. Namun, Farhan tahu, di sebalik ketenangan itu, pasti ada perasaan yang tersembunyi.
“Kau ni betul-betul nak balik rumah tu ke?” soal Farhan, memecahkan kesunyian. Suaranya bernada serius, seperti berat hati untuk menghantar Aina kembali ke tempat yang penuh dengan kawalan dan tekanan itu.
Aina mengambil telefon Farhan dan mula menaip sebelum menyerahkannya kembali. "Ye, saya dah puas bebas hari ni."
Farhan membaca mesej itu dengan kening berkerut. “Kau tak takut ke dengan atuk kau?” tanyanya lagi, seolah-olah mencari alasan untuk memujuk Aina agar mengubah fikirannya.
Aina menggeleng perlahan sambil mengambil semula telefon untuk menaip sesuatu. Dia menyerahkan telefon itu kepada Farhan. “Tak, saya patutnya berterima kasih kat atuk saya.”
Farhan membaca mesej itu dan mendengus perlahan. Dia tidak dapat memahami bagaimana Aina masih mahu bersyukur kepada lelaki yang jelas-jelas terlalu tegas dengannya. Namun, sebelum dia sempat berkata apa-apa, Aina mula menaip lagi. Kali ini, matanya sedikit bersinar, menunjukkan dia memikirkan sesuatu yang lain.
“Awak, boleh tak kita singgah mana-mana? Saya nak beli kincin untuk atuk.”
Farhan membaca mesej itu dan tersentak. “Kincin? Untuk atuk kau? Kau ni betul ke, Aina? Lepas semua benda yang dia buat kat kau?” soalnya, cuba memahami logik Aina.
Aina tersenyum tipis sambil mengangguk. Dia mengambil telefon semula dan menaip, “Atuk saya marah sebab dia sayang. Lagipun, dia dah banyak jaga saya.”
Farhan termenung seketika, memandang wajah Aina yang bersungguh-sungguh. Dia tidak tahu bagaimana Aina mampu mempunyai hati yang sebegitu pemaaf dan ikhlas. Akhirnya, dia mengalah dan berkata, “Okey, kalau kau nak beli, kita singgah kejap.”
Dia membelok kereta ke arah sebuah pusat membeli-belah yang terdekat. Sambil memandu, Farhan tidak dapat menghalang dirinya daripada tersenyum kecil. Aina memang berbeza daripada sesiapa yang pernah dia kenal. Keikhlasan dan hatinya yang lembut sentiasa membuatkan Farhan tertarik, walaupun dia sendiri masih cuba menafikan perasaannya.
Di dalam pusat membeli-belah, Aina berjalan perlahan menuju ke sebuah kedai kincin. Matanya liar memerhati pelbagai jenis kincin yang dipamerkan di rak kaca. Langkahnya terhenti apabila matanya tertancap pada satu kincin berbentuk arnab comel. Dia tersenyum kecil lalu mengambil kincin itu.
Tidak lama selepas itu, matanya tertarik pula pada kincin berbentuk hati. Dengan berhati-hati, dia mengambil kincin tersebut dan melangkah ke arah Farhan yang sedang berdiri di sudut kedai, memerhatikan Aina dengan penuh minat.
Aina mendekati Farhan dan tanpa berkata apa-apa, dia meletakkan kincin berbentuk hati itu di atas tapak tangan Farhan. Mata Farhan sedikit terkejut, namun dia tidak berkata apa-apa, menunggu tindakan Aina yang seterusnya.
Aina mengambil telefon Farhan dan mula menaip sesuatu. Kemudian, dia menyerahkan telefon itu kembali kepada Farhan. Mesej yang tertera membuat Farhan terpaku seketika.
"Tu tanda ucap terima kasih."
Farhan membaca mesej itu sambil memandang kincin di tangannya. Dia tersenyum kecil, namun hatinya terasa hangat. “Terima kasih? Untuk apa?” soalnya perlahan, seperti ingin mendengar suara Aina walaupun dia tahu gadis itu jarang bercakap.
Aina hanya tersenyum sambil mengangkat bahu. Dia mengambil telefon semula dan menaip lagi. “Untuk segalanya. Sebab awak selalu ada.”
Farhan menghela nafas panjang. Dia menutup jemarinya perlahan di atas kincin itu. “Aina, kau tak perlu buat semua ni. Aku tolong kau sebab aku nak, bukan sebab nak apa-apa balasan,” ujarnya, nadanya penuh keikhlasan.
Aina hanya menggeleng kecil, kemudian mengangkat kincin arnab yang tadi dipilihnya. Dia menunjukkannya kepada Farhan sambil tersenyum manis, memberi isyarat bahawa kincin itu akan menjadi hadiah untuk atuknya. Farhan memandang wajah gadis itu, terdetik sesuatu di hatinya.
“Kalau macam tu, aku terima. Tapi aku letak syarat,” kata Farhan tiba-tiba.
Aina memandangnya dengan kening terangkat, menanti penjelasan Farhan.
“Kau kena pakai kincin hati ni juga,” katanya sambil tersenyum sinis, menunjukkan kincin yang sama.
Aina tersentak, matanya membulat. Dia segera menggeleng sambil menaip laju di telefon Farhan. “Tak boleh. Nanti orang salah faham.”
Farhan ketawa kecil melihat reaksi Aina. “Salah faham pun salah faham lah. Aku tak kisah. Yang penting kau tahu apa maksud aku,” balasnya sambil tersenyum penuh makna.
Sesaat sebelum membayar, Aina tiba-tiba memegang tangan Farhan, membuatkan lelaki itu memandangnya dengan tanda tanya. Wajah Aina berubah sedikit cemas. Dia segera mengambil telefon Farhan dan mula menaip sesuatu dengan pantas. Setelah selesai, dia menyerahkan telefon itu kepada Farhan.
"Saya lupa, beg duit tertinggal kat rumah masa lari tadi pagi."
Farhan membaca mesej itu, kemudian memandang Aina dengan senyuman kecil. “Kau ni, Aina... Risau tak tentu pasal. Dah, biar aku bayar,” katanya dengan nada selamba sambil mengeluarkan dompet dari poketnya.
Aina segera menggeleng laju, membuat isyarat tangan seperti menolak, tanda dia keberatan untuk membiarkan Farhan membayar. Dia cuba mengambil dompet itu dari tangan Farhan, namun lelaki itu pantas mengelak, membuatkan Aina terpaksa berundur.
“Aina, aku cakap biar aku bayar,” ulang Farhan dengan nada tegas tetapi masih lembut.
Aina menaip sesuatu lagi. Kali ini teksnya lebih panjang. “Tapi ini untuk atuk saya. Saya tak nak susahkan awak. Saya boleh cari duit nanti dan bayar balik.”
Farhan membaca mesej itu sambil menghela nafas panjang. Dia menunduk sedikit, mendekati Aina, dan berkata dengan lembut, “Aina, aku tak kisah. Bukan sebab aku rasa kau tak mampu, tapi sebab aku nak tolong kau. Ini perkara kecil je. Anggaplah hadiah kecil aku untuk atuk kau juga.”
Aina memandang wajah Farhan, teragak-agak. Dia menggigit bibir sambil memikirkan jawapan. Akhirnya, dia hanya mengangguk perlahan, tanda setuju.
Farhan tersenyum puas, lalu menyerahkan wang kepada juruwang. Setelah selesai membayar, dia mengambil bungkusan kecil berisi kincin itu dan menyerahkannya kepada Aina.
“Nah. Sekarang, kau boleh balik dan bagi hadiah ni dengan senyuman,” kata Farhan sambil mengusap lembut kepala Aina.
Aina mengambil bungkusan itu dengan senyuman kecil, tetapi dalam hati, dia berasa sangat terharu. Lelaki di hadapannya ini selalu ada untuknya, walaupun dia tahu Aina sering menolak bantuannya.
“Dah, jom kita balik. Sebelum atuk kau mula risaukan kau lagi,” kata Farhan sambil mengiringi Aina keluar dari kedai itu.
Aina menahan farhan.“apa lagi Aina"ucap Farhan.

Sesampainya di rumah besar milik Tan Sri Ayub, Aina melangkah masuk bersama Farhan. Suasana di ruang tamu terasa tegang. Tan Sri Ayub duduk di kerusi utama dengan wajah bengis, menanti kepulangan cucunya.
Namun, tanpa sebarang kata, Aina melangkah pantas ke arahnya dan terus memeluk erat tubuh tua itu. Pelukan itu mengejutkan Tan Sri Ayub. Dia terdiam seketika, tetapi akhirnya tangan tuanya terangkat untuk memeluk kembali cucunya.
“bunne...” ucap Tan Sri Ayub perlahan, memanggil nama kesayangan Aina. Dia mencium lembut kepala Aina, melepaskan kerinduan yang tersimpan walaupun kemarahannya masih tergantung.
Aina tersenyum kecil dan perlahan-lahan melepaskan pelukan. Dia membuka beg plastik yang dipegangnya, menunjukkan kincin berbentuk arnab dan hati yang baru dibeli tadi. Kemudian dia mengeluarkan kotak coklat kegemaran atuknya dan menghulurkan semuanya dengan penuh harapan.
Tan Sri Ayub memandang barangan itu. Matanya sedikit berkaca, tetapi wajahnya masih cuba mengekalkan ketegasan.
“Aina ingat atuk suka benda-benda ni?” tanya Tan Sri Ayub dengan nada garang, walaupun jelas nada itu semakin lembut.
Aina mengangguk kecil sambil memandang tepat ke wajah atuknya, tersenyum manis seperti masa kecil dulu. Dia menunjuk coklat itu, lalu meletakkan kedua tapak tangannya di dadanya, memberi isyarat bahawa dia ikhlas.
Tan Sri Ayub memandang lama wajah cucunya itu. Akhirnya, dia mengeluh dan mengambil kincin serta coklat itu.
“Aina.... aina selalu buat atuk susah hati. Tapi aina jugalah yang buat atuk tak boleh marah lama-lama,” ujar Tan Sri Ayub sambil memegang dagu Aina dengan lembut.
Farhan yang berdiri di sisi memerhatikan dengan senyuman kecil di wajahnya. Dia kagum melihat cara Aina memujuk atuknya yang tegas itu.
Tan Sri Ayub kemudian memandang Farhan dengan pandangan tajam. “Dan kau, Farhan, lain kali jangan ambil cucu aku keluar tanpa izin. Kalau bukan kau, aku takkan bagi muka!”
Farhan mengangkat tangan, tanda menyerah. “Maaf, Tan Sri. Saya cuma nak pastikan Aina tak apa-apa.”
Tan Sri Ayub mendengus kecil, tetapi akhirnya mengangguk. “Jaga dia betul-betul. Kalau dia ada apa-apa, kau yang aku cari.”
Farhan hanya tersenyum, sedar akan beratnya amanah itu. Aina, di sisi atuknya, kelihatan lega. Hari yang penuh emosi itu akhirnya berakhir dengan senyuman kecil di wajah mereka.
Sebelum Farhan melangkah keluar dari rumah besar itu, Aina menghampirinya dengan langkah perlahan. Di tangannya, tergenggam erat telefon milik Farhan yang dipinjam sejak tadi. Dia menghulurkannya sambil memandang wajah lelaki itu dengan senyuman kecil.
Farhan mengambil telefon itu, namun sebelum memasukkannya ke dalam poket, dia menatap wajah Aina seketika. “Kau tak nak simpan je? Senang kalau nak cari aku nanti,” usik Farhan sambil tersenyum.
Aina menggeleng perlahan, kemudian menaip di telefon kecil miliknya: Saya tak boleh simpan barang awak. Kalau atuk tahu, nanti saya kena marah lagi.
Farhan membaca mesej itu dan mengangguk perlahan, memahami keadaan. Dia tahu betapa tegasnya Tan Sri Ayub terhadap Aina. “Baiklah, tapi kalau kau perlukan aku, jangan segan. Call je, aku akan datang,” katanya dengan nada serius.
Aina mengangguk kecil, matanya bersinar penuh penghargaan. Sebelum Farhan melangkah pergi, dia menaip satu lagi mesej: Terima kasih untuk hari ini. Saya rasa bebas sekejap, walaupun cuma sehari.
Farhan membaca mesej itu dan tersenyum. Dia mengusap kepala Aina dengan lembut. “Kau berhak rasa bebas, Aina. Jangan lupa, ada orang yang sayang kau dan nak kau bahagia. Jaga diri,” ucapnya sebelum beranjak keluar dari rumah itu.
Aina hanya berdiri di depan pintu, memerhatikan kereta Farhan yang semakin menjauh. Hatinya terasa hangat, walaupun dia tahu kebebasan yang dirasainya tadi hanya sementara.
Share this novel