Bab 9

Drama Series 6164

“ BYE dada!" laung Qiqi dari tingkap pintu kereta. Separuh dari kepalanya keluar sambil tangan melambai ke arah Tommy yang berdiri di depan pintu mansionnya.

Tommy angkat tangan turut melambai. Hatinya mencair melihat keletah Qiqi dan Iqie yang comel dan cerdik itu. “ Bye.. see you again.”

Azwin dan Ian Hamza turut sama melambai sejurus masuk ke kereta dan Khairul bergerak meninggalkan perkarangan mansion Tommy.

Menoleh ke belakang memastikan anak-anak berada dalam keadaan baik, Ian Hamza menjeling ke arah Azwin pula.

Azwin tersengih puas melihat beg plastik yang di penuhi buah lemon. Di dalam fikirannya, sudah terbayang berbagai perkara untuk di buat dengan buah lemon yang banyak itu.

“ Banyaknya Kak Win kutip. Nak buat apa banyak-banyak tu?" soal Ian Hamza.

Azwin menoleh dengan sengihan. “ Oh! macam-macam boleh buat. Jus, kek, jem, masker..shampoo.."

Ian Hamza angguk. Tetapi mendengar Azwin menyebut masker dia sedikit pelik dan membuatkan dia bertanya semula.

“ Masker??"

“ Yup, a thing to conceals face."

“ How?" Ian Hamza beralih tubuh. Dari memandang depan dia menoleh ke arah Azwin. Berminat mahu tahu tentang masker yang sebenarnya boleh di buat dari lemon.

“ Nantilah balik Kak Win tunjuk how to make it and use it." ujar Azwin teruja. Bab memasak atau membuat sesuatu benda yang menggunakan bahan alami dia memang suka dan berminat.

“ Okay! I tuntut janji you Kak Win."

.
.

TIKET atas talian ditunjukkan ke arah penyambut tetamu di kaunter tiket. Mendapat pelepasan, terus saja mereka bergerak menuju ke arah bilik teater; di mana akan berlangsungnya persembahan muzikal Barbie in The Land.

Ketika mahu masuk ke dewan teater orang sudah ramai memenuhi pintu masuk sehingga membuatkan mereka terpaksa beratur dan bersesak sedikit.

Ian Hamza terpaksa kerap menoleh bagi memastikan Azwin sentiasa berada di belakangnya agar tak hilang mahupun sesat dalam lautan manusia itu.

“ Kak Win, stay on the track!" pesan Ian Hamza.

Azwin angguk.

Qiqi dan Iqie terpaksa Ian Hamza dukung sama agar anak kecil itu tidak lemas dalam kesesakan umat manusia. Tangan kiri mendukung Iqie manakala Qiqi di bahagian belakang badannya.

“ Qiqi peluk papa kuat-kuat tau!" pesan Ian Hamza pula pada Qiqi.

“ Baik papa!" pelukan pada bahu Ian Hamza Qiqi ketatkan.

Nasib budak berdua kurus saja. Kalau tak mahu patah tulang bahu Ian Hamza.

Beberapa langkah menapak Ian Hamza pusing kepala lagi mencari Azwin. Hampir dia terlepas pandang pada Azwin yang sedikit tertinggal di belakang membuatkan Ian Hamza terpaksa berhenti menapak. Menanti Azwin mendekat semula.

“ Kak Win jalan depan la. Baby susah nak nampak Kak Win kalau jalan belakang. Tertinggal belakang karang, naya je. Kak Win sesat sini, susah nak cari jalan balik nanti!" suruh Ian Hamza. Hujung lengan parka hitam Azwin dia tarik supaya berjalan di hadapannya.

“ Okay.." Azwin menurut.

Dia pun tak lalu sangat dah asyik kena berhimpit dengan orang yang bersesak. Siap kena langgar. Sudahlah tubuhnya bersaiz kecil. Silap haribulan memang dia sesat.

Purata orang barat tu bakanya memang besar-besar. Tak sama seperti baka orang Asia yang kecil molek saiznya. Ian Hamza tak apa, dia lelaki. Tinggi dia pun mencecah 180 sentimeter.

Mereka meneruskan perjalanan sehingga tiba ke dewan teater muzikal. Masuk ke dalam dewan, mulut Qiqi riuh berceloteh. Teruja sama dengan keluasan dewan yang sedang disimbahi lampu-lampu sportlight.

“ Wow besarnya!" tak berkedip mata Qiqi sehingga melopong mulutnya. Ian Hamza tersenyum melihat telatah Qiqi.

Dewan teater yang terbesar di Royal Albert Hall itu berketinggian 42 meter dan di buat oleh seorang arkitek berbangsa Itali serta mampu memuatkan seramai 5272 penonton.

Ian Hamza mengenalpasti tempat duduk mereka dan mula meletakkan Qiqi serta Iqie di kerusi masing-masing sebelum dia dan Azwin membuat keputusan untuk mengapit kedua beradik itu. Ian Hamza di sebelah Qiqi, manakala Azwin di sebelah Iqie.

Setengah jam berlalu, konsert muzikal Barbie in The Land pun bermula. Barisan pelakon layar mula membuat 'welcoming entrance' di atas pentas. Rata-rata penonton bersorak dan memberi tepukan gemuruh apabila persembahan di mulai. Termasuk juga Ian Hamza dan keluarga.

Mereka ralit menonton setiap persembahan yang dilakonkan oleh setiap pelakon. Setiap babak dan cerita di hadam dengan bagus. Malah setiap karikatur cerita diolah dengan baik membuatkan penonton sedikit pun tidak kebosanan. Gaya penceritaan yang turun naik membuatkan persembahan begitu menarik dan berkesan. Bukan anak-anak saja terhibur malah orang dewasa ikut terkesan dengan persembahan itu.

Stereo muzik yang berkumandang juga tak kurang hebat saat persembahan berlangsung. Para pelakon yang melakonkan watak animasi kanak-kanak itu benar-benar memukau hati seluruh pengunjung yang hadir. Ian Hamza berasa sangat puas hati walaupun banyak wang yang dibelanjakan untuk membeli empat keping tiket ke teater muzikal itu.

Sedar tak sedar hampir dua jam persembahan muzikal tersebut berlalu. Kini, selesai sudah persembahan muzikal Barbie in The Land.

Lampu mulai di nyalakan semula dan mencerahkan seluruh dewan. Suara emcee turut kedengaran dan memberi penghargaan buat penonton kerana berjaya menonton filem tersebut hingga ke akhir waktu.

Sementara menanti giliran mereka untuk keluar dari dewan, sempat Qiqi berbual dengan Ian Hamza memandangkan mamanya sudah terlelap dengan Iqie yang berada di dakapan mamanya saat Azwin menyusukan si adik tadi.

“ Papa, tak sangka ya Barbie ni wujud? Qiqi ingatkan ada watak kartun je.." omel Qiqi apabila teringat watak Barbie yang dilakonkan oleh Margot Robbie tadi.

Ian Hamza yang sedang ralit menatal telefon bimbit tersentak apabila mendengar suara Qiqi. Menyimpan telefon, spontan dia menoleh dengan senyuman. Kepala Qiqi digosok manja.

“ Sebenarnya kartun Barbie ni rekaan je. Memang tak wujud. Wataknya di reka dan di bentuk untuk mewujudkan cerita animasi." jelas Ian Hamza.

Terangguk-angguk Qiqi mendengar penjelasan Ian Hamza. Mulutnya sama membentuk huruf o.

“ Seronok tak?"

“ Mestilah seronok."

“ Nanti balik boleh cerita dengan tok pa dan onie yang Qiqi datang sini tengok Barbie." ujar Ian Hamza.

“ Okay.." Qiqi pandang depan semula tapi belum beberapa saat dia kembali pandang Ian Hamza.

“ Nanti, kalau dah start school semula boleh ke Qiqi story pada kawan-kawan yang Qiqi datang London tengok persembahan Barbie dekat sini dengan papa?" polos wajah Qiqi bertanya. Bukan apa, dia sebenarnya semangat nak cerita pada kawan-kawan yang dia sudah ada papa. Itu saja.

Ian Hamza yang tadinya serius kini tarik senyum lebar. Bahagia mendengar pernyataan Qiqi.

“ Kenapa nak bagitahu kawan-kawan Qiqi datang sini dengan papa? Kesian nanti kawan-kawan kecil hati pulak. Bukan semua orang mampu datang sampai London untuk tengok persembahan muzikal Barbie." tanya Ian Hamza.

Qiqi kembungkan pipi sambil berfikir. Kepalanya ligat mengolah ayat yang sesuai.

“ Sebab dekat school kawan Qiqi selalu ejek Qiqi.."

Mendengar ucapan Qiqi kerut di dahi Ian Hamza naik berlapis. “ Why?"

Qiqi mengeluh. Sebut tentang sekolah dan rakan-rakan buat dia hilang minat. Qiqi tayang wajah bosan.

“ Qiqi..." seru Ian Hamza kerana melihat wajah Qiqi seperti ada yang tidak beres. Wajah Qiqi dipaut.

“ Sebab Qiqi tak ada papa. Mama kata papa Qiqi dah pergi jauh." berkolam mata Nia Shaqila.

“ Allah!" Ian Hamza tahan rasa sebak yang bertandang di dasar dada. Perit menerima kenyataan yang satu itu.

“ Tapi sekarang Qiqi dah datang jauh-jauh ke London jumpa papa. Jadi Qiqi nak ceritalah pada kawan-kawan yang Qiqi dah ada papa dan dapat datang sini tengok Barbie dengan papa." ujar Qiqi tiba-tiba dengan riak bertukar gembira. Lengan Ian Hamza yang diletak pada tangan kerusi itu Qiqi sauk dan mengendeng manja. Senyumannya mencair.

Hati lelaki Ian Hamza tersentuh. Terus ubun-ubun Qiqi, Ian Hamza cium. “ Lepas ni, papa akan selalu ada untuk Qiqi dan Iqie ya. Papa sayang Qiqi dan Iqie. Papa minta maaf sebab duduk jauh dengan Qiqi dan Iqie."

“ Mama?" soal Qiqi.

Kening Ian Hamza bertaut. Tak faham.

“ Kenapa dengan mama?"

“ Papa tak sayang mama?"

Ian Hamza tersenyum. Pipi montel Qiqi disentuh.

Alahai anak!

“ Papa sayang semua. Tok Pa, Onie, Mama, Iqie dan Qiqi."

.
.

KECOH dapur petang itu. Suara lembut Azwin saling bertingkah dengan suara besar Ian Hamza. Habis berkecah dapur dikerjakan Ian Hamza dan Azwin di sebabkan lemon-lemon yang dikutip Azwin dari mansion Tommy semalam.

Itu semua gara-gara secebis janji Azwin yang dituntut Ian Hamza. Ian Hamza pantang apabila ada yang berjanji dengannya, pasti dia tuntut sehingga dapat.

Tidak dapat elak, Azwin terpaksa melunaskan janjinya untuk menunjukkan cara membuat masker dari lemon kepada Ian Hamza.

“ Kenapa kena potong macam tu?" soal Ian Hamza saat melihat Azwin sedang memotong buah lemon secara melintang.

Beberapa biji lemon yang sudah dibasuh diambil Azwin. Lemon yang kekuningan warnanya dan lembut dipilih Azwin dan di potong terlebih dahulu.

Azwin mengeluh. Ian Hamza sejak tadi banyak sungguh pertanyaannya. Kenapa begitu, kenapa begini sehinggakan Azwin hilang diksi untuk memberi jawapan.

“ Sebab memang kena potong macam tulah."

“ Kalau tak potong tak boleh ke?"

“ Tak boleh. Susah nak perah jus dia. Nak buat masker kita perlukan banyak jus lemon. Kena pilih lemon yang betul-betul masak dan ranum. Barulah dapat jus yang banyak. Ianya untuk hasilkan masker yang berkualiti."

“ Itu sebab tangan Kak Win kecil. Kalau besar rasanya tak perlu potong kut."

“ Tangan lelaki memang lah besar." ujar Azwin sambil menjeling Ian Hamza geram.

Ian Hamza ambil dua biji lemon dengan kedua tangannya lalu memicit lemon tersebut di atas kaunter.

“ Buat macam ni barulah banyak air lemon tu." ajar Ian Hamza.

“ Ian Hamza Husyn..kita nak buat masker lemon cara Kak Win. Kalau tak boleh ikut cara Kak Win sila keluar dari sini.."

Ian Hamza tergelak. “ Baiklah Rea Azwin Rashid. Your command." Dia menunduk mempersilakan Azwin agar meneruskan acaranya.

Hampir sepuluh minit berperang dengan lemon yang ada Azwin dan Ian Hamza tersenyum akhirnya melihat beberapa mangkuk masker lemon yang telah siap di proses.

“ Dah boleh guna ke ni?"

“ Dah. Try lah!" Azwin sua mangkuk berisi masker lemon kepada Ian Hamza.

Mencolek menggunakan sebatang kayu seperti kayu aiskrim, Ian Hamza angkat ke depan wajah lalu menghidu tekstur masker yang agak pekat itu.

“ Wangi jugak bau dia."

“ Bau lemon lah."

“ Bukan."

Azwin kerut kening. Buat pakai lemon sudah tentulah bau lemon. Takkan bau strawberi pula.

“ Habis tu bau apa?"

Ian Hamza tayang wajah nakal. Dia mendekat ke arah wanita itu.

“ Bau Kak Win." lantas kayu yang terisi tekstur masker tadi dicalit ke wajah Azwin sehingga terpalit di hidung wanita itu.

“ Baby!!!"

Ian Hamza gelak kuat. Kelakar melihat wajah Azwin yang bertompok kuning dari masker buatannya tadi. Azwin sudah cemberut wajahnya. Dia mendengus geram. Sakit hatinya kerana dimainkan Ian Hamza.

Mangkuk berisi masker yang lain, Azwin capai. Sudip kayu yang digunakan semasa membuat masker di awal tadi diambil lalu diarah ke Ian Hamza.

“ Baby..." panggil Azwin tanpa rasa berdosa.

Ian Hamza toleh dengan sisa tawa yang belum terpadam.

Pap! Sudip kayu berisi masker, dibaling ke arah Ian Hamza.

“ Kak Win." terjerit Ian Hamza terkejut.

Tanpa sempat mengelak cairan masker terkena pada wajah Ian Hamza pula.

Giliran Azwin pula mengekek ketawakan Ian Hamza.

“ Padan muka.."

“ Ambik ni.."

“ Hey, tak aci.."

“ Aci kat India..uwekk!!"

“ Eii jahatnya dia.."

Maka bermulalah pertarungan masker antara mereka berdua. Semakin agresif peperangan terjadi, semakin agresif juga tindakan Azwin dan Ian Hamza apabila buah lemon turut menjadi senjata mereka. Habis bertabur buah lemon bergolek ke merata pelusuk dapur dibaling. Berkecah dapur dengan gelagat dua orang dewasa itu.

“ Win..Yan.." seru Dato' Husyn.

Berlipat kepala Azwin dan Ian Hamza berpusing. Terkejut melihat dua susuk yang sedang berdiri di hadapan pintu dapur.

Dato' Husyn cekak pinggang. Izzah menggeleng kepala melihat keadaan dapur yang dah tunggang langgang. Iris mata keduanya menyapu seluruh isi ruang dapur yang sudah di cemari. Lebih pening, apabila melihat tubuh Azwin dan Ian Hamza yang sama ikut tertempel masker lemon buatan Azwin.

“ Jumpa papa kat depan!" tegas Dato' Husyn beri arahan seraya berlalu pergi.

Azwin dan Ian Hamza saling berpandangan. Iris masing-masing naik bertanya sesama sendiri. Tak sempat bersoal lanjut, Dato' Husyn hilang dari pandangan.

Azwin lepas keluh.

“ Aduh, masak!" Ian Hamza tepuk dahi. “ Kak Win lah ni.."

Bulat mata Azwin. “ Baby yang mulakan dulu."

“ Kak Win lah.."

“ Baby yang attack dulu.."

“ Sudah.. dua-dua sama je. Cepat siap, lepastu jumpa papa di depan. Ada benda papa mama nak bincang!" Izzah lerai pertelingkahan kecil antara Azwin dan Ian Hamza.

Azwin berjalan ke arah sinki, calitan masker lemon di cuci dan dibilas bersih. Terus menonong Azwin naik ke tingkat atas meninggalkan Ian Hamza yang masih statik berdiri di tengah-tengah dapur.

“ Yan, kemas semua barangan ni. Jangan tinggal satu pun!" pesan Izzah semula.

.
.

Happy reading..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience