DUA minggu telah berlalu semenjak peristiwa Nia Shaqila mencederakan Aufa Jayden membuatkannya mogok tidak mahu ke sekolah dan berinteraksi dengan sesiapa.
Tepatnya anak itu trauma kerana di marahi Azwin. Lebih fobia apabila pulang saja ke rumah Azwin libas tapak tangan Qiqi dengan pembaris plastik. Berbirat dan merah.
Sejak itu Qiqi merajuk tidak mahu berinteraksi mahupun bermanja dengan Azwin. Hanya dengan Ian Hamza saja Qiqi akan bercakap. Itupun jenuh Ian Hamza mencari akal supaya Qiqi berbual dengannya seperti selalu.
Perasan dengan sikap dan perubahan Qiqi buat Azwin sedar yang sudah lama dia tidak meluangkan masa dengan anak-anak. Khilafnya sehingga dia sibuk dengan pekerjaan membuatkan hidup anak-anak terabai tanpa kasih sayang seorang mama.
Hari ini, Azwin pulang awal kerana mahu memberi lebih perhatian kepada dua orang buah hatinya itu.
Seperti biasa rutin setiap kali pulang kerja Azwin akan lihat anak-anak sibuk bermain di taman mini rumah dengan dilayani Ian Hamza. Hari itu juga sama. Tersenyum panjang Azwin melihat keakraban anak-anaknya dengan Ian Hamza. Dari jauh kelihatan Ian Hamza yang sibuk berkejaran dengan Qiqi dan Iqie sehingga kedua beradik itu berlari menaiki basikal dan mengayuhnya laju seolah-olah sedang dikejar. Riuh rendah keadaan di situ dengan suara lunak anak-anaknya menjerit suka dan bercampur teruja.
Azwin berasa bahagia melihat momen indah antara mereka. Ian Hamza nampak sangat menyayangi anak-anaknya seperti anak sendiri. Perasaan kasih sayang itu nampak tulus dan ikhlas. Azwin begitu bersyukur dikelilingi keluarga mertua yang sangat menyayanginya dan anak-anak.
Tidak mahu ketinggalan untuk menyertai momen bahagia itu, Azwin melangkah merapati mereka dan menegur.
“ Assalamualaikum.."
Aktiviti mengayuh basikal anak-anak terhenti. Ian Hamza tersenyum mesra melihat Azwin yang sedang menghampiri mereka tiga beranak.
“ Waalaikumussalam. Awal balik hari ni mi amor?"
“ Habis awal balik awal. Penat mengadap PC..Balik rehat lebih baik. Baby pun awal sampai rumah? Siap boleh join budak-budak lagi."
“ Balik awal sebab tak sedap perut lepas lunch tadi."
“ Oh ye? Sekarang perut dah ok? Dah makan ubat? Atau nak pergi klinik?" Azwin prihatin.
“ It's okay. Dah lega lepas mama buatkan teh ginseng pekat tadi. Sayang jugak eh Kak Win dekat I?"
“ Salah ke ambil berat?"
“ Nope! I suka je. Rasa di sayangi.." sengih Ian Hamza.
“ Manja mengalahkan Iqie!" ketus Azwin.
“ Ala, I nak manja dengan siapa lagi kalau bukan dengan Kak Win."
Azwin geleng kepala. Ian Hamza dan sifat mengusiknya berpisah tiada.
Seketika berbual, datang Iqie tersengih-sengih menghampiri dengan basikal roda tiganya. Laju Iqie turun dari basikal dan memeluk kaki Azwin.
“ Mama!"
Manakala Qiqi sekadar memerhati dari atas basikal tidak jauh dari basikal Iqie. Tegak tubuhnya dengan wajah yang kosong tanpa ekspresi apa-apa.
Sebaik Azwin melepaskan Iqie dan ingin menghampiri Qiqi, dia turun dari basikal lalu melangkah pantas ke arah pintu rumah. Masuk ke dalam lalu hilangkan diri tanpa membalas sapaan mamanya.
Azwin terpanar. Sekali lagi Qiqi cuba menghindarinya. Bibir digigit perlahan cuba menahan rasa sebak yang bertandang.
“ Qiqi masih merajuk dengan Kak Win!" ujar Azwin ke arah Ian Hamza.
Lelaki itu senyum singkat lalu menggamit Azwin mendekatinya.
Azwin labuhkan duduk di sebelah Ian Hamza. Wajahnya mendung. Rasa bersalahnya menggunung terhadap Qiqi. Namun, perasaan kecewa pada diri sendiri lebih mendominasi. Hanya kerana kesalahan kecil, dia tegar memukul Qiqi serta menghukum sehingga menyebabkan emosi Qiqi terganggu.
“ It's okay. Jangan ambil hati, diakan budak lagi." pujuk Ian Hamza.
“ Tapi, dah dua minggu Qiqi macam tu. I miss her so much. Rindu nak dengar suara dia. Rindu nak bercakap dengan dia like old days." sebak suara Azwin.
“ I know. I can see your efforts. But it takes time, honey. Sabar ya." suruh Ian Hamza.
“ Baby tak faham perasaan seorang ibu. Dia anak yang Kak Win lahirkan.. yang disusukan.. yang di besarkan dengan penuh kasih sayang. Bila dia berubah macam ni Kak Win rasa Kak Win gagal jadi ibu yang baik untuk Qiqi." tekan Azwin dengan suara yang penuh emosi.
“ Ya, baby tahu dia anak Kak Win. Tapi janganlah mengalah dengan perasaan sendiri. Qiqi masih tak faham kenapa dan sebab apa Kak Win pukul dia. Dia belum faham kenapa Kak Win buat semua ni.." Ian Hamza meyakinkan Azwin.
“ Kak Win pukul sebab nak didik dan ajar dia supaya jangan sewenangnya bergaduh dengan orang. Bukan semua masalah boleh selesai dengan cara berkasar macam tu.."
“ Baby faham. Cukup faham dengan tindakan Kak Win. Cuma baby harap Kak Win tak terlalu berkeras dengan Qiqi. Banyak lagi cara lain yang kita boleh gunakan untuk didik dia. Kalau kita asyik gunakan kekerasan untuk buat dia faham, nescaya hati dia akan keras nanti." nasihat Ian Hamza.
Azwin hela nafas. Berat sangat rasa beban yang terpaksa dia tanggung semenjak kehilangan Iman Hazim. Tak sangka dia perlu lalui semua ini tanpa suami di sisi. Sungguh dia rasa tak kuat.
“ Kak Win tak ada niat pun nak marahkan dia. Cuma Kak Win tak sangka Qiqi sanggup bertindak agresif sampai macam tu sekali. Selama ni Kak Win dan mama dah didik dia sehabis baik. Entah macam mana dia boleh bertindak sampai cederakan Aufa."
“ Benda dah jadi Kak Win. Kita tak dapat elak.." Ian Hamza menenangkan Azwin.
“ Kak Win cuma nak yang terbaik je untuk Qiqi."
“ I know but she still small. Don't too harsh. The more you beat, the more she traumatic and think you're not love her anymore. Lagipun dia marahkan Aufa sebab suka ejek dia anak pungut. Bukannya Qiqi suka-suka marah dan pukul orang tanpa sebab."
Azwin menoleh memandang Ian Hamza tak percaya.
“ Anak pungut? Mana baby tahu Aufa panggil dia anak pungut lagi?" Terkejut Azwin. Besar irisnya matanya.
Ian Hamza tarik nafas dan hembus perlahan. Wajah Azwin yang beremosi dia pandang dengan tenang bersama senyum panjang.
“ Kak Win kena upgrade I kalau macam tu!" Ian Hamza kenyit mata.
“ Upgrade jadi apa?"
“ Upgrade dari adik ipar jadi suami..." meleret senyuman Ian Hamza.
Azwin juling mata. “ Kak Win serius ni baby! " Bibirnya diketap geram.
“ I pun serius Rea Azwin. Aufa tak puas hati dengan Qiqi sebab tu dia selalu ejek Qiqi anak pungut. Sebab Aufa tu tahu Qiqi tak ada papa yang akan protect dia while someone bullying her. Too much, Aufa is touchering her emotions. Kalau kita tak selamatkan Qiqi rosak pertumbuhan dan pembesaran hidupnya. She will lost her confidence and self esteem. "
“ Astaghfirullah. Apa yang dia tak puas hati? Nak Kak Win tunjuk kubur arwah abang Iman ke macam mana?" terlonjak tubuh Azwin kerana terkejut dengan pernyataan Ian Hamza.
“ Kalau tunjuk kubur sekali pun semua orang tahu yang papa Qiqi dah tak ada. They can easily bully her. Qiqi perlukan 'the real papa' untuk protect dia dari semua segi."
“ For?"
“ Supaya Qiqi dan orang lain faham yang Qiqi tak senang dibuli. Tak mudah di ambil kesempatan. Please Kak Win. Semuanya untuk kebaikan Qiqi..lebih-lebih lagi kesihatan emosi dia terjejas teruk dengan hukuman Kak Win tempohari. Dia asyik cakap yang Kak Win tak percayakan dia dah. Dah tak sayang dia."
Azwin mengeluh. Dia buntu dengan masalah yang sedang berlaku. Kenapa ah dia tak percayakan cerita Qiqi sebelum ini.
“ Will you marry me?" Ian Hamza alihkan kedudukan. Berhadapan dengan Azwin. Irisnya memandang tepat ke arah iris Azwin supaya wanita itu dengar dengan jelas pernyataannya.
Rasanya sudah tiba masa dia mengawal dan membendung keadaan. Dia tak sanggup tengok keadaan Qiqi yang menjadi mangsa buli hanya kerana dia tidak punya papa. Rasa sayang pada Azwin juga mula menapak dalam diri semenjak kali pertama mama mencadangkan agar dia mengahwini Azwin tempohari.
Azwin ketawa besar melihat wajah Ian Hamza yang tenang. Seolah-olah perkara yang di sampaikan itu cuma sebesar kuman.
“ Jangan mengarut baby. Kak Win ni kakak ipar awak! Jarak umur kita pun berbeza hampir sepuluh tahun. Carilah perempuan lain yang sesuai dengan awak. Kak Win tak layak."
“ Sekarang ni bukan soal layak atau tak. Ini soal masa depan Qiqi. Even Kak Win kakak ipar I tetap tak salah untuk I bernikah dengan Kak Win yang tak bersuami. Kalau masih bersuami tu lain ceritanya. Jarak umur bukan alasan Rea Azwin. I lelaki dan Kak Win perempuan dan itu syarat sah nikah." jelas dan terperinci bicara Ian Hamza.
Azwin terngadah saat menatap riak Ian Hamza yang sangat tenang dan serius itu. Tiada sedikit pun rasa ragu-ragu pada kata-katanya. Sebaliknya Azwin yang berasa gementar dan tidak percaya dengan pernyataan Ian Hamza.
“ Kahwin semata untuk Qiqi tak di ejek..tak di buli.. macam tu? Tak masuk akal.." Azwin geleng kepala. Mahu terus menyangkal.
“ Siapa cakap semata untuk Qiqi? I nak nikahi Kak Win sebab I memang nak bernikah. I sayang Kak Win dan anak-anak."
“ Ramai lagi perempuan lain Ian Hamza. Lagipun umur kita jauh berbeza dan saya tak akan duakan kasih Iman Hazim."
“ I tak suruh Kak Win buang perasaan untuk arwah pun. I know his special in your heart. I cuma nak angkat darjat Kak Win dan Qiqi jadi yang halal untuk I. Daripada I berbuat dosa yang dah tentu haram lebih baik I halalkan perempuan yang I sayang." luah Ian Hamza sungguh-sungguh buat Azwin terpanar.
.
.
DUA bulan berlalu. Hubungan Azwin dan Ian Hamza mulai rapat. Kemana Azwin pergi, di situlah susuk Ian Hamza ikut ada.
Di pejabat sudah kecoh yang tuan CEO mereka punya skandal dengan Azwin. Termasuklah Aishah pembantunya yang sibuk bertanya tentang perihal Ian Hamza.
“ Kau ada apa-apa ke dengan Tuan Ian? Nampak rapat semacam je sekarang ni.."
“ Maksud kau?"
“ Yelah maksud aku, rapat as couple?"
Azwin tergelak. “ Mana kau dengar cerita mengarut macam ni? Pandai je korang buat gosip murahan."
“ Pokok takkan bergoyang kalau angin tak bertiup."
“ Dia adik ipar aku Shah. Kitaorang rapat sebab duduk serumah. Lagipun anak-anak aku rapat dengan dia."
“ Yelah tu.. mula-mula anak yang rapat lepas tu mak anak pula." ujar Aishah mengusik Azwin.
“ Ke situ pula kau ni." marah Azwin. Lengan Aishah disikunya.
.
.
TENGKU Jefri melambai tangan sebaik melihat susuk Aufa Jayden dari jauh. Sudah lama dia tidak meluangkan masa dengan anaknya itu. Sebulan dua ini dia begitu sibuk dengan urusan perniagaan serta peribadi yang lain membuatkan masanya begitu terhad.
Kebetulan hujung minggu ini jadualnya tidak padat, maka dia menghubungi Shila untuk membenarkannya bertemu dengan Aufa Jayden. Hak penjagaan Aufa jatuh kepada Shila semenjak mereka berpisah.
Maka hari itu, dia memilih sebuah taman permainan di dalam mall untuk dia bertemu dengan Aufa Jayden.
Aufa Jayden berlari anak mendapatkan Tengku Jefri diikuti Shila di belakangnya. Ceria saja wajah anak itu sebaik melihat gerangan si ayah.
“ Hi handsome!" Tengku Jefri raih Aufa Jayden ke dalam dukungan dan memberi ciuman di pipi anaknya.
Aufa tersenyum membalas pelukan Tengku Jefri. “ Hi papa!"
Sesaat dia terkesima melihat hujung kening Aufa yang seperti di jahit biarpun lukanya sudah kering.
“ Eh, kenapa kening Jay ni?"
Aufa meraba keningnya. Dia tersengih.
“ Kawan school Aufa baling kotak pensel dia papa."
“ What? Macam mana you jaga anak sampai boleh orang cederakan dia? And kenapa you tak beritahu pada I?" soal Tengku Jefri sambil menoleh kepala ke arah Shila. Aufa Jayden di dukungan di turunkan. Terus wajah Tengku Jefri beriak bengis.
“ Budak tu tak sengaja Jeff. Benda nak jadi bukannya kita boleh elak. Kalau tahu senang la I tak hantar dia pergi sekolah masa hari kejadian." ujar Shila.
“ Anak seorang pun tak boleh jaga! Apa punya ibu you ni.." bebel Tengku Jefri bengang.
“ Jeff, I tak datang sini untuk bergaduh dengan you. I datang sebab you nak sangat jumpa Jay. Kalau you rasa you pandai jaga anak sangat, apa kata you ambil pula hak penjagaan ke atas Jay. Bukannya lepas tangan pada I seorang lepastu you letakkan semua kesalahan pada I seolah-olah I tak pandai jaga dia." bentak Shila. Panas hatinya apabila di marahi Tengku Jefri.
Aufa Jayden tayang wajah bosan di tengah-tengah ibu bapanya. Kedua orang manusia itu masih saling menunding jari pada diri masing-masing.
Setiap kali Aufa Jayden bertemu dengan Tengku Jefri setiap kali itulah ibunya Shila akan bertekak dengan papanya. Tidak pernah sekali pun dia melihat mereka berbaik. Sudahlah hubungan mereka yang tidak hidup sebumbung buat Aufa Jayden sering berfikir yang hubungan ibu bapanya tidak seperti pasangan ibu bapa yang lain.
Aufa bukan setakat bosan mendengar perbalahan Tengku Jefri malah dia rimas dengan sikap mendesak Shila yang sering menyuruhnya belajar setiap waktu.
.
.
Happy Reading! Tq yang sudi baca dan komen Baby dan Kak Win.
Share this novel