bab 14

Drama Series 6054

“ REA...thank you for your help.." ucap Tengku Jefri dengan senyuman kacaknya.

“ You're welcome" Azwin tersenyum segan.

“ Since you dah tolong I, I nak balas budi baik you. Kalau tak keberatan I nak ajak you lunch tengah hari ni. Boleh?" ajak Tengku Jefri dengan penuh budiman.

“ Tak perlu nak balas Tengku. I tolong Tengku ikhlas." balas Azwin menolak sopan ajakan Tengku Jefri kerana membantu lelaki itu mengaudit akaun perniagaan restoren baru beliau.

Dia begitu sibuk hari ini. Jadi tidak mungkin dia dapat keluar dengan client tak rasminya ini semata lelaki itu mahu membalas budi. Tambahan sejak menjadi balu dia lebih berhati-hati untuk menerima ajakan kawan sekerja mahupun pelanggan lelaki biarpun atas urusan kerja. Sebolehnya dia cuba elak. Jika tidak pun dia pasti akan mengusung seseorang teman daripada pekerja wanitanya untuk menemani.

Tengku Jefri membetulkan tali leher serta kot hitamnya. Berasa sedikit tercabar apabila ajakannya di tolak Azwin. Lama sudah dia perhatikan Azwin dan sukakan wanita berwajah ayu dan sopan itu, namun ketika itu Azwin masih lagi isteri seseorang. Jadi tak manis jika dia menganggu. Sekarang apabila mengetahui Azwin sudah keseorangan dia ingin mencuba nasib untuk mengenali Azwin dengan lebih rapat. Sementelah dia juga duda. Rasanya tak salah kalau dia mahu jadikan Azwin sebagai suri hatinya.

“ Okaylah kalau you cakap macam tu. Tapi..I harap next time you tak akan tolak pelawaan I lagi. Maybe I boleh belanja you di restoren I pula." balas Tengku Jefri. Wajahnya terkandung sedikit rasa kecewa.

“ InshaAllah. " Azwin tersenyum senang.

AZWIN pulang ke rumah ketika jam menginjak enam petang. Usai memakir kereta, Azwin melangkah keluar dari garaj. Kedengaran riuh taman mini Dato' Husyn dengan suara anak-anaknya. Azwin memicing mata ke arah tepi rumah. Kelihatan susuk anak-anaknya bergelak ketawa dengan Ian Hamza, Husyn dan Izzah di situ.

Azwin tersenyum langsung membawa langkah ke sana walaupun berasa letih.

“ Assalamualaikum.."

“ Waalaikumussalam.." serentak Izzah dan Husyn membalas.

“ Hi mama..!!" Nia Shaqila menegur Azwin sambil melambai dari atas basikalnya. Anak perempuannya itu sedang menghabiskan baki makanan petangnya yang di suap Izzah. Penuh mulut Qiqi sedang mengunyah spageti.

“ Hi sayang. Makan apa tu?"

“ Makan spageti goreng. Onie buatkan. Sedap mama.." Qiqi angkat ibu jari kanannya ke arah Azwin. Azwin tersenyum.

Azwin membelai kepala Qiqi dan mencium pipi Qiqi sebaik hampiri.

“ Kalau sedap kena cakap apa?"

“ Alhamdulillah"

“ Good girl anak mama. Kena cakap terima kasih pada onie juga ya..sebab onie tolong masak dan suapkan kakak makan." pesan Azwin.

“ Terima kasih onie." ucap Qiqi sambil menoleh ke arah Izzah. Izzah senyum dan mengangguk.

“ Sama-sama."

Nia Shaqila kemudian mengayuh basikalnya menuju ke hujung taman mini.

Azwin mencari kelibat anak lelakinya pula. Terlihat Iqie sedang menaiki kereta mainannya yang sedang di kawal Ian Hamza. Anak kecil itu juga sedang makan petang bersama Izzah tadi tetapi selepas makan terus saja Ian Hamza mengasuh Iqie. Gembira di bawa Ian Hamza berpusing dengan kereta jenis Mercedes Benz di taman mini riuh suara Iqie ketawa.

Azwin tersenyum bahagia melihat wajah ceria anak-anaknya petang itu.

“ Baru balik Win." tegur Dato' Husyn selesai meneguk kopi panas buatan Mak Mon.

“ Ya, pa.." beg sandang di letak ke tepi. Wajah Husyn di pandang.

“ Banyak kerja sangat ke hari ni?"

“ Tak ada sangat pun. Tapi tadi Win tolong Tengku Jefri sekejap. Dia minta auditkan akaun restoren dia yang baru beroperasi di Suria KLCC.”

“ Tengku Jefri anak Tengku Mariza ke?" soal Izzah pula. Pinggan spageti di letakkan ke tepi setelah habis isi pinggannya di suapkan kepada cucu berdua kemudian fokusnya ke wajah Azwin yang baru berlabuh ke kerusi rehat di hadapan.

Azwin angguk. Izzah tayang wajah cemberut. Tak semena wajah Husyn turut di jeling.

“ Dah tak ada orang lain ke dia nak minta tolong?" soal Izzah.

Azwin sedikit hairan apabila tiba-tiba ibu mertuanya berubah sikap.

“ Apa salahnya dia minta tolong dengan Win. Lagipun abang yang cadangkan dia gunakan perkhidmatan akauntasi dari menantu kita." ujar Dato' Husyn.

“ Tak habis-habis family diorang tu kan. Tak dapat abang, menantu kita pula, anak dia nak goda. Eloklah abang pun suka la kan si Jefri kaki perempuan tu berbaik dengan Win. Lepastu abang pun boleh berbaik juga dengan tunang tak jadi abang si Mariza tu!" sindir Izzah geram.

Dato' Husyn mengeluh. “ Ish awak ni..ke situ pula fikirnya.."

“ Abang tak sengaja terjumpa dengan Jefri di kelab golf kelmarin. Dia tanya abang kenal sesiapa ke yang boleh uruskan pengauditan akaun untuk company dia. Jadi abang cadangkan Azwin. Itu saja..tak baik kita berburuk sangka dengan orang Zah.." tambah Dato' Husyn.

“ Eloklah belum apa-apa abang dah sebelahkan anak tunang tak jadi abang tu!"

“ Bukan macam tu..Abang cakap benda yang betul. Lagipun perkara yang Zah cakap tu benda lama. Buat apa nak diungkit lagi?"

“ Memang perkara lama. Tapi luka lama tu tetap berparut. Dan parut tu takkan hilang sampai akhir hayat.."

Dato' Husyn geleng kepala. Lagi-lagi hal lama itu di ungkit Izzah. Tidak tahu lagi bagaimana mahu memujuk hati Izzah agar melupakan kisah lama tersebut dan redha dengan ketentuanNYA.

Bukan dia sukakan Tengku Mariza pun. Itu semua aturan keluarga yang mahu mengukuhkan empayar perniagaan mereka dan sebagai imbalan; mengahwinkan Tengku Mariza dengan Husyn. Neneknya, Sayidah dah nenek Mariza, Mahani yang beria mahu menyatukan mereka supaya empayar keluarga Hashim Al-Habshi dan Tengku Bendahara Johar dapat berkembang maju dalam bidang hartanah dan perkapalan.

Namun, bapanya Hasbullah menentang hubungan itu kerana tidak suka dengan cara bapa Mariza iaitu Afendi yang menguruskan syarikat dengan bersikap pilih bulu serta mengamalkan penyelewengan.

Di waktu yang sama, Husyn telah terpikat dengan kebijaksanaan dan kecantikan Raudatul Izzah yang merupakan anak kenalan ayahnya yang ketika itu sedang menuntut dalam pengajian undang-undang. Akhirnya kerana jodoh mereka bersatu juga walaupun neneknya hampir membuang namanya daripada senarai pewaris harta Hashim Al-Habshi kerana mengahwini anak orang kebanyakan. Namun kerana Hasbullah satu-satunya waris lelaki Hashim Al-Habshi dan Husyn Arshad juga waris lelaki tunggal makanya Sayidah terpaksa juga mewariskan harta-harta yang ada.

“ Win jaga-jaga sikit dengan Jefri tu..Mama dengar dia tu buaya! Dia duda pun sebab isterinya tak tahan dengan perangai kaki perempuan dia. Jangan sampai Win termasuk perangkap dia pula." Izzah pandang Azwin pula sambil menasihati menantunya supaya berhati-hati.

Azwin terkebil-kebil. Tidak tahu hendak percaya atau tidak dengan sikap Tengku Jefri yang hampir 3 tahun dia kenal itu. Walaupun hanya kenal seperti rakan-rakan kerja yang lain tapi baginya Tengku Jefri tidaklah bersikap berlebihan dengan perempuan. Azwin nampak Tengku Jefri tu sangat menghormati wanita.

Namun demi menghormati nasihat Izzah, Azwin senyum seraya mengangguk. Tanda menerima nasihat Izzah dengan hati yang terbuka.

“ InshaAllah mama."

“ Izzah..Izzah.." geleng Dato' Husyn.

AZWIN baru selesai solat Isyak ketika dia turun ke dapur untuk mengisi flask air Iqie dengan air panas sebelum masuk tidur nanti. Juga mahu menyiapkan pakaian sekolah Qiqi di bilik dobi sementelah Kak Suri sedang mengambil cuti kecemasan. Wanita itu terpaksa pulang ke kampungnya di Yan, Kedah kerana ibu saudaranya meninggal dunia. Jika tidak, urusan anak-anaknya di ambil alih oleh Kak Suri.

Walaupun anak-anaknya ada seorang lagi pengasuh iaitu Aimi. Tetapi tugas Aimi cuma mengasuh Iqie ketika dia bekerja saja. Aimi tidak tinggal di Villa Izzah. Dia hanya bekerja pagi dan akan pulang setelah jam enam petang.

Usai mengambil air panas dan menyiapkan pakaian Qiqi, Azwin naik ke bilik dan menyimpan flask semula. Iqie dan Qiqi sudah tertidur kerana keletihan beriadah petang tadi.

Azwin menapak semula keluar dari bilik menuju ke bilik kerja khas yang Husyn sediakan untuknya dan Iman Hazim dahulu.

Ketika melalui ruang rehat kedua, Azwin ditegur Ian Hamza. “ Kak Win.."

Berhenti menapak, Azwin pusing ke arah Ian Hamza yang sedang santai berehat di ruangan itu sambil menonton.

“ Ya kenapa..?"

“ Busy tak malam ni?"

“ Tak busy pun tapi ada lah kerja nak settle sikit. Kenapa?"

Ian Hamza beralih duduk dari memandang televisyen terus ke wajah Azwin yang berdiri tidak jauh darinya. Kusyen kecil dicapai dan dipeluk erat. Dia tersengih sambil mengapit kain pelikat dengan kaki kiri yang ditindih ke kaki kanan.

“ Nak tengok Bohemian Rhapsody tak malam ni? Baru masuk kat Netflix.."

“ Yang pasal kisah Freddie Mercury tu ke? Queen punya pianist kan!"

“ Yup!" remote TV di capai lalu membuka rangkaian Netflix dan menaip tajuk cerita tersebut. Tertera saja di kaca televisyen Ian Hamza tunjukkan ke arah Azwin.

“ Nak tengok?"

“ Hmmm..boleh jugak. Tapi sekejap lagi boleh tak? Kak Win setel kerja dulu."

“ No problem mi amor!" Ian Hamza kenyit mata sambil tangan membentuk tanda 'okay'.

Mi amor pulak! Ingat kekasih dia ke nak bersayang-sayang bagai?

Azwin tergelak dengan perangai ting tong Ian Hamza yang suka berjenaka seperti itu. Lelaki itu punya karakter berbeza apabila di rumah.

Dua bulan balik ke Malaysia dan menetap sebumbung dengannya di Villa Izzah, Azwin sudah masak dengan perangai adik iparnya yang kuat menyakat itu.

Tetapi lain pula karakter Ian Hamza ketika di syarikat. Lelaki itu lebih serius dan hanya bercakap bila perlu saja. Wajahnya sentiasa tegang dan ketat menunjukkan dia seorang yang tegas seperti Dato' Husyn sehinggakan si Aishah selalu merungut dan membebel dengan perangai Ian Hamza. Siap Aishah melabelkan Ian Hamza dengan nama ' CEO Muka Beku' lagi. Dan itu membuatkan Azwin sentiasa pening dengan Aishah kerana gadis itu selalu mengadu kepadanya.

SELESAI menyiapkan laporan audit untuk syarikat Bernas Jaya, Azwin menutup laptop. Tubuhnya diregangkan sedikit bagi menghilangkan rasa kelesuan dan sengal yang menumpuk di belakang badan.

Dahulu saat ada Iman Hazim, lelaki itu rajin mengurut belakangnya jika Azwin mengadu yang belakangnya menjadi sengal-sengal kerana terlalu lama duduk menghadap laptop.

Namun sekarang, semuanya tinggal kenangan. Jika sakit pun, Azwin abaikan saja. Paling teruk jika tidak tahan, dia akan menggunakan khidmat urutan orang gaji Jepun yang bernama OGAWA.

Saat belakang leher Azwin urut dengan tangan kanan dan tanpa sengaja di angkat wajahnya langsung membuatkan irisnya terpandang ke arah pintu bilik yang sengaja dia tidak tutup rapat. Nyaris dia melompat dan terjerit apabila ada susuk sedang memerhatikannya.

Azwin urut dada yang berdegup laju. “ Ya Allah anak!"

Susuk kecil Iqie yang sedang menggonggong botol susu sambil mengepit telinga panjang patung bunny biru di celah ketiak kiri menyapa iris matanya. Iqie berdiri tegak dengan tangan kanan menggosok matanya yang kuyu.

“ Papa...Iqie nanak papa!" rengek Iqie.

Azwin bangun dan menghampiri tubuh Iqie. Mendukung Iqie, tubuh kecil anak itu digosok lembut.

“ Kenapa bangun? Bukan tadi Iqie dah tidur ke?"

“ Akut...tidur papa." rengek Iqie lagi. Kepalanya dilentokkan ke bahu dengan kaki yang dihentak-hentak ke tubuh Azwin.

“ Jom mama bagi tidur semula."

“ Nanak..Nanak papa!" suara Iqie mula nyaring namun masih terkawal.

Tidak dapat berfikir dengan baik tentang kehendak Iqie yang tiba-tiba itu, Azwin berhajat keluar dari bilik membawa Iqie ke kamarnya semula untuk ditidurkan. Fikirnya mungkin Iqie sedang berkhayal tentang papanya membuatkan Azwin langsung menuju ke sana.

Melewati ruang menonton, hampir sekali lagi Azwin terkejut apabila Ian Hamza yang muncul di situ dengan wajah yang bertampal masker kuning.

“ Ish baby ni...suka buat Kak Win terkejutlah.." sebal nada Azwin.

“ Sorry..sorry..baby baru lepas buat cleansing tadi..eh mana datang pula si Iqie ni?" riak Ian Hamza bertukar hairan apabila melihat Azwin sedang mendukung Noah Shauqi.

“ Entah..tadi dia dah tidur. Tiba-tiba datang ke bilik kerja Kak Win nak cari papa.. mengigau kut.." ujar Azwin.

Ian Hamza tersengih sambil geleng kepala. Bontot lebar Iqie dia tepuk manja. “ Mengigau lah ni..main banyak sangat petang tadi. Mana tak tidur awal.." sambil jam dinding dikerlingnya. Baru pukul sembilan lima minit malam.

“ Itulah.."

Azwin baru berkira hendak melangkah ke bilik membawa Iqie untuk di tidurkan semula sebelum suara Iqie sekali lagi membantutkan susuk dua orang di situ.

“ Papa...nanak papa.." raung Iqie tiba-tiba walaupun matanya terpejam rapat.

Azwin menggosok belakang Iqie dan menenangkan anak itu namun raungan Iqie makin menjadi agresif.

“ Nanak papa.." jerit Iqie seperti kerasukan.

“ Mari sini baby tengokkan..tak payah bawa Iqie masuk bilik." Ian Hamza terus mengambil Iqie dari dukungan Azwin.

Sebaik bertukar tubuh Iqie mencelikkan matanya dan terus terdiam. Raungan kuat tadi tiba-tiba bertukar senyuman pula.

“ Papa.." kepalanya dilentokkan ke bahu Ian Hamza sambil kedua tangannya dilingkarkan ke leher si 'papa'.

Azwin tayang wajah geram. Noah Shauqi ni betul lah menguji kesabaran seorang mamanya malam ini!

“ Manja!" getus Ian Hamza sambil mencium pipi Iqie.

Happy Reading..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience