bab 11

Drama Series 6054

PULANG dari London, Qiqi dijangkiti demam panas. Hari ini, sudah masuk hari ke empat anak sulung Azwin itu demam. Sudah di bawa ke klinik dua hari lepas, tetapi demamnya masih tak kebah walaupun ubat sudah habis di beri makan. Tubuh Qiqi kembali lemah dan tak bermaya selepas enam jam ubat di beri. Tidak pernah Qiqi mengalami demam panas sebelum ini. Lebih membimbangkan apabila demamnya memuncak sewaktu malam. Dan itu membuatkan Azwin semakin risau.

Ketika Azwin selesai makan malam, Kak Suri yang di tugaskan memantau keadaan Qiqi sebelumnya turun kelam kabut memanggil Azwin.

“ Win.. Kak Suri tengok Qiqi tu lain macam je... Kita bawa dia pergi hospital sekarang lah. Risau kena sawan nanti. Panas sangat badan dia.."

Air yang baru diteguk terasa payah hendak di telan. Azwin panik sehingga terlepas gelas kaca di tangan yang hendak di letakkan ke atas meja makan.

“ Allah..." menggeletar tangan Azwin mendengar sangkaan Suri. Suri pula sudah terkesip melihat insiden kecil tersebut.

“ Ya Allah Win, hati-hati.." tegur Mak Mon, pembantu dapur Izzah.

Azwin tunduk hendak mengutip gelas kaca yang sudah pecah tetapi dilarang Mak Mon.

“ Sudah Win, pergilah bersiap. Biar Mak Mon yang bersihkan. Suri.. ajak Khairul temankan kamu berdua ke hospital." larang Mak Mon kepada Azwin seraya berpesan kepada Suri pula.

Terketar-ketar tangan Azwin melepaskan serpihan kaca. Bangun, dia dipimpin Suri naik ke atas setelah mendengar cadangan Mak Mon.

“ Mak Mon tengokkan rumah ya. Nanti beritahu pada dato' dan datin saya dan Azwin bawa Qiqi ke hospital." Suri sempat berpesan kepada Mak Mon sebaik mahu masuk ke kereta. Risau pula kalau majikannya pulang dari makan malam nanti dan mencari keberadaan mereka.

“ Yelah..cepat pergi. Apa-apa telefon beritahu.." ujar Mak Mon.

Suri angguk dan bergerak meninggalkan rumah bersama Khairul yang memandu kereta menuju ke hospital berdekatan.

AZWIN tersengguk di birai katil Qiqi kerana terlalu mengantuk dan letih. Sudah dua malam dia tak cukup tidur dan rehat kerana menjaga Qiqi yang di masukkan ke wad akibat demam panas.

Entah berapa lama dia berada dalam keadaan begitu pun langsung dia tidak sedar. Tahu-tahu saja, dia terdengar namanya dipanggil jururawat yang tiba bersama seorang doktor perempuan untuk menjalankan pemeriksaan terhadap Qiqi.

Matanya di buka. Wajah jururawat yang bernama Anita itu, tersenyum memandangnya.

“ Puan..maaf ya, doktor akan buat pemeriksaan. ke atas anak puan." beritahu jururawat Anita ramah.

“ Ya, baik." Azwin tarik senyum nipis memberikan ruang sementara dia berhajat mahu ke tandas untuk membersihkan diri dan bersolat.

Usai, mandi dan bersolat kelihatan Dato' Husyn dan Izzah tiba ke situ dan sedang berbual mesra dengan Qiqi. Sudah menjadi rutin kedua orang tua itu datang menemani Azwin dan Qiqi di sebelah petang. Doktor dan jururawat pula sudah tidak kelihatan. Mungkin sudah selesai sesi pemeriksaan mereka terhadap Qiqi.

Azwin menapak menghampiri mertuanya.
“ Mama, papa awalnya sampai.." jam dinding bilik Qiqi dipandang. Sepuluh minit pukul lima petang.

Izzah menoleh dan senyum. “ Saja datang awal tengok Qiqi. Sekejap lagi papa nak ke airport ambil Yan."

“ Baby nak balik?"

“ Ya.." balas Dato' Husyn ceria. “ Dah lah, papa pergi dulu. Karang lambat pula sampai. KL ni bukan boleh. Setiap ceruk jalan dan lorong sesak." Lelaki lebih separuh abad itu bangun langsung menuju pintu.

Izzah dan Azwin mengangguk. Hilang saja Dato' Husyn dari pandangan Azwin bertanya semula.

“ Kenapa tiba-tiba baby nak balik?"

Tak ada ribut tak ada taufan tiba-tiba nak balik. Seingatnya Ian Hamza masih ada lagi kuliah yang berbaki sehingga hujung bulan itu.

“ Mama suruh balik. Kesian kan Qiqi ni..asyik meracau je dua tiga malam lepas sebutkan Yan.." ubun-ubun Qiqi di usap penuh kasih. Wajah Qiqi yang sudah lena dan masih pucat di renung dalam. Kesian cucu dia. Izzah mengeluh.

Azwin kerut dahi. “ Bukan dia ada kuliah lagi? Susahkan dia pula. Jauh London tu nak balik sini. Qiqi ni tak ada apa pun. Demam sikit je."

“ Kuliah dia dah habis lagipun dah lama dia tak balik sini. Alang-alang Qiqi tak sihat mama panggil la dia balik. Mama bukan apa.. mama kesiankan Qiqi. Asyik sebut papa Yan dia je. Rindu agaknya..." ulas Izzah.

Azwin mengeluh. Mama mama..sayangkan cucu berlebihan.

“ Win ni..asyik panggil dia baby je..dah besar gajah pun asyik panggil macam tu. Tak sesuai dah.." gelak Izzah.

“ Dah biasa ma. Dari arwah ada lagi memang dia panggil macam tu. Win ikut je..." balas Azwin. Tempat di sebelah Izzah dia duduki. Muk berisi kopi panas dihulurkan kepada Izzah. Baru saja dia bancuh untuk minum petang.

“ Minum ma.."

“ Terima kasih. “ Izzah sambut dan mencicipi sedikit. Sedap. Kopi hitam memang kegemaran Izzah. Pandai Azwin ambil hatinya. Dari dulu, kelembutan Azwin menyejukkan hati Izzah selain wajah yang ayu dan sedap di pandang.

“ Bila Qiqi boleh balik Win? Ada doktor beritahu?"

“ Esok result darah Qiqi keluar. Kalau okay doktor akan discharge."

Izzah angguk. Maknanya Azwin terpaksa bermalam lagi di hospital menemani Qiqi. Kesian Iqie di rumah. Anak itu juga perlukan perhatian Azwin.

“ Win..kalau mama cakap ni, Win jangan lah terasa. Mama tak ada niat apa-apa. Mama cuma nak yang terbaik untuk Win dan cucu-cucu mama...Mama dan papa sayang sangat dengan Win dan anak-anak."

“ Apa dia ma?" Azwin senyum beri fokus. Muk kopi di tangan di letak ke sebelah meja. Wajah Izzah dia pandang, menanti sambungan bicara Izzah.

“ Win..mama bukan nak masuk campur hal Win tapi mama rasa Qiqi dan Iqie perlukan seorang papa. Jadi ibu tunggal dengan anak-anak yang masih kecil macam ni sukar Win. Anak-anak ni menuntut seratus peratus perhatian ibu bapa. Dalam keadaan Qiqi macam ni, Win kena ingat Iqie pun perlukan Win. Dah berapa hari mood Iqie tak baik sebab tak dapat jumpa Win. Kesian dia. Sekurangnya kalau ada papa, beban Win sebagai ibu dan bapa berkurang. Mama rasa, Win kena cari pengganti arwah Iman." luah Izzah.

Azwin tersentak. Wajah lembut Izzah yang penuh dengan kasih sayang yang tak pernah berkurang terhadap dia sebagai seorang menantu melebihi kasih ibu terhadap seorang anak dia tatap. Sedikit terkesan dengan perhatian itu.

Azwin tersenyum. Jemari Izzah dia capai dan pegang erat. “ Siapa je yang nakkan Win ni ma..dah berumur, dah beranak dua, anak yatim piatu pula..hidup pun menumpang mertua.."

Izzah tarik tangannya dari sentuhan Azwin. Tubuhnya merapat dengan Azwin seraya meraih tubuh itu ke dalam pelukan. Tersentuh hatinya dengan bicara si anak.

“ Kalau ada yang nak Win setuju ke?"

Azwin tergelak. Mama tengah buat lawak ke?

“ Win tak pernah terfikir nak cari pengganti arwah Iman. Win selesa hidup sendiri ma."

“ Betul Win selesa. Tapi anak-anak tetap perlukan seorang bapa. Tengoklah Qiqi tu, sampai terganggu emosi dia tak nak ke sekolah. Dah sebulan lebih, dia kerap tak pergi sekolah gara-gara kawan mengejek. Win tak kesian kan Qiqi?"

Azwin tarik keluh. Benar kata mama, tapi pilihan apa yang dia ada. Nak berkahwin lain semata mencari sosok seorang bapa ganti untuk anak-anak bukan mudah. Boleh ke mereka terima anak-anaknya yang masih kecil.

“ Kalau lah semudah cari pengganti papa untuk Qiqi dan Iqie dah lama Win buat ma. Tapi mana ada lelaki yang nak kahwin semata sayangkan anak-anak Win.."

“ Kalau mama cakap ada, Win terima?"

“ Siapa?"

“ Win janji akan terima?"

Azwin tergelak. Aduh, mama ni bikin dia penasaran pula. Ada ke yang boleh sayangkan anak-anaknya seperti anak-anak sendiri. Kalau ada pastilah dia terima.

“ Kalau mereka boleh terima anak-anak Win seperti anak sendiri mungkin Win akan pertimbangkan. Demi masa depan anak-anak, Win akan terima siapa pun yang boleh sayang dan beri sepenuh perhatian pada Qiqi dan Iqie. Itu saja yang Win harapkan.."

“ Hidup Win pun masih panjang. Win kena fikir juga.."

“ Untuk hidup Win.. cukuplah.. Win dah tak mahu fikir lagi..Win selesa dengan keadaan sekarang. Lagipun Win tak pernah terfikir untuk duakan kasih sayang arwah Iman. Tambahan nak pisahkan anak-anak dengan papa dan mama. Win tak sanggup nak buat semua tu.."

“ Win..mama minta maaf kalau kata-kata mama buat Win tak selesa. Mama pun tak mampu nak berpisah dengan korang semua. Mama papa sayangkan Win dan cucu-cucu kami seikhlas hati. Allah je yang tahu. Biarlah orang nak kata mama pentingkan diri pun sebab tak sanggup berpisah dengan Win dan anak-anak. Mama akuinya. Mama pun cuma nak Win je jadi menantu mama sampai bila-bila."

“ Terima kasih ma sebab sayangkan Win dan anak-anak."

“ Tapi masa depan Qiqi dan Iqie harus di ambil kira. Emosi anak-anak Win lebih utama. Membesar tanpa susuk bapa tak mudah Win. Win tahu bagaimana rasanya kan.."

Azwin berkerut dahi. Izzah masih ada tapinya buat Azwin kelam tak faham dengan bicara mama. Apa yang Izzah cuba sampaikan?

“ Win tak faham ma.."

Telapak tangan Azwin, Izzah elus perlahan. Dia senyum. “ Mungkin cara mama tak beradab dan buatkan Win kurang selesa tapi ini harapan mama. Boleh ke Win terima satu-satunya anak mama yang ada sebagai suami Win. Demi masa depan cucu-cucu mama.."

Azwin angkat wajah. Riak Izzah yang tenang Azwin pandang dengan fikiran yang bercelaru tidak faham.

“ Maksud mama?"

“ Kita tunggu papa dan Yan sampai dulu baru bincang lain.."

SEPERTI hari-hari sebelumnya pagi yang sangat sibuk untuk Azwin. Bangunlah awal macam mana sekalipun tetap juga Azwin akan terlambat ke tempat kerja.

Menjadi wanita itu tidak mudah ya. Apatah lagi menjadi seorang ibu. Lebih sukar, selepas menggalas gelaran ibu tunggal. Namun, demi anak-anak sesukar mana pun sesuatu hal dia harus bertahan dan berkorban.

Azwin tidak ketinggalan. Menguruskan dua anak yang masih kecil begitu mencabar. Lebih dramatik apabila setiap hari selepas pulang dari London Qiqi makin menjadi-jadi tidak mahu ke sekolah.

Setiap hari ada saja drama yang pasti Qiqi terbitkan. Jika tidak menangis, pasti anak itu akan merengek. Paling tidak masuk akal Qiqi sanggup pura-pura tidak sihat semata tidak mahu ke sekolah. Makanya Azwin terpaksa menjalankan beberapa helah agar Qiqi tetap ke sekolah. Ya, sudahnya Azwin lah yang terlewat ke tempat kerja.

Qiqi sudah kembali sihat. Azwin lega. Tetapi masih ada satu masalah yang buat Azwin runsing. Qiqi masih tidak mahu ke sekolah selepas kawan-kawannya semakin agresif mengejek Qiqi. Qiqi kembali memulakan drama sebabaknya pagi itu.

“Kenapa Qiqi? Kak Win? ” tegur Ian Hamza yang turut turun ke ruang bawah untuk bersarapan sebelum ke pejabat.

Qiqi ketap bibir. Muncung saja mulutnya. Azwin pula papar wajah geram.

“ Qiqi tak nak school.." bentak Qiqi. Semenjak kebelakangan ini Qiqi sudah pandai memprotes.

“ Why?"

“ School tak best. Kawan-kawan semua unfriend Qiqi."

“ Again?" Ian Hamza pandang Azwin buatkan Azwin terpaksa angguk. Makanya Ian Hamza tahu yang wajah Azwin bertukar merah kerana penat melayan si anak yang tidak mahu ke sekolah.

Ian Hamza geleng kepala. Qiqi yang berada di sebelah, diangkat dan diletakkan ke tubuhnya.

“ Qiqi tak boleh macam ni. Qiqi masih kecil. Tak boleh ponteng sekolah. Orang pergi sekolah sebab nak pandai dan berjaya. So Qiqi kena jadi orang yang pandai dan berjaya.. Apa kata hari ni papa yang hantarkan Qiqi ke school.. nak??" pelawa Ian Hamza.

“ Boleh ke papa hantar Qiqi?"

Ian Hamza angguk berkali dengan senyum melebar.

“ Yeay!!" sorak Qiqi riang. Terus bertukar riaknya. Seronok dan teruja dengan tawaran Ian Hamza.

“ Eh, bukan tadi cakap dengan mama sakit perut ke?" celah Azwin. Sengaja dia bertanya Qiqi. Mahu melihat sejauh mana akal anak kecil yang berumur 3 tahun lebih itu.

Qiqi tersengih menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik.

“ Sekarang dah tak sakit."

“ Cepatnya dah baik!" usik Azwin lagi.

“ Mestilah.. Nampak papa terus hilang sakit." ujar Qiqi dengan tanpa rasa bersalah.

Azwin ketap bibir. Geram dengan jawapan si anak. Eh, bertuah betul! Anak siapalah ni..

“ Dah jom papa hantar. Mama pun ikut sekali. Papa hantar ke ofis." suruh Ian Hamza. Tangannya sudah bertaut dengan tangan kecil Qiqi langsung menuntun anak itu ke muka pintu usai sarapan tadi.

Azwin yang dah menapak ke tangga terhenti. Menoleh ke arah Ian Hamza, dia kerut dahi.

“ Baby je hantarkan Qiqi. Kak Win pergi sendiri."

Langkah kaki Ian Hamza terhenti. Wajahnya mencari iris Azwin. Tampang serius dia pamer.

“ Baby tak suruh bagi alasan. Baby suruh ikut hantarkan Qiqi ke sekolah lepastu terus ke ofis!" tegas nada Ian Hamza beri arahan. Tajam wajahnya pandang Azwin yang dah terkulat-kulat di depan tangga.

Mendengar arahan tegas Ian Hamza, Azwin akur namun wajahnya bertukar kelat.

“ Yelah!!"

Happy reading. Selamat Tahun Baru 2025!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience