Bab 15

Drama Series 6054

“ KITA cancel lah tengok Bohemian Rhapsody." beritahu Azwin apabila melihat Iqie yang sudah terlena semula dalam pelukan Ian Hamza selepas di ambil lelaki itu.

“ Laa..kenapa nak cancel pula?”

“ Tu Iqie dah tertidur.." telunjuknya naik ke belakang tubuh Iqie.

Ian Hamza tersenyum. Kepala Iqie di belai lembut. Sesekali pucuk hidungnya mencium penuh kasih pipi Iqie yang menempel di atas bahunya. Wajahnya begitu polos membuatkan sesiapa yang melihat akan jatuh sayang pada anak yatim itu.

“ Alah tidur je pun.. it's okay. Boleh je tengok. Jom.." ajak Ian Hamza.

Ian Hamza melangkah ke sofa dengan tubuh Iqie tetap di dalam dukungannya. Di bawa tubuh duduk ke sofa berangkai tiga.

“ Kak Win duduk hujung.." telunjuk Ian Hamza mengarah ke sebelah hujung sofa menyuruh Azwin.

Akur, Azwin melabuhkan duduk.

Kepala Iqie di letakkan ke riba Ian Hamza manakala bahagian kaki pula di letakkan ke riba Azwin sambil tangan Ian Hamza menepuk peha gebu anak kecil itu. Suaranya juga tak henti berselawat mendodoikan Iqie supaya lebih lena.

Setelah memastikan Iqie benar-benar lena, Ian Hamza meneruskan rancangan mereka untuk menonton filem Bohemian Rhapsody.

Remote control di capai lalu membuka rancangan Netflix di layar kaca dan menaip tajuk tersebut. Ianya adalah sebuah kisah tentang hidup Freddie Mercury, seorang penyanyi lagenda kumpulan rock luar negara yang terkenal dengan nyanyian bertenaganya di samping berbakat dalam bermain piano ketika membuat persembahan secara langsung.

“ Muka sama la dengan Freddie?" Azwin teruja saat melihat muka watak utama pelakon Bohemian Rhapsody iaitu Rami Malik.

Ian Hamza tersengih. Sebelah tangan yang menyangga kepala di turunkan ke riba. Butang pause di tekan. I phone di sebelah di capai sambil tangan membuka aplikasi YouTube dan mula mencari pautan nama Freddie Mercury di sana.

Terpapar saja di skrin telefon, dia tunjukkan ke arah Azwin.

“ Ya ke? Lain sikit..cer tengok betul-betul."

Azwin melarikan iris dari skrin tv yang berwajah Rami Malik ke arah skrin telefon yang berwajah Freddie Mercury.

“ Ala sikit je lari..dekat hidung tu yang nampak sama."

“ Mana lebih kacak?"

Azwin buat perbandingan. Iris mata sekejap terarah ke layar tv dan sekejap ke skrin telefon di tangan Ian Hamza. Berfikir sejenak sebelum dia tersengih-sengih memberi jawapan.

“ Rami Malik kut.."

“ Mata perempuan memang suka yang kacak-kacak saja kan!" Ian Hamza sengaja membuat tanggapan. Mahu melihat reaksi Azwin.

Azwin memandang Ian Hamza dengan mengecilkan mata.

“ Don't start baby..tadi ajak tengok lepastu nak ajak Kak Win berdebat pula. Mana satu ni?"

Ian Hamza tergelak. Kedua tangan di lekap sesama sendiri lalu di bawa ke depan Azwin dengan gaya memohon maaf. “ Maafkan hamba tuan puteri. Hamba khilaf. Boleh kita sambung tengok?"

Azwin geleng kepala. Iris matanya kembali fokus ke depan layar kaca televisyen setelah Ian Hamza menekan semula butang pause tadi dan langsung mereka meneruskan tontonan.

Setengah jam berlalu. Azwin mula rasa mengantuk. Pelupuk matanya terasa berat. Tanpa sengaja dia menguap dan lantas menarik perhatian Ian Hamza untuk berpusing ke sebelah.

“ Mengantuk dah ke?"

“ Mengantuk juga tapi still nak tengok."

“ Sekejap." Ian Hamza menekan kembali butang pause sebelum bangun dari sofa. Kepala Iqie di letakkan berhati-hati ke bantal agar tidur anak itu tidak terganggu.

Belum sempat Azwin bersoal hendak ke mana Ian Hamza sudah lesap menuruni tangga. Sementara menanti Ian Hamza kembali, telefon bimbitnya di capai. Memeriksa beberapa pesanan penting yang masuk ke aplikasi hijau.

Dalam banyak-banyak pesanan Azwin amat tertarik dengan satu pesanan yang terdapat di situ. Namun pesanan itu tidak mempunyai nama dan hanya mempunyai nombor saja. Terus saja Azwin membuka pesanan ringkas tersebut.

- Hai Rea. Sorry for disturbing.

- Esok lunch I nak treat u for ur helping.

- Pls don't reject it. I'm begging u.

Malas berfikir gerangan siapakah yang menghantar pesanan tersebut, terus nombor itu di sekatnya. Sesungguhnya dia tidak berminat untuk keluar dengan gerangan tersebut apatah lagi jika orangnya makhluk bernama lelaki.

Telefon kembali di letakkan ke tepi meja. Kembali mengalihkan iris ke layar televisyen, susuk Ian Hamza muncul bersama talam berisi dua muk kaca serta bungkusan kerepek ubi pedas dan sebungkus besar kuaci merah.

“ What was that?" soal Azwin sambil menjengah ke talam yang di tatang Ian Hamza sebelum meletakkannya ke meja kopi di depan Azwin.

“ My treat for my lady... Lepas minum confirm hilang mengantuk. Try lah mocana coffee. Fresh brew with white almond.." Muk berisi kopi campuran itu di sua kepada Azwin.

“ Thank you." Azwin mencicip sedikit. Merasa kopi yang kena pada lidah.

“ How?" Ian Hamza memandang Azwin dengan pandangan tak sabar. Mahu Azwin memberi komen kepada kopi yang baru saja memasuki mulut wanita itu. Azwin kelihatan terfikir-fikir.

Jelas kopi campuran itu kena dengan tekaknya yang seorang penggemar kopi membuatkan Azwin mencicip kopi buatan Ian Hamza semula.

“ Not bad!"

Mengendur bahu Ian Hamza. Sangkanya Azwin mahu memuji dan memberi komentar yang baik. Penuh teliti dia brew biji kopi dengan almond tadi. Tapi akhirnya Azwin sekadar mengatakan boleh tahan.

Melihat wajah Ian Hamza yang cemberut Azwin terkekeh dengan sengaja.

“ You're in my list!"

“ What?" kelam wajah Ian Hamza tak faham.

“ My top list barista."

“ Kalau macam tu I nak jadi tukang barista Kak Win untuk seumur hidup jelah.."

Azwin tayang wajah pelik. “ Kenapa pulak?"

“ Yelah, senang treat Kak Win je. Tak payah treat ramai-ramai nanti sakit kepala."

Azwin menggeleng. Dengan Ian Hamza, kata-kata yang keluar dari bibir itu segalanya berbaur lucu. Ada saja jawapan yang boleh buatkan Azwin tersenyum dan ketawa.

“ Okay...dah-dah jom tengok Rami Malik..kalau Iqie terjaga kejap lagi apa pun tak boleh..." ajak Azwin. Muk kopi yang sudah tinggal separuh di kembalikan ke meja kopi. Benar, matanya tidak lagi berasa layu setelah minum kopi buatan Ian Hamza yang sedap dan lazat.

Mereka akhirnya sambung menonton cerita tersebut sehingga babak terakhir.

.
.

AISHAH menuju ke bilik Azwin sambil mengendong sejambak bunga rose merah jambu dan menjinjit bakul yang berisi coklat bar dari jenama Grandeaur. Pintu bilik ketuanya itu diketuk.

“ Masuk," arah Azwin.

Meletakkan barangan yang di bawa ke meja kerja Azwin, terus kerusi ditariknya dengan cemerkap sekali.

Azwin angkat wajah dari skrin komputer ke arah Aishah yang bersikap semberono itu. Berkerut wajahnya menatap gadis itu yang sedang tersengih-sengih.

“ Yes, Aishah.. what's the matter?"

“ Wah, mentang-mentang dah ada peminat sekarang, kau eksyen pula dengan aku eh.."

“ Clear me.." menjatuhkan pen di tangan, Azwin lipat siku rapat ke meja. Tubuhnya di bawa ke hadapan sedikit dengan riak tak faham.

“ Ni bunga..dan ni coklat." Aishah angkat satu persatu jambangan bunga dan bakul coklat ke hadapan Azwin dengan lebih dekat.

Jatuh rahang Azwin. “ Siapa bagi?"

Aishah jungkit bahu. “ Rider tinggalkan dekat receptionist depan. Kata Kak Mas tadi ada nama kau kat situ. Tengoklah kad tu.." suruh Aishah lagi.

Azwin tarik nafas dalam. Masih terfikir gerangan yang menghantar benda alah itu kepadanya namun akal masih tidak dapat berfikir dengan jelas. Mungkin peminat misteri? Sejak bila dia ada peminat? Memikirkan itu, Azwin jadi seram.

Menarik sepotong kad kecil yang terlekat di celahan bunga, iris matanya memerhati setiap bait yang tertera di situ.

For the lady ‘ Win' I want to win off.

from - TMJ

“ TMJ?"

“ Kelas kau TMJ bagi bunga.." sakat Aishah.

“ Siapa tu?" soal Azwin.

“ Tengku Mahkota Johor." Aishah tergelak sebaik teringatkan singkatan nama untuk Raja Mahkota Johor itu.

“ Sejak bila aku kenal TMJ yang itu?" Azwin papar wajah blur.

“ Mana lah aku tahu. Ni TMJ mana pula kau rembat jadi peminat ni?"

“ Kalau aku tahu tak adalah aku tanyakan kau.." bebel Azwin seraya menjeling. Jambangan bunga di ambil lalu di bawa ke hidung dan di bau haruman dari bunga mawar hidup itu. Wangi. Tidak Azwin nafikan. Tapi dia bukanlah peminat bunga. Jadi, bunga mawar itu tidak membuatkannya teruja.

Jambangan bunga mawar merah jambu itu di tolak ke arah Aishah semula. “ Kalau kau nak..kau ambillah. Kalau tak nak bagi kat orang lain atau masukkan ke dalam tong sampah."

Aishah cepat-cepat menarik jambangan bunga tersebut lalu di bawa ke dalam pelukan. Seketika hidungnya menangkap aroma bunga mawar yang segar dan wangi itu. Terus Aishah rasa dia sudah jatuh cinta.

Azwin geleng kepala melihat telatah Aishah.

“ Cik Nur Aishah can you give me some space to clear my works?"

Mendengar bicara Azwin yang sepertinya menghalau itu, buatkan Aishah tayang wajah geram.

“ Nak keluar la ni.. Aishah bangun dari kerusi dan berpusing namun seketika dia kembali menoleh ke arah Azwin semula. Win..kalau coklat tu aku nak juga boleh?"

Azwin yang sudah kembali menghadap komputer mengangkat wajah semula.

“ Ambiklah..sedekah dekat front desk kau sekali." suruh Azwin sambil merujuk kepada anak-anak buah Aishah yang sedang intern di bawah seliaan gadis itu.

.
.

PULANG dari kerja, Qiqi berlari anak mendapatkan Azwin di ruang tamu ketika Azwin duduk berehat sebentar sebelum naik ke atas. Qiqi hulur sehelai kertas bertulis di tangannya kepada Azwin.

“ Apa ni?"

“ Kertas la mama.." ujar Qiqi dengan sengihan. Dia naik bersila di sofa bersebelahan Azwin.

Azwin tergelak. Hmm..lupa anaknya masih kecil dan tidak pandai lagi membaca.

Kertas bertulis di tangan Azwin baca satu persatu.

“ Oh, teacher ada buat lawatan ke Aquaria, KLCC."

“ Ya mama. Teacher cakap tempat ikan-ikan dan tumbuhan laut" beritahu Qiqi sebaik teringat akan penceritaan gurunya di sekolah tadi.

Azwin angguk faham.

“ Qiqi nak pergi ke?"

“ Nak. Teacher ajak mama sekali. Semua orang boleh bawa mama dan papa."

“ Tapi mama kerja. Macam mana nak ikut Qiqi? Qiqi pergi dengan teacher ajelah ye.." Azwin berterus-terang. Pihak sekolah pun, buat di tengah-tengah minggu bekerja. Macam mana nak ikut anak-anak? Kalau hujung minggu tak apalah.

Qiqi tayang wajah cengeng.

“ Mama dah tak sayang Qiqi!" terus saja Qiqi berlari meninggalkan Azwin.

“ Qiqi.." panggil Azwin. Keluhan dilepaskan. Tangan kanan naik memicit pelipis.

“ Kenapa tu?"

Azwin tersentak saat suara serak Ian Hamza menegurnya dari belakang. Bayang Qiqi berganti dengan susuk Ian Hamza yang muncul dari pintu masuk rumah. Lelaki itu juga nampaknya baru pulang dari kerja dengan briefcase masih di bimbitnya.

“ Merajuk." sepatah jawab Azwin. Tubuh di bawa duduk semula ke sofa tadi dengan borang kebenaran masih di tangan. Runsing kepalanya dengan permintaan Qiqi.

Ian Hamza ikut duduk di sebelah Azwin. Tie yang masih menjerut leher Ian Hamza longgarkan sekaligus membuka dua butang teratas kemeja kerjanya. Iris matanya terarah ke tangan Azwin yang memegang kertas bersaiz A4 itu.

Ian Hamza hulur tangan menarik borang itu dari Azwin. Irisnya ikut membaca butiran yang tercetak di situ.

“ Merajuk sebab apa?"

“ Nak suruh Kak Win ikut ke lawatan sekolah dia."

“ Then what's the matter?"

“ Kan tulis lawatan tu hari Rabu.. pukul 9 pagi. Macam mana nak pergi? Kak Win kan kerja!" jawab Azwin serba salah dengan kehendak Qiqi.

Iris Ian Hamza ikut meneliti barisan waktu tempat dan hari yang tertera di kertas. Benar, ianya jatuh pada hari bekerja.

“ Jangan risau..nanti baby pujuk dia!"

“ Thanks baby.."

“ No need. By the way, can you bring something lite juice. Hauslah!" sengih Ian Hamza dengan wajah yang menahan rasa kering di tekak.

“ Sure."

Mengangguk Azwin terus bangun menghala ke dapur dan mengambil jus yang di pinta Ian Hamza lalu dihulurkan kepada lelaki itu. Meneguk minum Ian Hamza mendesah lega.

“ Thanks Kak Win!"

“ Pastikan pujuk Qiqi."

“ Natuurlijk mi amor!”

.
.

MALAMNYA Ian Hamza mengambil alih tugas menidurkan Qiqi. Kesempatan itu, di ambilnya untuk memujuk Qiqi yang sedang merajuk dengan Azwin.

“ Qiqi nak pergi Aquaria dengan mama ke?" letak duduk selimut di dada Qiqi, Ian Hamza betulkan selepas membelai ubun-ubun Qiqi dengan penuh kasih. Tak lupa juga ciuman untuk anak itu.

“ Nak...ceria wajahnya dengan senyuman tetapi hanya sebentar. Senyuman Qiqi memudar dan keruh. Mama cakap mama kerja. Sebab tu tak boleh temankan Qiqi..."

“ Kalau papa pujuk mama pergi Aquaria, Qiqi suka tak?"

“ Mestilah suka. Papa boleh tolong pujuk mama ke?" Qiqi tersenyum ceria.

“ Mestilah boleh. Apa saja untuk Qiqi."

“ Yeay!! Nanti papa ikut Qiqi sekalilah? Qiqi nak beritahu kawan yang papa dah balik Malaysia." Qiqi berteriak suka sambil memberitahu perancangannya.

“ Boleh. Tapi janji dengan papa Qiqi jangan merajuk lagi! Jangan marah-marah mama. Kena sayang mama selalu sebab mama sayangkan Qiqi dan Iqie sangat. Berdosa tau kalau marah mama. Nanti Allah dan rasul tak sayang."

“ I'm promise papa!" senyum Qiqi mengembang.

“ Good girl." Kepala Qiqi di gosok manja.

“ Good nite papa! Love you!"

“ Good nite. Baca doa juga sebelum tidur.”

Happy Reading..thanks yg komen..WL hargai sgt2..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience