MALAM berlalu. Qiqi tidak banyak berbual dengan Azwin seperti selalu. Mungkin sebab merajuk kerana Azwin menegur tingkahnya semasa di Aquaria siang tadi.
Awal-awal tadi selepas makan terus Qiqi naik ke atas untuk belajar. Biasanya dia akan bermain sekejap dengan Iqie tetapi selepas mendapat teguran Azwin, rutin yang kebiasaannya berubah.
Iqie pula yang sibuk memanggil si kakak untuk mengajak bermain dari ruang depan menuju ke tangga tingkat atas. “ Tatak..oo tatak.."
Qiqi buat tak dengar. Langkah kaki terus di majukan menaiki anak tangga. Laju dan tergesa-gesa.
Melihat si kakak, Iqie juga mahu ikut mengejar.
“ Iqie no!" Jenuh Azwin mengejar dan mengawal Iqie dari bermain tangga untuk naik ke atas.
Tangan Iqie yang baru saja pulih merisaukan Azwin juga kalau anak itu sibuk naik turun tangga. Boleh jadi akan berlaku kecelakaan lagi jika tidak di kawal tingkah Iqie.
Rimas di kawal Iqie mula merengek.
“ Tatak..mama tatak.."
“ No! kakak buat homework. Tak boleh kacau." pujuk Azwin.
“ Tatakkkk.." rengek Iqie lagi sambil menggoncang kaki Azwin yang berdiri menghalang tangga.
Kak Suri yang mendengar rengekan Noah Shauqi datang menghampiri lalu mendukung anak kecil itu.
“ Jom main dengan acik Suri jom.."
Bergerak selangkah di hadapan Azwin, Kak Suri sempat berpesan kepada wanita itu.
“ Win pergilah pujuk Qiqi. Biar akak mengasuh dan tidurkan Iqie malam ni. Win pun nampak macam tak cukup rehat je."
“ Boleh ke kak? Tak susahkan akak ke?"
Suri jeling Azwin kemudian tersenyum nipis.
“ Kalau tak boleh akak tak offer untuk jagakan Iqie. Fikir susah, awal lagi akak cabut naik atas berehat."
“ Terima kasih kak!"
Suri angguk dan gosok bahu Azwin. Iqie dalam dukungan di bawa ke tingkat atas.
.
.
SEBELUM masuk tidur dan setelah memujuk Nia Shaqila Azwin sengaja singgah ke beranda rumah. Mahu mengambil angin dan menenangkan diri selepas berdepan dengan kerenah Qiqi yang mencabar kesabarannya siang tadi.
Walaupun Qiqi sudah meminta maaf kepadanya dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan yang menyebabkan anak itu bertindak kasar dengan rakannya, Azwin tetap rasa dia gagal menjadi ibu yang sempurna. Tetap berasa dirinya tak berguna sehingga anaknya boleh bersikap buruk seperti itu. Azwin mengeluh. Saat itu, rindu buat Iman Hazim begitu mendera jiwa.
Abang!
Kakinya melangkah ke arah pergola kayu di luar rumah. Sayup dia terdengar suara seseorang mengalunkan lagu dengan latar bunyi dari petikan gitar. Kaki melangkah lebih dekat sebelum berhenti sepuluh tapak dari belakang susuk di depan. Memerhati.
Senyum nipis menarik pinggir bibir Azwin ketika melihat ambien Ian Hamza yang sedang duduk menghadap kolam ikan dengan sebuah gitar dikepit ke tangan kanan. Kedua tangan dilipat ke siku dan tubuh mula menyendeng ke tiang porch. Telinganya di fokuskan.
Azwin ralit mendengar nyanyian yang di senandungkan oleh Ian Hamza. Di tambah dengan suasana sunyi dan pekat malam buatkan Azwin rasa lirik itu sangat tepat dengan jiwanya yang sedang bercelaru.
Lirik lagu yang berbaur pujukan itu buatkan Azwin lebih statik berdiri mahu menjiwainya sepenuh hati.
Versi pertama, lunak suara Ian Hamza beralun mendendangkan rangkap dari bait lagu penyanyi rap serta penulis lirik dari Amerika Syarikat itu.
Yeah,
I know sometimes things may not always make sense to you right now
But hey, what daddy always tell you?
Straighten up little soldier
Stiffen up that upper lip
What you crying about?
You got me
Hailie, I know you miss your mom, and I know you miss your dad
When I'm gone, but I'm trying to give you the life that I never had
I can see you're sad, even when you smile, even when you laugh
I can see it in your eyes, deep inside you want to cry
'Cause you're scared, I ain't there, daddy's with you in your prayers
No more crying, wipe them tears, daddy's here, no more nightmares
We gon' pull together through it, we gon' do it
Sejenak Azwin rasa dirinya terpujuk saat sedang bersedih. Azwin telan senyum. Terkenang ayah dan mak yang sudah lama pergi. Rindu..saat ayah selalu memujuk dengan kata-kata semangat. Rindu..saat mak selalu memujuk dengan kata-kata nasihat.
Laney uncle's crazy, ain't he? Yeah, but he loves you girl and you better know it
We're all we got in this world, when it spins, when it swirls
When it whirls, when it twirls, two little beautiful girls
Lookin' puzzled, in a daze, I know it's confusing you
Daddy's always on the move, mamma's always on the news
I try to keep you sheltered from it, but somehow it seems
The harder that I try to do that, the more it backfires on me
All the things growing up, his daddy, daddy had to see
Daddy don't want you to see, but you see just as much as he did
We did not plan it to be this way, your mother and me
But things have gotten so bad between us, I don't see us ever being together
Ever again like we used to be when we was teenagers
But then of course everything always happens for a reason
I guess it was never meant to be
But it's just something we have no control, over and that's what destiny is
But no more worries, rest your head and go to sleep
Maybe one day we'll wake up, and this will all just be a dream
Now hush little baby, don't you cry
Everything's gonna be alright
Stiffen that upper-lip up, little lady, I told ya
Daddy's here to hold ya through the night.
Tanpa sedar air mata mengalir lesu. Membawa rasa sedih dan rindu yang silih berganti. Lelah di jiwa dan berat di benak menanggung beban hidup tanpa insan-insan tersayang.
Ian Hamza terasa ada seseorang sedang memerhatinya dari belakang. Dia masih meneruskan petikan gitar sambil menegur gerangan yang dia kira sejak sepuluh minit tadi sudah berdiri di situ walaupun dia tidak nampak dengan irisnya. Ian Hamza menoleh ke samping menunjukkan perhatiannya.
Air mata di pipi cepat diseka dengan tangan kanan. Tubuh ditegakkan sebelum terdengar suara Ian Hamza meneruskan nyanyiannya.
“ Mama, come over and join me with a little sing a song for your love.."
Ian Hamza tukar lirik dari bait lagu Mocking bird itu kepada liriknya sendiri tetapi masih mengekalkan rentak rap yang sama.
.
Azwin terpanar seketika sebelum mengoyak senyum nipis. Melangkah, susuk Ian Hamza dia hampiri.
“ Have a sit!"
Nyanyiannya terhenti setelah mempelawa Azwin. Ian Hamza anjak sedikit letak duduknya untuk memberi Azwin ruang.
“ Thanks!"
“ When you change your profession?"
Ian Hamza tersenyum sehingga menampakkan lesung pipit di pipi kanannya. Mengerling sebentar ke sebelah Azwin sebelum pandangan di bawa ke dada langit yang di taburi bintang. Lurus seakan tembus ke galaksi malam. Gitar di tangan di sandarkan ke tiang pergola.
“ Time changes people a lot. Either for a good or bad. It's called choice. And I choose to be guitar player. Serenity."
Azwin angguk tidak menanggapi. Sekadar mendengar luahan orang di sebelah.
“ A good poetry too!" timpal Azwin dengan senyuman manis.
“ Kenapa meriah sangat pujian malam ni? Selalu aci emo je?" seketika Ian Hamza ubah pandangan. Dari dada langit ke wajah Azwin yang sedikit lesu. Ian Hamza perasan ada yang tak beres pada wanita berwajah ayu di sebelahnya itu.
“ Puji pun salah ke?"
“ Tak salah. Tapi awkward. Kak Win yang I kenal bukan macam Kak Win yang tengah duduk tepi I sekarang!"
“ Ada beza ke?"
“ A lot!"
“ Taklah.."
“ Your face can't denied even your lips tell the sweetest words."
Azwin geleng kepala sambil ketawa kecil.
“ Sejak bila pandai jadi nujum pak belalang ni?"
“ Sejak jadi papa anak dua." serius Ian Hamza membalas.
“ Apa yang lainnya?"
“ Truth or dare?"
“ Truth."
“ Yang sekarang dah pandai jadi tukang dengar puisi dan layan ayan tengah malam."
Azwin tergelak lucu. Iris di bawa ke tengah dada langit semula seperti Ian Hamza. Melihat salah satu keindahan ciptaan Yang Maha Besar. Yang buat hati dan akal ikut bersyukur dengan pemberian nikmat dari Tuhan.
“ Time changes people a lot right!" gumam Azwin.
“ Wanna spill?" pelawa Ian Hamza.
Azwin tarik nafas dalam sebelum senyum dengan iris masih menala ke tengah pekat malam.
Manakala Ian Hamza sudah bersedia dengan gitar kembali dikelek ke celah tangan kiri dan tangan kanan mula memetik ‘string' membentuk 'chord' ‘ I'm- here-to-be-with-you.’
“ I'm here to be with you. Forever."
.
.
AZWIN mengeluh. Kepala di bawa pandang jambangan-jambangan bunga yang penuh di sudut bilik kerjanya. Berbagai jenis dan warna. Tak cukup itu, bakul berisi coklat juga sama banyak dengan jambangan bunga. Mengambil alih separuh dari kawasan membacanya di sudut bilik.
Sampai hari ini dia masih tertanya siapakah gerangan yang berani menghantarkan bunga-bunga itu kepadanya. Dia buntu memikirkan. Puas di soal kepada Aishah. Namun jawapan Aishah bikin dia sakit jiwa.
“ Your secret admirer!"
Ketukan di pintu mematikan lamunan Azwin.
“ Kak Win can we go now?" suara Ian Hamza berkumandang seraya kepalanya ikut terjengul di bukaan pintu.
“ Okay!" balas Azwin.
Ian Hamza menanti sementara Azwin mengemaskan mejanya. Selesai Azwin mula bergerak ke arah Ian Hamza. Seketika melewati sudut bacaan, Azwin patah semula ke sofa tiga. Lima bakul coklat yang ada, dia jinjit ke kiri kanan tangan.
Ian Hamza tercengang. Spontan dia bertanya.
“ Banyaknya. Ambil mana?"
Azwin angkat bahu.
“ From receptionist to Aishah desk and lastly here..Baby nak ke? Kalau nak ambillah. Kak Win tak makan coklat-coklat ni..Kat hujung tu ada lagi lima. Bunga-bunga tu pun kalau nak ambil je. Buat bagi dekat kekasih ke apa ke. Rimas dah menyemak kat sini. " wajah tak berperasaan Azwin tayang sambil telunjuk mengarah ke sudut bilik.
Membesar iris Ian Hamza. Tercengang lihat beberapa bakul coklat serta lebih dari sepuluh jambangan besar bunga mawar hidup yang ada di situ.
“ Diam-diam Kak Win ye. Ada crush rupanya!" Ian Hamza menggiat.
“ Tak ada maknanya. Dah jom tolong Kak Win bawak coklat ni. Nanti kita bagi dekat client yang kita nak jumpa tu." arah Azwin. Tangan menyerahkan empat bakul coklat kepada Ian Hamza. Manakala lebihannya di jinjit sendiri.
Lega melihat ruang bilik yang tadinya sesak dah berkurang sedikit. Keluar dari bilik, kelam kabut Azwin kunci pintu. Tak sanggup dah nak biar Aishah hantar benda alah tu ke dalam bilik. Bila dah penuh otak Azwin juga dah sama penuh kuota nak memikir gerangan orang yang bagi dia bunga dan coklat itu. Hujung-hujung dia yang pening kepala.
Ian Hamza menyambut bakul coklat dengan rela hati. Irisnya meliar ke arah empat bakul coklat di tangan yang terdiri dari pelbagai jenis dan jenama itu. Mana tahu kalau-kalau terjumpa petunjuk si pengirim. Namun harapannya sirna. Yang ada cuma persoalan yang tak terjawab tentang misteri si pengirim.
Selesai bertemu pelanggan bagi membincangkan projek hartanah di peringkat akhir, Ian Hamza dan Azwin serta Dato' Husyn sempat beramah mesra dengan tetamu mereka dari syarikat Kijang Petra Sdn.Bhd di sebuah coffee house.
Dato' Nasir dan pembantunya Dahlia sangat berpuas hati dengan sebut harga dan tawaran yang ditawarkan oleh syarikat mereka membuatkan Dato' Husyn sejak tadi tersenyum lebar.
Ian Hamza pula sudah panas punggung kerana rimas diperhatikan oleh pembantu Dato' Nasir itu membuatkan dia mencari akal untuk tidak terus berada di situ kerana mahu mengelak pandangan sesuatu yang dimiliki Dahlia.
Demi menjaga air muka papanya Ian Hamza memberi dalih mahu ke tandas.
Hampir sepuluh minit di sana, Ian Hamza kembali semula ke meja perbincangan namun saat dia melewati sebuah meja yang agak tersorok, irisnya menangkap susuk yang dikenali.
Bicara dan pandangan menggoda susuk bertubuh tegap itu begitu menjijikkan pandangan Ian Hamza apatahlagi irisnya juga sempat menangkap tangan kekar lelaki itu yang sedang tidak duduk diam di celahan sepasang kaki mulus pasangannya.
Tekak dan perutnya terus rasa meloya melihat adegan panas pasangan itu. Bertambah tahap menyampah Ian Hamza pada susuk yang ada di depannya.
Saat kaki hendak melangkah pergi, jantungnya nyaris melompat kerana suara Azwin menegurnya dari sisi. Ian Hamza urut dada.
“ Kak Win ni nasib I tak ada sakit jantung. Kalau tak mati awal lah nampak gayanya."
Azwin terkekeh. “ Tengok apa?"
“ Ada freeshow!"
“ Mana?" Mata Azwin meliar mencari.
“ Tak ada siapa lah. Jom."
Azwin dan Ian Hamza bergerak meninggalkan kawasan itu selepas Ian Hamza mendapat panggilan telefon dari Dato' Husyn.
.
.
Maaf atas kelewatan. Happy Reading. Enjoy ur day. Love to the moon n never been back.
Share this novel