Bab 1

Drama Series 6054

“ Qiqi tak nak pergi school mama!" rengek Qiqi sambil menolak tangan Azwin yang mahu menyarungkan t-shirt kuning pre-school Qiqi ke tubuhnya bagi menyiapkan anak itu ke taska sebelum dia ke tempat kerja.

Terkejut Azwin dengan drama yang di ulang Qiqi pagi itu. Ketap bibir, Azwin tahan geram.

"Dia buat perangai lagi budak ni!" ketus Rea Azwin. Seperti hari-hari sebelumnya, masuk pagi ini sudah empat kali Qiqi buat drama tak mahu ke sekolah. Dan dia cuba menahan sabar untuk tidak terkesan dengan rengekan Qiqi.

Melihat si ibu tidak merespon keinginannya, Qiqi menambahkan perencah pada dramanya itu.

“ Mama..I don't want to go to school!" kali ini Qiqi meraung terus. Nyaring sekali suara anak itu membuatkan Azwin bertambah geram. Rasanya mahu saja dia tekup mulut si Nia Shaqila ini. Bingit sehingga boleh menulikan telinga sesiapa yang mendengar.

“ Nope sayang. Qiqi kena pergi school. Qiqi kena pandai dan cerdik. Orang yang pandai dan cerdik Allah sayang tahu." pujuk Rea Azwin lagi. Ubun-ubun Nia Shaqila diusap lembut.

Hilang sudah kosa kata dia mahu memujuk si anak tetapi kerana sayang yang menggunung dan demi amanat Iman Hazim dia harus menjadi ibu yang kuat serta teguh buat buah hati mereka.

“ Tak nak mama. School Qiqi tak best. Friends Qiqi semua tak nak play dengan Qiqi." omel Qiqi dengan suara yang tersedu-sedu. Kepalanya digeleng dan kaki dihentak-hentak ke lantai bilik tanda memprotes lagi.

Azwin melutut agar ketinggiannya separas dengan tubuh anaknya yang berusia 3 tahun setengah itu. Kedua bahu Qiqi, dia paut dan memandang tepat ke dalam anak matanya.

“ Kenapa friends Qiqi tak nak play dengan Qiqi?" soal Azwin ingin tahu. Baru seminggu saja anaknya itu mendaftar ke taska, sudah dia balik mengadu tidak suka dengan tempat itu. Itu belum alasan lain lagi yang dikemukakan Qiqi sepanjang pulang dari sekolah selama beberapa hari ni.Haih, pening di buatnya.

“ Aufa cakap Qiqi tak ada papa. Qiqi ni anak pungut." muram Qiqi memberitahu dengan nada sayu. Air matanya meleleh ke pipi membuatkan Azwin sama terguris.

“ No! Qiqi bukan anak pungut. Qiqi anak mama dan papa sayang." ternaik oktaf suara Azwin menidakkan kerana emosinya ikut terpancing dengan pernyataan dari Nia Shaqila. Sungguh dia terkejut.

Gambar pernikahan antara dia dan Iman Hazim yang tergantung besar di dada dinding dalam bilik tidur itu cepat ditunjukkan ke arah Nia Shaqila.

“ Tengok tu..yang kacak di sana." lurus telunjuk Azwin menghala ke arah frame gambar perkahwinannya yang digantung di dinding bilik tidur.

“ Itukan papa Qiqi." iris Qiqi terus menghala mengikut telunjuk Azwin.

“ Tapi papa Qiqi tak ada hantarkan Qiqi school mama. Friends Qiqi semua ada papa tapi papa Qiqi dah pergi jauh." merambu air mata Nia Shaqila meleleh ke pipinya lagi membuatkan Azwin sendiri dihurung sebak. Hatinya retak dan terbelah.

Dia yang dewasa pun boleh terganggu emosi masakan Qiqi yang menginjak umur tiga tahun setengah itu tidak terkesan.

Apalah yang di mengerti anak kecil seperti Qiqi tentang ketiadaan papanya apabila ada orang yang mempertikaikan susuk seorang bapa pada anak itu. Tiada papa bukan bermaksud Qiqi itu anak pungut. Nia Shaqila itu anak kandungnya dengan Iman Hazim. Anak yang dia kandung selama 9 bulan di dalam rahimnya dengan susah payah. Senang-senang saja orang menggelarkan anaknya anak pungut.

Cuma, nasib anak-anaknya tidak berapa untung apabila setelah dua tahun Qiqi lahir dan Iqie pula masih dalam kandungan, Iman Hazim dijemput Ilahi akibat kemalangan jalan raya. Hilang separuh jiwanya di bawa pergi oleh Iman Hazim namun dia sedar sejauh mana dia harus larut dengan takdir yang Esa? Anak-anaknya memerlukan dirinya. Dia perlu bangkit dan kuat menempuh kehidupan. Demi buah cinta mereka dia sanggup berkorban apa saja untuk kebahagiaan anak-anaknya. Jadi, apabila mendengar cerita Qiqi itu, hatinya sangat sakit.

Azwin tarik keluh. Rengekan demi rengekan Qiqi yang tidak mahu ke sekolah membuatkan adiknya Noah Shauqi turut terbangun dan melambatkan rutin Azwin yang mahu menyiapkan anak itu ke sekolah dan dia sendiri ke tempat kerja.

“ Okeylah, hari ni mama benarkan Qiqi duduk rumah. Cuma sehari. Esok kena school. Tapi tak boleh tengok tv banyak. Kena baca buku jugak." dalam tegas Azwin memberi keizinan kerana tidak sampai hati mendengar rengekan si Qiqi.

“ Yeay! Mama assam. Sayang mama!" melompat Qiqi kegembiraan sambil mencium pipi Azwin. Wajah mendung anak itu bertukar rona. Ceria mukanya sambil bersorak riang.

“ Qiqi, bukan assam sayang. Awesome. Lagi satu bukan cakap yeay! Kena ucap alhamdulillah. Itu nikmat Allah untuk Qiqi sebab mama benarkan Qiqi tak pergi school hari ni." tegur Azwin membetulkan kesalahan anak kecilnya itu. Sebolehnya sejak dari kecil inilah dia mahu didik anaknya dengan ilmu adab yang tinggi. Bukan saja memberi pendidikan yang bagus dan hebat. Sebaik-baik pendidikan adalah bermula dari ibu dan bapa.

“ Ops! Sorry mama." balas Qiqi sambil menekup mulutnya kerana tersalah sebutan. Tergeleng kepala Azwin dengan tingkah si anak.

“ Mama, Iqie school?" Noah Shauqi pula datang merengek dan berpaut pada kaki Azwin saat dia sedang memakai tudung di hadapan cermin.

Azwin berpaling dengan senyuman setengah gula melihat Noah Shauqi yang sedang menggonggong botol susu di mulutnya. Comel!

Mengangkat Iqie ke gendongannya Azwin tersenyum lalu mencium anak kecil berusia hampir dua tahun itu.

“ Iqie baby lagi. Baby tak pergi school tau. Baby minum susu." ujar Azwin sambil tergelak kecil.

“ Iqie baby. Baby minum cucu." pelat Noah Shauqi memberitahu mamanya sambil mengulang bicara Azwin sebelum itu yang memberitahu anak itu masih bayi dan bayi cuma minum susu. Jari telunjuknya yang memegang anak patung bunny ditunjuk ke dada sendiri. Kemudian anak itu tersenyum suka sambil melentokkan kepala pada dada mamanya.

.
.

Turun saja tangga, susuk Azwin dan dua anaknya itu ditegur Izzah si ibu mertua.

“ Eh kenapa Qiqi tak pakai baju sekolah tu Win?" soal Izzah yang keluar dari pintu dapur.

Menoleh, Azwin tersenyum pandang ibu mertuanya yang sudah dia anggap seperti ibu kandung sendiri.

Noah Shauqi dalam dukungan diletakkan di dalam baby seat di meja makan. Membiarkan anak itu makan fingers cookiesnya sendiri.

“ Win bagi Qiqi cuti hari ni ma."

“ Kenapa? Qiqi tak sihat ke?" tanya Izzah perhatian. Tubuh Nia Shaqila dicapai dan tangannya naik merasa dahi si cucu. Tak panas pun. Wajah Qiqi dia pandang dengan riak ingin tahu kerana cucunya itu elok saja ceria.

“ Bukan tak sihat ma. Katanya ada kawan ejek dia anak pungut. Sebab tu tak mahu ke sekolah." beritahu Azwin serba salah.

“ Astaghfirullah. Apalah nak jadi budak-budak sekarang ni. Mulutnya bercakap yang tidak-tidak aje. Siapalah yang mengajar diorang sebut benda yang tak elok macam tu!" mengucap panjang Izzah mendengar. Sesak dadanya.

“ Qiqi, lepas ni onie cakap dengan tokdi kita tukar sekolah ya." pujuk Izzah sambil menarik cucunya ke dalam pelukan dan mencium ubun-ubun anak yatim itu penuh hiba.

Ya Allah kesian cucunya menjadi mangsa manusia yang tak berhati perut seperti itu.

Nia Shaqila yang tidak seberapa faham tentang komunikasi orang tua itu sekadar mengangguk lalu berlalu ke ruang tamu.

“ Tak apa ma. Benda kecil aje tu. Nanti Win cuba pujuk dan fahamkan dia. Tak perlulah nak besarkan hal ni pada papa sampai nak tukar sekolah pula. Biasalah budak-budak. Masih belum dapat fikir mana yang baik dan mana yang buruk." larang Azwin tidak mahu menyulitkan keadaan.

“ Tak boleh Win. Mula-mula memang kecil masalahnya. Kalau tidak di ambil langkah selamat rosak emosi Qiqi nanti. Sementara dia masih kecil ni, kita masih boleh jaga emosi dia. Besar nanti takut dia depresi dengan perangai kawan-kawan macam tu." nasihat Izzah.

Dia sayangkan cucu dan menantunya itu. Itulah saja harta peninggalan Iman Hazim yang dia punya. Biarpun anaknya itu sudah tiada, dia masih mahu menjaga amanah anaknya itu.

Tambahan dia tahu Azwin merupakan anak yatim piatu saat bernikah dengan anaknya. Dan dia sudah anggap Azwin seperti anak kandung sendiri. Sayangnya tidak berbelah bahagi. Sementelah, dia juga tidak punya anak perempuan maka, kasihnya tumpah buat Rea Azwin yang sangat baik itu.

“ Apa yang kecoh pagi-pagi ni Izzah, Win?" tegur Dato' Husyn saat turun ke meja makan.

“ Tak ada pa." jawab Azwin.

Dato' Husyn pandang Azwin bersilih dengan Izzah isterinya. Mencari kebenaran kerana dari riak si menantu yang sudah dia kenal luar dalam seperti anak sendiri itu sebenarnya ada yang disorokkan.

“ Qiqi menangis tak nak pergi sekolah hari ni bang sebab ada kawan-kawan yang ejek dia." beritahu Izzah tanpa selindung.

“ Kenapa Win?" serius Dato' Husyn bertanya ke arah Azwin membuatkan Azwin menjadi gugup.

“ Kawan dia cakap dia anak pungut. Tak ada papa yang hantarkan ke sekolah."

Tergeleng kepala Dato' Husyn mendengar cerita itu. Dia mengeluh. Wajah Azwin yang datar itu dia pandang sebak.

“ Kita tukarkan dia sekolah lain nanti. Jangan risau papa sentiasa ada dengan Win dan cucu-cucu papa." ujar Dato' Husyn tegas. Dia tidak mahu aura negatif membelit dan mempengaruhi emosi orang-orang yang dia sayang. Selagi dia hidup, dia akan pastikan hal-hal yang terbaik saja untuk mereka.

“ Tak apa pa. Win boleh uruskan lagi emosi Qiqi tu. Budak-budak masih belum faham apa yang jadi dalam hidup orang dewasa." ujar Azwin cuba tidak mahu menyusahkan bapa mertuanya.

“ Betul Win boleh uruskan?"

“ InshaAllah boleh pa. Win cuma mahukan sokongan dan doa dari papa dan mama aje." ujar Azwin dengan senyuman bersungguh.

Dato' Husyn tenung dalam wajah Azwin sekali lagi mencari kesungguhan anaknya itu sehingga dia berasa yakin dengan keputusan tersebut.

“ Kalau susah sangat Win, kahwin lain ajelah senang. Anak-anak Win tu perlukan kasih sayang seorang ayah. Mama kesian tengok Qiqi dan Iqie tu." sampuk Izzah.

“ Tak apa ma. Anak-anak Win dah cukup kasih sayang mama dan papa. Lagipun Win tak pernah terfikir nak duakan arwah Abang Hazim." balas Azwin.

Dato' Husyn pandang Izzah dengan pandangan mengancam membuatkan Izzah hilang terus kosa kata. Tidak mahu Izzah mempersoalkan ketulusan kasih Azwin lagi mengenai arwah anak mereka Iman Hazim yang sudah lama pergi.

.
.

Setibanya di ofis, Azwin kelam kabut mengeluarkan ipadnya untuk mencari data yang diperlukan CEO yang mahukan laporan awal tahunan untuk dikemukakan dalam meeting syarikat awal pagi itu.

Gara-gara Nia Shaqila yang sibuk membuat drama tidak mahu ke sekolah dan Noah Shauqi yang bangun awal pagi tadi membantutkan kerja Azwin untuk cepat sampai ke pejabat.

Walaupun dia bekerja di pejabat bapa mertuanya, dia tidak mahu staf Dato' Husyn memberi pandangan yang tidak baik kepadanya hanya kerana dia menantu pemilik syarikat tersebut. Dia tidak mahu membawa imej buruk ke tempat kerja.

Sebolehnya dia mahu menjaga nama baiknya juga nama baik Dato' Husyn sebagai majikannya.

“ Kau lambat hari ni kenapa Win?" soal Aishah yang datang menapak ke meja kerjanya apabila melihat ketua eksekutifnya itu seperti kelam kabut saja saat sampai.

Selalunya Azwin akan tiba awal ke pejabat dan sempat berbual mesra dengan beberapa staf yang lain. Tetapi tidak hari itu.

Riak wajah Azwin juga nampak tegang saat itu.

“ Qiqi tak mahu pergi sekolah hari ni. Satu hal pula memujuk drama dia pagi tadi. Dah tu, dia menangis meraung sampai Iqie pun bangun awal. Mulalah dua orang tu berganding tenaga. Mau tak lambat aku pagi ni." cerita Azwin.

“Patutlah. Kesian kau. Sabarlah Win. Anak-anak nak membesar memang macam tu." pujuk Aishah.

Azwin tersengih pandang Aishah. Tangan yang ligat berlari di muka iPad ikut terhenti.

“ Pandai jela kau bagi nasihat dekat aku. Kau kahwin pun belum. Beranak apatah lagi."

“ Cik Puan Rea Azwin, untuk pengetahuan kau walaupun aku ni belum kahwin dan beranak tapi aku faham keadaan mak-mak kau ni. Sebab akak aku pun J yang kematian suami macam kau jugak. So anak-anak fruit aku yang empat orang tu, aku yang jaga dan tolong didik tau. Sebab tu aku tahu. Kau jangan pandang aku sebelah mata eh. Aku ni silap hari bulan lagi expert dari kau jaga anak." ujar Aishah penuh logik. Kepoh saja mulutnya menceritakan keadaan keluarganya itu.

Azwin tergelak suka. “ Apa-apa jelah Cik Aishah ku sayang. Dah, aku sibuk ni. Pergi balik tempat kau. Rehat nanti kita keluar makan. Tunggu aku macam biasa." halau Rea Azwin dengan cara yang paling berhemah tetapi masih sempat memberi arahan buat si teman.

Mencebik Aisha mendengar balasan Azwin. Tetapi dia faham memang Azwin yang merupakan Ketua Eksekutif bahagian Kewangan itu sibuk sangat kerjanya mengalahkan ketua pengarah syarikat mereka.
Nak-nak bila ada projek baru masuk. Lagi tak cukup tangan wanita itu mahu menguruskan bahagian kewangan mereka.

.
.

Selamat membaca dan menempuh kisah Baby dan Kak Win.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience