Iris Ian Hamza meliar melihat ‘directory maps' Tun Razak Exchange mall yang terpampang di pintu masuk paras dua itu. Hampir sepuluh minit dia meneliti peta panduan membuatkan Azwin kebosanan menanti. Entah apa yang dia mahu cari di tengah-tengah waktu bekerja begini di situ.
“ Baby tengah hafal peta ke apa ni?" soal Azwin seraya menjenguk ke sebelah Ian Hamza. Ikut meneliti peta panduan di depan.
“ Mall kat sini complicated sikit. Takut sesat. Sebab tu kena study directory dia. Kalau kat London tu dah familiar."
Azwin geleng kepala seraya mengeluh. “ Kalau sesat pun bukan tak ada orang nak di tanya..hmm.."
“ Berhati-hati kan lebih baik.." gumam Ian Hamza masih fokus. “ Okay, dah jom..”
Dia mempersilakan Azwin agar berjalan ke depan terlebih dahulu. “ Ladies first.." tuturnya sopan.
Ian Hamza bergerak ke pintu masuk yang terletak di paras dua bersama Azwin ikut melangkah di hadapan Ian Hamza menuju ke eskalator.
“ Nak cari apa? TRX ni besar."
“ Nak jogging.” seloroh Ian Hamza.
“ Jangan nak buat hal. Tak pernah di buat orang berjogging dalam bangunan. Orang bekerja kita sibuk tawaf mall." Azwin beriak serius seraya tangga elektronik itu mereka daki sehingga ke paras dua. Setibanya ke situ, meliar mata Azwin melihat ruangan yang menempatkan banyak kedai jualan serta restoren yang terdiri daripada jenama-jenama besar.
“ Okay la tu, orang tak buat kita buat.." sengih Ian Hamza masih dengan aura menyakat. “ Lagipun tak ada orang sangat..tak la sesak. Rimas kalau sesak-sesak nanti..” ujarnya.
“ Buat main jela dia ni.." Sekali lagi Azwin geleng kepala dengan keluhan lolos dari bibir. Kaki mereka melangkah tanpa arah tuju di sekitar paras dua itu. “ Penting sangat ke sampai dah tak boleh tunggu hari cuti nak datang? Baby nak beli barang apa?"
“ Bukan nak beli barang..."
“ Habis tu nak beli apa?" sambil berjalan beriringan Azwin bersoal lagi.
“ Nak ajak Kak Win dating..." sengih Ian Hamza dengan suara yang sengaja dia leretkan.
“ Buat main betul la dia ni!” getus Azwin tidak puas hati. Ada jugak yang nak kena luku kepala ni.
“ Betul la.." Ian Hamza papar wajah serius. “ I tengah ajak Kak Win dating la ni..kan kita tengah jalan berdua ni.."
“ Jangan macam-macam baby..Kak Win balik sekarang jugak!" getus Azwin dengan jelingan. Muncungnya bertambah sedepa.
Ian Hamza tergelak. Terhibur dengan reaksi Azwin yang kurang percaya itu.
“ Eh janganlah.."
Setelah berjalan tanpa arah tujuan Ian Hamza mengambil keputusan melencongkan kakinya ke arah ‘dining presint' diikuti Azwin. Memilih sebuah restaurant western untuk mengisi perut mereka terlebih dahulu.
Sinonim bagi seorang wanita jika di dalam keadaan marah itu menandakan yang mereka sedang kelaparan. Itu antara analogi yang sempat dia belajar ketika berteman dengan Victoria dulu. Dan sehingga sekarang pun, Victoria itu kalau sedang marah atau sakit hati pasti diajak Ian Hamza untuk memenuhi isi perutnya. Kata Victoria, kalau perut lapar atau kepenatan dengan otak sekali tak boleh berfikir. Makanya dia mahu mengajak Azwin mengisi perut terlebih dahulu sebelum dia mengutarakan hajat sebenar.
Melangkah ke restoran western Shik Shack Ian Hamza memilih meja yang sedikit terlindung supaya mereka dapat makan dengan tenang.
Pelayan datang membawa menu setelah mereka duduk. Selesai membuat pesanan, Ian Hamza dan Azwin masing-masing membisu.
Jelas, Azwin berasa sedikit terganggu dengan term 'dating’ yang di ucapkan Ian Hamza tadi. Ponteng kerja, keluar berdua dan sekarang sedang menanti pesanan makanan mereka. Lagak mereka jelas seperti pasangan yang sedang berpacaran. Entah apa kena dengan otak si Ian Hamza sekarang ini. Terhantuk di mana-mana ke tadi? Aci cakap merapu tak sudah.
“ Baby.."
“ Kak Win.."
Sejenak Azwin dan Ian Hamza turut sama-sama menyeru nama masing-masing menyebabkan Ian Hamza tergelak dan Azwin pula mengeluh. Sempat mata mereka bertentangan sesama sendiri.
“ Ladies first.." Ian Hamza mempersilakan Azwin untuk menyatakan terlebih dahulu.
“ Lepas makan hantar Kak Win ke ofis ya. Ada kerja yang belum selesai..."
Ian Hamza menggeleng kepala seraya tersenyum nipis sambil menatap wajah Azwin yang kelihatan serius.
“ Asyik kerja je Kak Win ni. Tak bosan ke?"
“ Kalau tak kerja barulah bosan. Yang baby ni tak nak masuk ofis kenapa? Malas?"
Ian Hamza bersandar tubuh ke kerusi. Kedua tangan di silang ke dada dengan mata masih ralit memandang Azwin.
“ Baby kan ada hal tadi. Lagipun hari ni rasa malas pulak nak masuk ofis. Kerja tak banyak sangat.."
“ Hello tuan CEO, tahulah company tu tuan yang punya. Kalau malas pun jangan libatkan saua. Tuan tu boss. Saya ni kuli. Kuli banyak kerja nak di buat. Kalau tak siap kerja nanti boss potong gaji saya.. Macam manalah saya nak cari makan? Tuan CEO tahu tak saya ni ibu tunggal. Ada anak-anak yang nak di beri nafkah.."
Ian Hamza tergelak melihat mimik Azwin yang kegeraman itu.
“ Jangan risau boss ni tak akan suka-suka potong gaji kuli dia. Nak-nak pula kuli tu kuli kesayangan. Boss sayang kuli yang rajin bekerja ni. Hujung tahun nanti boss up bonus dan gaji sekali..." balas Ian Hamza dengan sengihan.
Giliran Azwin pula menggeleng. Bercakap dengan Ian Hamza buat Azwin sakit kepala saja.
Beberapa minit berlalu, datang seorang pelayan ke meja mereka untuk menghantar pesanan yang di buat sebelumnya.
Setelah pelayan beredar mereka mula menikmati makanan dengan tenang tanpa sebarang obrolan. Hanya bunyi sudu dan garfu yang menjadi latar suasana.
Ian Hamza begitu asyik menikmati fish and chip di pinggan sehingga tak sedar yang Azwin masih terkial-kial untuk memotong steak daging pilihannya.
Di dalam hati Azwin sudah membebel sendiri. Rasa menyesalnya bergantang kerana tersalah memilih menu. Di sebabkan sudah lama Azwin tidak makan hidangan steak yang menjadi kegemaran dia menjadi lupa ketika melihat menu yang tertera di buku menu tadi langsung membuatkan dia memilih steak daging sebagai santapannya.
Dulu semasa arwah ada, Iman Hazim yang akan membantu memotong daging itu untuknya. Dia cuma menikmatinya saja. Lama Azwin termenung memandang steak daging di pinggan. Berkira-kira mahu makan atau tidak. Kalau tak makan dia jadi teringin. Kecur liur melihat steak yang masih berasap nipis dan bau sos ladanya. Kalau nak makan susah pula nak memotong dagingnya. Azwin mengeluh. Mahu minta pertolongan orang di depan dia berasa segan pula. Sudahnya Azwin jadi sebal sendiri.
Mencapai gelas berisi lemon lalu di bawa ke mulut. Air minuman itu di sedut sehingga tinggal separuh dan diletakkan kembali ke meja dengan sedikit kuat. Kesan seretan menyebabkan Ian Hamza angkat muka.
Melihat pinggan Azwin yang masih tak luak dengan hidangannya Ian Hamza menyoal.
“ Kenapa tak makan?"
“ Err..nak makan lah ni.." capai garfu dan pisau pemotong, Azwin cuba kembali memotong daging yang di perasa dengan lada hitam itu. Seperti tadi, Azwin masih bermasalah untuk memotong isi daging tersebut. Terkial-kial tangannya.
“ Kenapa tak suruh baby tolong potongkan. Kak Win ni..!!" bebel Ian Hamza apabila melihat gelagat Azwin itu. Meletakkan pisau dan garfu ke pinggannya, Ian Hamza bangun dari duduk. Menuju ke sebelah kerusi Azwin dan duduk. Capai garfu dan pisau, kemudian steak itu Ian Hamza potong nipis-nipis.
“ Nah, dah boleh makan..!"
“ Terima kasih." ujar Azwin lega apabila melihat potongan kecil steak daging di dalam pinggan. Kecur liurnya mahu menikmati isi daging tersebut tapi terbantut kerana Ian Hamza masih tak bergerak ke tempatnya semula.
“ Makanlah.." suruh Ian Hamza.
“ Nak makan lah ni..baby tu, pergi la duduk balik tempat sana. Tunggu sini buat apa?" soal Azwin. Tak jadi dia nak makan kalau dah Ian Hamza sibuk menyempit di sebelahnya. Azmin jadi kekok.
Ian Hamza buat tak dengar ucapan Azwin malah dengan sengaja menarik pinggan fish n chips kepunyaannya sambil menyelesakan tempatnya di sebelah Azwin.
“ Sama-sama makan. Bismillah.."
Azwin mengeluh. Melihat Ian Hamza yang meneruskan acara makannya setelah membaca doa dan langsung menghiraukan Azwin buatkan Azwin juga meneruskan acara makannya.
“ Kak Win tak pandai potong steak, kenapa order menu yang tu?" soal Ian Hamza selepas selesai makan. Napkin yang tersedia atas meja dicapai lalu mengelap bibirnya.
Azwin tersengih. “ Dah lama tak makan, jadi teringin pula.."
“ Your favourite ke?"
“ Bukan la favourite pun..cuma rasa teringin nak makan je.” balas Azwin sesudah menghabiskan makanannya.
“ Dah lama ke tak makan steak?"
“ Hmm..since abang Iman passed away."
Ian Hamza mengangguk.
“ Abang Iman mesti jadi tukang potong steak untuk Kak Win kan.." telah Ian Hamza.
Azwin sekadar mengangguk. Tidak mampu untuk bersuara. Risau bersuara, merambu pula air matanya. Riak Azwin yang sebal sebelumya mula bertukar sugul. Sudah tentu berkaitan Iman Hazim.
“ Lepas ni kalau nak makan steak bagitahu je. Nanti baby jadi tukang potong tak bergaji untuk Kak Win. Bolehlah makan sampai gemuk." sakat Ian Hamza.
Pap!
Kertas menu yang berada di atas meja, Azwin capai lalu di bidasnya lengan Ian Hamza di sebelah membuatkan Ian Hamza mengaduh. Azwin yang nampak ayu jangan di sangka tidak kasar. Kadangkala boleh bertukar jadi seorang yang ganas juga.
“ Sakit la Kak Win.." Ian Hamza menggosok lengannya yang perih.
“ Padan muka..Gemuk-gemuk jangan sebut eh.." hambur Azwin. Tidak suka di kaitkan dengan sifat fizikal itu. Dia dari dahulu memang seorang yang menjaga badan. Sehinggalah dia berkahwin dan mempunyai anak. Segala diet dan senaman dia lakukan untuk kekalkan tubuh langsing. Bukan semata ingin mahu nampak cantik tapi lebih kepada bertenaga dan jauh dari penyakit berbahaya. Itu logik Azwin tentang kesihatan luar dalam tubuh badannya.
“ Kenapa ek perempuan takut gemuk?" soal Ian Hamza ingin tahu. Boleh tahan juga penangan kakak iparnya tu.
“ Bukan takut tapi tak nak lah jadi gemuk. Orang gemuk ni selalunya banyak penyakit..banyak aktiviti tak boleh buat. Cantik tu subjektif je.. ada je perempuan yang kurang lawa tapi kurus dan langsing."
“ Tapikan..typical perempuan memang takut gemuk. Alasan takut tak cantiklah, tak lawalah..suami cari lain lah.." ajuk Ian Hamza.
Azwin mengecilkan mata menjeling Ian Hamza di samping. Kejap lagi ada yang nak kena luku dengan botol sos pula.
“ Habis tu, baby suka ke perempuan gemuk-gemuk?"
“ Dah kalau jodoh, takkan nak tolak. Untung apa dapat wife gemuk. Syok je peluk dia. Lagipun tak ada orang nak kacau.."
Buntang mata Azwin mendengar jawapan Ian Hamza. “ Cut it out Ian Hamza. Pelik-pelik je jawapan awak."
Ian Hamza ketawa lepas. “ Sebenarnya gemuk ni subjektif je..Kalau di kawal Insha Allah tak gemuk. Lagipun setakat suka makan daging tak boleh pun buat perempuan atau lelaki gemuk. Yang buatkan kita gemuk ni sebab corak pemakanan yang tak seimbang dan waktu makan yang tak di kawal. Kalau ikut peraturan diet InshaAllah taklah gemuk. Gemuk ni di sebabkan lemak tepu yang terkumpul hasil daripada corak pemakanan yang tak seimbang. Bukan sebab makan daging atau ayam atau telur atau makanan yang lain. Cuma bila di ambil dalam kuantiti yang berlebihan saja akan menyebabkan lemak tepu boleh terkumpul." ulas Ian Hamza panjang lebar. Kali ini jawapannya buatkan Azwin kagum.
Beberapa lama berbual, Azwin dan Ian Hamza meninggalkan restoran tersebut selepas Ian Hamza membuat bayaran.
Keluar dari situ, kaki mereka melangkah santai di deretan ruangan butik-butik ternama tanpa berniat untuk memasukinya.
“ Biy..kalau tak ada hal lagi dekat sini jomlah balik. Hantarkan Kak Win ke ofis sekejap boleh?" pinta Azwin. Masih lagi berharap Ian Hamza dapat menghantarnya ke pejabat.
“ No ofis today sayangku Rea Azwin. Kan tadi baby cakap nak bawa Kak Win dating..alang-alang tu kita shopping terus. Jangan mengada nak ajak balik ofis. Sekali lagi sebut pasal ofis, baby pecat Kak Win. Lepastu duduk je rumah jaga anak-anak."
“ Dating lah.. shopping lah..ingat pasangan kekasih ke..Dari tadi berjalan aje tak masuk kedai pun...nak shopping apanya?" soal Azwin tak puas hati. Sudah lah dia rimas pakai sut pejabat dengan heels dua inci tersarung di badan. Kalau tahu Ian Hamza nak culik dia bawa ke mall, awal-awal pagi lagi dia cabut pergi kerja naik kereta sendiri.
“ Kak Win ni dengan baju pejabat..dengan heels awak heret datang mall.." bebel Azwin lagi.
Ian Hamza pandang Azwin atas bawah. Baru dia perasan Azwin bersut pejabat serta bertumit tinggi.
Kesian dengan Azwin akhirnya Ian Hamza lencongkan kaki masuk ke butik kasut memandangkan kebetulan mereka sedang melewati kedai tersebut.
“ Okay..I'm sorry. Now Kak Win pilih je kasut mana-mana. On me. Janji ikut baby dating." suruh Ian Hamza.
“ Kenapa Kak Win jadi mangsa awak kena ikut dating ni? Pergi la ajak girlfriend awak dating.."
“ Girlfriend tertinggal di London. Jadi tak ada girlfriend kat Malaysia..so Kak Win lah jadi mangsa.."
Happy Reading..Salam hujung minggu..
Share this novel