IAN Hamza tiba ke pejabatnya bersama Azwin dan anak-anaknya dengan Iqie masih di dukungan. Iqie sejak dari rumah tidak mahu berenggang dengan Ian Hamza sehinggakan mandi pun mahu diuruskan lelaki itu. Di dalam kereta juga puas Azwin memujuk Iqie agar duduk di car seat, tetapi Iqie tidak mahu. Dia cuma mahu duduk di atas Ian Hamza saja membuatkan Ian Hamza terpaksa meminta Khairul memandu mereka ke sana. Pening kepala Azwin dengan Iqie.
Tiba di pejabat, beberapa orang staf lokal kelihatan berbisik sesama sendiri saat melihat Ian Hamza tiba bersama tiga orang pengikutnya melintasi mereka dan masuk ke bilik pengurus.
Ian Hamza kelihatan seperti seorang sosok bapa mithali apabila Iqie tetap di dukungannya dan Qiqi di tangan kanannya. Azwin pula lebih suka berjalan di belakang dengan tangan dipenuhi beg keperluan anak-anaknya.
“ Kak Win duduk lah dulu. Baby ada kerja sikit." ujar Ian Hamza mempelawa Azwin supaya duduk di sofa berangkai tiga di depan meja kerjanya.
Azwin menurut. Mahu mengambil Iqie dari dukungan Ian Hamza, sekali lagi Iqie tidak mahu.
“ Tak apa, baby jagakan dia."
Azwin angguk. Malas mahu berbalah dengan Ian Hamza dan Iqie yang memang tak makan dek pujukan itu.
Qiqi mengekori mamanya lalu duduk di sofa berangkai tiga. Azwin mengambil majalah yang ada di atas meja lalu menyelaknya untuk menghilangkan kebosanan. Sementara Qiqi sudah hanyut dalam dunia lukisannya. Anak itu ralit melukis entah apa di kanvas kosong yang di bawa dari rumah.
Hampir sejam menyiapkan tugasan, Ian Hamza akhirnya panggung wajah. Iqie sudah terlena di kerusi sebelah selepas di berikan susu tadi. Dia tersengih melihat Iqie yang terlena pulas.
Wajah sendiri Ian Hamza raup seraya meregangkan tubuh. Hilang lenguh, Ian Hamza pandang ke depan. Terlayar susuk Azwin dan Qiqi di sofa. Azwin sudah terlentok dengan majalah menutup sebahagian dadanya manakala Qiqi masih ralit dengan lukisannya.
Ian Hamza geleng kepala. Nyenyak tidur Azwin membuatkan dia ralit memerhati wajah lena itu. Ada riak penat tergambar di wajah Azwin membuatkan Ian Hamza jatuh kasihan. Setiap kali terpandang wajah Azwin juga ada satu rasa di dada yang membuatkan dia tidak mampu untuk mengawalnya.
Terngiang bicara Husyn beberapa hari lepas semasa dia baru pulang dari pejabat.
Husyn yang selesai menonton tayangan liga perdana Inggeris - Chelsea VS Fulham mengajaknya berbual.
Tak banyak yang dibualkan tetapi ada suatu bahagian yang sedikit mengganggu Ian Hamza. Soalan yang berbaur peribadi.
“ Yan bila nak bawa calon menantu jumpa papa?" santai Husyn bertanya.
Ian Hamza tersengih. Wajah manja Victoria dan permintaan Tommy mengambil alih mindanya saat itu.
“ Belum jumpa calon yang sesuai." dalih Ian Hamza. Victoria, walaupun tidak mencintai gadis itu, ada sesuatu pada gadis itu yang buat dia selesa dan suka.
“ Yelah tu..ke Yan dah jumpa tapi segan nak bagitahu papa?" tebak Husyn mahu mengorek rahsia si anak bujang itu. Selain Iman Hazim, Ian Hamza turut rapat dan manja juga dengan Husyn sejak kecil. Namun semenjak dewasa dan berhijrah ke luar negeri, Ian Hamza sudah berubah. Dia semakin matang dan lebih berdikari.
“ Belum pa. InshaAllah kalau ada dalam masa terdekat Yan beritahu papa."
Husyn angkat bahu tidak mahu terlalu mendesak. “ Okay. "
“ Yan bila nak balik Malaysia? Boleh tolong-tolong papa.." soal Husyn lagi ingin tahu. Dia rasa sudah tua untuk menguruskan syarikatnya. Dahulu perancangannya ingin melepaskan syarikat kepada Iman Hazim tapi tak sangka Allah lebih menyayangi anaknya itu.
“ Nantilah pa, bila habis last exam. Company Yan kat sini pun nak kena setup betul-betul." beritahu Ian Hamza.
“ Papa dah tua Yan. Dah sampai masa untuk berehat. Papa harap sangat Yan dapat tolong papa dekat syarikat. Papa susah bila tak ada pembantu ni. Dulu Iman ada." sayu bicara Husyn.
“ Kak Win kan ada pa.."
“ Azwin tu bahagian apa? Lagipun dia perempuan. Takkan papa nak bebankan dia dengan kerja berat macam tu. Lagipun dia sibuk dengan anak-anak. Kerja ni tak sesuai dengan dia. Papa kalau boleh nak biar dia duduk rumah habiskan masa dengan anak-anak je. Esok lusa kalau Azwin kahwin, tentu suami dia akan bawa dia pergi. Siapa lagi yang boleh papa harapkan kalau bukan pada Yan?" lanjut Husyn. Terbayang Azwin berkahwin lain buatkan dia faham permintaan Izzah.
“ Tengoklah pa nanti selesai semuanya Yan akan balik." balas Ian Hamza. Dia berasa kasihan juga pada Husyn yang sudah meniti usia pencen itu tetapi masih tidak dapat berehat.
“ Terima kasih Yan. Papa tunggu. Tapi sebut pasal Win papa nak tanya Yan something.."
“ Tanya apa pa?" berlapis dahi Ian Hamza.
“ Mama ada beritahu papa yang dia nak jodohkan Yan dengan Azwin. Apa kata Yan?"
Lama Ian Hamza terdiam. Fikirnya permintaan Izzah kelmarin sekadar jenaka. Tidak sangka pula Izzah bersungguh dengan kemahuannya sehingga cerita itu kini meniti di bibir Husyn pula.
“ Yan tak sempat nak fikir lagi pa. Nantilah."
Husyn pandang dalam wajah Ian Hamza mencari sesuatu di situ. Husyn senyum dan mengangguk sebelum memberi beberapa patah nasihat.
“ Kalau rasa nak bertanggungjawab dengan permintaan mama, papa hormati keputusan Yan. Ada baiknya juga. Papa sokong. Tapi kalau Yan dah ada teman istimewa abaikan je cadangan mama tu. Papa tak nak Yan mahupun Win terluka suatu hari nanti.
Papa nasihat sebab papa sayangkan Yan dan Win juga cucu-cucu papa tu. Kita ni lelaki, punya tanggungjawab dan amanah yang besar. Setiap keputusan yang kita ambil dan buat, pasti ada risikonya cuma sebagai anak lelaki Yan kena pandai main peranan untuk selesaikannya jika nanti wujud masalah atau kekangan yang di luar kawalan kita."
“ InshaAllah pa. Terima kasih sebab nasihatkan Yan. Yan amat hargai."
Ian Hamza lepas nafas. Masih ralit memerhati wajah ayu Azwin. Ian Hamza tersenyum senang. Capai telefon bimbit dia buka ikon kamera. Wajah lena Azwin dia ambil beberapa keping dan simpan ke dalam galeri sebelum menyimpan kembali telefon itu ke poket setelah mendengar rengekan Iqie dari kerusi sebelah.
Bangun, tubuh Iqie dihampiri. Tubuh anak kecil itu ditepuk manja. Wajah comel Iqie dicium-ciumnya sebelum anak itu membuka matanya lebar dan terkebil-kebil memandang Ian Hamza. Iqie tersengih-sengih suka. Tangan kecilnya naik menguis-nguis permukaan wajah Ian Hamza sambil bising mulutnya menyebut nama panggilan Ian Hamza.
“ Pa..paa..Pa..paa.."
“ Iqie sayang papa Yan?" tanya Ian Hamza lembut. Anak rambut yang berjuntai di dahi Iqie dibetulkan letak duduknya. Diusap penuh kasih kepala anak yatim itu.
“ Iqie ya..yang yang pa..pa" balas Iqie tidak teratur. Meleleh-leleh air liurnya bersembur menyebut perkataan sayang dan papa. Ian Hamza tergelak lucu. Terus digomol wajah Iqie dan perut montel anak itu digeleteknya sehingga Iqie mengekek gembira.
Azwin terjaga dari lena setelah mendengar sayup-sayup suara orang berbual. Buka mata, pandangan pertama menyapa irisnya adalah wajah Iqie dan Ian Hamza yang sedang bergurau. Bahagia dia melihat adegan mesra dua beranak itu. Azwin tersenyum cemburu. Alangkah bahagia hidup mereka, andai Iman Hazim masih hidup dan lelaki itulah yang sedang menghabiskan masa bersamanya dan anak-anak. Dia diserang rasa rindu yang entah bila akan terpadam. Rindu yang amat mendera akan perasaan seorang isteri dan ibu dalam hidupnya. Azwin mengeluh kuat.
Mendengar keluhan yang lolos, Ian Hamza paling wajah. Tersengih dia melihat Azwin yang sedang meregangkan tubuh.
“ Dah bangun Puteri Salju? Nyenyak tidur?" usik Ian Hamza.
Azwin angkat wajah. Jelingan tajam dia beri pada Ian Hamza.
“ Kak Win selain kuat menjerit, jelingan pun menggoda juga ya?" seloroh Ian Hamza.
Azwin ketap bibir. Tidak mahu kerana sakit hati, mulutnya bisa membalas kata-kata Ian Hamza.
Ian Hamza walau hatinya baik dan bicaranya lembut adakala menyakitkan hati juga.
Dia dan Ian Hamza tidaklah serapat mana. Kisah dan cerita hidup Ian Hamza di ketahui melalui penceritaan Iman Hazim saja. Azwin pelik melihat sikap Ian Hamza yang nampak mesra. Selebihnya dia menjadi canggung dengan cara Ian Hamza yang kelihatan ramah seperti itu. Ian Hamza yang dia tahu, sifat dan sikapnya berlawanan sekali.
Selama perkenalannya dengan Iman Hazim dan menginjak ke alam perkahwinan susuk Ian Hamza hanya sempat dia temu beberapa kali saja. Itupun sekadar angkat wajah dan bertegur sekadarnya. Jarang sekali Ian Hamza menonjolkan diri untuk berbual mesra.
Menginjak dewasa, Husyn hantar Ian Hamza melanjutkan pelajaran ke UK. Banyak masanya habis di sana. Jadi, Ian Hamza jarang berada di rumah dan hanya mengetahui sesuatu hal jika dikhabarkan mereka. Termasuklah, ketika Iman Hazim maut dalam kemalangan. Mungkin di sebabkan itu, telatah Ian Hamza menjadi kontra.
Dukung Iqie, Ian Hamza bangun dari duduk. Selesai mengemas beberapa barangan dia mengajak Azwin dan Qiqi keluar dari pejabat.
Saat melintasi ruangan kerja staf Ian Hamza, susuk mereka sekali lagi menjadi tumpuan beberapa pasang mata. Entah apa yang di perhatikan oleh mereka. Hendak di kata dia dan Ian Hamza spesis alien tidak nampak pula kepalanya mahupun Ian Hamza ditumbuhi tanduk.
Malas mahu menanggapi, Azwin mengekor Ian Hamza laju.
.
.
Azwin pandang keluar tingkap melihat sebuah rumah besar yang bagaikan sebuah mansion lama saat Ian Hamza berhenti di hadapan pagar tinggi itu. Terpukau dia melihat rumah agam tersebut.
Ian Hamza pula sudah turun ke pintu utama dan bercakap dengan seorang pengawal sebelum dia kembali ke kereta semula.
“ Rumah siapa ni biy?" soal Azwin saat Ian Hamza masuk ke tempat pemandu. Ian Hamza masuk ke laluan depan rumah agam itu saat pintu pagar tingginya terbuka. Bagaikan berlalu di bawah gerbang pintu istana saja lagaknya.
“ Rumah kawan. Kita singgah sini sekejap, lepastu bawa anak-anak ke RAH."
“ RAH? Ada apa?"
“ Yup. Muzikal konsert?"
“ Sejak bila minat muzikal?"
Ian Hamza toleh dengan senyum yang mengembang lalu mengeyitkan matanya bak lelaki kasanova kelas pertama.
“ Sejak jadi bapa anak dua."
“ Lame." balas Azwin.
Ian Hamza terkekeh sehingga menampakkan zygomatic major di pipi kirinya. Azwin terpesona.
PINTU besar rumah agam itu terbuka saat Ian Hamza dan Azwin serta anak-anaknya tiba. Disambut oleh seorang butler, lelaki bersut hitam mempersilakan mereka masuk.
Ian Hamza seperti biasa mendukung Iqie dan memimpin tangan kecil Qiqi sementara Azwin di belakangnya masuk ke mansion Tommy.
Kepala Azwin sejak tadi tidak tinggal diam. Menoleh dan meninjau melihat rumah agam itu kerana kagum dan teruja melihat rumah besar yang bercirikan Royal British itu. Pertama kali masuk ke situ, dia sepertinya merasai masuk ke dalam istana.
Turun dari tangga berpusing yang diperbuat dari kayu, susuk lelaki lewat 60an itu menegur mereka membuatkan fokus Azwin jatuh ke wajah lelaki kacukan dari British-Spanish itu.
“ Welcome Ian."
Ian Hamza berjabat tangan serta berpelukan seketika dengan Tommy.
“ Hi, handsome!" tegur Tommy ke arah Iqie sambil mencubit pipi Iqie. Iqie tersenyum malu.
“ Meet Azwin, Iqie and Qiqi. Iman's wife and kiddos." Ian Hamza perkenalkan Azwin serta anak-anaknya ke arah Tommy.
“ Nice to meet you." Azwin angguk. Tapak tangan di lekap ke dada kiri lalu menunduk tanda hormat ke arah Tommy. Manakala Qiqi dan Iqie disuruhnya berjabat tangan. Anak-anak itu menurut tanpa banyak soal.
Tommy senyum segaris lantas mempelawa. “ Have a seat."
Hampir sejam di situ, Iqie dan Qiqi sudah tidak malu dan selesa dengan layanan Tommy membuatkan kedua beradik itu mesra dengan lelaki yang dipanggil dada itu.
Azwin juga sama. Keramahan Tommy membuatkan dia ikut selesa berbual. Banyak hal perniagaan dibualkan mereka setelah Azwin mengetahui bahawa Tommy sebenarnya adalah rakan kongsi arwah Iman Hazim di London itu.
Berjalan di bawah pohon lemon yang sedang masak ranum membuatkan Azwin teruja dapat memetik buah-buahan segar dari ladang kecil yang terdapat di belakang mansion Tommy.
Azwin leka memenuhi bakul rotan yang dikeleknya dengan buah lemon yang dipetik bersama Qiqi dan Iqie, bersama seorang pembantu ladang Tommy membuatkan gelagatnya dan anak-anak dipandang Tommy dan Ian Hamza.
“ Ian..I think you deserves her well!" ujar Tommy setelah mereka berdua duduk di beranda belakang apabila selesai berbincang tentang perusahaan bersama mereka.
Ian Hamza gelak besar. Terasa lucu dengan bualan Tommy.
“ Cut it out Tommy."
“ I'm serious."
“ Victoria will kill me."
“ She's find out about her."
Bulat mata Ian Hamza. Gelas air putih yang baru diteguk Ian Hamza dikembalikan semula ke meja.
“ How?"
“ I don't know, but last yesterday she look very uneasy. Vict come home and talk to me. She saw you."
Ian Hamza mengeluh. Keruh wajahnya mengingatkan Victoria.
“ I'm sorry Tommy."
“ Don't take it seriously. I found out that a muslim guy can afford more than one wife isn't it?"
Tergeleng kepala Ian Hamza dengan bicara Tommy.
Mahu beristeri dua? Allah, yang satu pun dia sedang pertimbangkan. Inikan pula beristeri dua.
Terima kasih daun keladi, Selamat Membaca lagi :-*
Share this novel