Bab 6

Drama Series 6054

AZWIN resah. Semakin lama semakin serak suara Iqie menangis. Kuat dan semakin lantang. Serba tak kena Azwin mendukung anak kecil itu. Sekejap dikendong, sekejap dipangku dan sekejap didukung, tapi tetap saja Iqie menangis.

Hampir sejam Noah Shauqi menangis, buatkan Azwin terpaksa keluar dari bilik untuk mencari Izzah. Iqie dia tinggalkan bersama Suri yang juga sudah buntu mahu memujuk Iqie.

Jarang Iqie begitu sejak lahir. Anak itu mudah diasuh dan dijaga sejak bayi, tetapi malam ini lain pula halnya. Tengah-tengah tidur Iqie bangun menangis sepertinya dia berada dalam keadaan yang amat sakit. Azwin sudah memeriksa tubuh Iqie namun semuanya nampak dalam keadaan baik. Tangisan Iqie berlanjutan membuatkan Azwin menjadi panik. Laju dia berlari menuju ke bilik Izzah dan Husyn tetapi sesaat kemudian Azwin terasa bagaikan dunia yang dipijak berpusing. Pejam mata, Azwin sempat berbisik dalam hati agar tiada siapa yang melihat jika dia jatuh ke lantai.

Namun sangkaannya meleset apabila terdengar suara husky seseorang menerjah di gegendang telinga.

“ Kak Win lari laju-laju nak pergi mana?" suara husky itu bertanya sekali pakej senyum senget.

Buka mata nyaris Azwin menjerit. Nafasnya terasa tak terhembus keluar dari saluran pernafasan. Jantung juga berdegup kencang. Bukan kerana terpesona dengan suara husky tersebut tetapi kerana dek terkejut melihat wajah Ian Hamza yang menyerupai Shrek. Habis bersalut masker hijau wajah bersegi lelaki itu. Yang kelihatan cuma biji mata putih dan hitam serta rekahan bibir merah lelaki itu.

“ Kak Win.." panggil Ian Hamza seraya mematikan pandangan cuak Azwin ke arahnya.

Tersedar namanya diseru, Azwin angkat wajah. Belum sempat membalas, suara Izzah pula menyapa mereka.

“ Yan, Win kenapa?"

Azwin dan Ian Hamza beralih memandang Izzah di depan pintu.

“ Ya Allah Yan!" lantang suara Izzah. Dia juga terkejut melihat wajah si anak.

Ian Hamza tayang wajah tak bersalah. Bersama sengihan dia membalas teguran si mama.

“ Kak Win ni ma, lari laju-laju entah nak ke mana sampai tak sedar langgar Yan." terang Ian Hamza.

Iris Izzah melorot ke arah mereka berdua yang berdiri agak rapat. Bulat matanya melihat jarak antara mereka membuatkan keduanya tersedar keadaan mereka yang berdekatan dan bersentuhan. Curiga Izzah jadinya. Perasankan itu, lekas Ian Hamza melepaskan pautan bahu Azwin.

“ Win..err..Win nak panggil mama." balas Azwin pula tergagap. Terkejut dek wajah Ian Hamza yang belum hilang kini ditambah pula dengan pandangan curiga dari Izzah.

Azwin gigit bibir. Serba salah. Serba salah pada Ian Hamza kerana melanggar lelaki itu juga pada Izzah kerana membuatkan Izzah berasa curiga dengannya. Saat itu, rasa mahu dia ketuk saja kepala sendiri dek tingkahnya yang tak semenggah itu.

“ Kenapa Win cari mama?"

“ Win..Win nak kejut mama. Nak minta tengokkan Iqie. Tak tahu kenapa dia asyik menangis dari pukul 2 tadi." beritahu Azwin.

Izzah pandang Ian Hamza dan Azwin silih berganti. Izzah mula tak sedap hati.

“ Selalu macam tu ke?" soal Ian Hamza.

Azwin geleng kepala. “ Tak pernah."

“ Kenapa? Dia sakit perut tak?" soal Izzah kalut. Terus saja dia mencelah di tengah Azwin dan Ian Hamza menuju ke bilik mencari Iqie saat mendengar suara Iqie yang sayup-sayup menangis.

Azwin mengekor Izzah manakala Ian Hamza masuk ke biliknya. Keluar semula setelah, wajahnya di bersihkan dari palitan masker lalu bilik Azwin dituju. Hatinya ikut tak sedap mendengar tangisan Noah Shauqi yang nyaring.

Menghampiri Suri, tubuh Iqie di ambil Izzah namun Iqie menolak sambil meraung seperti kesakitan.

“ Kenapa ni Iqie? Iqie nak susu tak?" soal Izzah cuba memujuk. Selalunya bila di tawarkan susu, Iqie akan terpujuk, tetapi tidak malam itu. Gelengan dan raungan kuat Iqie membuatkan mereka semua cemas.

“ Cuba Yan pujuk dia pula.." suruh Izzah apabila susuk Ian Hamza muncul di depan pintu.

Angguk, Ian Hamza mendekati Suri. Tubuh Iqie dirangkul dan didukungnya penuh hati-hati.

“ Akittt...Akitttt.." jerit Iqie tetapi tidak meronta. Sebelah tangannya merangkul leher Ian Hamza kuat.

“ Iqie sakit mana sayang? Bagitahu papa Yan sakit kat mana?" pujuk Ian Hamza lembut. Wajah Iqie yang basah dengan air mata dikucup penuh kasih. Ubun-ubun anak kecil itu diusap manja.

“ Akitt..Akitt ini.." rengek Iqie sambil menunjukkan lengan kirinya.

Ian Hamza sentuh lengan kiri Iqie, terus Iqie menjerit nyaring.

“ Tangan Iqie problem ni. Sebab tu tadi baby cakap bawak pergi check up. Tengok sekarang dia cakap sakit. Macam mana Kak Win jaga anak ni? tanya Ian Hamza. Wajah Azwin dia pandang geram kerana selepas kejadian Iqie jatuh siang tadi, sudah disuruh bawa anaknya ke hospital tetapi Azwin menolak dengan alasan Iqie sudah okay.

Tak sempat membalas, sekali lagi Ian Hamza bersuara dan mengarah. “ Dah..siap cepat. Kita bawa dia ke hospital!"

Ian Hamza membetulkan posisi tubuh Iqie di dalam dukungannya. Langkah kaki pantas di bawa ke muka pintu. Mahu membawa anak saudaranya ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut jika benar anak itu mengalami kecederaan.

Azwin tersentak bila suara keras Ian Hamza mengarah. Hatinya terusik. Jiwanya beremosi dengan tuduhan si adik ipar.

“ Kak Win dengar tak baby cakap ni?" Ian Hamza bertanya semula selepas melihat Azwin masih berdiri kaku tidak bergerak.

“ Win, Yan panggil tu. Cepatlah..bawakan Iqie ke hospital. Kesian dia." tegur Izzah seraya sentuh bahu Azwin.

Pandang wajah Izzah, Azwin angguk apabila Izzah memberi isyarat mata supaya mengikut Ian Hamza.

ST THOMAS' HOSPITAL Ian Hamza tuju. Langkah panjangnya yang sedang kendong Iqie di bawa laju menuju ke bahagian kecemasan sambil diekori Azwin.

Ian Hamza membawa Iqie duduk di ruangan menunggu sementara menanti namanya dipanggil selesai mendaftar tadi. Iqie sudah berhenti menangis. Anak itu ralit menonton rancangan kartun di telefon Ian Hamza.

Azwin pula hanya berdiam diri. Ditanya Ian Hamza sepatah, sepatah juga yang di jawabnya. Bukan apa, dia masih terkesan dengan tuduhan Ian Hamza di rumah tadi. Lebih tepat, dia sedang berkecil hati dengan lontaran kata-kata tersebut. Tidak wajar, Ian Hamza menuduhnya tidak pandai menjaga anak. Berat sangat tuduhan yang dilemparkan membuatkan Azwin rasa hendak meraung ketika ini. Terus saja dia teringatkan arwah Iman Hazim. Kalau suaminya masih ada, tentu semua ini takkan terjadi. Hati Azwin menjadi sebak. Di kala itu, dia benar-benar rindukan kehadiran susuk seorang suami. Air matanya tak semena mengalir namun cepat diseka apabila mendengar nama anaknya dipanggil.

“ Noah Shauqi!"

Panggung wajah, Azwin bangun dan menuju ke kaunter.

“ Noah Shauqi please come in!" jururawat bertugas menyebut nama Iqie agar ke bilik rawatan untuk mendapatkan pemeriksaan.

“ Thank you!" ucap Azwin yang mewakili anaknya lalu kembali ke arah Ian Hamza dan mahu mengambil Iqie.

“ Nanak mama. Papa itut." geleng Iqie. Pautan tangan Azwin di tubuhnya ditolak lalu memeluk leher Ian Hamza ketat.

“ Iqie, jomlah sayang. Nurse dah panggil tu." geram Azwin dengan gelagat Iqie. Sejak sampai ke London, Iqie banyak menghabiskan masa dengan Ian Hamza dan semakin manja dengan adik bapanya itu sedangkan ini kali pertamanya bertemu bapa saudaranya itu sejak lahir setahun setengah yang lalu. Ian Hamza tidak pulang semasa hari Iman Hazim meninggal kerana sedang menduduki peperiksaan dan Iqie lahir setelah 30 hari Iman Hazim pergi.

Semenjak bertemu Ian Hamza, boleh dikatakan 24/7 dia mahu melekat dengan lelaki itu sehinggakan tidak mahu pada Azwin. Runsing Azwin di buatnya.

Azwin hilang sabar apabila sekali lagi jururawat bertugas memanggil nama Iqie.

“ Biy cepatlah pujuk Iqie. Nurse dah panggil tu." terpaksa juga Azwin meminta pertolongan Ian Hamza. Dia sebolehnya tidak mahu bercakap langsung dengan Ian Hamza kerana sakit hatinya yang masih berbekas. Tapi apakan daya, keadaan membuatkan dirinya terpaksa juga bercakap dengan si adik ipar.

“ Iqie jumpa doktor dulu okay." pujuk Ian Hamza. Wajah anak kecil itu diapit dengan kedua tangannya memujuk Iqie bertemu dengan doktor terlebih dahulu.

“ Nanak mama. Papa itut.." lagi-lagi itu yang disuarakan Noah Shauqi membuatkan Azwin mengeluh. Pandang Ian Hamza, Azwin papar wajah minta bantuan.

Akhirnya, Ian Hamza terpaksa juga ikut ke dalam bilik rawatan membawa Iqie bersama Azwin.

Hampir sejam di dalam bilik rawatan, akhirnya mereka bertiga keluar setelah tangan Iqie mendapat pemeriksaan lanjut doktor.

Tangan kanan Iqie yang comel terpaksa diletakkan handuh kerana hasil dari pemeriksaan x-ray mendapati tulang sikunya sedikit lari akibat dari kesan hentakan kuat ke tanah saat Iqie berlari petang tadi. Handuh disangkut ke pangkal leher Iqie untuk tidak membuatkan sendi siku Iqie bergerak dan semakin tersasar dari laluannya. Dan itu membuatkan Azwin berasa menyesal yang amat.

Benarlah tuduhan Ian Hamza tadi bahawa dia tidak pandai jaga anak. Kalau siang tadi dia mendengar kata Ian Hamza yang menyuruh mereka ke hospital, tentu tangan Iqie tidak seteruk itu.

Keluhan berat dilepaskan sebaik masuk ke dalam perut kereta. Air matanya kembali menitis di pipi kerana berasa bersalah dengan Noah Shauqi.

Ian Hamza yang mendengar, lantas menoleh mencari wajah Azwin. Mutiara jernih yang diseka Azwin sempat dipandang Ian Hamza.

“ Kak Win jangan sedih-sedih. Iqie dah okay tu. Tak perlu risau sangat. Doktor beritahu tulang bayi sangat lembut, jadi proses kesembuhan sangat cepat jika dijaga dan dipantau dengan baik." pujuk Ian Hamza. Dia ikut terkesan dengan riak wajah Azwin yang bersedih itu.

Azwin tarik nafas dan lepas berat sekali lagi. Air matanya cepat sangat mahu mengalir walaupun puas di tahan. Perasaan bersalah begitu menebal membuatkan dia tidak mampu menahan emosinya.

“ Semua salah Kak Win. Kalau tadi Kak Win dengar cakap baby dan papa, keadaan Iqie mesti tak seteruk ni.." ujar Azwin penuh kesal.

“ Bukan salah Kak Win pun. Benda dah nak jadi, kita tak dapat elak!"

“ Kak Win yang tak reti jaga anak. Kak Win tak pandai mengasuh Iqie. Kak Win yang degil tak dengar cakap. Kalau Iman ada mesti takkan jadi macam ni.." suara Azwin menjadi sebak. Air mata lebih laju turun ke pipinya kerana rasa bersalah yang menghimpit jiwa apatahlagi apabila rasa rindu yang turut beramuk di dada.

Ian Hamza yang sedang memandu, terus memberi signal untuk berhenti di bahu jalan saat melihat emosi Azwin yang tidak stabil begitu. Dia risaukan Azwin.

Setelah memastikan kawasan itu selamat, Ian Hamza memandang Azwin yang masih hiba melayan emosinya.

“ Kak Win..Kak Win ada baby. Baby janji dengan Kak Win akan jaga Iqie dan Qiqi macam anak-anak sendiri. Jangan salahkan diri Kak Win. Semua yang jadi, dah tertulis. Kak Win kena kuat. Anak-anak perlukan Kak Win." pujuk Ian Hamza.

Azwin berasa sedikit tenang apabila dipujuk Ian Hamza. Suara lembut Ian Hamza mengingatkan Azwin kepada Iman Hazim. Seperti itulah Iman Hazim akan memujuknya jika dia sedang bersedih atau berada dalam tekanan. Saling tak tumpah perwatakan mereka yang begitu berhemah saat berkata-kata.

“ Terima kasih baby." ucap Azwin dengan senyum segaris meniti bibirnya.

“ No need to be thanks. You and kids are my concern. Just leave the past and be happy for future. More to be explore. You're great mommy actually. Stay strong kay. If anything happen just let me know." pesan Ian Hamza.

Azwin angguk. Lega hatinya sekarang dengan nasihat dan pesanan tersebut. Sekilas, wajah Ian Hamza yang mempunyai persamaan dengan Iman Hazim di pandang. Sedikit sebanyak terubat juga rindunya pada arwah Iman Hazim walaupun wajah Ian Hamza lebih maskulin. Yang sama cuma bulu mata serta lesung pipit di kiri pipi lelaki itu saja.

Ya Allah, kau tempatkanlah Iman Hazim di kalangan para syuhada'. Kau luaskanlah kuburnya serta kau ringankanlah azab kuburnya. Aamin. Hanya doa yang mampu Azwin titipkan setiap kali rasa rindunya membeban di jiwa.

HATI Victoria panas. Cemburu juga mulai bersatu saat melihat adegan mesra Ian Hamza dengan seseorang.

Keluar saja dari perkarangan hospital tadi, rumah Ian Hamza dia tuju. Dia mahu buat perhitungan dengan lelaki itu, tetapi hampa kerana rumah Ian Hamza kosong. Malah, berkali dia menelefon lelaki itu tetapi bagaikan sengaja Ian Hamza menolak panggilannya.

Bertambah sakit hati Victoria jadinya. Victoria rasa mahu menjerit melepaskan rasa sakit di dada. Bahkan jika ada Ian Hamza di depannya sudah pasti dia bahasakan lelaki itu. Patutlah semenjak kejadian malam itu, Ian Hamza hilang tidak dapat dikesan. Rupanya sedang memadu kasih.

Tidak dapat berfikir waras, rumah Tommy pula dia tuju. Dia mahu memberitahu Tommy tentang apa yang di lihatnya semasa di hospital tadi. Biar Tommy tahu perangai anak kesayangannya bagaimana. Begitu, Tommy kata Ian Hamza boleh dipercayai. Belum kahwin lagi sudah nampak belang lelaki itu. Jadi tidak salah jika dia lebih memilih Steve yang sudah dia kenal perangai jahatnya bagaimana.

“ Wait for me Ian! I'll make sure you get it!" jerit Vict geram sambil menghentak stereng kereta.

Salam sayang. Terima kasih utk sokongan serta komen anda.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience