Bab 18

Drama Series 6054

TENGKU Jefri mendengus geram. Sakit hati apabila melihat jambangan bunga pemberiannya memenuhi meja penyambut tetamu di bahagian kewangan syarikat Dato' Husyn.

Terketap rahangnya memerhati lebih dari lima jambangan bunga mawar yang dia hantar sepanjang minggu itu di atur di atas meja sebaik dia tiba ke sana.

Mendekati meja pekerja yang bernama Masni, Tengku Jefri menyoal.

“ Hai mas..Can I ask you something?" Tengku Jefri leret senyuman palsu. Kacamata hitam yang tadinya tersangkut di pangkal hidung di buka lalu disangkut ke leher kemeja.

Masni yang ralit membuat kerja angkat wajah. Senyum dibiaskan buat Tengku Jefri yang memang selalu datang ke situ kerana usahasama syarikatnya dengan syarikat Dato' Husyn ini.

“ Ya Tengku, ada apa ya? Sorry I tak dengar tadi.." sengih Masni.

“ Banyak bunga ni..siapa punya? Tengku Jefri buat-buat lirik ke arah sudut meja di tepi Masni. Atau company ada ocassion apa-apa yang I tak tahu?" kening Tengku Jefri terangkat memandang semula ke arah Masni.

“ Oh..ini semua Puan Azwin punya. Tapi dia cakap dia tak minat bunga so dia suruh I bawa dan letak dekat sini. Rimas katanya lihat bunga banyak dalam bilik kerja." ujar Masni teragak-agak sambil gigit bibir.

Tengku Jefri angguk. Kepalanya mula terasa berasap. Sampai macam tu Azwin tak suka dengan pemberiannya.

“ Siapa yang beri sampai banyak macam ni? "

“ Entah. Katanya dia pun tak tahu. Tapi..Masni kerling kiri kanan seperti memerhati keadaan sekeliling sebelum bersuara semula. Namun kali ini nadanya seperti berbisik sedikit. Kitaorang syak secret admirer dia yang bagi. Bukan setakat bunga je Tengku, coklat, hadiah dan macam-macam lagi. Setiap hari pulak tu! Seronok kitaorang.." sengih Masni seraya tekup mulutnya.

“ Seronok? Kenapa?"

“ Sebab Puan Azwin bagi coklat-coklat dan hadiah yang dia dapat tu juga. Dia langsung tak sentuh pemberian tu. Boleh tahan juga barang-barangnya. Mahal-mahal belaka. Jenuh kenduri kitaorang!" beritahu Masni.

Buku lima Tengku Jefri digenggam erat sehingga menampakkan urat-urat hijau di tangan. Hati yang panas bertambah membara mendengar cerita dari Masni.

“ Tak sangka Puan Azwin ada peminat misteri ya? Agak-agak siapa la lelaki tu?" Tengku Jefri buat-buat bertanya lagi.

Masni angkat bahu. “ Tak tahu la Tengku. Tak berani saya nak komen. Karang salah cakap jatuh fitnah pula."

Selama dua tahun Azwin kematian suami, belum pernah lagi dia nampak menantu majikannya itu keluar dengan mana-mana lelaki. Bukan setakat itu, Masni juga tak pernah lihat mana-mana lelaki dari syarikat itu mahupun orang luar yang kenal Azwin, mudah merapati wanita itu. Azwin yang dia kenal sangat menjaga batas pergaulannya.

“ Ya, betul. Sekarang ni zaman fitnah berleluasa. Lebih baik hati-hati."

Masni mengangguk.

“ Okaylah Mas I got to go. Nak jumpa Dato'. Dia ada di dalam kan?" soal Tengku Jefri.

“ Ada Tengku. Silakan!" Masni mempersilakan Tengku Jefri.

.
.

“ SORRY for keep you waiting Dato'!"

“ Oh, it's okay Tengku..silakan." panggil Dato' Husyn sebaik wajah Tengku Jefri muncul di hadapan biliknya.

Tengku Jefri masuk. Tersenyum lebar wajahnya. Kedua mereka berjabat tangan dan berpelukan seketika.

“ Have a sit." pelawa Dato' Husyn.

Tengku Jefri angguk seraya duduk di kerusi berhadapan Dato' Husyn.

“ Busy ke Dato'?"

“ No lah. Saja saya datang buat-buat sibuk di sini. Sejak-sejak dah serah jawatan pada Ian, saya kurang dah masuk campur urusan kompeni. Banyak Ian yang uruskan. Saya ni dah lama bekerja. Nak berehat pula. Hal syarikat biar anak menantu yang uruskan.." ujar Dato' Husyn dengan senyuman panjang.

Tengku Jefri tersenyum. “ Betul lah tu. Dato' kena banyak berehat dah. Macam mama saya juga. Katanya hujung-hujung usia ni nak rehat dan belajar agama je."

“ Yalah. Sama la saya dengan isteri pun. Nak habiskan masa yang ada ni dengan anak cucu dan belajar agama sampai tutup mata."

“ Kalau Dato' tak keberatan, setiap weekend mama adakan kelas belajar agama dekat yayasan dia. Ada jemputan dari kalangan ustaz dan para ilmuan ke situ. Ramai juga kawan-kawan lama yang dia ajak. Boleh la Dato' dan isteri join sekali."

“ Oh really. Alhamdulillah rezeki tu. InshaAllah kalau ada masa saya akan ke sana." Angguk Dato' Husyn. Cerah wajahnya mendengar pelawaan sebegitu dari Tengku Jefri.

“ Dato' bila nak sambut menantu lagi? Saya macam bau-bau nasi minyak dah ni.." sengaja Tengku Jefri bertanya sebaik teringatkan menantu lelaki itu. Azwin.

“ Siapa yang di maksudkan tu? Kalau Ian, hmmm entah bila la budak tu nak kahwin pun. Tak nampak bayang pula. Kalau Azwin menantu saya tu tak tahu pula. Sebelum ini, katanya dah tak mahu berkahwin lain. Masih sayangkan arwah. Kenapa Tengku bertanya?"

Tengku Jefri betulkan duduk. Dia tersenyum mesra.

“ Rasanya Azwin kut. Dengar-dengar gosip dekat sini katanya Azwin ada peminat. Selalu saja dapat hadiah. Tadi pun masa nak ke sini, saya nampak banyak bunga untuk Azwin dekat meja receptionist..." beritahu Tengku Jefri.

“ Oh, ya ke. Tak tahu pula saya. Mungkin peminat dia lah tu. Kalau Azwin membalas pun rasanya saya tak ada halangan. Dah dia suka. InshaAllah saya dan isteri akan merestui. Tapi kalau dia tak mahu pun, kami tak kisah. Saya dan isteri memang sayang sangat dengan Azwin dan cucu berdua tu." ujar Dato' Husyn senang hati. Apa yang dia rasa itulah yang dia luahkan. Semuanya terpulang pada si menantu.

Tengku Jefri senyum lagi. Dalam hati berlagu riang kerana sudah nampak masa depan yang cerah. Kalau Dato' Husyn dan isteri tiada halangan senanglah kerjanya untuk menawan hati Azwin yang dah lama dia suka itu.

Beberapa lama Tengku Jefri berbual dengan Dato' Husyn, akhirnya dia minta diri untuk pulang. Hajatnya mahu bertemu dengan Azwin, tetapi nasibnya tidak begitu baik kerana pekerja bawahannya memberitahu Azwin sedang bertemu client di Bank Negara.

.
.

NIA Shaqila ralit melukis pada papan lukisannya sebelum suara seseorang menegurnya.

“ Qi.."

Qiqi masih ralit. Suara yang memanggil di belakang tak dihiraukan.

Bengang kerana panggilannya tak bersahut, anak itu tersenyum sumbing tiba-tiba.

“ Qiqi si anak pungut! " lebih kuat nadanya daripada tadi.

Qiqi menoleh. Irisnya membundar. Geram.

“ Watch out your mouth!"

“ Saya panggil Qiqi tak dengar. Bila panggil anak pungut awak dengar pula! Jadi betullah awak anak pungut kan! Hahaha...” tuduh si anak yang berambut kerinting itu.

Qiqi malas melayan. Kerja melukis yang tertangguh di sambung semula. Sementara anak itu masih tidak berganjak dari belakang Qiqi.

“ Qiqi.."

“ Hmm.."

“ Kau lukis apa?"

“ Tengoklah sendiri.." gumam Qiqi. Tangannya masih lincah menarikan warna minyak di atas kanvas putih. Terlalu fokus sampai tak mahu pandang kiri kanan.

Si rambut kerinting menjengah sedikit ke tepi tubuh Qiqi. Lurus irisnya menatap lukisan yang sudah siap dilakar dan sedang Qiqi warnakan. Dia tayang wajah sinis sebaik melihat kanvas lukisan Qiqi yang berkisarkan pemandangan hidupan laut.

Mulut yang sedang menyedut air dari dalam botol minuman menggunakan sebatang straw dicabut. Tak semena si rambut kerinting menyemburkan air ribena yang di minum ke arah kanvas putih Qiqi. Bersepah air bergula itu ke atas kanvas menyebabkan lukisan Qiqi menjadi kembang dan hampir terkoyak.

Terkejut Qiqi dengan tindakan rakannya. Qiqi bangun dan berpaling. Melihat gerangan yang berada di belakang, buat Qiqi naik hantu.

“ Aufa!!!" jerit Qiqi lantang. Giginya terketap rapat.

“ Uwekkk!! Anak pungut! Anak pungut!" ejek Aufa seraya berpusing keliling bilik darjah.

Qiqi sudah menangis. Sakit hatinya kerana Aufa mengotorkan lukisannya. Bertambah sakit hati kerana Aufa mengejeknya anak pungut!

Kerana terlalu geram Qiqi mencapai kotak pensel tin dari mejanya dan terus membalingnya ke arah Aufa. Tepat balingannya menyebabkan kening Aufa berdarah terkena bucu tin. Darah menyembur keluar. Semerta Aufa jadi pening dan berpinar. Aufa terduduk di kerusi milik salah seorang rakan sekelas yang lain berhampiran pintu.

Rakan-rakan yang melihat kejadian menjadi panik melihat situasi Aufa lalu memanggil guru mereka.

.
.

IAN Hamza baru melangkah masuk ke dalam bilik pejabat selepas balik dari bertemu pelanggan di Sudaka Cuisine.

Baru hendak labuhkan duduk, telefon pintarnya berdering minta di jawab.

Menarik keluar dari poket seluar, Ian Hamza lihat nama pemanggil di atas skrin telefon.

Mama!

Butang hijau dileretkan sebelum di bawa alat komunikasi itu ke telinga kanan. Kaki di bawa melangkah ke meja kerja.

“ Waalaikumussalam. Ya ma!" Ian Hamza labuhkan duduk. Tali leher di longgarkan sedikit. Panas cuaca di luar tadi buat badannya rasa berpeluh. Masuk ke pejabat, barulah dapat merasa udara dari penghawa dingin.

“ Yan..Azwin mana?" soal Izzah cemas.

“ Yan baru sampai ofis ni. Dia ada meeting dekat bank negara rasanya. Kenapa ma?" soal Ian Hamza hairan. Osiris di lengan kiri dikerling. Sebelas empat belas pagi.

“ Qiqi..."

Tegak duduk Ian Hamza apabila mendengar nama Qiqi.

“ Kenapa dengan Qiqi?"

“ Cikgu dia baru telefon mama sekejap ni. Qiqi buat masalah di sekolah. Sebab tu mama cari Azwin."

“ Mama dah call Kak Win?"

“ Dah banyak kali. Tak berangkat. Cikgu pun banyak kali dah telefon dia." adu Izzah.

“ Habis mama nak Yan buat apa?"

“ Cikgu minta datang ke sekolah sekarang. Mama nak pergi pun Khairul tak ada. Boleh Yan bawa Azwin ke sekolah dan berjumpa cikgu?" Izzah beri pendapat.

Osiris dikerling lagi dengan akal masih ligat berfikir.

“ Rasanya Kak Win belum habis meeting tu. Tak apalah ma, biar Yan je yang pergi jumpa cikgu.." jelas Ian Hamza.

“ Mama tak susahkan Yan ke?"

“ Apa yang susahnya ma..Qiqi pun anak Yan juga. Dah, mama jangan susah hati. Biar Yan ke sekolah dulu. Apa-apa Yan update mama."

“ Baiklah." talian dimatikan Izzah.

Capai kunci kereta Ian Hamza keluar dari bilik tergesa-gesa. Telefon dikepit di celah telinga semula cuba untuk menelefon Azwin. Namun hanya deringan yang panjang saja kedengaran.

Hampir setengah jam memandu ke bank negara, Ian Hamza tiba dan mencari Azwin. Nasib saat itu kakak iparnya sudah selesai mesyuarat apabila panggilan Ian Hamza tadi di balas semula Azwin.

Ian Hamza menanti Azwin di tempat parkir kereta. Sebaik kelihatan susuk Azwin, terus Ian Hamza panggil.

“ Kenapa biy?" soal Azwin hairan. Tiba-tiba saja lelaki itu mengatakan mahu menjemputnya di situ sedangkan Ian Hamza tahu yang Azwin ke sana menaiki keretanya sendiri.

“ Jom pergi sekolah anak. Teacher call mama tadi!" Wajah Ian Hamza kelihatan gusar.

Berkerut wajah Azwin dan terpinga-pinga.

“ Sekolah anak? Siapa? Qiqi ke?"

“ Kita ada anak lain yang bersekolah ke selain Qiqi?" soal Ian Hamza dengan nada serius. Wajah gusar tadi bertukar ketat. Dia menggeleng geram.

Malas melanjutkan bicara, Ian Hamza terus tuntun lengan baju Azwin menapak ke keretanya. Malas mahu melengahkan waktu.

.
.

QIQI sejak tadi menangis tersedu-sedu. Air mata masih tak surut. Bengkak habis matanya. Dia jadi takut dan berdebar-debar ketika melihat kedua papa dan mamanya tiba ke bilik pengetua.

Aufa juga duduk berselang dua buah kerusi dengannya di temani guru kelas mereka Cikgu Nurin. Kepalanya sudah bertampal pelekat luka.

Hampir setengah jam menanti Azwin dan Ian Hamza bermesyuarat di bilik pengetua buatkan Qiqi tak senang duduk. Dia pasti akan di marahi Azwin lagi kali ini kerana mengulangi kesilapan yang sama.

Inilah sebabnya dia tidak mahu datang ke sekolah. Dia benci berkawan dengan Aufa. Aufa selalu buatkan hidupnya berantakan.

“ Qiqi!" tinggi suara Azwin buatkan Qiqi angkat wajah takut-takut.

Qiqi berdiri tegak saat di hampiri orang-orang yang keluar dari bilik pengetuanya. Sisa air mata dihapus dengan belakang tangan.

“ Tak apa puan, jangan marah Qiqi. Dia masih kecil. Saya pasti dia tidak berniat untuk mencederakan Aufa. Lagipun apa yang jadi pada Aufa cuma kecederaan kecil." ujar Shila yang tersenyum lembut ke arah Azwin.

Azwin mengeluh dengan mata tak lepas memandang Qiqi. Hatinya panas dan sakit saat mendengar perkara yang berlaku tadi.

“ Maaf sangat-sangat Shila. Saya akan nasihatkan Qiqi supaya kejadian seperti ini tidak berulang. Terima kasih kerana tidak mengambil apa-apa tindakan." balas Azwin.

“ Tak ada apa pun. Biasalah budak-budak. Cara bermain, bergurau, bersenda anak-anak sekarang jauh berbeza dari dulu. Peredaran masa merubah keadaan pembesaran mereka. Saya sudah maafkan Qiqi. Mungkin anak saya juga bersalah. Aufa membesar dalam hubungan broken family. Jadi sifatnya mungkin sedikit sebanyak mempengaruhi pergaulannya dengan rakan-rakan."

Azwin mengangguk lega kerana Shila begitu memahami. Merangkul tubuh Shila, Azwin berpelukan seketika dengan ibu kepada Aufa itu.

“ Maaf sekali lagi di atas kelakuan anak kami. Ini saguhati untuk kecederaan Aufa." ujar Ian Hamza sambil hulur wang perubatan untuk kecederaan Aufa.

Shila menolak lembut dengan senyum nipis.
“ Eh, tak perlu susah-susah tuan!"

“ Tak apa Shila, ambillah. Ikhlas dari kami. Maafkan anak saya sekali lagi." ucap Azwin pula. Tangan Shila di raih Azwin supaya tetap mengambil pemberian dari Ian Hamza itu.

Teragak-agak Shila mengambilnya. “ Terima kasih puan, tuan."

.
.

happy reading.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience