Bab 24

Drama Series 6054

LAMA sudah berbual dengan Dato' Husyn dan Izzah, mata Azwin sibuk meliar ke ke riri dan ke kanan. Lagaknya seperti mencari seseorang.

Izzah yang perasan tersenyum nipis. “ Win cari Yan ke?"

Azwin tersentak dengan teguran Izzah menoleh. Dia senyum singkat. “ Ya ma. Qiqi cakap Yan demam semalam? Teruk ke?"

Izzah mengeluh seraya membebel. “ Itulah budak bertuah tu. Demam dah dua hari tak mahu ke klinik. Makan ubat pun aci selam je. Puas dah mama pujuk. Win pergilah tengokkan dia kejap. Ajak ke klinik. Mama risau kalau demam on off ni. Takut kena denggi ke influenza ke malaria ke. Zaman sekarang penyakit macam-macam. Sebelum jadi serius lebih baik kita cegah."

“ Baby kat mana ma?"

“ Ada dekat atas. Pujuk dia makan sekali Win. Dari semalam tak jamah nasi. Katanya tak lalu."

“ Baik ma, nanti Win pujuk dia." balas Azwin.

Dalam hitungan kurang lima saat, Azwin terus melangkah ke tangga setelah meminta diri dari Izzah dan Husyn.

Sebaik tiba ke atas, bilik Ian Hamza dituju. Azwin mengetuk pintu sebelum suara serak Ian Hamza memberi kebenaran padanya.

Azwin menolak daun pintu perlahan-lahan sebelum meloloskan diri. Daun pintu dibiar tinggal terbuka.

Perlahan kakinya melangkah ke katil dan berdiri di sisi susuk yang sedang berbungkus selimut tebal itu. Hanya kepalanya saja yang kelihatan. Itupun hanya belakang kepala. Wajah Ian Hamza tertutup dek bantal.

Azwin memanggil perlahan. “ Biy.."

Bantal yang menutup separuh kepala Ian Hamza tarik. Semerta cahaya menyerbu masuk ke ruangan mata. Dia berkerut apabila melihat samar tubuh seseorang berdiri di sisi katil.

Bangun dari baring, letak kepala di betulkan di dada katil. Dia tersenyum apabila melihat wajah Azwin yang berada di sisinya.

“ Kak Win bila sampai? Sorry I tak sempat pergi jemput Kak Win." jelas Ian Hamza dengan suara serak.

Azwin terperanjat apabila dia melihat wajah Ian Hamza yang dipenuhi lebam biru dan bengkak sebelah pelipis kirinya.

“ Awak demam teruk mama cakap. Tengok muka pun dah tak serupa orang. Bengkak sana lebam sini. Kenapa tak pergi klinik?" Azwin bersoal. Wajah Ian Hamza dipaut lalu dipusing ke kiri dan kanan. Memeriksa kondisi wajah lelaki itu.

Ian Hamza mengaduh. “ Aww..sa-sakit la yang!"

Azwin geleng kepala. Tak lupa, dahi Ian Hamza juga turut dirasai dengan belakang tangannya. Masih panas suhu badan lelaki itu.

“ Tengok, badan pun panas lagi ni.."

“ Jom pergi klinik!" arah Azwin. Naik risau dia lihat keadaan Ian Hamza seperti itu.

“ Tak nak lah. I dah ok. Tengok Kak Win balik, demam I dah kebah." sengih Ian Hamza.

Azwin mencebik geram.

“ Tak kira, jom pergi klinik jugak."

“ Tak nak. I dah ok."

“ Takut sangat pergi klinik kenapa?"

“ I bukan takut pergi klinik. I cuma rimas je."

“ Nak rimas kenapa?"

“ I tak suka doktor pegang-pegang I. Kalau Kak Win yang pegang I, tak apalah." seringai Ian Hamza.

“ Mengada-ngada!"

Azwin malas mahu melayan. Dia bergerak menuju ke tingkap bilik lalu membuka langsir dan mengemas bilik Ian Hamza yang sudah seperti kapal karam itu. Setelah itu, dia kembali ke katil Ian Hamza dan menarik selimut tebal yang membalut tubuh lelaki itu.

“ Dah..bangun, mandi, lepas tu makan. Lepas makan bersiap ke klinik. Jangan nak beralasan pulak." bebel Azwin seraya melangkah keluar dari bilik Ian Hamza.

Belum pun tubuhnya keluar dari bilik, terdengar suara Ian Hamza melaung.

“ I akan pergi kalau Kak Win temankan I!"

.
.

PULANG dari klinik kerenah Ian Hamza yang sedang demam makin menjadi-jadi. Segalanya dia menyuruh Azwin yang buatkan sehingga menyuapkannya makan.

Sempat dia mengugut Azwin sehingga Azwin pasrah dengan permintaan Ian Hamza.

“ Awak nak makan ke awak nak kena cucuk mata tu Ian Hamza Husyn?" mencerlung iris Azwin ke arah Ian Hamza yang berada di depannya. Tangannya yang sedang memegang sudu berisi sup cendawan terhenti di tengah angin di depan bibir merah lelaki itu.

“ Dua-dua sayang."

Azwin mengembalikan sudu berisi sup ke dalam mangkuk di ribanya. Mangkuk sup diangkat lalu diletakkan di atas riba Ian Hamza sendiri.

“ Makan sendiri lepastu cucuk mata dengan garfu tu! Kak Win nak pergi tengok Iqie. Layan Iqie lagu bagus!" desis Azwin seraya bangun dari kerusi. Berkira mahu meninggalkan Ian Hamza yang sedang tidak waras akalnya.

“ Okay-okay. Janganlah merajuk sayang. I janji tak main-main. Duduk lah dulu." pujuk Ian Hamza. Tangan kiri Azwin sempat dia capai menghalang langkah Azwin dari beredar.

“ Please..." rayu Ian Hamza.

Azwin menjeling geram. Ian Hamza tayang wajah sugul buatkan Azwin jatuh kasihan.

“ Last chance. Sekali lagi awak main-main, jangan harap Kak Win nak dengar cakap awak." bebel Azwin.

“ Ai ai madam!" Ian Hamza tayang senyum. Tangannya mengangkat tabik tanda menurut kata Azwin.

Azwin akhirnya duduk semula ke kerusi berhadapan Ian Hamza. Mencapai mangkuk berisi sup cendawan, dia halakan sudu ke bibir Ian Hamza.

Ian Hamza dengan senang hati membuka mulutnya lalu menelan sup cendawan bersama ketulan isi ayam yang dipotong kecil bersama sayur lobak merah dan brokoli.

“ Thank you. Sedap Kak Win masak!" puji Ian Hamza. Sup cendawan di kunyah dengan penuh nikmat. Baru terasa berselera tekaknya setelah dua hari tidak lalu makan. Azwin sekadar mengangguk. Tidak menanggapi ujaran Ian Hamza. Bersungguh Azwin menyuapkan makan malam untuk Ian Hamza kerana mahu menebus rasa terima kasihnya pada lelaki itu di atas budi baiknya menyelamatkan Azwin beberapa hari sudah.

Setelah menghabiskan makan malamnya, Ian Hamza mengamati wajah Azwin yang ralit mengemas talam berisi makan malamnya tadi.

“ Kak Win.." panggil Ian Hamza.

Azwin menoleh. “ Ya.."

“ Kak Win dah fikir ke apa yang kita bincang sebelum ni?"

Azwin kelihatan berfikir sejenak sebelum melepas nafas. Betulkan duduk, susuk Ian Hamza ditatapnya.

“ Sepatutnya Kak Win yang tanya awak soalan tu?" Azwin jeda sejenak. Pandangannya di tala ke arah Ian Hamza semula. “ Awak rasa betul ke keputusan awak tu?" Azwin pulangkan soalan kepada Ian Hamza.

“ Antara kita, Qiqi dan Iqie adalah hadiah terindah untuk mama dan papa. I takkan biarkan harapan mereka musnah? I akan perjuangkan kebahagiaan orang yang I sayang.”

“ Yet, you are my prayer that I ask for.” tambah Ian Hamza dengan pandangan redup.

Azwin jatuhkan wajah. Dia bagai hilang kata-kata. Setiap kali berbual dengan Ian Hamza, hatinya terasa senang dan setiap kali menatap redupnya wajah lelaki itu buat hati Azwin merasa suatu perasaan indah. Sedikit sebanyak hatinya turut terubat dengan kerinduan terhadap Iman Hazim kerana raut wajah yang iras tetapi dia dapat membezakan perasaan sayang yang ada di hatinya. Entahlah dia sendiri berasa hairan dengan perasaan yang dia punya sekarang. Dia senang, suka dan mudah mempercayai Ian Hamza lebih dari apa pun. Dan sekarang sekali lagi lelaki itu membuatkan perasaannya terbuai. Namun, masih ada ruang dalam hati yang buatkan dia sedikit risau dengan perasaan itu. Risau kalau-kalau Ian Hamza cuma rasa kasihan saja pada dia dan anak-anak.

“ Please Kak Win. I dah tak boleh biarkan Kak Win sendirian lagi. Lebih banyak buruknya dari yang baik. Kelmarin dulu Qiqi diejek,di buli sampai bertindak agresif. Lepas tu nyaris Kak Win diserang sekuriti tua dan gatal pula. Lepas ni apa lagi yang akan jadi? I can't let you through all that stupid thing and I've never hesitate with my verdicts. Yet, I love you."

Ian Hamza capai tangan Azwin dan usap lembut. Iris Azwin di cari dan dia menatapnya dengan sepenuh perasaan. Dia sendiri sedar selama tiga hari berjauhan ini buatkan dia betul-betul percaya tentang rasa hatinya buat Azwin. Dia sudah jatuh cinta pada wanita pilihan mamanya ini.

“ Awak nak perjuangkan rasa bahagia mama dan papa? Habis perasaan bahagia awak sendiri? Macam mana? Kak Win tak rasa ini yang awak mahukan dalam kehidupan awak Ian Hamza. Sedarlah, I'm nothing compare to other lady that will bright your life and make your day tranquil."

“ I think you're confused. Awak terima Kak Win pun bersebab. Sebab mama. Sebab Qiqi. Sebab Kak Win jadi mangsa manusia lain. Sebab awak ada perasaan untuk melindungi dan kasihan pada kami. And that's not your true feelings. This is not love. It just compassionate!" balas Azwin lalu menarik tangannya dari pegangan Ian Hamza.

Ian Hamza tarik nafas dalam. Geram juga. Namun dia tahu, bukan mudah untuk Azwin lalui semua ini. Dia harus berhati-hati mengawal keadaan agar semuanya berjalan dengan mudah.

Tiga hari tanpa Azwin, buatkan dia mengenal perasaan sendiri. Rasa rindu, rasa sunyi, rasa sepi tanpa wanita itu dan anak-anaknya. Lebih membunuh perasaan apabila tidak melihat wajah yang mendamaikan jiwanya. Senyuman yang menyenangkan hatinya. Keletah, kata-kata, dan pandangan wanita itu buatkan hatinya terlalu bahagia. Tidak seperti dia bersama Victoria. Lain sekali perasaan yang hadir ketika bersama Azwin buatkan Ian Hamza kenal bagaimana rasa mencintai seseorang.

“ Rea Azwin, kalau sebab umur you masih tak boleh terima I you salah. Rasul dan Siti Khadijah juga berbeza umur. Tapi perasaan cintanya sama. Manusia biasa juga begitu. Semua sama di sisi Allah. Perasaan suka, kasih sayang dan cinta milik Allah. And you tak boleh paksa hati I untuk suka dan cintakan perempuan lain. I sedar dan waras dengan perasaan I sendiri. Hati I jiwa I tahu apa yang I ingin dan perlukan. 27 tahun ni I cukup sedar apa yang I mahukan dalam hidup. Tak perlu orang lain fahamkan apa yang I rasa.

“ Kalau Kak Win belum sedia I takkan paksa. Take your time. I'm always here..

“ Tapi andai suatu masa Kak Win masih juga tak boleh terima I, I faham. Tapi I nak Kak Win tahu yang hati I tetap cintakan Kak Win. Jangan minta I ubah atau matikan rasa yang ada ni sebab I tak mampu. Hati dan jiwa ini milik Allah. DIA yang menghidupkan dan DIA yang mematikan. Selagi DIA izinkan perasaan cinta ni untuk Kak Win, maka selama itulah perasaan tu akan hidup." tutur Ian Hamza.

“ Thanks for your kindness tonight. I really enjoyed it." tambah Ian Hamza sebelum berlalu keluar dari biliknya meninggalkan Azwin dengan sebuah rasa tak percaya.

.
.

TURUN ke dapur susuk Izzah Azwin cari. Setelah seminggu berehat tanpa ke ofis buat Azwin lemau. Pun begitu di rumah dia juga merasa sama. Lemau dan sedikit bosan walaupun masanya sangat banyak untuk anak-anak.

Husyn sendiri tidak membenarkan Azwin ke ofis kerana mahukan menantunya berehat dan tenang dari insiden hitam yang terjadi sementara dia dan Ian Hamza menguruskan hal Pak Daud yang kurang siuman dan Syarikat Sekuriti yang terbabit.

Azwin menurut walaupun di awalnya dia memprotes. Atas arahan tegas Husyn akhirnya Azwin menurut.

Lebih mendap dia rasa kerana selama seminggu ini hidupnya suram tanpa susuk Ian Hamza di rumah. Entah ke mana lelaki itu menghilang buatkan hidup Azwin rasa tidak lengkap.

“ Win.." tegur Izzah.

“ Ya ma." Azwin tersentak dari lamunan.

Izzah menggeleng. Macam-macam peel orang di rumahnya sekarang ini. Seminggu lepas Ian Hamza tanpa sebab mahu berpindah ke kondominiumnya. Bila di tanya, jawapannya nak renovate rumah itu. Jadi dia harus meneliti dan buat pelan dengan teliti. Seminggu ini Azwin pula seperti orang tiada jiwa. Dah berapa kali dia lihat Azwin berkhayal. Bila di soal, katanya tiada apa-apa. Tapi Izzah faham kalau Azwin sebenarnya masih memikirkan tentang kejadian yang menimpanya.

“ Win cari mama ke?" soal Izzah lalu duduk berdepan Azwin.

Azwin senyum. “ Ya ma..Win nak tanya mama something.."

“ Apa dia? InshaAllah mama akan bantu." ujar Izzah seraya menggosok bahu Azwin lembut.

“ Erm..dah seminggu Win tak nampak baby. Dia kemana? Win bukan apa, anak-anak sibuk cari papa. Tak tahu nak jawab apa. Bukan mama tak tahu Qiqi tu kalau rapat dengan baby macam mana. Asyik merengek je tanyakan papa." beritahu Azwin walaupun pada mulanya dia begitu segan mahu bertanya namun rasa hati yang meluap-luap ingin tahu memaksa dia mencari Izzah lantas menggunakan nama anaknya sebagai sandaran.

“ Yan tak bagitahu Win ke..mama ingat dia ada cakap dengan Win. Haih budak ni pun..bebel Izzah. Dia cakap balik kondo. Ada hal sikit seminggu dua ni." cerita Izzah.

“ Oh ye ke. Tak apalah kalau macam tu. Nanti Win bagitahu dengan Qiqi."

“ Yelah.." balas Izzah sebaik Azwin hampir beredar meninggalkan ruangan dapur itu.

Sementara di Husynx Holding, Ian Hamza pula bersikap baran tak sudah. Semua staff kecut perut setiap kali lelaki itu mengamuk jika sesiapa ada berbuat salah.

Bilik pantri tempat kejadian hitam sudah Ian Hamza arahkan pereka hiasan dalaman syarikat membuat pengubahsuaian. Hampir seratus peratus keadaan bilik rehat staf itu di tukarnya.

Happy Reading..Selamat bercuti. Happy Chinese New Year! Thank you yang masih stay dengan Baby dan Kak Win.

Share this novel

jue
2025-01-29 15:49:04 

thank u update sis.... merajuk dh ian...


NovelPlus Premium

The best ads free experience